Kerajaan tak pernah lari daripada berpaksi kepada rakyat: Najib


BATU PAHAT: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak pernah lari daripada berpaksikan kepada rakyat dalam apa saja perancangan dan dasar yang dilakukan.

Perdana Menteri berkata, pelbagai dasar yang dilaksanakan selama ini adalah berkonsepkan memenangi hati rakyat. “Hari ini rakyat didahulukan, falsafah ini akan terus diperjuangkan,” katanya ketika berucap merasmikan Program Jelajah Janji Ditepati (JJD) di Stadium Batu Pahat.

Kira-kira 70,000 orang menghadiri program anjuran Kumpulan Media Prima itu.

Hadir sama, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, isteri Muhyiddin, Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Selain itu, Najib amat menghargai kehadiran penduduk ke majlis berkenaan kerana mereka tidak berganjak pada ketika cuaca panas terik.

Sementara itu, beliau meluluskan peruntukan RM6 juta untuk projek pembinaan pasar baru dan RM3 juta bagi membina pasar borong baru di Batu Pahat.

Najib turut merasmikan Buku Nota Jelajah Janji Ditepati pada majlis berkenaan.

Perdana Menteri berkata, pelbagai dasar yang dilaksanakan selama ini adalah berkonsepkan memenangi hati rakyat.

“Hari ini rakyat didahulukan, falsafah ini akan terus diperjuangkan,” katanya ketika berucap merasmikan Program Jelajah Janji Ditepati (JJD) di Stadium Batu Pahat.

Kira-kira 70,000 orang menghadiri program anjuran Kumpulan Media Prima itu.

Hadir sama, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, isteri Muhyiddin, Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Selain itu, Najib amat menghargai kehadiran penduduk ke majlis berkenaan kerana mereka tidak berganjak pada ketika cuaca panas terik.

Sementara itu, beliau meluluskan peruntukan RM6 juta untuk projek pembinaan pasar baru dan RM3 juta bagi membina pasar borong baru di Batu Pahat.

Najib turut merasmikan Buku Nota Jelajah Janji Ditepati pada majlis berkenaan dan melawat gerai pameran 1Malaysia dan NKRA.

– BERITA HARIAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: