Majlis Peguam didesak siasat Puravalen dan Sivarasa


 Majlis Peguam diminta menyiasat sama ada dua ahlinya iaitu peguam Razak Baginda, M. Puravalen dan Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa telah melanggar etika dan disiplin profesion guaman di negara ini.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, tindakan sewajarnya hendaklah diambil sekiranya kedua-dua peguam itu didapati melakukan kesalahan tersebut.

Menurut beliau, Majlis Peguam perlu meneliti pendedahan pengendali portal propembangkang, Raja Petra Kamaruddin tentang peranan Puravalen dan Sivarasa di sebalik akuan bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam untuk memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

”Saya minta Majlis Peguam jangan terlalu sibuk dengan isu-isu politik. Mereka sepatutnya memastikan peguam- peguam di negara ini menjalankan tugas dengan penuh integriti dan tidak melanggar etika guaman.

”Pendedahan Raja Petra itu sangat serius kerana ia berkaitan dengan integriti peguam yang boleh dianggap sebagai tidak beretika, tidak berdisiplin dan tidak profesional,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan Raja Petra menerusi portal malaysia-today.netberhubung akuan bersumpah Balasubramaniam yang menuduh Najib terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya yang didakwa dirancang pihak tertentu termasuk beberapa pemimpin pembangkang.

Zahrain turut mempersoalkan penglibatan Puravalen dalam komplot memfitnah Najib sedangkan beliau dilantik oleh Razak sebagai peguamnya dalam kes pembunuhan Altantuya.

”Sekiranya pendedahan Raja Petra itu benar, tindakan Puravalen boleh menjejaskan integriti pengamal undang-undang di negara ini,” ujarnya.

Kata beliau, Sivarasa juga dicabar memfailkan saman terhadap Raja Petra sekiranya benar-benar yakin tidak terlibat dalam komplot akuan bersumpah tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: