Ringgit 


1. I wish to address some misrepresentation of facts regarding the Ringgit and the Malaysia’s Reserves as appeared in the Article entitled “Malaysia has to face ringgit volatility, says second finance minister” which was published online at themalaymailonline.com on 28 November 2016.

2. Whilst the Ringgit has indeed depreciated in recent period due partly to the speculative activities in the offshore market, the depreciation of the Ringgit has not, however, led to a material decline in Malaysia’s foreign exchange reserves. To the contrary, Malaysia’s foreign reserves has been fairly stable throughout 2016 at around USD97 bn.

3. I wish to confirm that more recently, the Reserves has actually increased to USD98.3 bn (as at 15 Nov 2016) from USD97.8 bn recorded as at 31 October 2016.

4. In view of the above facts, the Reserves could not possibly have fallen “from USD170 bn to USD97 bn due to investors leaving Malaysia ´as reported in the aforesaid Article.

5. It is important to note that the level of Reserves continues to be supported by sustained current account surpluses and inflows of FDI which provided buffer against volatility experienced in the financial markets.

6. I wish to also clarify that Malaysia’s highest recorded reserves level was USD141.4 bn ( recorded in May 2013) and not USD170bn as reported in the said Article.

Datuk Johari Abdul Ghani
Minister of Finance II

​Dulu Anwar Tuduh 40,000 Bangla, Kini Mahathir Tuduh 700,000 Orang China Bakal Pengundi PRU14


Beberapa tahun lepas, ketika pilihan raya umum (PRU) ke-13, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak boleh menerima hakikat kemenangan Barisan Nasional (BN) telah membuat tuduhan bahawa seramai 40,000 orang Bangladesh telah dibawa masuk untuk dijadikan sebagai pengundi.
Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Sehingga kini tuduhan itu tidak dapat dibuktikan pun.
Kini, ketika debaran PRU ke-14 semakin hampir, tuduhan sama dibuat tetapi kali ini melibatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau menuduh 700,000 warga China akan dibawa ke Forest City, Johor Bahru.
Mahathir berkata demikian dalam satu ceramah di Kampung Krubong Melaka pada 26 November 2016.
Dr. Mahathir mendakwa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkunjung ke China selama enam hari baru-baru ini bukan sahaja berunding untuk membina landasan kereta api, tetapi turut berunding untuk memasukkan lebih 700,000 warga China ke Forest City sebuah bandar baru yang dibina di Johor Baharu. 
Warga China ini kononnya akan diberikan diberikan kad pengenalan bagi membolehkan mereka  mengundi pada pilihan raya umum akan datang.
Kalau diikutkan akal, memang tidak lojik langsung dakwaan itu, dengan sebegitu ramai orang, agak-agaknya muat ke Forest City untuk menampungnya?
Tetapi bagi golongan yang cepat terpengaruh dengan dakyah seperti ini, tuduhan itu dilihat sebagai sesuatu yang akan berlaku.
Begitulah kalau pendek akal, apa sahaja yang dikatakan akan ditelan bulat-bulat tanpa sebarang tapisan. Entah dari mana datangnya asas dan bukti untuk Dr. Mahathir berkata demikian, tetapi disebabkan ada segelintir rakyat Malaysia yang suka dengan cerita karut seperti itu, maka beliau tidak kisah untuk membuat fitnah berkenaan, walaupun jelas ia memperbodohkan akal fikiran seseorang.
Bayangkan, untuk bawa 40,000 Bangla sahaja untuk dijadikan sebagai pengundi, kerajaan perlu menyediakan 1,000 pesawat untuk mendarat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). 
Jika 700,000 orang China, berapa banyak pula pesawat yang perlu disediakan?
Mengikut perkiraan mudah, jika menggunakan pesawat Airbus A380, mungkin lebih seribu pesawat diperlukan. Untuk rekod, sebanyak 319 Airbus A380 telah ditempah oleh pelanggan di seluruh dunia dengan 198 daripadanya telah diserahkan kepada 13 pelanggan, sehingga Oktober lalu. 
Jadi bagaimana mahu menyediakan lebih 1,000 pesawat A380 untuk membawa masuk pengundi hantu itu?
Nampak sangat tuduhan fitnah itu berniat jahat dan Dr. Mahathir cuba mencari sesuatu yang sensasi walaupun ia jauh daripada fakta sebenar demi kepentingannya. Jika perkara itu boleh dilaksanakan, kenapa beliau tidak mengimport pengundi hantu untuk merampas Kelantan dari PAS ketika era pemerintahannya dulu?.
Kepada rakyat yang mudah terpedaya dengan apa yang keluar dari mulut Dr. Mahathir ini, silalah berfikir dengan logik. Berapa lama masa yang diperlukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara untuk membuat 700,000 kad pengenalan itu?
Berapa lama pula masa yang diperlukan oleh SPR untuk mendaftar mereka sebagai pengundi? Jumlah yang difitnah itu adalah 700,000, bukannya 700 atau 7,000 orang. 
Janganlah kita cepat sangat terpedaya. Lain kali kalau beliau menyatakan demikian ketika sedang berceramah, bangunlah dan minta Dr. Mahathir memberikan bukti-buktinya, bukan sekadar cakap-cakap sahaja.
Ini kerana tuduhan itu sangat-sangat menghina akal pemikiran yang waras. Mahathir sudah mula mengarut yang bukan. 
Apa sahaja cara sekarang mahu digunakannya untuk jatuhkan Najib. Nampak sangatlah politik “Super Ego” Machiavelli Mahathir. Semuanya dihalalkan untuk capai matlamat akhirnya.
Tulisan: 

Beruang Biru

BB161, Selasa

29 November 2016

MALAYSIA WAJAR MEMANDANG SERIOUS PENDEDAHAN AKHBAR USA TODAY MENGENAI PENGLIBATAN SOROS MEMBANTAH KEMENANGAN TRUMP.


Mohd Puad Zarkashi
MT UMNO

1. Pendedahan akhbar USA Today (semalan) amat mengejutkan terutama modus operandi yang digunakan oleh Soros di Amerika adalah hampir sama dengan apa yang berlaku di Malaysia.
2. Pendedahan USA Today bahawa Soros menggunakan Open Society Foundation menaja kumpulan kumpulan tertentu atas nama Hak Asasi dan demokrasi supaya berdemontrasi dan mengadakan protes jalanan atas kemenangan Trump untuk menimbulkan ketegangan dan melanggar undang undang di Amerika sepatutnya diambil perhatian serious oleh kerajaan dan rakyat Malaysia.
3. Akhbar itu mendedahkan sehari selepas Trump diistiharkan menang Soros dituduh menaja banyak kumpulan di Amerika supaya mengadakan demontrasi berterusan untuk menentang Trumph. Akhbar itu mendedahkan Soros mengapikan kebencian melalui protes jalanan. “Soros promotes hate through protest. I don’t see how that helps anybody” (Rochelle Winther Los Angeles).
4. Modus operandi sama di gunakan di Malaysia iaitu Open Society Foundation menaja beberapa kumpulan termasuk BERSIH, Malaysiakini, Merdeka Centre dan Bar Council. BERSIH digunakan untuk mengadakan demontrasi berterusan kononnya untuk memperjuangakn pilihanraya bersih dan adil di Malaysia. Trump seperti yang dilaporkan oleh USA Today menggelar golongan ini sebagai “The Professional Protester”.
5. Perkara sama berlaku di Malaysia sebab itu demontrasi anjuran BERSIH berterusan dan sudah masuk siri ke 5. Ia didokong pula oleh golongan profesional seperi Majlis Peguam. Malaysiakini pula sering membuat laporan berat sebelah mengenai kejayaan perhimpunan BERSIH.
6. Sedangkan sejak BERSIH 1, beberapa pilihanraya kecil diadakan dan ada yang dimenangi oleh Pembangkang tetapi BERSIH tetap diteruskan. Sebenarnya matlamat mereka adalah sama seperti di Amerika iaitu untuk mengujudkan kebencian dan Kerajaan sedia ada lebih mudah ditumbangkan melalui bantuan Soros.
7. Justeru kalau di Amerika pendedahan penglibatan Soros ini boleh menjadi isu hangat dan menyebabkan penyokong Trump iaitu kumpulan Reddit Subgroup bangkit marah dan mengadakan protes balas dihadapan pejabat Soros di Manhattan maka adalah wajar rakyat Malaysia juga mesti menentang campur tangan asing ini di Malaysia.
8. Diharap lebih banyak pendedahan dibuat mengenai penglibatan Soros terhadap beberapa organisasi di Malaysia seperti kumpulan BERSIH yang dipimpin oleh Marina Chin. Sebab itu penahan Marina Chin di bawah SOSMA adalah wajar dan pendedahan mesti dibuat segera mengenai penglibatan Soros dan Open Society Foundation di Malaysia.
9. Pendedahan Wikileaks pertengahan tahun ini mengenai “The Malaysia Programme” selari dengan pendedahan Akhbar USA Today. Ia menyebut Soros ada kepentingan peribadi dan mahu pembangkang menang PRU. Orang seperti Glen Beck dan Alex Jones menggelar Soros sebagai The Boogeyman, Puppet Master dan Fundamentally Evil, justeru memang wajar Marina Chin dan BERSIH disiasat di bawah SOSMA.

MEMAHAMI DAN MENGINSAFI MAKNA ZALIM DAN PEMIMPIN


Ramai yang menggunakan pelbagai hadis dan ayat Quran berkaitan dengan pemimpin dan kepemimpinan untuk menguatkan hujah mereka bagi menafikan ketaatan kepada pemerintah dan kerajaan.

2. Sebagai seorang awam, saya cuba meneroka realiti bagi menyesuaikan kefahaman yang terhadap nas dan dalil yang digunakan.
3. Setiap dari kita adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan atas kepemimpinan kita. Maka, nas dan dalil yang biasa anda gunakan untuk membina persepsi negatif terhadap pemerintah perlu diperbetulkan.
4. Dalam kita berbeza pandangan dan meraikan perbezaan pendapat dan buah fikiran, ramai di kalangan kita secara tidak sedar telah melakukan pelbagai perkara yang berunsur fitnah, ghibah dan kemungkaran lain yang tidak disedari. Ini juga merupakan suatu kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin. (diri sendiri)
5. Apabila kita berbeza pandangan terutamanya dalam hal yang berkaitan dengan politik kepartian, adalah mustahak untuk kita memahami bahawa kepentingan Agama, Bangsa dan Negara perlu mengatasi kepentingan individu dan parti. Mengenepikan kepentingan Agama, Bangsa dan Negara dalam setiap tindakan juga suatu bentuk kezaliman yang jarang disedari ramai.
6. Tanpa kita sedar, ramai di kalangan kita cenderung untuk mempertahankan kebatilan individu dan pemimpin tertentu akibat sikap fanatik atau taksub. Ini juga merupakan suatu kezaliman terhadap diri sendiri, pemimpin dan rakyat.
7. Bersekutu dengan mana-mana anasir luar untuk merosakkan kedaulatan dan keselamatan Negara seumpama menjadi pengkhianat terhadap Negara sendiri. Apakah ia bukannya suatu kemunkaran? (kezaliman)
Artikel ini sekadar ingin membuka ruang bicara kepada rakyat Malaysia (amnya) dan pengunjung laman ini agar sama-sama kita beroleh manfaat demi kemajuan Negara.
Salam hormat dari saya,

Zamzuri Mohamed Tahir

RUU Babi Diluluskan serta merta di DUN Pulau Pinang



Mengejutkan apabila persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perternakan Babi 2016, iaitu satu RUU yang rasanya tidak pernah kita dengar selama ini.

Tentu ramai yang terfikir, apa kejadahnya RUU babi dibentangkan dan diluluskan oleh sidang DUN.

Lebih mengejutkan apabila RUU itu dibentangkan oleh Exco Melayu iaitu Dr Afif Bahardin, ADUN PKR Seberang Jaya dengan alasan bahawa enakmen tersebut diperkenalkan bagi mengawal selia dan memastikan industri babi berkenaan berkembang dengan sihat dan lestari pada masa akan datang.

“Kerajaan menyarankan semua penternakan tradisional bertukar kepada penternakan moden dan berteknologi,” kata Dr Afif bercakap bagi pihak kerajaan DAP Penang ketika membentangkan RUU itu.

Apalah nasib penduduk di Pulau Pinang selepas ini? Kawasan yang diluluskan oleh RUU Ternakan Babi Penang itu pula di kawasan Jawi, tempat majoriti Melayu

Difahamkan ketika ini sudah terdapat lebih dari 150 buah ladang-ladang babi tradisional diusahakan di Pulau Pinang dengan sebahagian besarnya diusahakan di kampung-kampung tradisional majoriti orang Melayu.

Kenapa kawasan penduduk Melayu menjadi korban untuk pembangunan projek ternakan babi?

Tiada langsung soal sensitiviti agama dan kaum diambil kira dalam hal ini.

Mampukah penguatkuasaan yang serius dijalankan terhadap penternakan babi ini selepas RUU babi diluluskan?

Terutamanya hal melibatkan pencemaran air sungai, iaitu satu isu yang selama ini membelengu penduduk di negeri berkenaan.

Menyedihkan apabila RUU babi itu diluluskan oleh PKR dan DAP namun mereka membantah Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU355, sedangkan RUU 355 jelas untuk umat Islam sahaja.

16 Oktober 2016, Ketua Menteri DAP Penang iaitu Guan Eng membantah keras RUU 355.

Begitu juga dengan PKR, yang sehingga kini masih bermain tarik tali dalam isu RUU355 yang diusulkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Sehingga kini presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail masih belum menyatakan pendiriannya.

Alasan yang diberikan oleh Wan Azizah sebelum ini ialah usul pindaan RUU 355 berkenaan mempunyai banyak kelompongan dan mendakwa ia bukan hukum hudud.

Kepada penyokong pembangkang, bukalah mata anda dan lihat sendiri bagaimana RUU babi boleh diluluskan dan mendapat sokongan ADUN Melayu PKR dan DAP di Pulau Pinang namun dalam RUU 355, mereka membantah dengan memberikan pelbagai alasan.

Bukalah mata anda. Berapa agaknya bajet yang telah diluluskan untuk RUU babi ini? Nampaknya kerajaan DAP Penang lebih utamakan RUU Babi dari selesaikan masalah banjir di Penang.

Biar rakyat duduk dalam banjir janji babi dapat diternak secara moden. Memalukan bila ada Melayu diperkudakan DAP untuk membaca usul RUU Babi ini dalam sidang DUN.

Guna Melayu untuk angkat sepanduk babi di Bersih 5, kini guna Melayu untuk baca dan luluskan RUU babi. “Bijak sungguh” Melayu yang dipergunakan DAP ini.

Tulisan :
Beruang Biru
BB157, Jumaat
25 November 2016

KENYATAAN AKHBAR KETUA POLIS NEGARA TERHADAP PENANGKAPAN KETUA BERSIH 5 MARIA CHIN ABDULLAH DI BAWAH SOSMA 2012.



Saya rasa, perlu untuk saya beri penjelasan berkenaan dengan perkara tentang Maria Chin kerana nampaknya berbagai-bagai pihak termasuk bekas-bekas pemimpin negara cuba untuk mengelirukan orang ramai. Ada juga peguam-peguam pun cuba untuk mengelirukan orang juga.
Berkenaan dengan Maria Chin ini, saya akan bahagikan kepada *tiga (3) peringkat*. *Pertama* penyiasatan terhadapnya. *Kedua*, bab berkenaan penahanannya dan yang *ketiga*, saya akan menjawab tentang kononnya layanan buruk yang kita beri terhadapnya semasa tahanan.

Yang pertama, penyiasatan terhadapnya. Saya nak mengesahkan di sini bahawa Maria Chin disiasat di bawah dua (2) undang-undang. Yang pertama Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 dan yang kedua di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan. Kesalahan yang pertama di bawah APA 2012, adalah kesalahan tidak mematuhi syarat-syarat di bawah APA 2012 berkenaan 19 November 2016 lalu dan juga beberapa perhimpunan sebelumnya. Jadi kita siasat satu (1) di bawah APA 2012. Jelas ya. Jangan kelirukan orang pula. Kemudian, pada 18.11.2016 satu (1) pasukan polis telah pergi ke pejabat BERSIH dan membuat penggeledahan dan kami telah menemui beberapa dokumen yang memberi petunjuk kepada kami bahawa satu (1) kesalahan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu menggugat amalan demokrasi berpalimen di Malaysia.

Oleh kerana cukup alasan-alasan untuk kita menahan dan menyiasat Maria Chin di bawah Seksyen 124C, kita telah menahan dia selepas itu pada hari yang sama dan prosedur di bawah siasatan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan adalah di bawah (Langkah-Langkah Khas) 2012 SOSMA. Jadi di bawah SOSMA ini, kita boleh menahan dia selama 28 hari. Jadi, penahanan Maria Chin tidak ada kena mengena dengan perhimpunan BERSIH. Penahanan dia di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan dan prosedur di bawah SOSMA kerana kesalahan yang boleh menggugat dan mengancam keselamatan negara ataupun demokrasi berpalimen.

Di bawah undang-undang bukan sahaja SOSMA kita boleh guna untuk pengganas, kita boleh guna ke atas mereka yang terlibat dengan jenayah terancang, kesalahan penyeludupan manusia dan kesalahan-kesalahan terhadap negara. Yang orang cakap, kerajaan janji cuma terhadap pengganas itu _Prevention Terrorism Act_ (POTA). Jangan keliru dan saya harap jangan ada orang yang cuba mengelirukan orang ramai pula. Sepanjang ingatan saya, kerajaan tidak pernah mengatakan bahawa Seksyen 124C cuma digunakan ke atas pengganas tidak ada. Itu berkenaan dengan penahanannya. Jadi, prosedur di bawah SOSMA, kita ada kuasa menahannya 28 hari untuk kita merungkai segala bukti-bukti yang kita jumpa di pejabatnya. Segala alat komputer dan dokumen yang kita jumpa perlu bawa balik dan itu kita perlu masa untuk menyoal, _go thru_ dokumen-dokumen yang kita rampas itu. Maria Chin sendiri mengaku bahawa pernah menerima wang daripada _Open Society Foundation_ (OSF), dan kita semua tahu apa dia OSF dan berapa negara lain yang dia telah tumbangkannya melalui cara-cara dia. Adalah menjadi tugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah Seksyen 3 (3) untuk memastikan keadaan keselamatan dan ketenteraman negara kita tidak diancam oleh sesiapa juga.

Yang ketiga, berkenaan layanan buruk yang kita beri terhadapnya semasa tahanan polis. Saya menafikan bahawa kita memberinya layanan yang buruk. Apa juga _treatment_ yang kita beri pada dia, adalah sama seperti tahanan-tahanan lain dan kita mematuhi _lock-up rules_, _prison rules_ dan apa juga prosedur standard operasi (SOP) yang ada berkaitan dengan penahanan orang yang ditahan atau ditangkap. Jadi, kononnya dia tidak diberi tilam dan sebagainya, dia kena memohon. Saya tidak dapat maklumat yang dia ada memohon untuk tilam. Jadi hari ini, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) datang melawat dia dan memohon untuk tilam. Kita beri tilam dan kita beri dia _medical attention_ yang baik sekali. Ubat-ubat yang dia perlu, kita tidak ketepikan. Dia telah dilawat oleh doktor tak kurang daripada tiga (3) kali sejak penahannya. Setiap minggu dia akan diberi rawatan oleh doktor dan kita ada doktor _standby_ 24 jam jika mana-mana tahanan memerlukannya. Apapun sebarang SOP atau pun peraturan lokap kita adalah mengikut peruntukan _Lock-Up Rules_ dan _Prison Act_.

Jadi berbalik kepada siasatan tadi, PDRM telah menerima lebih daripada 15 laporan polis berkenaan dengan kegiatan BERSIH dalam aktivitinya menganjurkan perhimpunan-perhimpunan dan juga berkenaan dengan bantuan-bantuan dari luar. Jadi kita nak tahu juga apa kedudukan BERSIH ini sebenarnya, sama ada dia satu (1) pertubuhan ke, sama ada dia satu (1) syarikat ke, sama ada dia boleh menerima wang daripada mana-mana pihak ke jadi Itu kita perlu menyiasat. Itu sebabnya, kita perlu mengambil langkah-langkah yang saya sebutkan tadi untuk kita menjalankan siasatan. Apa yang kita temui semasa kita membuat penggeledahan di pejabatnya, adalah satu (1) perkara yang serius yang kita perlu jalankan siasatan terperinci. Jadi itu sebab polis membuat keputusan menggunakan prosedur di bawah SOSMA untuk kita membuat siasatan yang rapi.

SOALAN WARTAWAN

*Wartawan 1:* Siasatan mengikut SOSMA adalah untuk siasatan menyeluruh, adakah keperluan untuk menggunakan SOSMA itu atau boleh menggunakan prosedur lain?
*KPN:* Kita ada pilihan untuk prosedur lain, tetapi untuk siasatan ini kita memilih untuk menggunakan prosedur SOSMA, kerana perkara ini serius. Tindakan ini boleh mengancam keselamatan negara kita. Kami memandang berat perkara ini dan sudah semestinya kita memberi fokus yang utama dan menggunakan SOSMA untuk kita jalankan siasatan.

*Wartawan 2:* Jadi, tadi Tan Sri ada cakap, ada jumpa dokumen di pejabat Bersih, adakah itu dokumen berkaitan dengan OSF?
*KPN:* Tak payahlah saya sebut. Itu biar kita siasat.

*Wartawan 3:* Antara _point_ yang digunakan oleh pengkritik, dalam Seksyen 4(3) SOSMA mengatakan bahawa seseorang tidak akan ditangkap semata-mata _political belief._ Apa pandangan Tan Sri?
*KPN:* Ini tidak ada kena-mengena dengan politik. Mana ada kena-mengena dengan politik. Saya sebut tadi bahawa perkara ini mengancam keselamatan negara kita. Jadi, mengancam amalan demokrasi berparlimen negara kita. Kita bukan tak tahu _track record_ OSF dan sebagainya. Jadi, kita perlu mengambil langkah-langkah untuk memastikan negara kita tidak terjerumus ke dalam perangkap mereka yang cuba menjatuhkan negara kita. Ini tidak ada kena-mengena politik langsung. Janganlah mana-mana pihak mengaitkan perkara ini dengan politik. Tak ada.

Ada soalan lagi? Jangan bagi orang keliru. Saya harap masyarakat tidak akan keliru. Ramai sangat yang mengelirukan orang.

*Wartawan 8:* Tan Sri, nak tanya pasal Ketua Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos, yang ingin menganjurkan konvoi Bersih 7 ‘Selamatkan Selangor’ yang akan bermula di Sekinchan, Sabtu ini. Adakah program beliau akan dipantau polis?
*KPN:* Sudah semestinya. Jika aktiviti itu menyalahi undang-undang, dia bersedia dengan tindakan. Saya dah bagi tahu sebelum ini, kami telah banyak bersabar tentang perhimpunan-perhimpunan haram ini, dari Bersih 1 sampai Bersih 4, apabila nak buat Bersih, ada pula kumpulan lain yang akan _provoke._ Sampai bila akan berterusan macam ini. _I think this cannot go on._ Daripada sekarang, kita akan mengambil langkah-langkah yang lebih tegas lagi, terhadap mereka yang sengaja melanggar undang-undang yang ada di negara kita, termasuk yang bakar lilin malam-malam di Dataran Merdeka itu. Bersedia dengan tindakan dan kita tahu siapa penganjurnya, kalau terus-menerus, mencabar undang-undang kita, kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan. Jangan ingat bakar lilin malam-malam itu. Anda semua melanggar Akta Perhimpunan Aman. Jadi, jangan cuba cabar kita. Bila kita ambil tindakan, semua akan meraung-raung pula, tetapi sampai bila kita biar orang melanggar undang-undang kita. Undang-undang itu dibuat untuk kita mengambil tindakan kepada mereka yang melanggar undang-undang. Jadi, siaplah kalau nak buat juga, saya dah cakap, berani buat berani tanggung.

TS KHALID ABU BAKAR

PASANGAN BIADAB TARIK BAJU, KEPUNG PENGUAT KUASA WANITA MBSA



 

Biadab, itulah perkataan yang sesuai untuk mengambarkan kelakuan sepasang lelaki dan wanita yang menghalang tugas pegawai penguatkuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) termasuk menarik pakaian dan mengepung pegawai tersebut.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku berhampiran Restoran Selera Kampung Subang, Sungai Buloh disebabkan pasangan tersebut tidak berpuas hati disaman pegawai penguat kuasa berkenaan.
Melalui paparan video berdurasi 2 minit 10 saat, pasangan tersebut dilihat mengepung pegawai penguatkuasa wanita berkenaan, menarik baju, mengambil gambar dan cuba menyentuh tubuh.
Kelihatan seorang lelaki dipercayai orang awam cuba meleraikan kejadian itu sambil diperhatikan seorang pegawai penguatkuasaan yang lain.

WYW6361 JENIS PROTON SAGA FLX WARNA PERAK ATAS NAMA YU CHIAN CHIAN 750204-05-5162 LOT 1945 TMN MINANG PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN

MENJAWAB 10 SALAH FAHAM MENGENAI PINDAAN RUU AKTA MAHKAMAH SYARIAH (BIDANG KUASA JENAYAH) @ AKTA 355


Berikut adalah jawapan saya dalam sesi Dialog dan Soal Jawab dengan pemimpin2 Bukan Islam khususnya MCA dan GERAKAN Kelantan di Kota Bharu petang semalam:

1. Apa keperluan dipinda AKTA 355?

Jawapan:

Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah untuk memperkasa Mahkamah Syariah yang ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000, 6 kali sebatan syar’ie. Kali terakhir dipinda pada tahun 1984 peningkatan dari penjara 6 bulan dan denda RM1000. Justeru hukuman yang ada sudah lapuk dan tidak langsung menggerunkan pesalah. Apa yang dicadangkan hanyalah meningkatkan hukuman maksimum kepada apa hukuman yang selaras dengan hukum syarak selain hukuman mati. Jumlah hukuman denda, penjara dan sebatan bakal ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri.

2. Sebatan 100 kali adalah agak melampau?

Jawapan:

Kaedah sebatan Syariah jauh berbeza dengan sebatan Sivil. Syarat sebatan Syariah tidak boleh mencederakan iaitu kaedah hayunan sebatan seolah-olah meletakkan buku di bawah ketiak yang tidak boleh jatuh tatkala menghayun. Justeru 100 kali sebatan Syariah tidak sama dengan 1 kali sebatan Sivil yang boleh mencederakan.

3. Akta 355 memberi kesan secara tidak langsung kepada orang Bukan Islam

Jawapan:

Orang Bukan Islam tidak mungkin boleh dibicarakan di bawah Mahkamah Syariah kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam dan Akta 355, Seksyen 2 juga menjelaskan hanya orang Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah.

4. Akta 355 adalah pintu belakang ke arah melaksanakan Hudud.

Jawapan:

Akta 355 tiada perkaitan dengan pelaksanaan hukum Hudud. Pelaksanaan Hudud hanya berkait rapat dengan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan. Contohnya bagi melaksanakan Hudud di Malaysia, sekurang-kurangnya tiga pindaan kepada beberapa bahagian dalam Perlembagaan perlu dilakukan dan bukan dengan meminda Akta 355 yang terhad kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah yang merujuk kepada kuasa-kuasa yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan

5. Apakah Perlembagaan boleh dipinda?

Jawapan:

Boleh dengan syarat undi majoriti iaitu 2/3 Ahli-Ahli Parlimen Dewan Rakyat bersamaan 148 daripada 222 orang Ahli Parlimen bersetuju menyokong satu-satu pindaan. Realiti politik hari ini kalau digabungkan semua Ahli-Ahli Parlimen beragama Islam dari UMNO, PAS, PKR, PAN, PBB dan DAP hanya berjumlah 135 orang; tidak memenuhi bilangan majoriti untuk meminda Perlembagaan. Bermakna Ahli-Ahli Parlimen Bukan Islam juga mempunyai hak dan kuasa bagi membolehkan hukuman Hudud dilaksanakan.

6. Apakah bahagian-bahagian penting dalam Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda untuk laksana Hudud di Malaysia?

Jawapan:

Sekurang-kurangnya 3 bahagian Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda:

(i). Senarai II Jadual Kesembilan untuk memasukkan tambahan bidang kuasa Jenayah ke dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah seperti yang terkandung dalam Butiran 1. Sebagai contoh undang-undang jenayah seperti mencuri, merompak, merogol, bunuh, dan menyebabkan kecederaan (kesalahan yang wujud dalam Penal Code) terletak di bawah kuasa persekutuan dan dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil dan polis, penjara juga terletak dibawah Persekutuan.

(ii). Selain daripada pindaan pada Butiran 1, kebenaran Parlimen di bawah Perkara 76A juga perlu diperolehi bagi membolehkan negeri menggubal dan melaksanakan undang-undang Jenayah yang termaktub dalam senarai kuasa Persekutuan.

(iii). Perkara 8 juga perlu dipinda supaya tidak timbul isu pendiskriminasian dan ketidakadilan dan kesamarataan hak warga Malaysia yang dibezakan peruntukan undang-undang kerana berbeza agama. Dengan kata lain bagi membolehkan ada dua set undang-undang jenayah kepada orang Islam dan Bukan Islam.

7. Pindaan RUU 355 ini membolehkan undang-undang berbaur Hudud diperkenalkan.

Jawapan:

Hudud melibatkan hukuman yang menyentuh 6 jenis kesalahan; 4 b

SELAMATKAN MALAYSIA, KRONI ATAU KELUARGA?



1. Deretan koleksi kenderaan mewah milik Mokhzani Mahathir dikatakan benilai mencecah RM38 juta. Kedudukannya selaku Ahli Lembaga Pengarah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia berjumlah lebih dari 100 buah. Semua orang tahu…

2. Ini belum lagi dihitung kepentingan dalam Sapura Kencana yang sudah dilepaskan pegangan saham serta kontrak berbilion carigali dari Petronas. Agaknya, berapa nilai kekayaan anak Tun M itu yang khabarnya tidak diizin berniaga ketika bapanya berjawatan PM. Itupun semua orang tahu…

3. Berbilion juta harta kekayaan milik Mirzan Mahathir usah dipertikaikan lagi. Konsortium Perdana miliknya dulu dikatakan pernah di’bail-out’ berbilion ringgit oleh Petronas menggunakan wang rakyat, sehingga menimbulkan keretakan hubungan Anwar dan Mahathir semasa keduanya menjadi PM dan TPM. Ini juga ramai yang tahu…

4. 22 tahun atas nama penswastaan, hanya beberapa syarikat terpilih untuk melaksanakan projek besar berskala mega. YTL, Berjaya Group, Kumpulan Bukhary, Binariang, Ting Pek Khing, UEM. Inilah kroni-kapitalisme. Di era itu belum ada media sosial yang boleh menghebohkan agenda pakatan menfaraidkan segala harta negara. Namun ia bukan lagi rahsia di zaman ini. Ia ‘open secret’ yang diketahui umum!

5. 1MDB muncul. Semua syarikat gergasi ‘peliharaan’ Tun M itu seakan diam menyepi. Monopoli yang dikuasai selama ini seolah dipecahkan. Harta negara kini dialirkan untuk nikmat semua usahawan, bukan hanya kepada dua tiga kerat suku sakat yang kononnya dianggap pakar dalam segala.

6. Lantas bila BR1M diagihkan, Tun M mendakwa ia adalah ‘dedak’ dari Najib untuk rakyat. Walhal ianya adalah jaringan keselamatan sosial, bantuan langsung yang masuk ke dalam isi rumah rakyat yang memerlukan. Tapi ‘dedak’ yang beliau tabur pada syarikat kroni-kroninya itu tidak pula beliau sebut dipentas.

7. Walau sedikit agihannya, namun meluas. Di anggar seramai 7.2 rjuta orang penerima paling tidak merasa, mendapat nikmat yang diberi sama rata. Sekurang-kurangnya mereka tidak perlu pening kepala memikirkan soal kos anak sekolah di awal tahun.

8. Segala perancangan Tun M menemui jalan buntu. Usaha politik ‘dinasti’, mengkayakan kroni dan menjaga kepentingan keluarga tersekat apabila Najib punyai pendekatan serta gaya pimpinan tersendiri yang lebih holistik.

9. Tapi 1MDB pula dijadikan sasaran. Hasrat menaikkan Muhyiddin sebagai ‘transit’ PM terbantut bagi membuka laluan untuk Mukhriz menjadi Menteri Perdana selanjutnya.

10. Muhyiddin kerana ketidaksetiaannya menjadi ‘api dalam sekam’ dan bagai ‘gunting dalam lipatan’, kemudian disingkirkan, maka terputuslah ‘talian hayat’ Tun M dalam kabinet yang memalapkan impian peribadi.

11. Agenda besar untuk menobatkan Mukhriz ke arus perdana kepimpinan melalui jalan halus bermula 2013. Namun dengan takdir Allah, jawatan Naib Presiden yang ditandingi gagal dimenangi ketika itu.

12. Pada 2004, tatkala Pak Lah mengemudi PRU ke-11, segala percaturan calon di Kedah dikemudi Mahathir sendiri. Sekali lagi pada 2008, Tun M menggunakan alasan BN tewas di 5 negeri sebagai justifikasi untuk Pak Lah berundur. Meski dalam masa yang sama Pak Lah diasak agar Mukhriz dilantik ke jawatan kabinet, walhal Khairy menantunya yang lebih menang bergaya dan berada di puncak jawatan Ketua Pemuda tidak pula diberi laluan.

13. PRU 2013, Tun M menggunakan formula yang sama. Najib diasak agar Mukhriz dilantik kejawatan MB. Sungguh pun ketika itu ‘Jeneral Perang’ adalah Ahmad Bashah, namun atas dasar akur dan patuh pada pucuk pimpinan, beliau sekali lagi redha atas ketentuan Allah.

14. Tapi setelah 3 tahun tempoh diberi, Mukhriz lebih gemar bersantai dan bersenang lenang dengan sikap politik glamour dan kendiri ‘selfie’nya. Entah kurang jelas, agenda pembangunan ekonomi, peluang untuk anak muda mahupun misi segar yang boleh meletakkan Kedah setanding dengan negeri lain bagaikan kabur dari pandangan.

15. Benarlah kata-kata hikmah, kebijaksanaan, kepimpinan dan iman tidak boleh diwarisi. Ianya perlu digilap, dilatih dan tidak mudah datang dengan sendiri.

16. Tatkala gerak kerja UMNO Kedah juga lembap, sebaliknya segala harta dan hasil mahsul anak syarikat negeri dikatakan puas diagih sesama pegawai Mukhriz yang 21 orang jumlahnya. Walhal, ramai antara mereka ini tidak pernah pun berbuat apa jasa pada Kedah, telahan lagi banyak yang datang dari luar. Tapi Mukhriz terus mendabik dada, kononnya dia ‘berjaya’ di Kedah.

17. Sehingga kini, tiada apa legasi yang boleh dibanggakan. Tidak setara sama sekali dengan kepimpinan Osman Aroff, apatah lagi Syed Razak malah jauh lebih rendah prestasinya berbanding jasa arwah Ustaz Azizan.

18. Lantas apabila Mukhriz digantikan, dan Ahmad Bashah mengangkat sumpah selaku MB tanggal 4 Februari Mukhriz kelihatan seperti orang “gila talak”. Bara dendam di dada Mahathir pula kelihatan kian parah.

19. Maka bermulalah gerakan ‘Selamatkan Malaysia’ acuan nafsu politik mereka. Deklarasi Mahathir-Kit Sang diuar-uarkan, kononnya tanda solidariti menentang kepimpinan ‘zalim’ lagi ‘menindas’.

20. Walhal, 22 tahun segala akta diperalatkan demi legasi kuasa. Musuh-musuh politiknya ditalqin dan dikapan satu persatu, walau berpotensi. Anak-anak ‘diktator’ itu kaya-raya, mungkin ‘berkat’ menggunakan alamat niaga menggunakan kepala surat Seri Perdana.

21. Kini mereka melolong dan menjerit ‘Selamatkan Malaysia’? Siapa yang mahu mereka ‘selamatkan’ sebenarnya? Keluarga mereka? Syarikat kroni? Dinasti politik? Atau Malaysia yang kian hari terus makmur, stabil dan berdaya saing.

22. Di saat orang sedang memperkukuh agenda ekonomi dan memulihkan imej negara, mereka bersekongkol dengan pembangkang dan media asing durjana memperlekehkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Itukah yang dinamakan sebagai ‘Selamatkan Malaysia’?

23. Kata dulang paku serpih, mengata orang sebenarnya Mahathir dan anak-anaknya yang lebih.. Sudahlah..Dah Lama Daaaah…!!!

Bersih 5.0-Satu Pandangan Aktivis Demonstrasi 


Sejak tahun 1998, saya sudah banyak menyertai perhimpunan awam termasuklah Reformasi 98′, Gerakan Mansuh ISA, Gerakan Mansuh PPSMI, BERSIH 1, 2, 3, dan sebagainya.
.

Saya dibesarkan dalam keluarga yang memang menyokong tegar parti PAS dan Pakatan Rakyat. Jadi, saya memang sudah masak benar dengan aksi-aksi di jalanan ini.

.

Namun, setelah banyak gerakan yang saya sertai, daripada Pakatan yang langsung tidak memegang kerusi sehinggalah menang besar di beberapa negeri termasuk Selangor, Penang dan Kelantan, kita boleh lihat satu persatu belang dan tanduk sebenar ahli politik Pakatan yang tidak jauh bezanya dengan apa yang UMNO-BN sendiri lakukan.

.

Ketika dahulu kita dimomokkan dengan isu penyelewengan duit oleh menteri-menteri UMNO, isu penipuan rakyat, isu kenaikan harga barang, dan pelbagai lagi isu. Namun kini, apa yang dulu dimomokkan kepada kita satu persatu terlihat pada pemimpin parti-parti Pakatan.

.

Kita boleh lihat skandal balak di Kelantan oleh ulamak Kelantan sendiri yang lebih teruk daripada skandal Bauksit di Pahang. Kita boleh lihat sendiri kini bekalan air paip di Kelantan, Selangor pun jauh lebih teruk dari negeri seperti N9 dan Pahang. 

Kita sendiri boleh lihat bagaimana Lim Guan Eng, Azmin Ali, Zuraidah, Adam Rosly (ini yang didedahkan) mereka semua mengumpul harta tak tumpah seperti apa yang Khir Toyo lakukan di Selangor dahulu.

.

Apa bezanya sebuah Disneyland di Ampang dengan Mahligai di pinggir Kuala Selangor?

.

Itu belum kita kira lagi permainan politik orang-orang China yang sangat mengimpikan kejatuhan pimpinan UMNO-BN dalam Malaysia. 

Dari satu sudut yang lain, kita akan lihat watak Dato Sri Najib Razak tetap dengan pendiriannya walaupun dikutuk, dihina dan dicerca dia tetap menjalankan kerjanya untuk memastikan negara Malaysia tetap kekal kukuh berdiri mandiri.

.
Satu masa dahulu kita nampak bahawa DAP ingin menguasai politik di negara Malaysia. Kita dapat lihat tindakan-tindakan drastik pemimpin mereka antara lain menghina laungan azan, menceroboh rumah ibadah orang Islam dalam pakaian tidak menutup aurat dan sebagainya lagi. 

Mereka turut berkempen secara halus bagi melemahkan institusi Islam di negara kita dengan menimbulkan isu seperti LGBT, penghinaan kepada JAKIM dalam isu Hot Dog, memperjuangkan perkahwinan bebas, memperjuangkan kebebasan beragama dan sebagainya. 

Kesemua ini bukan sekadar untuk melemahkan kepimpinan kerajaan UMNO-BN,  namun misi utama mereka adalah ingin merampas Malaysia dengan cara melemahkan institusi agama Islam bagi menyerang secara halus sistem Raja berperlembagaan dan institusi Kesultanan dinegara kita.
.

Kerana itulah kita dapat melihat sejak beberapa bulan yang lalu, DS Najib Razak telah dengan terbukanya membuka ikatan baru dengan negara China dan mengambil jalan lebih drastik dengan meletakkan Jack Ma sebagai penasihat ekonomi digital Malaysia bagi tahun 2017 akan datang. 

Ini bagi menafikan terus kuasa ekonomi oleh orang Cina tempatan yang dilihat lebih kiasu dan tertutup dalam sektor ekonomi. 

Kita tahu dan faham akan keinginan Jack Ma dalam menguasai sektor ekonomi dunia, kerana itulah DS Najib pada awalnya telah menanda tangan Free Trade Agreement dengan negara bersekutu dalam rangka ekonomi baharu, TPPA. Jadi apa yang dilakukan antara DS Najib dan China dalam ikatan bisnes tadi adalah bagi meneutralkan pegangan ekonomi orang Cina tempatan dan juga TPPA.

.

Untuk menambahkan lagi kestabilan pegangan ekonomi di negara Malaysia, maka wujudlah cukai GST yang tidak lain akan sedikit sebanyak melemahkan pegangan ekonomi orang Cina dan meningkatkan kadar potensi boleh niaga peniaga Melayu. 

Kalau dahulu  peniaga Cina boleh lari dari cukai, maka dengan GST tiada ruang untuk mereka lari lagi. 

Sektor import dan eksport juga semakin bebas dengan kemasukan investor luar secara terbuka melalui FTA tadi. Oleh itu, bagi menyeimbangi semula ekonomi yang dikuasai orang Cina tempatan, maka jalannya dengan membawa masuk gergasi besar dari Tanah Besar China, lalu ditandatanganilah satu perjanjian pembinaan lingkaran kereta api laju menghubungkan Kelantan dan Kedah. 

Maka, secara tidak langsung, ia akan berjaya mendedahkan kerja-kerja kotor pembalak haram di Kelantan dan juga menyaingi pegangan ekonomi Cina tempatan serta meningkatkan kebolehmampuan ekonomi setempat.

Di satu sudut kita akan terlihat watak jahat dan sisi jahat DS Najib Razak. Namun, jika diamati, kita akan dapat melihat satu persatu hikmah daripada apa yang terjadi di negara kita.

.

Besar kefahaman saya mengatakan bahawa apa yang terjadi di negara kita tidak tumpah seperti apa yang terjadi di Syria. 

Ketika mana tahun 2008 – 2010 dahulu, mereka tidak kurang menyerang kepimpinan mereka sendiri iaitu Bashar Al-Assad dengan pelbagai tohmahan dan kejian antara lain mengatakan mereka dipaksa menyembah Bashar dan akan dibunuh jika tidak menyembahnya.

.

Namun, setelah masuknya campur tangan orang luar yang terdiri dari pelbagai pejuang yang berpaksikan ajaran Salafi Wahabi Jihadi, maka negara Syria telah bertambah kucar-kacir dan keamanan yang ada telahpun tergugat. 

Hidup rakyat Syria dibelenggu ketakutan perang antara kerajaan dan orang luar yang masuk menyerang. 

Maka ketika ini tiada lain orang-orang Syria sendiri terpanggil untuk kembali menyokong kepimpinan Bashar Al-Assad yang satu masa dahulu telah mereka kutuk, keji dan cerca kerana tiada lain apa yang dijalankan oleh Bashar itu jauh lebih baik daripada belenggu ketakutan yang mereka sendiri undang.

.

Apakah Kalian Tidak Berfikir, Wahai Rakyat Malaysia?

Lihatlah satu persatu paksi negara bersekutu cuba meninggalkan Amerika. Presiden Deurterte dari Filipina sebagai contoh telah berpusing 360 darjah daripada pro-Amerika menjadi pro-Russia dan China. 

Kita juga di Malaysia, secara perlahan-lahan sebenarnya telah melemahkan penguasan Amerika di rantau Asia Tenggara dengan mengikat jalinan ikatan perniagaan bebas dengan Iran, China, Filipina dan juga Russia.

.

Anda boleh lihat sendiri, semua ini berlaku setelah adanya *Free Trade Agreement* antara Malaysia dan US yang ditandatangani satu masa dahulu oleh DS Najib dan Presiden Obama sendiri. 

Maka, kita faham dan tahu bahawa ia boleh dikatakan sebagai senjata makan tuan bilamana Malaysia yang cuba dijadikan senjata oleh US di Asia Tenggara, telah dengan sendirinya mematuhi FTA tadi dengan menandatangani ikatan perniagaan dengan Iran, China, Filipina dan Russia. 

Maka terlaksanalah apa yang telah dikatakan sebagai *”FREE TRADE”* itu tadi. Maka bebaslah Malaysia berkerjasama dengan negara-negara yang terkena *’sanction’* oleh Amerika tadi.

Kerana itulah, kita dapat melihat dengan tidak semena-mena, isu BERSIH ditimbulkan kembali pada tahun ini setelah Amerika melihat kegagalan mereka menguasai ekonomi dan politik dalam negara Malaysia. 

Maka bidak-bidak baru harus dinaikkan dan orang-orang lama mereka harus berkerja lebih keras bagi menggerakkan satu perhimpunan yang mereka kira boleh melemahkan kepimpinan DS Najib Razak. 

Ini semua digerakkan bagi memastikan kepimpinan yang naik di negara ini akan tetap tunduk kepada Amerika dan patuh kepada terma-terma New World Order. 

Maka, impian utama mereka bukan sahaja mahu menjatuhkan DS Najib Razak, namun dalam masa yang sama mahu menghapuskan kuasa Raja-raja Melayu dan juga institusi Kesultanan.
Kebetulan pula, ada antara Raja dan Sultan dalam negara kita yang sememangnya terpalit dengan isu dan skandal tertentu, maka ia dijadikan bahan untuk menghasut rakyat membenci institusi Raja dan sekaligus, membenci kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh DS Najib Razak sendiri.

.

Tun Dr Mahatir pula, dari seorang yang sangat menentang perhimpunan di jalanan, dari tahun 98 sehingga 2013, beliaulah yang amat lantang menentang, melawan dan membenci perhimpunan jalanan atau lebih dikenali sebagai demonstrasi jalanan. 

Namun, hari ini kita dapat lihat beliau dengan tidak malu dan tidak segan, menyarungkan jersi BERSIH 5 dan kemungkinan besar akan turun bersama-sama para pemprotes pada esok hari (19 November 16). 

Inilah yang dapat kita katakan sebagai *_”Menjilat Ludah Sendiri”_*. 

Apa yang pernah di doakan oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor akan menjadi realiti tidak lama lagi apabila Tun M turun ke jalanan pada esok hari. 

Maka telah termakbul doa seorang pemimpin yang memperoleh Izzah daripada ALLAH SWT Tuhan Yang Maha Esa.

.

Wawasan 2020 hanya tinggal bayangan. Kapsul masa yang ditanam Tun M tidak berjaya direalisasikan. 

BERSIH 5 telah dicabar keras oleh Gerakan Merah. Pertembungan tiga hala antara mereka – BERSIH – MERAH – PDRM, tidak lain akan mencerminkan perpecahan undi orang Melayu. 

Watak utaka yang ingin dikedepankan adalah watak orang Melayu. Kerana orang Melayu lah tuan di negara ini. 

BERSIH 5 juga kali ini dilihat lebih mengkehadapankan orang-orang Melayu berbeza dengan BERSIH 4 dahulu yang lebih dominan dengan peserta Cina.

.

Maka tidak lain BERSIH 5 telah menjadi pentas bagi individu-individu di dalamnya meraih impian mereka masing-masing. 


Sebahagian daripada mereka mahu menjatuhkan DS Najib Razak kerana marahkan hal-hal ekonomi, sebahagian daripada mereka mahu mengekalkan kuasa, sebahagian daripada mereka mahu menjalankan agenda sulit yang diarahkan oleh orang luar, sebahagian lagi hanya ikut serta dalam BESIH 5 bagi menjatuhkan DS Najib Razak kerana dilihat gagal melaksanakan wawasan 2020. Tiada lain apa yang terjadi ketika ini adalah *_’Matlamat Menghalalkan Cara’_*

.

Pada saat dan ketika ini, sukar bagi kita untuk melihat apa sebenarnya perancangan musuh-musuh negara dan musuh agama Islam, namun akhir nanti maka besarlah kiranya agenda sebenar musuh dapat kita lihat setelah jatuhnya sebuah kepimpinan yang banyak diserang.

.

Besarlah kita mengambil pelajaran daripada apa yang pernah disabdakan oleh *Sayyidina Ali KarramALLAHu Wajhahu sebagai berikut…*

.

*”Lihatlah ke mana arah jatuhnya anak panah musuh-musuh Allah, di sana kau akan menemukan yang haq…”*

[ *Sayyidina Ali RA* ]

.

Maka fikir-fikirkanlah….

.

Sekian.

Jika Pembangkang Mahu Kritik ECRL Biarlah Matang Bukan Bandingkan Epal Dengan Durian


KUALA LUMPUR, 22 Nov – Pemuda UMNO Terengganu membidas pihak pembangkang yang dilihat seolah-olah tidak senang duduk dengan pengumuman projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang mampu merancakkan ekonomi dan pembangunan negeri terbabit.

Lebih malang menurut Ketuanya Johari Abu Bakar pelbagai tohmahan ditimbulkan tidak bersandarkan kepada angka dan fakta yang tepat apatah lagi dengan membandingkan kos pembinaan ECRL dengan pembinaan landasan lain yang sudah pasti mempunyai perbezaan yang nyata baik dari segi muka bumi, jajaran laluan dan lain-lain lagi.

Jelasnya lagi seperti yang sudah dimaklumkan kerajaan ECRL ialah projek kereta api baharu yang akan menembusi Banjaran Titiwangsa yang mencabar dan memerlukan sekurang-kurangnya pelbagai jambatan sepanjang 110 km, pelbagai terowong sepanjang 50 km, stesen-stesen baharu, depot, sistem-sistem isyarat dan infrastruktur sokongan.

“Malah ECRL turut mempunyai laluan baharu sepanjang 88 km yang akan menghubungkan kawasan Gombak yang berkepadatan penduduk dengan Pelabuhan Klang melibatkan penambahan kos yang tinggi.

“Kita amat kesal dalam soal ini kerana baru sahaja diumumkan bertubi-tubi pelbagai tohmahan dilontarkan sedangkan ECRL mampu melonjakkan ekonomi negeri ini dan saya percaya bukan sahaja Terengganu malah negeri jiran seperti Pahang dan Kelantan juga akan menerima tempiasnya.

“Jadi cukup-cukuplah berpolitik yang tidak mengenal masa. Kalau mereka (pembangkang) mahu mengkritik biarlah berasas bukan seperti orang kurang matang yang cuba membanding antara epal dengan durian,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Semasa pembentangan Bajet 2017, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaksanaan ECRL secara berfasa, melibatkan laluan dari Pelabuhan Klang, ITT Gombak, Bentong, Mentakab, Kuantan, Kemaman, Kerteh, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan berakhir di Tumpat.

Pembinaan ECRL dijangka bermula pada tahun depan dan siap pada 2022 dengan anggaran kasar kos RM55 bilion.

Johari yang juga Ketua Pemuda Hulu Terengganu seterusnya menaruh keyakinan bahawa projek berkenaan akan dinikmati limpahan ekonominya kepada penduduk setempat dan bukannya projek yang sekadar dilihat oleh anak-anak tempatan.

Mungkin juga kata beliau lagi setelah siap projek berkenaan peluang ekonomi yang ada hari ini dapat ditingkatkan dengan pelbagai bidang lapangan akan terbuka luas untuk diceburi oleh rakyat negeri ini.

“Dan mungkin juga sewaktu pembinaan lagi sedikit sebanyak akan terbuka ruang perniagaan…dan inilah yang sebenarnya ditunggu-tunggu oleh rakyat Terengganu untuk sama-sama menikmati arus pembangunan yang sewajarnya.

“Dan inilah juga peluang untuk direbut…saya kira kerajaan juga akan mengambil pandangan pelbagai sudut

MENGENALI SIAPA MARIA CHIN



Maria China Abdullah (Mary Chin Cheen Lian)

Maria Chin berkenalan dengan Yunus Lebai Ali di London pada tahun 1979 dan berkahwin.

Yunus Lebai Ali dan Hishamuddin Rais adalah aktivis sosialis Universiti Malaya pada tahun 1970-an yang sama-sama melarikan diri ke luar negara kerana takut ditangkap polis.

Maria Chin dan Yunus pulang ke Malaysia sekitar akhir tahun 1980-an dan terlibat  dengan NGO dinamakan NIEI (National Institute for Electoral Integrity).

NIEI dan MAFREL (Malaysians for Free and Fair Elections) ditaja oleh Asia Foundation merupakan jaringan NAMFREL (The National Citizens’ Movement for Free Elections) dan ANFREL (Asian Network for Free and Fair Elections).

Bekas pegawai CIA, Philip Agee mendedahkan NAMFREL dan ANFREL adalah ‘tool CIA’ bertopeng di sebalik slogan ‘kuasa rakyat’.

Modus Operandi CIA kini telah diambil alih oleh badan baharu yang dinamakan NED (National Endowment For Democracy).

Maria Chin juga terlibat dalam NGO-NGO hak asasi manusia dan feminisme yang pro LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender).

Antaranya; WDC (Women Development Collective), EMPOWER (Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor) dan SIS (Sister In Islam)…antara aktivis SIS adalah MARINA MAHATHIR…

ResearchUCC

​PAU 2016 : UMNO PERLU FOKUS MELAYU BANDAR UNTUK MENANG BERGAYA


SUDAH selesai himpunan BERSIH 5.0 yang membuktikan kepada kita bahawa sokongan bangsa Melayu terhadap demonstrasi jalanan berkenaan semakin merosot teruk dari tahun ke tahun.
Sekarang ini tumpuan kita mula terjurus kepada Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang dijadualkan bakal mengamatkan PWTC bermula 29 November hingga 3 Disember 2016.
Ramai yang meramalkan PAU 2016 kali ini adalah yang terakhir sebelum  menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) dalam beberapa tahun sahaja lagi.
Oleh yang demikian, wajarlah PAU 2016 kali ini menjadi sebuah medan peperangan idea, maklumat dan percambahan minda untuk pemerkasaan parti keramat bangsa Melayu itu.
Bagaimana UMNO mahu menang bergaya dalam PRU14 akan datang? Sebelum kita pergi jauh, eloklah kiranya kita menaakul kembali keputusan PRU13 yang mendapat jolokan sebagai ‘Tsunami Politik Cina’.
Semasa PRU13 lalu, sebanyak 43 kawasan Parlimen telah diletakkan sebagai kawasan berstatus bandar (urban). Daripada jumlah besar ini, 88.4 peratus adalah dimenangi dan dikuasai oleh parti pembangkang (kini Pakatan Harapan) yang dikuasai DAP.
Ini bermakna, Umno hanya berjaya berkuasa di 5 kawasan Parlimen bandar iaitu Setiawangsa, Titiwangsa, Putrajaya, Johor Bahru dan Pulai. Manakala parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain semuanya tidak berjaya menguasai kawasan urban ini.
Adakah ia suatu petanda baik buat sebuah parti tunjang kepada Kerajaan Malaysia? Jawapannya semestinya tidak. 
Oleh sebab itu, PAU 2016 kali ini mahu tidak mahu, seramai 5,732 perwakilan yang menjadi ‘wakil suara orang Melayu’ dari seluruh negara harus fokus dan serius bagi mencari solusi kemenangan di kawasan bandar, tanpa mengkesampingkan kawasan yang sedia ada dimenangi sekarang ini (luar bandar).
Selain daripada pelbagai isu rakyat yang sedang diusahakan penyelesaiannya oleh pihak Kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Razak, di peringkat parti khususnya UMNO pula perlu memberi fokus kepada kesedaran orang Melayu yang berada di bandar untuk mendaftar pemilih dan keluar mengundi semasa PRU14 akan datang.
Tidak sedarkah kalian bahawa, sebagai contoh di Kuala Lumpur orang Melayu menjadi majoriti penduduknya iaitu kira-kira 50 peratus. Ini jauh lebih besar dari peratusan orang Cina di ibu negara. Namun, orang Melayu yang mendaftar diri sebagai pengundi di Kuala Lumpur hanyalah sebanyak 37.5 peratus. 
Bagaimana UMNO mahu menang jika perkasa asas sebegini tidak diberi fokus utama?
Bukanlah niat mahu memperkecilkan sesiapa atau menuduh tidak buat kerja, namun persoalannya sampai bila UMNO mahu bergantung kepada sokongan orang Melayu di luar bandar? 
Melayu bandar nampaknya mulai rasional dan matang untuk membuat keputusan dalam PRU14 nanti. Ada antara mereka ini juga pengundi luar yang akan buang undi di Kelantan, Kedah dan Terengganu. 
Mereka ini juga sudah mengalami dan merasai sendiri bagaimana rasanya berada di bawah kerajaan pembangkang di Selangor. Mereka juga tidak langsung berjaya ditarik oleh parti bunga untuk turun sertai Bersih 5. 
UMNO perlu memikir kaedah dan pendekatan terbaik untuk “engage & embrace” kumpulan sasar Melayu bandar ini. Jika kena caranya maka mereka akan bersama sama dengan UMNO.
PAU 2016 inilah ‘starting point’ untuk UMNO gunakan bagi memecut laju mencari strategi dan melaksanakannya dengan cepat bagi menarik hati dan minda para Melayu bandar untuk memangkah UMNO-BN dalam PRU14 akan datang.
“Urban Voters” perlu dijadikan sasaran sebenar UMNO untuk “battleground PRU14”. Dari sekarang UMNO perlu memikir strategi yang betul untuk memenangi hati dan minda pengundi Melayu Bandar.
Tulisan :

Beruang Biru

BB145, Selasa

22 November 2016

SIASATAN TERHADAP MARIA CHIN BERSIH5 DI BAWAH SOSMA SANGAT WAJAR DAN TEPAT.


1. Terdapat beberapa pihak yang keliru dan sengaja mengelirukan rakyat apabila memutarbelitkan tafsiran undang-undang mengenai penahanan penganjur Bersih5, Maria Chin.

2. Sebenarnya, apakah tujuan Akta Kawalan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau SOSMA diwujudkan? Jika kita merujuk akta, tujuannya jelas, iaitu bagi membolehkan tindakan diambil untuk menghentikan ancaman yang ditimbulkan oleh “sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia” yang bertujuan:-

I. Menyebabkan keganasan terancang terhadap orang
atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu;

II. Membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong;

III. Memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan
keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau

IV. Untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang;

3. Kenapa Maria Chin tidak disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman? Sebenarnya jika kesalahan Maria Chin hanya melibatkan soal perhimpunan haram, maka memadai untuk polis menyiasatnya di bawah Akta Perhimpunan Aman.

4. Bagaimanapun, kesalahan Maria Chin sudah melangkaui batas penganjuran sebuah perhimpunan haram. Jika merujuk kepada akta, jelas Maria Chin terlibat dalam perkara III dan IV yang merupakan skop SOSMA, iaitu memudaratkan keselamatan awam dan Persekutuan, dan mendapatkan perubahan selain dengan cara yang sah.

5. Lebih-lebih lagi apabila penganjuran perhimpunan haram Bersih 5 ini diakui dan diberitakan mempunyai kaitan dengan dana dari sumber asing, iaitu NDI dan George Soros. Atas sebab ini, siasatan tidak lagi memadai jika hanya dilakukan di bawah Akta Perhimpunan Aman. Lebih tepat jika siasatan dilakukan di bawah SOSMA dan menggunakan kaedah-kaedah SOSMA.

6. Benarkah kononnya penahanan Maria Chin melanggar skop dan peruntukan SOSMA, iaitu perkara 4(3) yang menyebut, “tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan bawah undang-undang tersebut semata-mata atas kepercayaan politik atau aktiviti politik”?

7. Peguam-peguam Bersih dan pakar undang-undang media sosial mungkin tidak membaca perkara 4(12) (a) yang menyebut bagi maksud seksyen ini, “kepercayaan politik atau
aktiviti politik” ertinya “penglibatan dalam aktiviti yang SAH di sisi undang-undang melalui pernyataan pendapat atau pengambilan tindakan yang dibuat menurut rukun sesuatu parti politik yang pada masa yang berkaitan itu berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] yang terbukti melalui, (i) keanggotaan atau sumbangan kepada parti itu; (ii) penyertaan terbuka dan aktif dalam hal ehwal
parti itu.”

8. Persoalannya, adakah Bersih sebuah pertubuhan politik? Adakah Bersih 5 kegiatan politik di bawah sebuah pertubuhan politik yang didaftarkan di bawah Akta 355, Akta Pertubuhan 1966? Adakah Bersih 5 kegiatan politik yang sah dari segi undang-undang?

9. Mengambil kira fakta-fakta di atas, iaitu pertama, terdapat unsur campur tangan pihak asing, kedua, kegiatan memudaratkan ketenteraman awam dan Persekutuan, ketiga, kegiatan mendapatkan perubahan melalui kaedah yang tidak sah dari segi undang-undang, dan keempat, status Bersih sebagai sebuah pertubuhan bukan politik dan Bersih 5 yang bukan merupakan suatu aktiviti politik yang sah dari segi undang-undang, maka, saya berpandangan bahawa siasatan ke atas Maria Chin menggunakan SOSMA dan kaedah-kaedah SOSMA amat wajar dan bertepatan sekali.

DR MOHD PUAD ZARKASHI
MT UMNO

BERSIH 5…KITA BERSYUKUR


Melihat pada BERSIH 5, banyak yang boleh kita Rakyat Malaysia rasa lega dan bersyukur..

1)KITA UCAP TAHNIAH pada PDRM era DS NAJIB.Mereka tegas tapi bijaksana tidak saperti zaman Tun M ketika melayan demo REFORMASI DAN ANTI MAHATHIR dengan kekerasan.
Kali ini NO TEAR GAS, NO WATER CANON TAHNIAH  polis, TAHNIAH  PM SYUKUR.

2)Himpunan kali ini SEMAKIN MENGECIL, walaupun dengan ada parti baru AMANAH dan PPBM ternyata tanpa sokongan PAS, orang melayu tidak memberi sokongan. PAS BERISTIQAMAH dengan  tahlul siyasi mereka menjaga adab dan Agama
SYUKUR..

3)BERSIH yang  asalnya NGO kini sudah di hijacked oleh 4 PARTI POLITIK PEMBANGKANG, ia sudah bertukar menjadi DAP-LED PARTY RALLY. 
Kredibiliti BERSIH tercemar habis, MARIA CHIN, AMBIGA DLL JADI BONEKA. BERSIH BUKAN LAGI NGO BEBAS..
SYUKUR..

4) Kumpulan yang sama dulunya PENENTANG MAHATHIR, alhamdulillah hari ini mereka menerima MAHATHIR mereka orang yang SAMA..
SYUKUR..

5)Dalam ucapan Tun M di KLCC, Tun M merujuk ketua BERSIH yang  di tahan polis sebagai PEMIMPIN   KITA..jelas Tun M mengistihar dirinya SEKARANG DI PIMPIN OLEH DAP. 

Sekarang jelas peranan Tun M kini membantu DAP DAN NIAT SEBENARNYA ADALAH DENDAM PERIBADI KERANA PM MEMECAT ANAKNYA.
SYUKUR DAN TAHNIAH HARUS DI BERI PADA DAP…

Penggerak utama program dengan bijak pemimpin DAP bermain di belakang tabir. Mereka duduk di belakang MEMBIARKAN MAT SABU,WAN AZIZAH,TUN M dan TSMY berada di depan. Strategi mereka mengena untuk MELAGA KAN  MELAYU DENGAN  MELAYU setelah undi cina sudah “mereka tawan”kerana UNTUK  PRU 14 DAP YAKIN MEREKA AKHIRNYA BERJAYA MEMERINTAH MELAYU DENGAN MEMPERALATKAN MELAYU ITU SENDIRI. AKHIRNYA KEKUATAN POLITIK MELAYU YANG MEREKA CUBA LAWAN SEJAK ZAMAN BINTANG TIGA DAN ZAMAN LEE KUAN YEW AKHIRNYA BAKAL TERCAPAI…YANG TIDAK TERCAPAI 1969.
Yang  TIDAK tercapai melalui BERSIH ialah mencari kebangkitan Rakyat Massa.Mereka mengharapkan berlaku keganasan Polis..TIDAK BERLAKU. Mereka mengharapkan keganasan Baju Merah..juga TIDAK BERLAKU..Mereka mengharapkan jutaan rakyat keluar..TIDAK BERLAKU…mereka rancang tawan Padang Merdeka dari 4 penjuru JUGA TIDAK BERLAKU.Malaysia membiarkan mereka berhimpun, dengan objektif himpunan tak sampai kemana.


Dengan berakhirnya BERSIH, BN dapat untung terbesar. BN kini boleh menyukat kekuatan 4 Parti pembangkang. DAP-led opposition terkantoi

Kata Panglima Cina TSUN TZE dalam buku “THE ART OF WAR” know yourself, know your enemy one hundred battles one hundred victories.!

BARANGKALI PERHIMPUNAN AGONG UMNO MINGGU DEPAN MEDAN TERBAIK UTK UMNO DAN BN PULA MENGATUR LANGKAH…DENGAN PWTC BAKAL MEMBIRU…!!!

TSAM

Persidangan Agung Umno 2016


Minggu depan merupakan minggu terakhir sebelum PAU 2016 bermula pada 29 Nov.

Kebelakangan ini Mahathir banyak kali secara sinis dan jelas menghina ahli UMNO dan IMNO kononnya hilang arah perjuangan kerana mempertahankan DS Najib Razak.

Beliau cuba menyampaikan keperluan ahli UMNO menjatuhkan DS Najib Razak.

Kemuliaan UMNO bukan kerana nama UMNO, kemuliaan UMNO bukan kerana ia sebuah parti yang memerdekakan Malaysia.

Kemuliaan UMNO terletak pada DS Najib. Kemuliaan UMNO bukannya terletak pada jasad DS Najib Razak.

Akan tetapi kemuliaan UMNO terletak pada jawatan yang disandang oleh DS Najib Razak.

Selagi mana jawatan tersebut disandang oleh ahli UMNO dan sekarang ini disandang oleh DS Najib Razak, selagi itu Tuhan memuliakan UMNO dari makna “Jamaah” bersumberkan beberapa hadis.

Mengikut hadis berkenaan “Jamaah”, sesuatu kumpulan diiktiraf sebagai “Jamaah” apabila ia mewakili kumpulan terbesar dan seorang pemimpin dilantik dari kumpulan tersebut.

Dan kerana itu, ahli “Jamaah” atau parti wajib taat dan mempertahankan pemimpin selagi mana arahan pemimpin tidak menyimpang dari ASWJ.

Malah perbuatan mempertahan pemimpin serta taat padanya (dalam konteks Malaysia dan UMNO ialah DS Najib Razak) diberi banyak kelebihan dan imbuhan tertinggi ialah syurga dan perbuatan menentang pemimpin termasuk dalam dosa besar. Ini semua ada dalil hadis yang sahih.

Maka apa sahaja hinaan Mahathir, takkan sesekali dapat merubah janji Allah. Dan apa sahaja kata katanya, adalah amat berlawanan dengan apa yang ada dalam agama.

Maka dalam masa seminggu sebelum PAU bermula. Isu ini menjadi keutamaan saya dalam menyedarkan ahli UMNO supaya apabila mereka dihina dengan kata kata yang bersumberkan kenyataan Mahathir. Mereka mampu menjawab dengan penuh bangga dan sekaligus menempelak manusia yang bernama Mahathir. Manusia mengajak orang Islam kearah kebinasaan dan kehinaan kerana mengikuti BERSIH. Manusia yang hendak menjadikan umat Islam termasuk dalam kategori “Killabunnar: anjing anjing neraka”. Manusia yang cuba mengajak umat islam menderhaka pada Tuhan dengan cara menderhaka kepada pemimpin.

Semua ini ada dalil quran dan hadis yang sahih.

Dan satu cabaran bagaimana masa yang ada, maklumat ini sampai ke setiap hati dan jiwa ahli UMNO. Supaya akhirnya mereka mampu berkata: Presiden parti kami dan PM kami, dengan lafaz bismillah dan sumpah atas kitabullah. Kami akan mempertahan serta mentaati DS Najib seperti diperintahkan Tuhan kami. Kami akan sentiasa mempertahan serta mentaati kamu (DS Najib Razak), selagi mana kamu tidak menyuruh kami melakukan maksiat dan perkara yang membatalkan syahadah kami, maka pimpin lah kami selagi mana Tuhan mengizinkan kamu menjadi pemimpin kami”

Dan biarlah baiah ini tidak sekadar bergema dalam PWTC. Akan tetapi mampu menggegarkan hati manusia yang hilang pedoman untuk melihat kekuatan kami ahli UMNO bersatu dan setia dibawah seorang pemimpin.

Biar manusia bernama Mahathir tahu taat kami ahli UMNO kepada DS Najib kerana ia satu fardhu kepada setiap umat Uslam dalam Malaysia. Dan kami ahli UMNO berbangga DS Najib sebagai pempin kami berbanding kamu (mahathir) yang hidup dalam kepompong penderhakaan kepada Tuhan.

Satu minggu yang tidak patut dilepaskan begitu sahaja

SELAMAT BERSIDANG

TAN SRI ANNUAR MUSA

BERSIH ADALAH PERANCANGAN BARAT…DIBIAYAI SOROS-LINKED ORGANISATION


1)Bersih menyamar kononnya mereka gerakan sivil,gerakan rakyat..mereka SEBENARNYA gerakan 4 Parti politik..DAP,PKR,PAN DAN PPBM.Gabungan parti yg sedang kemaruk nak merampas kuasa sebuah kerajaan pilihan rakyat melalui pilihanraya yg sah..mereka mengizinkan parti mereka menjadi pelaksana agenda barat

2)Mereka di pimpin kini oleh sekumpulan pemimpin yg kehilangan jawatan dan kuasa..dan parti yg sudah berkali kali di tolak rakyat

3)ADA KALANGAN MEREKA DULUNYA YANG TERKENAL MOST CORRUPT,RAJA POLITIK WANG DAN SALAHGUNAKUASA,ADA YG BERGELAR DIKTATOR,OTOKRATIK,MAHAZALIM,MAHAFIRAUN,malah ada yg berkiblat militan syiah,LGBT,KHALWATI,HOMOSEKS,RASIS,SOSIALIS DAN PRO KOMUNIS…you just name it…gelaran yg di beri oleh kelompok pembangkang sendiri..segalanya KINI TERHIMPUN DLM SATU KELOMPOK YG SEDANG MENGGANAS DLM SATU “PASUKAN KETAGIHAN KUASA..”

4)Kita tahu kini mereka di biayai YAHUDI SOROS dan ianya bukan rahsia lagi…Dan kalangan mereka sangat kenal siapa soros dan apa PIHAK SEANGKATAN DGN Soros lakukan terutama terhadap REGIME CHANGE DI negara tertentu dan ARAB SPRING serta dunia islam

5)Telah di ketahui Malaysia dan Indonesia kini target Utama Seterusnya mereka..Kebangkitan ekonomi Asia dan Negara Islam Asia mesti mereka hancurkan

6)Senjata mereka paling ampuh ialah api apikan perebutan kuasa dan keganasan,ragut keamanan,lumpuhkan ekonomi,nyahkan pelancung dan pelaburan…demonstrasi agar di celahnya mereka masuk utk cetus ketegangan

7)KINI “BERSIH”ramuan tepat kerana melalui nya mereka berjaya lagakan ISLAM VS ISLAM..MELAYU VS MELAYU..mereka cuma perlukan Dana utk jayakan huru hara ini dan provoke polis utk guna kekerasan,bagi mereka Bakar kemarahan rakyat

8)perebutan kuasa tidak lagi di kotak undi di mana mereka berkali kali tewas,tetapi mereka mengharapkan pihak berkuasa melakukan kesilapan(yg SEBENARNYA MEREKA MERANCANG)….Tiannamen square di CINA ,Medan Tahrir di Kaherah,DEMO DI JAKARTA adalah sumber inspirasi mereka

9)Mlm ini BIG BÖSES mereka sedang seronok plan mereka berjalan baik.Tangkapan polis adalah menepati perancangan mereka..BOS BESAR RELAX DI LUAR NEGARA..BOS TEMPATAN RELAX MINUM KOPI…gembira kerana esok mereka bakal menyaksikan anak muda melayu bertempur sama sendiri…perfect condition utk huru hara sesama saudara spt di IRAQ,SYRIA,LIBYA,INDINESIA

10)BERSIH….jelmaan simbul PENYAPU YG DI BAWA LIM KIT SIANG MEI 1969 simbolik nak hapuskan Melayu,kini Datang dlm bentuk PENYAPU CYBER..di mana MELAYU AKAN DISAPU DAN DI”BERSIHKAN” MELAYU ITU SENDIRI

MEREKA TAU AKAN TUMBANGLAH KAYU KERANA KAYU-MELAYU KERANA MELAYU…..

BENAR JUGA TULISAN SASTRAWAN NEGARA SHAHNON AHMAD-SHIT


Bershit telah bertukar menjadi pelacur. Semua hanya berpura pura atau menipu untuk kepentingan mereka sendiri. Walaupun Mahathir berpura pura kononnya untuk menggulingkan Najib dan menggantikannya dengan seorang Perdana Menteri proksi, PKR berpura dalam kempen mereka untuk membebaskan Anwar dibebaskan dari penjara, DAP Kristian Evangelist pula menggunakannya untuk mencabar ketuanan Islam, manakala DAP menggunakannya untuk memecahbelahkan orang Melayu kepada lima kumpulan supaya Pakatan Harapan pimpinan DAP boleh mengambil alih negara ini.

Bila Bersih Jadi “Bershit”

http://www.pru14.tv/2016/11/18/bila-bersih-jadi-bershit/

KETUA PEMBANGKANG KITAR SEMULA ISU UNTUK KELIRUKAN RAKYAT


KUALA LUMPUR –  Ketua Pembangkang sekali lagi cuba mengelirukan rakyat dengan membuat gesaan agar Laporan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB dikelaskan semula sebagai dokumen bukan rahsia rasmi. 

PAC merupakan sebuah Jawatankuasa yang bersifat bipartisan, telah mengemukakan permintaan kepada Jabatan Ketua Audit Negara (JAN) dan YAB Perdana Menteri juga sebelum ini telah mengarahkan Ketua Audit Negara untuk mengesahkan secara bebas akaun 1MDB. 

Tindakan ini jelas menunjukkan keterbukaan kerajaan dalam perkara ini. Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB ini telah dibincangkan oleh PAC sebelum memuktamadkan laporannya yang telah dibentangkan di Parlimen pada 7 April 2016. Pengelasan dokumen rahsia tidak semestinya menjejaskan keputusan dalam Laporan PAC seperti mana cuba dimainkan pembangkang kerana PAC juga telah merujuk pelbagai dokumen atau laporan lain sebelum memuktamadkan laporannya.
2. Ahli-Ahli Parlimen dari pihak Pembangkang yang menganggotai Jawatankuasa ini mempunyai akses sepenuhnya kepada hasil Laporan Ketua Audit Negara yang telah dibentangkan kepada PAC maka tiada keperluan untuk dikelaskan semula sebagai dokumen bukan rahsia rasmi. Keadaan ini sama seperti meminta kertas siasatan dijadikan sebagai dokumen bukan rahsia rasmi setelah pendakwaan dan penghukuman dibuat. Kenyataan Ketua Pembangkang itu, secara tidak langsung mempersoalkan kredibilti PAC termasuk ahli-ahli Parlimen pembangkang yang menganggotai Jawatankuasa itu

3. Kenyataan Ketua Pembangkang juga jelas menunjukkan yang Ketua Pembangkang tidak faham peruntukkan di bawah Undang-Undang termasuklah status penubuhan 1MDB yang mana diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan bukannya satu badan Awam (public authorities). Ketua Pembangkang dilihat lebih berminat untuk mempertahankan dan mengalih perhatian terhadap hukuman yang diterima Ahli Parlimen Pandan kerana mendedahkan dokumen rahsia rasmi.

DATO SRI AZALINA OTHMAN SAID
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
16 November 2016

azalinaothmansaid.com/?p=2558

Opposition lawmaker sentenced for breaking Official Secrets Act did not Blow any Whistle


1. A Member of Parliament, Rafizi Ramli was found guilty by our courts and sentenced to 18 months jail for breaking our Official Secrets Act by publicly distributing material from the Auditor-General’s Report on 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

2. A stay of execution has already been granted pending Rafizi’s appeal process and he remains free to discharge his duties..

3. Prior to Rafizi’s offence, five members of parliament from our federal opposition, who are members of our Parliamentary Accounts Committee (PAC), has had full access to this document,

4. This document was one of the many sources of information which was used to come out with the final PAC report which was eventually released to the public in April of this year

5. What Rafizi exposed was neither an act of whistle-blowing nor did he “expose” anything materially important about 1MDB.

6. Despite being warned not to do so, Rafizi had distributed materials from this AG Report, which was marked as Official Secret then to “prove” that 1MDB had a business relationship with our Armed Forces Pension Fund (LTAT).

7. He had also alleged that due to this relationship, certain outstanding payments from 1MDB to LTAT had caused the pension fund to come under financial pressure resulting in 110 persons out of 450,000 veterans not receiving their gratuity payments in time.

8. However, the fact that 1MDB had contracted LTAT to build 8 military bases and to relocate an existing air base has been public knowledge since 2013 when this contract was publicly announced.

9. Both LTAT and 1MDb had also clarified that there were no outstanding or late payments.

10. LTAT also clarified that the out of 70 persons out of the 110 that was submitted by Rafizi were already paid while the balance 40 were not paid then due to incomplete or late submission of documents.

11. Rafizi has a track record of making allegations that later turned out to be untrue. In October, he had lost a civil case to for defamation of a private company.

12. Despite being fully aware that he would be breaking the law and despite being repeatedly warned, Rafizi deliberately used a document that was classified to further his own political agenda to “expose” something that was already public knowledge in order to support his allegations that were later found to be untrue.

13. Malaysia is not unique in having legislation to protect government confidentiality and no country can operate with citizens deliberately breaking the law and being allowed to get away with it.

Lim Sian See

Previous Older Entries