Akhirnya MPT tunduk dengan Nga Kor Ming


Majlis Perbandaran Taiping, membatalkan projek untuk membangunkan kios rakyat dan cenderamata yang akan dibangunkan oleh Koridor Utara atas desakan oleh DAP taiping.

Dan dua tapak baru dicadangkan oleh MPT kepada Koridor Utara, pertama dibelakang TANDAS tempat rekriasi Taman Tasik dan di tapak permainan berhampiran dengan gelangangan tenis.

Pada pendapat saya ini hanya gula gula untuk menenangkan perasaan masyarakat bumiputra khususnya orang melayu selepas Majlis perbandaran tunduk kepada desakan DAP, yang pasti bila kelak memilih tempat yang baik seperti taman permainan bersebelahan  gelanggang tennis, pastinya satu lagi protes yang akan dibuat DAP dan sekali lagi MPT akan tunduk, dan kios yang dapat menjana pendapatan masyarakat tempatan khususnya bumiputra akan ditempatkan di belakang TANDAS. itu yang DAP mau!

Datuk Setiausaha Politik Menteri Besar dan Datuk Adun Exco Kerajaan negeri Mesti Campur Tangan dalam hal hal Orang Melayu jangan Sampai Kios untuk orang Melayu diletakkan Belakang Tandas!

Sumber: blog sangkut2

Siasatan ke atas Suaram hampir siap


 

Oleh HUSSAINI AMRAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 29 Julai – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan membentangkan laporan siasatan terhadap Suara Inisiatif Sdn. Bhd. atau lebih dikenali sebagai Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sebaik sahaja ia disiapkan dalam masa terdekat.

Ketua Perhubungan Awam SSM, Mohamad Shahren Mohamad Yusri berkata, pihaknya sedang meneliti semua dokumen yang diserahkan oleh syarikat berkenaan kira-kira seminggu lalu.

”Kita memerlukan masa untuk menyemak dan meneliti dokumen-dokumen yang berkaitan dengan Akta Syarikat 1965 itu.

”Perkembangan terkini berhubung siasatan terhadap Suara Inisiatif akan dimaklumkan kemudian,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong mendesak SSM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat dan menjelaskan status sebenar Suaram.

3 golongan ancam keselamatan


KUCHING 29 Julai – Tiga kategori golongan pelampau iaitu ekstremis agama, politik dan sosial dikhuatiri mampu mengancam keselamatan negara sekiranya ia tidak ditangani lebih awal.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Datuk Mohd. Sofian Md. Makinuddin (gambar) berkata, ledakan teknologi maklumat yang berkembang pesat pada masa kini menjadikan ancaman era baru itu lebih berbahaya berbanding ancaman komunis.

Ini kerana kata beliau, menerusi teknologi itu terutama media sosial baharu, golongan pelampau berpeluang menyebarkan setiap idealisme songsang dan mempengaruhi pemikiran rakyat dengan cepat ke seluruh negara.

“Dulu kita diancam komunis, namun ia telah pun berakhir dan negara berjaya mengharunginya dengan baik.

Dap membantah projek NCER tetapi menyokong projek Restoran Mc D di Taman Tasik Taiping


Eksekutif TV9 ditemui mati, bukan dibunuh


PETALING JAYA 29 Julai – Seorang eksekutif pentadbiran wanita di syarikat televisyen swasta TV9 ditemui mati dipercayai dalam keadaan tergantung dalam biliknya di Apartmen Saujana, Jalan Damansara Damai di sini semalam.

Mayat Syaleza Jaffar, 31, yang bertugas di Bahagian Berita stesen itu ditemui oleh suaminya, Norazman Bashah kira-kira pukul 7.25 malam selepas tidak menjawab panggilan ketika dipanggil untuk berbuka puasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, suami mangsa mendakwa sebelum kejadian itu, berlaku pertengkaran antara suami dengan isterinya.

“Bagaimanapun, suaminya yang berusia lingkungan 30-an terkejut apabila mendapati isterinya dalam keadaan tergantung di bawah kipas dalam bilik kedua mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Eksekutif TV9 dibunuh


Seorang eksekutif pentadbiran TV9 ditemui mati dipercayai dibunuh di rumahnya di Pangsapuri Saujana, Damansara Damai, kira-kira jam 8 malam tadi.

“Muka Tak Malu”… Halang Penyenaraian FGVH Tapi Ambil Durian Runtuh – Najib


PEKAN, 6 Julai – Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan mereka yang menghalang penyenaraian saham Felda Global Venture Holdings (FGVH) ke Bursa Saham tetapi turut mengambil durian runtuh hasil penyenaraian itu sebagai ‘muka tak malu’.

Sambil menyindir golongan itu, beliau berkata sebilangan peneroka Felda yang turut menolak hasrat murni itu juga adalah pengkhianat kerana cuba menghalang niat kerajaan yang mahu mentransformasi serta memartabatkan Felda di peringkat global.

“Mereka cuba mengkhianati hasrat kita untuk membela masyarakat Felda. Cuba halang tapi bila kita hulur, dia tidak malu-malu menerpa ke hadapan untuk terima durian runtuh, ini termasuklah yang membuat injunksi, tak malu dan tak tersipu-sipu datang ambil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran Mini MAHA Pekan 2012 di hadapan kira-kira 10,000 peneroka di Dataran Shahbandar, Bandar Dara, Chini di sini hari ini.

Turut hadir, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar dan timbalan, Datuk Chua Tee Yong.

Najib memuji golongan peneroka yang hadir pada majlis itu dan menyifatkan mereka sebagai pembela dan pejuang yang meletakkan Felda di mercu kejayaan.

Katanya transformasi sedang dan akan terus berlaku kepada komuniti Felda dengan penyenaraian FGVH di Bursa Saham baru-baru ini.

“Siapa dapat bayangkan FGVH apabila disenaraikan mencatat sejarah dunia, bukan di Chini kerana kini ia menjadi tawaran awam permulan (IPO) yang kedua terbesar di dunia selepas saham Facebook,” katanya.

Najib juga pada majlis itu turut mengumumkan bahawa pemberian durian runtuh kepada isteri peneroka berjumlah RM5,000 seorang akan dibayar mulai esok sempena sambutan Hari Peneroka.

PAS 80 kerusi DAP 89 kerusi dan DAP adalah PM


Sukar Mencari Calon: Tanda-tanda Kekalahan Pembangkang


Ketua Pengarang NST/BH patut letak jawatan!


apa agenda anda?

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarang Kumpulan NST/BH, Dato Jalil Abdul Hamid telah sabotaj persediaan pilihanraya Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN dan Presiden UMNO, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak dan sepatutnya dipecat di atas pengkhianatan ini.

Sabotaj ini dilakukan dengan melaporkan kenyataan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Dato Abu Bakar Abdullah seolah beliau dianiaya dipecat dari jawatan dan membantu menimbulkan salahfaham dan keresahan dikalangan kakitangan awam.

petikan dari BH

Jalil nampaknya bersekongkol memalukan Perdana Menteri dengan membela Abu Bakar melalui cara memberi ruang untuk dia menyuarakan rungutan. Sudahlah Najib dimalukan kerana terpaksa menukar keputusan, laporan tersebut akan dianggap seolah-olah Abu Bakar telah dianiayakan.

Laporan Berita Harian, yang telah diluluskan penyiaran oleh Jalil, mendedahkan rungutan Abdullah yang sebelum ini hanya desas desus dikalangan sekumpulan kecil pegawai kerajaan. Kini ianya telah tersebar hingga ke portal pro-pembangkang.

Disebarkan pembangkang

Laporan tersebut tidak dapat diperolehi secara online tetapi disiarkan di Berita Harian edisi hari minggu semalam bertarikh Julai 1hb.

Namun begitu, ia telah dilaporkan semula oleh portal pro-pembangkang yang diuruskan oleh bekas-bekas wartawan dan penyunting dari News Straits Times, The Malaysian Insiders. Laporan mereka berbunyi:

Abu Bakar confirms sacked as PSD chief
By Shazwan Mustafa Kamal
KUALA LUMPUR, July 1 — Tan Sri Abu Bakar Abdullah has confirmed he lost his job as director-general of the Public Service Department (PSD) as of today, which sources say is related to Putrajaya’s aborted new pay scheme for civil servants.
Despite the government’s move to extend the civil service retirement age to 60, the 57-year-old senior civil servant of 35 years said he was “saddened” to find out about the termination only through an official letter.
“My family and I are still saddened by this situation. I did not retire but my service was terminated effective July 1, 2012.
“I received a letter informing me of the termination of my service. I think that is enough for me to say right now,” he was quoted by Berita Harian (BH) Ahad as saying.
The Malay-language paper is the revamped weekend edition of Berita Harian. It was previously known as Berita Mingguan.
The paper reported Abu Bakar (picture) saying that he had opted to retire at 60, but the government’s unexpected decision meant that his benefits and pension would only be considered until June 30, 2012.
He has so far refused to comment on the reason for his termination, and whether it has anything to do with the PSD’s controversial Public Service Renumeration Scheme (SBPA), which was axed after protests from within the civil service.
Abu Bakar was previously tipped to be the next Chief Secretary to the Government, but Datuk Seri Dr Ali Hamsa has since taken over.
Abu Bakar, whose department was blamed for disparate pay rises for civil servants early this year, was widely expected to leave government service.
His termination comes amid a on-going debate over the civil service’s impartiality, after newly-minted chief secretary Ali raised eyebrows when he told his new charges that they “should know better” than to believe the “empty promises” made by the opposition.
The 1.4-million-strong public sector has been a traditional vote bank for BN but the controversy over a new pay scheme and attacks on the ruling parties by PR over bread-and-butter issues may offer the federal opposition a glimmer of hope in the coming polls. But recent days have seen top government officials go on an apparent overdrive to protect the BN government they serve.
Apart from Ali’s message to the civil service, Foreign Ministry undersecretary Ahmad Rozian Abdul Ghani recently attacked a Canadian newspaper for describing Datuk Seri Najib Razak as a “false democrat,” and insisted that the prime minister had “an impressive track record by anyone’s standards”.
A director at Putrajaya’s efficiency unit, Pemandu, also made a public attack on PR on Wednesday for not improving the states it governs and focusing on sniping and criticising the federal government’s efforts.Tidak dapat dipastikan samada laporan bersama oleh The Malaysian Insiders itu dirancang. Namun tindak tanduk Jalil boleh dianggap mengkhianati Perdana Menteri.

Letak jawatan

Jalil seharusnya mengambil tanggungjawab dengan meletakkan jawatan. Jika dia enggan, dia seharusnya dipecat segera.

Isu yang mahu ditimbulkan oleh Abu Bakar dan dia bantu oleh Jalil adalah dia mahu terus berkhidmat tetapi kerajaan tidak terima permohonannya ini. Dengan ini, perkhidmatannya berakhir pada Jun 30 dua hari lepas.

Sebelum ini, Abu Bakar dijangka akan mengambilalih jawatan Ketua Setiausaha Negara dari Tan Sri Sidek Hasan yang ketika itu akan pencen. Walaubagimana pun, Najib tidak membuat keputusan mengikut jangkaan dan telah memilih Dato Dr Ali Hamsa untuk dilantik KSN.

Abu Bakar dipercayai tidak dipilih dan ditamatkan perkhidmatan kerana kegagalannya dalam merangka kenaikkan gaji sekim SBPA yang telah dipertanggungjawabkan secara terus oleh Perdana Menteri sendiri kepadanya.

CUEPAC telah mendedahkan bahawa sekim SBPA yang diusahakan Abu Bakar hanya menguntungkan pegawai atasan kerajaan dengan kenaikkan gaji hingga 80%, manakala kenaikkan diperingkat bawah agak nominal.

Kenaikkan gaji yang sepatutnya dapat memuaskan hati kakitangan awam menjadi satu liabiliti politik kepada Perdana Menteri kerana ia hanya menimbulkan ketidk puasan hati dikalangan kakitangan kerajaan.

Ini memalukan Perdana Menteri yang terpaksa menukar keputusan dan memperkenalkan sekim SSB baru untuk menggantikan sekim SBPA.

Namun begitu, Abu Bakar tidak mengambil bertanggungjawab dengan kesalahan besarnya itu tetapi masih mengharapkan dapat terus berkhidmat hingga ke umur 60 tahun. Sebab pemecatannya pun turut tidak disebut.

Gagal

Sejauh mana kenyataan Abu Bakar akan menjadi isu masih tidak dapat dijangka. Sebelum ianya membesar dan berlaku pelbagai lagi sabotaj dari NST atau BH, tindakan segera dengan menghentikan perkhidmatan Jalil adalah perlu.

Jalil menggantikan Dato Zainul Ariffin sebagai Ketua Pengarang Kumpulan. Dibawah Zainul, NST berubah dari akhbar penuh menjadi akhbar gaya hidup yang tidak membantu penerangan kerajaan dan propaganda parti. Anihnya bahagian politik ditutup dan NST adakala lebih mirip seperti akhbar untuk parti pembangkang.

Sebelum ini, Jalil adalah Pengarah Komunikasi Pejabat Perdana Menteri. Dia yang seharusnya faham keperluaan mengemaskinikan NST dan peranan NST sebagai salah satu dari beberapa akhbar penyokong kerajaan.

Berbanding dengan Utusan Malaysia dan TV3, NST dan BH begitu kurang sekali membantu usaha kerajaan dan parti pemerintah. Dengan laporan mengenai Abdullah, nampaknya NST dan BH seolah-olah menjadi “duri dalam daging” pula. Unspinner