Siasatan ke atas Suaram hampir siap


 

Oleh HUSSAINI AMRAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 29 Julai – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan membentangkan laporan siasatan terhadap Suara Inisiatif Sdn. Bhd. atau lebih dikenali sebagai Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sebaik sahaja ia disiapkan dalam masa terdekat.

Ketua Perhubungan Awam SSM, Mohamad Shahren Mohamad Yusri berkata, pihaknya sedang meneliti semua dokumen yang diserahkan oleh syarikat berkenaan kira-kira seminggu lalu.

”Kita memerlukan masa untuk menyemak dan meneliti dokumen-dokumen yang berkaitan dengan Akta Syarikat 1965 itu.

”Perkembangan terkini berhubung siasatan terhadap Suara Inisiatif akan dimaklumkan kemudian,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong mendesak SSM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat dan menjelaskan status sebenar Suaram.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: