Keseriusan Perlaksanaan BAFIA Dalam Institusi Perbankan dan Kewangan Negara


 

Thursday, 09 August 2012 14:38 Izardy Amiruddin
E-mailPrint
 
alt
Semua bank-bank komersil dan lain-lain institusi kewangan yang berlesen di negara ini dikawal selia di bawah undang-undang BAFIA (Banking and Financial Institution Act, 1989) atau Akta Institusi Kewangan 1989. Bank Negara Malaysia (BNM) bertindak menguatkuasakan akta ini dan mempunyai authoriti untuk mengenakan penalti kepada bank-bank atau mana-mana institusi kewangan yang lain serta pegawai-pegawai mereka yang melanggar akta ini.
 
BAFIA memberikan BNM kuasa yang lebih untuk memantau dan mengawal pelbagai institusi kewangan dengan lebih efektif dengan sasaran untuk memastikan system kewangan yang lebih mantap dan stabil. Akta ini juga menjadikan BNM sebagai authoriti kewangan yang tunggal untuk sistem kewangan dalam negara. BNM bertindak memantau perbendaharaan, sekuriti dan aktiviti-aktiviti atau perancangan masa hadapan oleh bank-bank di Malaysia selain memberikan garis panduan perlaksanaan operasi institusi-institusi kewangan ini.
 
Pelanggaran peraturan-peraturan yang dinyatakan di dalam BAFIA merupakan satu kesalahan yang amat serius. Oleh itu, sesiapa sahaja yang bekerja di dalam mana-mana institusi kewangan seharusnya telah diberikan taklimat mengenai akta ini oleh phak pengurusan. Pihak pengurusan perlu menekankan, terutamanya kepada pegawai-pegawai atau kerani-kerani bank yang baru tentang akibat dan kesan yang perlu dihadapi sekiranya peraturan-peraturan yang dinyatakan didalam BAFIA tidak dipatuhi. Senarai penalti dan hukuman juga telah dinyatakan dengan jelas di dalam Jadual Keempat BAFIA , ini termasuklah hukuman penjara dan denda.
 
BAFIA bukanlah sesuatu yang baru , malah terdapat akta yang serupa dinegara-negara maju yang melindungi kerahsiaan akaun pelanggan-pelanggan bank dari pengetahuan umum. Apabila pelanggan berurusan dengan bank, bererti mereka telah memberikan sepenuh kepercayaan kepada bank berkenaan untuk melindungi segala maklumat-maklumat kewangan dan peribadi pemilik akaun. Kes pendedahan akaun NFC oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dengan bantuan seorang bekas kerani Public Bank agak mengejutkan kerana selaku seorang akauntan bertauliah, Rafizi seharusnya peka mengenai akta ini. 
 
Namun keghairahan beliau dalam mendedahkan skandal NFC kepada umum telah memerangkap diri sendiri. Jelas untuk kes Rafizi, matlamat tak menghalalkan cara kerana beliau sebenarnya boleh memilih saluran yang betul misalnya melalui BAFIA , dibawah seksyen 99 yang menerangkan mengenai kaedah pendedahan-pendedahan lain yang dibenarkan. Pendedahan maklumat sebegini boleh dipohon melalui perintah mahkamah semasa kes sedang dibicarakan, namun Rafizi telah maju setapak kehadapan dengan membuat pendedahan kepada umum terlebih dahulu.
 
Penahanan Rafizi menimbulkan reaksi yang agak keras terutamanya dari pemimpin-pemimpin Pakatan Rayat. Mereka mendakwa tindakan Rafizi mendedahkan maklumat akaun NFC kepada umum adalah bertujuan dalam memerangani rasuah dan penyalahgunaan wang.YB Anthony Loke yang juga merupakan seorang pemimpin DAP pula berkata tindakan penahanan RAfizi adalah bertentangan dengan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat. Di sebalik pelbagai persoalan yang ditimbulkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, jelas sekali Rafizi telah melakukan kesalahan dengan melanggar BAFIA . Soal penahanan dan pendakwaan terhadap Rafizi tidak timbul sekiranya beliau mengikut prosedur yang sewajarnya. Namun, demi keuntungan dari segi politik dan menimbulkan persepsi yang tidak baik terhadap UMNO dan Barisan Nasional, Rafizi lebih  ‘gemar’ menggunakan pendekatan yang berisko ini . Natijahnya, beliau mungkin dikenakan hukuman penjara sehingga 3 tahun dan denda RM 3 juta ringgit. 
 
Dalam kerancakan pendedahan akaun NFC oleh Rafizi pada satu ketika dulu, apa yang amat dikesali ialah pihak pengurusan Public Bank terus berdiam diri tanpa membuat sebarang kenyataan umum permohonan maaf kepada pelanggan mereka NFC, akibat dari kelemahan pemantauan bank itu sendiri dalam pengaliran keluar masuk maklumat dan data-data pelanggan. Bank sepatutnya menjadi satu institusi bebas yang lebih mementingkan pelanggan tanpa mengambil endah elemen-elemen politik yang cuba memanipulasi institusi kewangan itu. Walaupun kesalahan dilakukan oleh kerani, pihak pengurusan Public Bank seharusnya mengambil langkah-langkah proaktif untuk mengelakkan kejadian seperti ini berulang.
 
Tindakan Rafizi mendapatkan maklumat akaun pelanggan dengan bantuan ‘orang dalam’ tanpa pengetahuan pengurusan Public Bank boleh diumpamakan seperti kesalahan mencuri. Public Bank mungkin boleh mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi dan bekas kerani mereka, namun sehingga kini masih tidak ada apa-apa tanda ke arah itu. Sekiranya NFC boleh menyaman Public Bank , kenapa Public Bank tidak mengambil langkah yang sama menyaman Rafizi dengan alasan ‘mencuri’ maklumat pelanggan mereka ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: