KUMPULAN PELAMPAU INDIA MENCABAR KEDAULATAN NEGARA


>> 04 SEPTEMBER 2012

Saya tersenyum membaca berita sekumpulan kecil orang India, menamakan diri mereka sebagai Pasukan Tindakan Kebangsaan Hak Orang India atau singkatannya Niat, yang mendesak kerajaan memenuhi tuntutan luar biasanya. Kumpulan ini diketuai seorang India Muslim yang kononnya bergelar Dato’ bersama bekas ketua Majlis Peguam, juga ketua penyokong LGBT. Antara desakan mereka supaya kerajaan supaya melantik Timbalan Perdana Menteri kalangan bangsa India selepas Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13). Banyak lagi tuntutan lain yang tidak perlu disebutkan, seperti membuka sekolah berasrama penuh kepada semua kaum. Lebih lucu lagi mereka mendesak supaya bilangan menteri kabinet India ditambah kepada tiga dan empat timbalan menteri.

Lelucon, mereka juga mahukan timbalan menteri besar India, di beberapa negeri seperti Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. Selain itu, kerajaan didesak menubuhkan Jabatan Pembangunan dan Kebajikan Kaum Minoriti.

Persoalan saya, siapa mereka ini yang diberikan publisiti meluas di laman web ultra kiasu? Perlukah kerajaan tunduk kepada nyamuk-nyamuk ini? Buruk sangatkah layanan kerajaan terhadap kaum minoriti? Pesan saya, janganlah bermimpi di siang hari. Kalau boleh, jangan tidurpun.

Belajarlah dari sejarah. Jika mahu diwujudkan pun jawatan dua atau tiga Timbalan Perdana Menteri, orang yang lebih layak adalah wakil daripada Sabah dan Sarawak, bukannya orang India yang hanya mewakili 7 peratus, mahukan populasi Cina yang lebih besar, 25 peratus. Lagi pula, tidak ada satu penempatanpun (parlimen atau DUN) di negara ini, orang India menjadi majoriti.

Sistem pembahagian jawatan kabinet hari ini sudah cukup baik. Nasib minoriti sentiasa terbela. Malah mereka mendapat lebih dari apa yang sepatutnya. Suara-suara mereka sentiasa didengar kerajaan. Bandingkan sahaja dengan minoriti Islam di tempat atau negara lain. Hak dan suara orang Islam langsung tidak dipedulikan, malah dianiaya, diseksa dan dibunuh dengan kejam.

Kenapa tidak berlaku diskriminasi sedemikian rupa? Jawapannya, kerana Islam tidak membenarkan. Agama Islam anjurkan kita bertoleransi dengan orang lain, walaupun apa jua kedudukan mereka, kecuali kafir harbi. Ajaran Islam telah mengajar orang Melayu (Islam) supaya berlaku adil, yakni meletakkan sesuatu pada tempatnya atau memberi hak kepada yang berhak. Jika ditakdirkan orang Melayu tidak memeluk Islam 600 tahun lalu, apakah akan terjadi kepada kaum minoriti ini? Fikir-fikirkan.

Tinjau-tinjaulah sama nasib umat Islam yang menjadi minoriti di tempat lain seperti Rohingya, Selatan Thai, Selatan Filipina, atau di mana-mana sahaja umat Islam menjadi minoriti. Nasib mereka tidak tentu keruan antara hidup dan mati. Hidup diseksa, mati merana.

Pendek kata, apabila umat Islam diperintah, umat Islam menderita. Manakala, apabila umat Islam memerintah, bukan Islam dan minoriti hidup senang lenang. Hari ini mereka mahukan semua. Apa yang diperolehi oleh orang Islam dan bumiputera, mereka tidak boleh dikecualikan.

Siapakah yang perlu memberikan laluan dan mengorbankan haknya? Sudah tentu yang menjadi mangsa nanti adalah orang Islam. Nak harapkan ultra kiasu, mereka tidak akan mengalah walau seinci.

Sebab itulah sistem pentadbiran dan pengurusan politik di Malaysia nampak pelik. Mari kita lihat antara salah satu kepelikannya. Negara sekecil Malaysia mempunyai saiz kabinet begitu besar. Terdapat 33 menteri penuh, tidak berbaloi dengan saiz dan bilangannya. Negara-negara lain yang saiznya berganda-ganda lebih besar daripada Malaysia, tidak ada bilangan menteri kabinet yang begitu banyak. Ini tidak termasuk beberapa timbalan menteri dan beberapa jawatan khas yang diwujudkan, khusus untuk menjaga kaum tertentu.

Misalnya, Amerika Syarikat, saiz menteri kabinetnya antara 15-23 orang, Australia 21, Japan 19, Britain, 23, Turkey 26, Arab Saudi 23, Thailand 26 dan Singapura 17. Ringkasnya, amat jarang negara yang mempunyai menteri kabinet melebihi 30 orang, hatta negara yang bersaiz begitu besar sekalipun.

Persoalannya, kenapa Malaysia sebagai antara negara-negara kecil di dunia, begitu ramai menteri kabinetnya? Jawapanya tidak lain, meraikan kaum minoriti. Hak minoriti perlu dijaga kerana ia adalah tuntutan Islam. Pemerintah yang mengamalkan diskriminasi dan penyelewengan, akan dicampakkan ke dalam neraka. Atas dasar inilah kita lihat seolah-olah sistem politik kita agak kelakar, tetapi unik dalam soal menjaga integrasi nasional dan perpaduan.

Lebih bernasib baik lagi, berbanding dengan orang Cina, tidak ada satu kawasan di negara ini yang majoritinya adalah orang India. Orang India tetap diberikan laluan untuk bertanding dalam pilihan raya. Bukti menunjukkan, kemenangan calon India adalah undi ihsan orang Melayu. Ini tidak termasuk perlantikan jawatan senator terhadap mereka yang kalah dan wakil kaumnya. Kenapa dan mengapa, wakil India masih dibenarkan bertanding dalam pilihan raya? Tidakkah lebih baik wakil India dilantik sahaja sebagai senator? Kenapa mesti mempertaruhkan kerusi India kawasan orang Melayu, sehingga akhirnya kerusi tersebut terlepas kepada pembangkang?

Bandingkan dengan Singapura yang mana bilangan Melayu lebih ramai daripada orang India. Sejauhmanakah kepercayaan diberikan kepada orang Melayu dalam kabinet dan jawatan penting kerajaan? Begitu juga minoriti Islam di India, China dan lain-lain.

Nasihat kepada kumpulan Niat yang tidak berniat dengan betul, kalau sudah tidak ada kerja, duduk rumah diam-diam, jangan buat kacau. Malukan minoriti lain sahaja dengan kenyataan lucu tersebut. Cerminlah diri. Ikutlah kepimpinan Mahatma Gandhi, apabila ditanya selaku pemimpin besar dan ulung, yang sepatutnya mendapat layanan kelas pertama, apabila ditanya: “kenapa tidak menaiki keretapi kelas pertama”. Jawab beliau “kerana tidak ada kelas keempat”.

Tidakkah kita sedar apabila saiz kabinet semakin besar, maka, selain daripada pertambahan tenaga kerja, prasarana lain dan bangunan turut bertambah. Pertambahan ini melibatkan perbelanjaan yang begitu besar. Maka tidak hairanlah perbelanjaan begitu tinggi. Sedangkan tugasnya kadangkala bertindan lapis.

Dr Ridhuan Tee

Lagi Ustaz Pas dibogelkan , malu malu malu


PETALING JAYA – Isteri kepada pemuzik dan pendakwah Sham (Kamikaze) iaitu Farazila Abdul Jabar memfailkan perceraian terhadap suaminya pada 30 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam dekat sini kerana konflik dalaman yang berlanjutan sejak tiga tahun lalu.

Farazila, 31, berkata, keputusan itu diambil selepas pelbagai usaha untuk memulihkan rumah tangganya dengan Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 36, menemui jalan buntu.

“Saya ambil keputusan untuk memohon cerai daripada Sham kerana sudah tidak boleh hidup bersamanya lagi. Kami hanya bahagia pada tahun pertama perkahwinan sahaja.

“Beberapa konflik dalaman yang berlaku antara kami terlalu peribadi untuk saya dedahkan. Ia menjadi sebab utama perceraian ini,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui di Menara Star di sini.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 17 Ogos 2008 secara rahsia.

Isteri Sham (Kamikaze) Tuntut Cerai

Ditanya adakah keputusan bercerai itu turut dipengaruhi kontroversi kononnya Sham sudah bernikah lagi pada Januari lalu, Farazila berkata, ia bukan faktor utama sehingga dia mengambil tindakan itu.

“Ia (bercerai) bukan kerana cerita itu. Jika benar Sham bernikah lagi, saya sebagai isteri pertamanya reda bermadu tetapi sikap tidak bertanggungjawabnya dalam urusan rumah tangga membuatkan saya kecewa dan tawar hati.

“Mengenai cerita dia bernikah lagi, tiga kali saya bertanya kepada dia untuk kepastian tetapi dia tidak mengaku dan berdolak-dalik. Malah, dia mula menjauhkan diri, tidur berasingan dan bersikap kasar terhadap saya,” katanya.

Farazila berkata, dia terpaksa berdiam diri selama ini walaupun maruahnya dan keluarga diperlekehkan umum sejak kontroversi Sham beristeri dua tersebar kerana disuruh mengunci mulut.

“Sudah lama saya berdiam diri sejak cerita itu tersebar walaupun maruah saya dan keluarga diperlekehkan.

“Kalau diperhatikan, saya langsung tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan kerana Sham tidak membenarkannya.

“Saya tidak mampu bertahan lagi kerana banyak konflik dalaman antara kami yang menafikan hak saya sebagai isteri. Sebab itu, saya ambil keputusan untuk memfailkan perceraian ini,” katanya.

Menerusi laporan mStar Online pada 20 Januari lalu, Sham menafikan desas-desus mendakwa dia sudah bernikah lagi secara rahsia pada 16 Januari di Pulau Pinang.

Sham menganggap gosip itu sebagai fitnah yang mencalar reputasinya sebagai pendakwah baru dan menggores hati isterinya Farazila.

Pada artikel mStar Online bertarikh 13 April lalu, keluarga yang dipercayai isteri kedua Sham iaitu Nurul Halimin Md Salleh, 32, terkilan apabila gitaris itu masih enggan mengakui dia sudah bernikah kali kedua.

Sumber terdekat keluarga tersebut berkata Sham yang kini bergelar pendakwah bebas bersikap tidak jujur kerana sehingga kini masih menafikan pernikahan itu. – MStar

Pemimpin AMK mengaku reka bendera


 

 

KUALA LUMPUR 2 Sept. – Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd. Najwan Halimi mendakwa dirinya adalah pereka bendera yang didakwa oleh penyokong Himpunan Janji Bersih akan menggantikan Jalur Gemilang.

Bendera merah putih seakan bendera Singapura itu dibawa penyokong himpunan tersebut di Dataran Merdeka, 30 Ogos lalu dan dinamakan sebagai ‘Sang Saka Malaya’.

Berdasarkan laman Twitter @NajwanHalimi, pemimpin muda daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dilaporkan berkata, ‘Sang Saka Malaya akhirnya dikibarkan oleh anak-anak muda!’

Mohd. Najwan juga telah membuat penjelasan terperinci di laman blognya di http://www.najwanhalimi.com/2009/08/sang-saka-malaya.html dengan memberitahu bendera tersebut direkanya sempena memperingati sambutan kemerdekaan pada tahun 2007.

Ustaz Azhar Idrus sudah show off ferrari Scuderia F1 460 hampir RM 2 juta