Perebutan Geran Selangorku RM300j punca krisis


Image

KUALA LUMPUR 22 Jun – Krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor dipercayai berpunca ekoran perebutan dua kumpulan dalam parti itu terhadap Geran Selangorku berjumlah RM300 juta di bawah Perbadanan Menteri Besar (MBI) negeri berkenaan.

Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, pertelingkahan antara kem Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Pengerusi PKR negeri, Azmin Ali bukan lagi rahsia umum, malah semakin memuncak.

“Saya tidak akan terkejut sekiranya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada bulan Julai ini bakal berlaku kejutan yang lebih besar melibatkan parti-parti dalam pakatan yang tidak berpuas hati dengan Menteri Besar.

“Tempoh sudah semakin singkat dan wang juga harus dihabiskan dalam waktu yang singkat. Mereka tidak akan menghiraukan prosedur kewangan kerana hendak sapu wang dalam Geran Selangorku sampai licin,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysiadi sini hari ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: