NGO salah tempat buat sidang media, Parlimen untuk perbahasan wakil rakyat bukan untuk NGO


KUALA LUMPUR, 16 Mac – Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Malaysia (BNBBC), Datuk Bung Mokhtar Radin kesal dengan tindakan dan sikap beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta pemimpin pembangkang yang berselindung di sebalik NGO menyalahgunaan lobi Dewan Rakyat untuk mengadakan sidang media sedangkan ruang tersebut dikhususkan kepada mana-mana Menteri, Ahli Parlimen dari BN mahupun dari pakatan pembangkang.

“Sebenarnya ini bukan perkara baru, dulu pun pernah berlaku kekecohan di mana ada NGO membuat sidang media di lobi dan ruang sidang media Parlimen, bertelagah dengan BNBBC. Masalahnya, sehingga hari ini masih wujud kejadian sebegini, iaitu ada pemimpin pembangkang bersama-sama NGO daripada luar, kita pun tak tahu NGO dari mana membuat sidang media.

“Seharusnya ruang tersebut untuk ahli-ahli Parlimen dan para menteri untuk membuat sidang media. Pada saya, ini merupakan satu pelanggaran tatasusila peraturan Dewan Rakyat ini,” ujarnya mengulas dengan tindakan pihak-pihak tertentu yang sewenang-wenangnya menggunakan ruang sidang media Parlimen sehinggakan menyusahkan para menteri dan ahli Parlimen mengadakan sidang media mereka.

Sehubungan dengan itu, beliau menggesa Speaker Dewan Rakyat meneliti perkara ini seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya termasuk menghalang mana-mana individu atau NGO menggunakan lobi Dewan Rakyat untuk mengadakan sidang media.

“Sidang media yang bermacam-amacam, memaki hamun kerajaan, membuat fitnah dan sebagainya. Seharusnya mereka carilah lokasi lain yang sesuai, tidak perlu menggunakan Dewan Rakyat untuk membuat sidang media mereka yang tidak membawa apa-apa faedahnya kepada rakyat.

“Saya sebagai Timbalan Pengerusi BNBBC memang tidak bersetuju dengan amalan-amalan yang tidak bersopan ini dilakukan oleh pihak-pihak tertentu kerana ini akan merosakkan imej Dewan Rakyat itu sendiri. Saya juga akan membawa isu ini dalam hujah saya minggu depan agar Dewan Rakyat mengambil tindakan dan pendekatan yang sewajarnya untuk memberhentikan aktiviti-aktiviti negatif seperti ini,” tambahnya yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah kepada UMNO-Online, semalam. –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: