Manifesto isu air percuma bukan perjanjian


 

SHAH ALAM 29 Ogos – Manifesto parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang menjanjikan bekalan air kegunaan domestik secara percuma sebanyak 20 meter padu pertama setiap bulan tanpa menyatakan syarat pengguna mesti menggunakan meter individu, adalah ‘bukan satu perjanjian’.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengemukakan alasan itu bagi menepis kritikan pelbagai pihak yang mempertikaikan keengganan pentadbiran kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor memberikan kemudahan air percuma kepada ratusan ribu penghuni pangsapuri dan kondominium atas alasan mereka masih menggunakan meter air pukal.

Beliau juga kekal dengan pendirian tidak melayan tuntutan membayar tunggakan air percuma ditaksirkan mencecah RM300 juta setelah para penghuni kediaman bertingkat tersebut dinafikan hak menikmati kemudahan air percuma sejak Ogos 2008.

“Manifesto itu bukan satu perjanjian,” katanya ringkas pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai sebab kerajaan negeri meletakkan syarat penduduk mesti menukar meter individu sebelum mendapat kemudahan air percuma sedangkan jelas tertera dalam manifesto pakatan pembangkang sebelum ini bahawa tawaran tersebut tidak menyebut tentang syarat meter individu atau pukal.

Semalam, Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan memberitahu, para penghuni membabitkan 1,378 buah pangsapuri dan kondominium di beberapa daerah di negeri ini dikesan masih belum menerima kemudahan air percuma sebagaimana dijanjikan kerajaan PKR Selangor sejak Ogos 2008.

Kata beliau, perangkaan itu melibatkan sebanyak 479 buah pangsapuri di Petaling Jaya; Gombak (462) dan Klang (273) yang jika puratanya melibatkan 500 pemegang akaun perkhidmatan bekalan bagi setiap premis kediaman tersebut, maka keseluruhannya mencecah hingga 689,000 orang manakala jumlah tunggakan subsidi air percuma hampir RM300 juta.

Sohaimi turut menyelar tindakan kerajaan negeri yang menjadikan alasan mekanisme dan teknikal dalam penukaran meter air pukal kepada individu untuk mengelak menunaikan janji pemberian air percuma kepada rakyat.

Bagaimanapun, Abdul Khalid memberikan alasan syarat penukaran meter individu itu dilakukan memandangkan program penukaran meter individu sudah diarahkan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) sejak 2007.

“Jadi, kita minta Syabas percepatkan pelaksanaan program tersebut. Pengumuman kita ialah hanya beri air percuma kepada mereka yang ada meter persendirian.

“Adalah lebih baik selesaikan pertukaran kepada meter persendirian kerana mereka akan terus mendapat pemberian air percuma,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, kerajaan negeri mempunyai program khusus bagi membantu golongan tidak berkemampuan yang tinggal di rumah pangsa kos rendah.

Advertisements

Hadi Awang kluk klek dalam isu hudud


 Pas yang menggugurkan perjuangan menubuhkan negara Islam bukan sahaja gagal menyatakan pendirian tegas mengenai isu hudud sebaliknya terus berdolak-dalik dalam usaha yang dilihat mahu menjaga hati DAP dan Pengerusinya, Karpal Singh.

Meskipun dihina Pengerusi DAP dalam isu hudud, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang akhbar hari ini tetap berkata, Pas tidak pelik dengan penentangan Karpal dan beliau memberi alasan DAP hanya sebuah parti pembangkang bukan kerajaan yang memerintah.

Beliau juga secara berterusan cuba berdalih mengenai kegagalan Pas bangkit menjawab kritikan pedas Karpal dan seperti dijangka sebagaimana yang lepas-lepas, Abdul Hadi menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pula.

Pada sidang akhbar yang sama, Presiden Pas itu juga ‘langsung tidak berani’ menyentuh mengenai penolakan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap hasrat Pas apabila Ketua Pembangkang itu menegaskan hudud tiada dalam agenda pembangkang dan hanya dilaksanakan jika mendapat persetujuan DAP.

“Kalau dulu Karpal kata langkah mayat dia dulu, sekarang ini tak kata lagi dah. Dia cuma kata dia menentang dan tidak setuju. Itu hak dia, itulah demokrasi dan Pas menyokong demokrasi,” katanya ketika ditanya pendirian Pas mengenai Karpal pada sidang akhbar di sini hari ini.

Isu hudud kembali panas selepas Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan mendakwa Karpal sudah terbuka dan menerima hasrat parti itu untuk melaksanakan hudud dan negara Islam tetapi ia kemudian segera disanggah dengan keras oleh Pengerusi DAP tersebut.

Karpal bukan sahaja menempelak Pas tetapi mengulangi pendirian keras menentang hudud dengan menyifatkan undang-undang Islam itu mustahil dipraktikkan di Malaysia malah menyatakan hudud tidak mampu membantu membasmi kegiatan jenayah di negara ini.

Pas yang dilihat tidak bermaya dan tunduk kepada Karpal dalam pergeseran berkenaan kemudian dikejutkan pula dengan pendirian Anwar serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berpihak kepada DAP sehingga menjadikan parti itu terkontang-kanting sendirian.

Dalam perkembangan berkaitan, ditanya adakah Pas akan mentarbiah Karpal selepas ini agar selari dengan tujuan kerjasama parti itu dengan DAP sebagaimana sering didakwa pemimpin mereka, Abdul Hadi sekadar berkata, Ahli Parlimen Bukit Gelugur tersebut bukan ahli Pas.

Mengenai tindakan Pas sebelum ini yang melarang pemimpin parti itu daripada berterusan mengeluarkan kenyataan bagi menyanggah Karpal, beliau enggan mengulas lanjut tetapi berkata, walaupun berbeza pendapat tetapi pemimpin Pas mempunyai noktah yang sama.

AKHIRNYA PAS MESIR PINJAM DUIT DARI YAHUDI


Parti Ikhwan Muslimin [ Islam brotherhood] yang menjadi sekutu kuat kepada Pas di Malaysia akhirnya tunduk kepada Yahudi dengan menjadi peminjam kepada bank IMF. 

 
Krisis kewangan 1997 yang melanda Malaysia dengan bantuan dan tangan kotor Anwar Ibrahim yang juga Timbalan Presiden IMF juga hampir menjadikan Malaysia seperti Mesir dan Indonesia.
 
Mujurlah Tun Mahathir masih waras berfikir dan tahu akan tipu helah Anwar Ibrahim, akhirnya Anwar terduduk terperosok di belakang pintu kerana Tun Mahathir berjaya mengenepikan IMF dan menolak hasrat Anwar agar Malaysia menjadi pelanggan IMF.
 
Itu lah cubaan pertama si pengkhianat negara yang berjaya dipatahkan oleh Tun Mahathir.
 
Hari ini Anwar berusaha lagi untuk menjatuhkan Najib. Apakah pula janji Anwar kepada barat sekiranya dia berjaya menjadi Perdana Menteri atau Presiden pertama Malaysia. 
 

Mesir telah memohon pinjaman berjumlah AS$4.8 bilion (RM15 bilion) daripada Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan berharap perjanjian dapat dimeterai menjelang hujung tahun ini.
Bercakap dalam sidang media bersama Ketua IMF, Christine Lagarde yang dalam lawatannya ke Mesir, Perdana Menteri, Hisham Kandil berkata, dia menjangkakan pinjaman selama lima tahun itu membabitkan faedah sebanyak 1.1 peratus.
“Akan terdapat satu perjanjian ke atas satu pelan pada November atau permulaan Disember yang mana pinjaman akan ditandatangan bersama IMF,’’ katanya. – REUTERS

 TM merasakan, janji Anwar kepada pihak barat cukup besar, kita tahu barat amat mengidam untuk mengawal selia Selat Melaka, selat yang amat penting untuk ekonomi dan keselamatan blok barat. Mungkin Anwar telah membuat perjanjian sulit untuk membenarkan pihak barat menguasai Selat Melaka. Kita juga tahu barat sedang mencari pangkalan baru untuk menggantikan Subic Bay. Apakah ini juga termasuk dalam pakej bantuan Anwar?

Majlis Peguam didesak siasat Puravalen dan Sivarasa


 Majlis Peguam diminta menyiasat sama ada dua ahlinya iaitu peguam Razak Baginda, M. Puravalen dan Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa telah melanggar etika dan disiplin profesion guaman di negara ini.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, tindakan sewajarnya hendaklah diambil sekiranya kedua-dua peguam itu didapati melakukan kesalahan tersebut.

Menurut beliau, Majlis Peguam perlu meneliti pendedahan pengendali portal propembangkang, Raja Petra Kamaruddin tentang peranan Puravalen dan Sivarasa di sebalik akuan bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam untuk memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

”Saya minta Majlis Peguam jangan terlalu sibuk dengan isu-isu politik. Mereka sepatutnya memastikan peguam- peguam di negara ini menjalankan tugas dengan penuh integriti dan tidak melanggar etika guaman.

”Pendedahan Raja Petra itu sangat serius kerana ia berkaitan dengan integriti peguam yang boleh dianggap sebagai tidak beretika, tidak berdisiplin dan tidak profesional,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan Raja Petra menerusi portal malaysia-today.netberhubung akuan bersumpah Balasubramaniam yang menuduh Najib terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya yang didakwa dirancang pihak tertentu termasuk beberapa pemimpin pembangkang.

Zahrain turut mempersoalkan penglibatan Puravalen dalam komplot memfitnah Najib sedangkan beliau dilantik oleh Razak sebagai peguamnya dalam kes pembunuhan Altantuya.

”Sekiranya pendedahan Raja Petra itu benar, tindakan Puravalen boleh menjejaskan integriti pengamal undang-undang di negara ini,” ujarnya.

Kata beliau, Sivarasa juga dicabar memfailkan saman terhadap Raja Petra sekiranya benar-benar yakin tidak terlibat dalam komplot akuan bersumpah tersebut.

RPK dedah komplot fitnah terhadap Najib dan Rosmah


 Akuan bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu didakwa dirancang pihak tertentu termasuk beberapa pemimpin pembangkang.

Perkara itu didedahkan pengendali portal propembangkang, Raja Petra Kamaruddin selepas beliau mendedahkan peraranan seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa bersama seorang peguam di sebalik akuan bersumpah tersebut bagi memfitnah Najib.

Dalam pendedahan di portal malaysia-today.net itu beliau turut menyebut pembabitan beberapa pemimpin pembangkang dan peguam yang terlibat dalam merancang untuk menghasilkan akuan bersumpah berkenaan termasuk M. Puravalen yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Kalimullah Masheerul Hassan.

Raja Petra mengakui semua kenyataan yang dibuat Balasubramaniam pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR memang telah dirancang lebih awal agar penyiasat persendirian itu tidak tersalah cakap.

Pada masa sama Raja Petra mengakui Balasubramaniam dibayar untuk membuat akuan bersumpah tersebut dan dakwa beliau, perkara itu memang diketahui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya bertemu Balasubramaniam 2 Julai 2008 iaitu sehari selepas beliau membuat akuan bersumpah. Pertemuan itu berlaku selepas saya dihubungi Sivarasa yang meminta saya pergi ke rumah seorang peguam bagi membincangkan kes pembunuhan Altantuya.

“Kami berbincang bagaimana perkara ini perlu ditangani dan apa yang Balasubramaniam perlu cakap semasa sidang akhbar yang akan dibuat keesokan hari di Ibu Pejabat PKR,” dakwanya sebagaimana dipetik dari malaysia-today.net.

Pada 1 Julai 2008, Balasubramaniam mengejutkan negara apabila mengeluarkan akuan bersumpah mengaitkan Perdana Menteri dalam pembunuhan tersebut tetapi selang dua hari kemudian penyiasat persendirian itu membatalkan akuan bersumpah berkenaan.

Dalam pada itu, Raja Petra mendakwa Anwar telah mengarahkan seorang tauke Cina membayar kepada Balasubramaniam sebanyak RM20,000 sebulan bagi memastikan penyiasat persendirian tersebut terus menyokong pembangkang.

Katanya, langkah itu diambil selepas Balasubramaniam dikatakan sedang melakukan rundingan rahsia bagi membolehkan beliau mendapat bayaran RM5 juta menyebabkan Anwar bimbang jika penyiasat persendirian tersebut membongkar rahsia mereka.Image

Dalam pada itu, Sivarasa dan Balasubramaniam gagal dihubungi malam ini untuk mengesahkan dakwaan Raja Petra tersebut.

Reminder: taipingmali@gmail.com wants to follow you


If you can’t see this email please click here to respond
taipingmali@gmail.com wants to follow you

Is taipingmali@gmail.com your friend?

Yes No Following taipingmali@gmail.com helps you discover great websites they recommend 🙂
Click here to unsubscribe from all emails from Flipora, 440 N.Wolfe Rd MS #153, Sunnyvale, CA. 94085.
Privacy Policy

Keseriusan Perlaksanaan BAFIA Dalam Institusi Perbankan dan Kewangan Negara


 

Thursday, 09 August 2012 14:38 Izardy Amiruddin
E-mailPrint
 
alt
Semua bank-bank komersil dan lain-lain institusi kewangan yang berlesen di negara ini dikawal selia di bawah undang-undang BAFIA (Banking and Financial Institution Act, 1989) atau Akta Institusi Kewangan 1989. Bank Negara Malaysia (BNM) bertindak menguatkuasakan akta ini dan mempunyai authoriti untuk mengenakan penalti kepada bank-bank atau mana-mana institusi kewangan yang lain serta pegawai-pegawai mereka yang melanggar akta ini.
 
BAFIA memberikan BNM kuasa yang lebih untuk memantau dan mengawal pelbagai institusi kewangan dengan lebih efektif dengan sasaran untuk memastikan system kewangan yang lebih mantap dan stabil. Akta ini juga menjadikan BNM sebagai authoriti kewangan yang tunggal untuk sistem kewangan dalam negara. BNM bertindak memantau perbendaharaan, sekuriti dan aktiviti-aktiviti atau perancangan masa hadapan oleh bank-bank di Malaysia selain memberikan garis panduan perlaksanaan operasi institusi-institusi kewangan ini.
 
Pelanggaran peraturan-peraturan yang dinyatakan di dalam BAFIA merupakan satu kesalahan yang amat serius. Oleh itu, sesiapa sahaja yang bekerja di dalam mana-mana institusi kewangan seharusnya telah diberikan taklimat mengenai akta ini oleh phak pengurusan. Pihak pengurusan perlu menekankan, terutamanya kepada pegawai-pegawai atau kerani-kerani bank yang baru tentang akibat dan kesan yang perlu dihadapi sekiranya peraturan-peraturan yang dinyatakan didalam BAFIA tidak dipatuhi. Senarai penalti dan hukuman juga telah dinyatakan dengan jelas di dalam Jadual Keempat BAFIA , ini termasuklah hukuman penjara dan denda.
 
BAFIA bukanlah sesuatu yang baru , malah terdapat akta yang serupa dinegara-negara maju yang melindungi kerahsiaan akaun pelanggan-pelanggan bank dari pengetahuan umum. Apabila pelanggan berurusan dengan bank, bererti mereka telah memberikan sepenuh kepercayaan kepada bank berkenaan untuk melindungi segala maklumat-maklumat kewangan dan peribadi pemilik akaun. Kes pendedahan akaun NFC oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dengan bantuan seorang bekas kerani Public Bank agak mengejutkan kerana selaku seorang akauntan bertauliah, Rafizi seharusnya peka mengenai akta ini. 
 
Namun keghairahan beliau dalam mendedahkan skandal NFC kepada umum telah memerangkap diri sendiri. Jelas untuk kes Rafizi, matlamat tak menghalalkan cara kerana beliau sebenarnya boleh memilih saluran yang betul misalnya melalui BAFIA , dibawah seksyen 99 yang menerangkan mengenai kaedah pendedahan-pendedahan lain yang dibenarkan. Pendedahan maklumat sebegini boleh dipohon melalui perintah mahkamah semasa kes sedang dibicarakan, namun Rafizi telah maju setapak kehadapan dengan membuat pendedahan kepada umum terlebih dahulu.
 
Penahanan Rafizi menimbulkan reaksi yang agak keras terutamanya dari pemimpin-pemimpin Pakatan Rayat. Mereka mendakwa tindakan Rafizi mendedahkan maklumat akaun NFC kepada umum adalah bertujuan dalam memerangani rasuah dan penyalahgunaan wang.YB Anthony Loke yang juga merupakan seorang pemimpin DAP pula berkata tindakan penahanan RAfizi adalah bertentangan dengan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat. Di sebalik pelbagai persoalan yang ditimbulkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, jelas sekali Rafizi telah melakukan kesalahan dengan melanggar BAFIA . Soal penahanan dan pendakwaan terhadap Rafizi tidak timbul sekiranya beliau mengikut prosedur yang sewajarnya. Namun, demi keuntungan dari segi politik dan menimbulkan persepsi yang tidak baik terhadap UMNO dan Barisan Nasional, Rafizi lebih  ‘gemar’ menggunakan pendekatan yang berisko ini . Natijahnya, beliau mungkin dikenakan hukuman penjara sehingga 3 tahun dan denda RM 3 juta ringgit. 
 
Dalam kerancakan pendedahan akaun NFC oleh Rafizi pada satu ketika dulu, apa yang amat dikesali ialah pihak pengurusan Public Bank terus berdiam diri tanpa membuat sebarang kenyataan umum permohonan maaf kepada pelanggan mereka NFC, akibat dari kelemahan pemantauan bank itu sendiri dalam pengaliran keluar masuk maklumat dan data-data pelanggan. Bank sepatutnya menjadi satu institusi bebas yang lebih mementingkan pelanggan tanpa mengambil endah elemen-elemen politik yang cuba memanipulasi institusi kewangan itu. Walaupun kesalahan dilakukan oleh kerani, pihak pengurusan Public Bank seharusnya mengambil langkah-langkah proaktif untuk mengelakkan kejadian seperti ini berulang.
 
Tindakan Rafizi mendapatkan maklumat akaun pelanggan dengan bantuan ‘orang dalam’ tanpa pengetahuan pengurusan Public Bank boleh diumpamakan seperti kesalahan mencuri. Public Bank mungkin boleh mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi dan bekas kerani mereka, namun sehingga kini masih tidak ada apa-apa tanda ke arah itu. Sekiranya NFC boleh menyaman Public Bank , kenapa Public Bank tidak mengambil langkah yang sama menyaman Rafizi dengan alasan ‘mencuri’ maklumat pelanggan mereka ?