Eksekutif TV9 ditemui mati, bukan dibunuh


PETALING JAYA 29 Julai – Seorang eksekutif pentadbiran wanita di syarikat televisyen swasta TV9 ditemui mati dipercayai dalam keadaan tergantung dalam biliknya di Apartmen Saujana, Jalan Damansara Damai di sini semalam.

Mayat Syaleza Jaffar, 31, yang bertugas di Bahagian Berita stesen itu ditemui oleh suaminya, Norazman Bashah kira-kira pukul 7.25 malam selepas tidak menjawab panggilan ketika dipanggil untuk berbuka puasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, suami mangsa mendakwa sebelum kejadian itu, berlaku pertengkaran antara suami dengan isterinya.

“Bagaimanapun, suaminya yang berusia lingkungan 30-an terkejut apabila mendapati isterinya dalam keadaan tergantung di bawah kipas dalam bilik kedua mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

1 Comment (+add yours?)

  1. KALISAMPURNO
    Jul 30, 2013 @ 19:04:04

    di bulan suci kayak masih kdrt ya allah
    semoga arwah beliau di terima oleh . allah swt amin
    dan keluarga di lapang dada terima apa adanya manusia tak dari dosa

    salam penggemar TV9
    AHMAD MUHAMMAD NURIL ASHROR

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: