Pakatan Harapan continues to attack the 688km long East Coast Rail Link project.


1. Pakatan Harapan continues to attack the 688km long East Coast Rail Link project which would be a game-changer for the east cost corridor of Malaysia. 
2. They have continued to use any reason that they can think of to cast doubt on this project – whether the reasons are real or imagined.
3. At first Pakatan Harapan leaders had tried to cast doubt by saying that the company tasked with developing the project, Malaysia Rail Link Sdn Bhd is a newly set-up RM2 company privately-owned company which I had later clarified that this is a 100% owned government company.
4. This is despite that setting-up Special Purpose Vehicles (SPV) company to undertake projects is an accepted practise. Similar RM2 companies were also newly set-up when undertaking projects such as the Selangor Govt’s Darul Ehsan Investment Group (DEIG) to hold a reported RM30 billion worth of state assets while the Penang Govt had also awarded the RM6.34 billion Penang Tunnel and 3 related roads projects to a newly set-up RM2 companies.
5. Yesterday, three Pakatan Members of Parliament Rafizi Ramli, Tony Pua and Dr Hatta Ramli had continued these attacks by issuing an ill-advised joint-statement that rail projects around the world which I had cited as costing more on a per kilometer basis in my last statement cannot be directly compared to the ECRL projects and called me “ignorant”.
6. The three MPs then engaged in name-calling and said I was ignorant for comparing these projects which cost more because these other rail projects are different – some by as much as 10 times the price of the ECRL. This is despite the fact that I had clearly stated in my same statement that all rail projects around the world are unique and cannot be directly compared.
7, The three then said I should not compare with overseas rail projects and said I should compare the cost of the ECRL which they allege will cost RM91.7 million per kilometre with the Ipoh-Padang Besar and 179km Gemas-Johor Bahru double-tracking projects which they said cost RM44 million and RM39.8 million per kilometre, respectively.
8. This leads me to question what kind of desperation would lead three allegedly competent MPs to compare the cost of double-tracking projects with a greenfield rail project?
The   Ipoh-Padang Besar and Gemas-Johor Bahru double-tracking projects involves electrification and laying of parallel tracks to replace already existing single rail tracks along less challenging terrain that has less tunneling and bridges requirements.
While the ECRL is an entirely new green-field rail-link project that will cut through our most challenging Titiwangsa mountain range and requires at least 110km of multiple bridges, 50km of multiple tunnels, entirely new stations, depots, signalling systems and supporting infrastructure.
The ECRL will also have 88km of new lines that will connect the densely populated areas of Gombak with Port Klang that adds considerably to the cost.
9. As I had said, all infrastructure projects cannot be compared directly  If we continue to go down this route then questions should also be asked as to the cost of other transport infrastructure projects undertaken by Pakatan Harapan Governments.
10. For example, the costs given in an answer to me by the DAP-led Penang Government in June this year about their Penang Tunnel project confirmed that just the cost of feasibility and design reports alone for 20.3km of paired roads is RM10.3 million per km and RM13.2 million per km for the 7.2km tunnel  – totaling RM305 million cost for reports which the Penang Government had said is “reasonable and within limits”.
While their stated construction costs for the 3 paired roads of 20.3km in length will cost RM91 million per km and the 7.3km tunnel portion would cost RM513 million per km and these are without electrification, train stations, the actual train and carriages, depots or signalling systems which are required for  rail system – before taking into account land acquisition costs or the 30 years toll concession.
11. Likewise, the proposed 7.5km passenger-only LRT project linking Komtar with the Penang International Airport as part of the Penang Government’s RM46 billion Transport plan is reported to cost RM4.5 billion or a cost of RM257.14 million per km.
All transpiration infrastructure projects are unique and should not be compared. Let’s not go down this route.
12. As stated in my last statement, the ECRL project can accelerate the GDP growth of this region by an additional 1.5% and will help reduce the gap between the west coast and east coast of Malaysia.
13. Pakatan Harapan’s continued attacks on ECRL on frivolous reasons and ridiculous comparisons has a hidden agenda to scuttle our government’s plans to balance the development of Malaysia to our east coast regions which had lagged behind other regions in order to benefit more than 4 million of people in our sub-urban and rural heartlands.
DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN

MINISTER IN THE PRIME MINISTER’S DEPARTMENT
————————————
KENYATAAN AKHBAR

UNTUK SIARAN SEGERA
12 NOVEMBER 2016
1. Pakatan Harapan terus-menerus menyerang projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) sepanjang 688km yang bakal mengubah koridor pantai timur Malaysia.
2. Mereka terus-menerus menggunapakai apa-apa alasan yang mereka fikirkan perlu untuk menimbulkan keraguan tentang projek ini, tidak kiralah sama ada alasan tersebut adalah benar mahupun sebaliknya.
3. Pada mulanya, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan cuba untuk menimbulkan keraguan dengan melemparkan tuduhan bahawa syarikat khusus yang dipertanggungjawabkan ke atas pembangunan projek ini iaitu Malaysia Rail Link Sdn Bhd adalah sebuah syarikat RM2 yang baru ditubuhkan. Namun, saya telah pun menjelaskan bahawa syarikat tersebut adalah syarikat 100% milik kerajaan.
4. Penubuhan syarikat-syarikat khusus untuk mengendalikan projek-projek adalah amalan biasa dan diterima. Syarikat-syarikat RM2 baru yang lain turut ditubuhkan untuk mengendalikan projek-projek seperti Darul Ehsan Investment Group (DEIG) milik kerajaan negeri Selangor yang memegang asset-aset negeri yang bernilai RM30 bilion, sementara kerajaan negeri Pulau Pinang pula turut menganugerahkan projek-projek Terowong Pulau Pinang dan tiga projek jalanraya berkaitan berjumlah RM6.34 bilion kepada syarikat-syarikat RM2 yang baru ditubuhkan.
5. Semalam, tiga orang Ahli Parlimen Pakatan iaitu Rafizi Ramli, Tony Pua dan Dr Hatta Ramli mengeluarkan kenyataan bersama untuk membidas kenyataan saya sebelum ini yang memberikan perbandingan ECRL dengan projek-projek kereta api lain di seluruh dunia yang jauh lebih tinggi kosnya setiap kilometer. Mereka berkata saya tidak boleh membandingkan projek-projek tersebut dengan projek ECRL dan mereka memanggil saya seorang yang “jahil.”
6. Ketiga-ketiga Ahli Parlimen tersebut kemudiannya mencerca saya dengan berkata bahawa saya seorang yang jahil kerana membandingkan projek-projek yang kosnya lebih tinggi sehingga ada yang 10 kali ganda berbanding kos ECRL. Mereka terus membidas saya walaupun dalam kenyataan saya sebelum ini dengan jelas menyebut bahawa semua projek kereta api di seluruh dunia adalah unik dan tidak boleh dibandingkan secara langsung.
7. Ketiga-tiga mereka kemudiannya berkata bahawa saya tidak sepatutnya membandingkan kos projek-projek kereta api luar negara dengan kos ECRL yang menurut mereka bernilai RM91.7 juta setiap kilometer. Sebaliknya, menurut mereka, saya sepatutnya membandingkan kos ECRL dengan kos projek-projek landasan berkembar Ipoh-Padang Besar dan Gemas-Johor Bahru sepanjang 179km yang masing-masing bernilai RM44 juta dan RM39.8 juta setiap kilometer.
8. Ini membuatkan saya menyoal keterdesakan Ahli-Ahli Parlimen yang kononnya kompeten sehingga mahu membandingkan kos projek landasan berkembar dengan projek kereta api baru (greenfield).
Projek-projek landasan berkembar Ipoh-Padang Besar dan Gemas-Johor Bahru melibatkan kerja-kerja elektrifikasi dan pemasangan landasan selari kepada landasan tunggal sedia ada sepanjang muka bumi yang kurang mencabar dan tidak memerlukan kerja-kerja melibatkan pembinaan terowong dan jambatan.
ECRL pula adalah sebuah projek kereta api baru yang akan menembusi Banjaran Titiwangsa yang paling mencabar dan memerlukan sekurang-kurangnya pelbagai jambatan sepanjang 110km, pelbagai terowong sepanjang 50km, stesen-stesen baru, depot-depot, sistem-sistem isyarat dan infrastuktur-infrastruktur sokongan yang lain.
ECRL juga akan turut melibatkan laluan baru sepanjang 88km yang menghubungkan Gombak yang berkepadatan penduduk yang tinggi dengan Port Klang. Ini melibatkan penambahan kos yang tinggi.
9. Seperti yang saya katakan sebelum ini, semua projek infrastruktur tidak boleh dibandingkan secara langsung. Sekiranya kita mengambil pendekatan ini, maka projek-projek infrastruktur pengangkutan yang dirancang oleh kerajaan-kerajaan Pakatan Harapan juga boleh dipersoalkan.
10. Sebagai contoh, dalam jawapan kerajaan negeri Pulau Pinang yang diketuai DAP Jun lalu mengenai jalan berpasangan projek Terowong Pulau Pinang sepanjang 20.3km mengesahkan bahawa kos laporan kebolehlaksanaan dan rekacipta sahaja mencecah RM10.3 juta setiap kilometer dan RM13.2 juta setiap kilometer untuk terowong sepanjang 7.2km. Kos untuk kesemua laporan-laporan ini mencecah RM305 juta dan kerajaan Pulau Pinang menegaskan bahawa jumlah tersebut adalah “munasabah dan berada dalam had.”
Sementara itu, kos pembinaan yang dinyatakan untuk 3 jalan berpasangan sepanjang 20.3km akan menelan RM91 juta setiap km manakala untuk bahagian terowong sepanjang 7.3km pula akan menelan RM513 juta setiap kilometer. Projek-projek ini tidak melibatkan elektrifikasi, pembinaan stesen-stesen kereta api, kos pembelian kereta api dan gerabak, depot-depot atau sistem-sistem isyarat yang diperlukan untuk sebuah sistem kereta api. Dan kesemua kos projek Terowong Pulau Pinang yang saya sebutkan di atas belum lagi mengambil kira kos pengambilalihan tanah dan konsesi tol selama 30 tahun.
11. Selain daripada itu, projek LRT penumpang yang menghubungkan Komtar dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada pelan pengangkutan kerajaan Pulau Pinang yang berjumlah RM46 bilion dilaporkan membawa kos berjumlah RM4.5 bilion, ataupun RM257.14 juta setiap kilometer.
Semua projek-projek infrastruktur transpirasi adalah unik dan tidak boleh dibandingkan secara langsung. Kita tidak perlu mengambil pendekatan seperti ini.
12. Seperti yang saya nyatakan dalam kenyataan saya sebelum ini, projek ECRL akan menjana pertumbuhan KDNK wilayah pantai timur pada kadar tambahan 1.5% dan akan membantu mengurangkan jurang antara pantai barat dan pantai timur Malaysia.
13. Serangan-serangan berterusan Pakatan Harapan ke atas ECRL berdasarkan alasan-alasan remeh dan perbandingan yang tidak masuk akal sebenarnya mempunyai agenda tersembunyi untuk menggagalkan usaha Kerajaan untuk mengimbangi pembangunan Malaysia dengan wilayah-wilayah pantai timur yang ketinggalan agar dapat memanfaatkan lebih 4 juta rakyat yang tinggal di kawasan-kawasan sub-bandar dan luar Bandar.
DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: