Pemuda Umno mengikut perspektif KJ


PETALING JAYA, 29 Feb – Pemuda UMNO tidak lagi wajar menjadi kumpulan pendesak kerana cara itu tidak sesuai untuk mendekati generasi muda sekarang, kata ketuanya Khairy Jamaluddin.

“Zaman menjadi pendesak sudah tamat,” katanya pada siding media BN Youth Music di sini, hari ini.

Khairy berkata walaupun masih ada suara yang mahu Pemuda UMNO dan Pemuda Barisan Nasional kekal menjadi kumpulan pendesak tetapi cara lama itu harus dihentikan jika BN mahu mendapat sokongan golongan muda.

“Pemuda BN membawa pendekatan baru seperti karnival kerjaya dan program mencari bakat untuk mendekatkan BN kepada golongan muda,” katanya.

Khairy berkata pendekatan baru Pemuda BN itu mendapat maklumat balas positif daripada generasi muda.

“Sokongan ini sememangnya belum diuji pada peringkat nasional, namun ia telah diuji pada pilihan raya kecil di mana kita lihat banyak undi diperoleh daripada golongan muda ini ke arah BN,” katanya.

Khairy berkata generasi lama dalam Barisan Nasional pula perlu berfikiran terbuka berhubung pendekatan baru yang dilakukan oleh Pemuda BN bagi meraih sokongan golongan muda.

Beliau berkata sekiranya kepimimpinan BN terperangkap dalam pemikiran lama, sukar bagi Pemuda BN meyakinkan generasi muda bahawa parti itu mampu membela nasib mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: