Rkyt Msia vs Eropah/Amerika


Image

Jom lihat realiti dan ragam org kito. Tulisan den ni lobih kurang mcm sesi mengumpat kek kodai kopi kampung korang. Ngeee…

1] Korang perasan tak bilo org kito boli kereta atau motorsikal dio akan tambah mcm-mcm pd kenderaan tersebut bagai nak rak. Boli keto kancil yor, tapi ekzos turbo bai. Boli keto Saga FLX tapi sport rim mcm BMW. Install spoiler mengalahkan keto racing. Kalau bab motorsikal jgn cito la. Tanyo mat rempit, apo yg diorg tak ubah? Semuo bulih ubah bai. Kalau piston tu diorg mampu ubah jadi bentuk piramid supayo moto tu bertambah laju, pun diorg akan ubah geng. Retinya org Msia ni bilo boli kenderaan diorg akan ubah dan tambah aksesori mcm kenderaan idaman mereka.

2] Kalau kenderaan idaman mereka Ferari, keto Kancil tu diorg akan ubah kelihatan mcm Ferari. Nak boli ferari tak mampu. Yg termampu kancil yor. Jadi kancil tu lah jadi mangso kono ubah sano sini. Berbezo dgn rkyt negara maju, diorg tak suko ubah atau tambah aksesori kenderaan mereka. Krn mereka mampu boli kenderaan impian mereka. Apo perlu ubah laie? Di Amerika dgn duit USD 500.00 je korang dah boleh boli keto 2nd hand secaro tunai. Best siot. Kalau kayo, diorg ubah keto tu secaro pro. Custom car, atau ubah semuo mengikut spec dan kehendak customer. Bukan mcm Msia, ubah ikut kehendak pomen. Ha Ha Ha.

3] Mcm tu jugak dlm bab boli rumah. Ado korang tgk omputih boli rumah, 10 tahun sok dio akan ubah rumah tuh? Tak, omputih takkan ubah plan layout rumah ey sobab dio mmg puas hati dan seleso dgn rumah tersebut. Tak mcm kito. Bilo boli rumah terutamo sekali di taman perumahan, 5 tahun sok dio akan tambah bosa an dapur. 5 tahun kemudian, ado duit sikit dio tambah bilik pulak. Dah pencen sok, bosa an ruang tamu. Nanti sonang nak buek kenduri tahlil bilo tuan rumah mati. Ngee… Apsal rkyt Msia terutamo yg melayu suko tambah2 ruang kek rumah ey? Sobab rumah yg dio boli dulu kocik. Tak seleso. Wlpn boli rumah kocik, tetapi harganya mahal nak mampus. Berbezo dgn omputih, diorg tak perlu tambah2 bhgn rumah ey sobab bosa dan diboli dgn harga yg berpatutan. Korang nmpk tak apo yg den nmpk?

4] Sikap org kito sbnrnya adolah reaksi krn tak mampu nak momboli harta impian mereka. Dlm kes ni rumah & kenderaan. Sobab apo diorg suko ubah2 dan tambah2 ni geng? Sobab tak mampu. Apo sobab tak mampu? Sobab kenderaan dan rumah yg mereka boli sgt mahal. Sobab apo mahal? Sobab cukai tinggi. Aii apsal cukai tinggi? Krn kjaan tak pandai mengurus kewangan. Sapo pilih kjaan yg tak pandai mengurus kewangan tu bai? Korang lah!

5] Sbnrnya bahayo bilo ubah dan tambah aksesori yg bukan2 pd keto. Sobab tak ikut spec. Sonang eksiden dan keto copek rosak. Yg kes ado org mati tingkap tertutup wlpn aircond pasang salah satu punco ey sobab pendawaian yg diubah krn nk bg laluan kpd aksesori tak perlu pun kpd keto. Nak makeup keto mcm Porche tapi risiko nyawo melayang maa.

6] Begitu jugak bilo tambah2 atau bosa an rumah. Pun tak ikut spec. Main arah yor pokojo indon tu tambah soket itu dan ini. Bosa an bilik itu dan ini. Rumah mmg nampk bosa dan bulih eksyen dgn jiran sebolah tapi natijahnya rumah mudah terbakar angkara pendawaian tak sempurna. Huhuhu. Krn sikap omputih vokal terhadap kjaan, mereka menikmati kebahgiaan hidup di dunio. .

Kesimpulan ey, rkyt Msia boli mahal tapi dapek ciput. Omputih pulak boli murah tapi dapek godang bai. Apopun, teruskan mengundi BN ye. Yeah! Aduka Taruna

Advertisements

Apa jadi dokumen negara Islam?


Image
DR MASHITAH IBRAHIM
22 Jun 2012

Tahun ini genap satu dekad Dokumen Negara Islam. Ketika dilancarkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada November 2003, ia dicanangkan sebagai “usaha serius menangani kegagalan akal manusia” berhubung pelbagai masalah dalam negara. Dokumen ini kononnya merangkumi semua aspek negara Islam berasaskan al-Quran dan Sunnah, yang disediakan tenaga pakar Pas.

Dokumen ini diterbitkan sebagai reaksi kepada cabaran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kritikan seorang wakil Pemuda Pas terhadap kepimpinan parti di muktamar ke-49. Selama puluhan tahun Pas menuduh kerajaan sebagai sekular, Perlembagaan Persekutuan sebagai jahiliah, mahkamah sebagai toghut dan Umno sebagai “kafir berikat” kerana hubungannya dengan parti MCA dan MIC dalam Perikatan-Barisan Nasional.

Cerdik pandai Pas mengambil masa dua tahun setengah menyediakan dokumen 53 muka surat ini, atau purata sebulan untuk menyiapkan 1.8 muka surat.

Sepuluh muka surat pertama dihiasi tiga ayat al-Quran mengenai kerajaan, bersifat umum dan boleh diguna pakai sesiapa.

Empat muka surat selanjutnya ialah kata-kata aluan Abdul Hadi.

Mukadimah pula lima muka surat menjelaskan ideologi Pas. Isi sebenar cuma 32 muka surat, terbahagi kepada empat bahagian: tasawur (gambaran) negara Islam, dasar utama pemerintahan, ciri-ciri utama dan beberapa polisi umum negara Islam.

Dari segi ilmu, perbincangan dalam dokumen ini sangat tohor, tidak ilmiah dan terlalu umum untuk dijadikan panduan.

Penghasilannya bagai melepaskan batuk di tangga. Allahyarham Prof Datuk Dr Syed Hussein Alatas berpendapat isi buku ini bagaikan khutbah biasa selain penjelasan yang banyak berselindung, banyak kesalahan bahasa dan lebih cenderung menimbulkan kekeliruan daripada penerangan.

Sebaik sahaja diterbitkan, dokumen ini menerima pelbagai kritikan. Paling lantang ialah pucuk pemimpin DAP. Karpal Singh kata, “langkah mayat dia dulu” jika Pas mahu wujudkan negara Islam. Lim Kit Siang berkata, dokumen ini tidak boleh diterima langsung kerana bercanggah dengan Perlembagaan dan manifesto bersama Barisan Alternatif 1999. Ia juga bercanggah dengan prinsip demokrasi, hak asasi, pluralisme, hak wanita dan modenisme.

Kit Siang tuduh Pas tidak boleh dipercayai kerana bersikap ‘lidah bercabang”. Jaminan Pas tidak meneruskan perjuangannya membentuk negara Islam diisytiharkan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Persidangan Gereja-Gereja Malaysia di Petaling Jaya pada Mei 2000 dan Naib Presiden ketika itu Datuk Mustafa Ali dalam wawancara BBC pada September 2003. Kit Siang menarik perhatian mengenai perbezaan kandungan dokumen ini dalam versi bahasa Melayu dan Inggeris – satu cubaan Pas untuk memberi mesej berbeza kepada pengundi Melayu-Islam dan pengundi bukan Melayu-bukan Islam.

Pemimpin veteran DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, partinya tidak akan menyokong hasrat Pas menubuhkan negara Islam kerana ia hanya senjata Pas berebut agenda agama dengan Umno. Dokumen Negara Islam bersifat superfisial, kurang substance dan Malaysia tidak boleh dikuasai pemerintahan ala Ayatollah Khomeini, tegasnya.

Pemimpin sekutu termasuk Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah dan Dr Syed Husin Ali jelas tidak selesa dengan pendirian Pas.

Mereka mengeluarkan kenyataan akhbar menghormati hak Pas tetapi menegaskan bahawa “sebarang perubahan sistem perundangan dan pengenalan undang-undang hudud perlu mendapatkan sokongan majoriti rakyat.”

Tahun ini sepatutnya Pas meraikan sambutan tahun ke-10 dokumen ini diterbitkan kerana ia hasil cerdik pandai Pas mengenai matlamat perjuangannya.

Namun, semua orang tahu Pas hari ini sudah banyak berubah dari segi prinsip, cara dan asas perjuangan politiknya.

Yang penting bukan lagi negara Islam tetapi kuasa semata-mata. Buku kecil ini pun tidak boleh didapati lagi, baik di pasaran mahupun pejabat Pas. Saya percaya pemimpin Pas sendiri lebih senang jika isu dokumen ini dikuburkan saja. Ia sudah diganti dengan buku lain iaitu perihal negara berkebajikan yang sudah pun saya ulas dalam ruangan ini. Sama-samalah kita tengok apa jadi buku negara berkebajikan ini, adakah nasibnya seburuk Dokumen Negara Islam?

Perebutan Geran Selangorku RM300j punca krisis


Image

KUALA LUMPUR 22 Jun – Krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor dipercayai berpunca ekoran perebutan dua kumpulan dalam parti itu terhadap Geran Selangorku berjumlah RM300 juta di bawah Perbadanan Menteri Besar (MBI) negeri berkenaan.

Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, pertelingkahan antara kem Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Pengerusi PKR negeri, Azmin Ali bukan lagi rahsia umum, malah semakin memuncak.

“Saya tidak akan terkejut sekiranya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada bulan Julai ini bakal berlaku kejutan yang lebih besar melibatkan parti-parti dalam pakatan yang tidak berpuas hati dengan Menteri Besar.

“Tempoh sudah semakin singkat dan wang juga harus dihabiskan dalam waktu yang singkat. Mereka tidak akan menghiraukan prosedur kewangan kerana hendak sapu wang dalam Geran Selangorku sampai licin,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysiadi sini hari ini.

Anwar cari dan simpan wanita misteri kata Ummi Hafilda


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai berusaha mengesan wanita misteri yang dikaitkan dengan bukti baru bagi menyokong tuduhan beliau memiliki akaun luar biasa berjumlah RM3 bilion sejak mereka terputus hubungan beberapa tahun lalu.

Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali (gambar) berkata, Anwar mempunyai hubungan rapat dengan wanita terbabit dan banyak kisah di sebalik tabir berlaku antara mereka berdua.

Menurut beliau, wanita berkenaan hidup diselubungi kemewahan semasa masih rapat dengan Anwar, namun, beliau sentiasa dalam ketakutan selepas hubungan itu berakhir.

‘‘Saya difahamkan Anwar mahu menuntut semula semua harta yang telah diberikannya kepada wanita misteri itu.Image