Hadi Awang kluk klek dalam isu hudud


 Pas yang menggugurkan perjuangan menubuhkan negara Islam bukan sahaja gagal menyatakan pendirian tegas mengenai isu hudud sebaliknya terus berdolak-dalik dalam usaha yang dilihat mahu menjaga hati DAP dan Pengerusinya, Karpal Singh.

Meskipun dihina Pengerusi DAP dalam isu hudud, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang akhbar hari ini tetap berkata, Pas tidak pelik dengan penentangan Karpal dan beliau memberi alasan DAP hanya sebuah parti pembangkang bukan kerajaan yang memerintah.

Beliau juga secara berterusan cuba berdalih mengenai kegagalan Pas bangkit menjawab kritikan pedas Karpal dan seperti dijangka sebagaimana yang lepas-lepas, Abdul Hadi menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pula.

Pada sidang akhbar yang sama, Presiden Pas itu juga ‘langsung tidak berani’ menyentuh mengenai penolakan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap hasrat Pas apabila Ketua Pembangkang itu menegaskan hudud tiada dalam agenda pembangkang dan hanya dilaksanakan jika mendapat persetujuan DAP.

“Kalau dulu Karpal kata langkah mayat dia dulu, sekarang ini tak kata lagi dah. Dia cuma kata dia menentang dan tidak setuju. Itu hak dia, itulah demokrasi dan Pas menyokong demokrasi,” katanya ketika ditanya pendirian Pas mengenai Karpal pada sidang akhbar di sini hari ini.

Isu hudud kembali panas selepas Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan mendakwa Karpal sudah terbuka dan menerima hasrat parti itu untuk melaksanakan hudud dan negara Islam tetapi ia kemudian segera disanggah dengan keras oleh Pengerusi DAP tersebut.

Karpal bukan sahaja menempelak Pas tetapi mengulangi pendirian keras menentang hudud dengan menyifatkan undang-undang Islam itu mustahil dipraktikkan di Malaysia malah menyatakan hudud tidak mampu membantu membasmi kegiatan jenayah di negara ini.

Pas yang dilihat tidak bermaya dan tunduk kepada Karpal dalam pergeseran berkenaan kemudian dikejutkan pula dengan pendirian Anwar serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berpihak kepada DAP sehingga menjadikan parti itu terkontang-kanting sendirian.

Dalam perkembangan berkaitan, ditanya adakah Pas akan mentarbiah Karpal selepas ini agar selari dengan tujuan kerjasama parti itu dengan DAP sebagaimana sering didakwa pemimpin mereka, Abdul Hadi sekadar berkata, Ahli Parlimen Bukit Gelugur tersebut bukan ahli Pas.

Mengenai tindakan Pas sebelum ini yang melarang pemimpin parti itu daripada berterusan mengeluarkan kenyataan bagi menyanggah Karpal, beliau enggan mengulas lanjut tetapi berkata, walaupun berbeza pendapat tetapi pemimpin Pas mempunyai noktah yang sama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: