Ku Li Calon MB Kelantan, Nik Aziz Terancam


Desas desus persetujuan ramai pimpinan UMNO negeri mahu menobatkan
Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Menteri Besar semakin kencang
tersebar ke hampir seluruh pelusuk negeri Serambi Mekah. Perkhabaran
yang amat dialu-alukan ramai itu dianggap satu lonjakan besar untuk
merealisasikan hasrat menawan kembali Kelantan dari tangan PAS.
 
Tinggal lagi sekarang hanya menanti buah butir persetujuan dari mulut
Ku Li sendiri untuk mengesahkan kesediaan beliau memikul tanggungjawab
tersebut yang tentu saja akan disambut gembira oleh segenap lapisan
anak Kelantan di dalam negeri mahupun yang berada di perantauan.
 
Rata-rata pimpinan UMNO tempatan percaya dengan ketokohan dan
pengalaman yang dimiliki Ku Li diyakini mampu memperbetulkan semula
hala tuju negeri untuk kembali ke landasan yang betul setelah 22 tahun
tersasar dari arus perdana disebabkan dasar pemerintahan PAS yang
lebih banyak mengutamakan politik kepartian berbanding jasa bakti
untuk kemakmuran negeri dan rakyat.
 
Pun begitu, khabar tersebut menjemput kerisauan pimpinan PAS negeri
apabila ada sesetengahnya cuba meremehkan pengaruh Ku Li dengan
menggambarkannya sebagai tidak lagi sekental dulu. Mereka menjadikan
kegagalan Ku Li memimpin UMNO pada tahun 1999 sebagai ubat penenang
bagi menutup kerisauan yang mula berputik.
 
Umum mengetahui dalam PRU ke 10 tahun 1999, PAS hanya bernasib baik
untuk kekal mentadbir Kelantan disebabkan keadaan tika itu ramai
kalangan orang Melayu terperangkap dan terkeliru dengan peristiwa
pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri telah
membolehkan PAS meraih bonus sokongan.
 
Malah pandangan sesetengah pemerhati politik yang mendakwa UMNO hanya
layak berangan untuk menawan kembali Kelantan selagi Nik Aziz
mengetuai PAS memerintah negeri sebenarnya hanyalah satu teori atau
hipotesis politik yang tidak berpaut pada fakta dan angka. Realiti
hari ini menunjukkan sokongan rakyat semakin condong bersama UMNO
khususnya dari kalangan pengundi generasi muda jelas meningkat dengan
ketara.
 
Pilihanraya kecil Manek Urai dan Galas sebelum ini menjadi bukti nyata
yang akan kekal dalam lipatan sejarah politik Kelantan sebagai
perintis jalan ke arah memacu kebangkitan Gelombang Merah. Ditambah
dengan faktor Ku Li sebagai calon MB, peluang untuk UMNO dalam
pilihanraya akan datang pasti menjadi kenyataan.
 
Hakikatnya masih ramai pemimpin PAS tidak dapat menolak kenyataan
bahawa Ku Li tetap satu ancaman serius yang mampu mengakibatkan
mudarat terhadap penguasaan PAS di negeri yang terkenal dengan jolokan
Serambi Mekah itu tambahan lagi disaat pengaruh Nik Aziz yang semakin
surut dan hanya berlegar sekitar penyokong & ahli PAS sahaja.
 
Sejarah membuktikan kejatuhan Kelantan ke tangan PAS pada tahun 1990
bertitik tolak dari kebangkitan & keyakinan teguh rakyat menyokong
kepimpinan Ku Li maka tidak mustahil PRU ke 13 ini faktor Ku Li
sebagai Menteri Besar pula yang akan menjadi penutup tirai kekuasaan
PAS di Kelantan.Imej

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: