Akhirnya Rafizi ke dalam 


Rafizi Dihukum Penjara

1. Ahli Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli berdepan kemungkinan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen selepas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan ke atasnya kerana didapati bersalah melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

2. Mohd Rafizi, yang juga Naib Presiden dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), didapati bersalah kerana memiliki dan mendedahkan laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Mac lalu.

3. Perkara ini tidak menghairankan kerana Rafizi sendiri telah mengaku bersalah. Dia tidak dijatuhi hukuman kerana “mendedahkan skandal besar kesalahan 1MDB” seperti apa yang Pakatan katakan, namun kerana mendedahkan satu halaman dalam Laporan Ketua Audit Negara 1MDB yang sudah dibaca oleh 4 Ahli Parlimen Pakatan termasuk Tony Pua.

4. Beliau telah mendedahkan dokumen OSA bahawa Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mempunyai hubungan dengan 1MDB tetapi belum dibayar sepenuhnya.

5. Seperti yang kita sedia maklum, LTAT diberikan kontrak oleh 1MDB untuk menggerakkan Pengkalan Udara Sg Besi dan untuk membangunkan 8 penggantian pengkalan tentera.

6. Dalam mana-mana kes, LTAT tidak hilang sebarang wang dan akan dibayar sepenuhnya oleh konsortium Keretapi IWH-China yang telah mengambil pemilikan 60% daripada projek Bandar Malaysia.

7. LTAT langsung tidak rugi dan sebenarnya, malah telah membuat keuntungan dan akan terus mengaut keuntungan dari kerja-kerja pembinaan pengkalan tentera dan daripada kontrak untuk menggerakkan Pangkalan Udara Sg Besi.

8. Ini adalah kekalahan kes mahkamah buat kali keempat berturut-turut bagi Rafizi. Walaupun beliau pasti akan membuat rayuan tetapi ini akan membatalkan kelayakan beliau daripada bertanding semula sehingga dia mendapat keputusan yang baik dalam pendengaran rayuannya.

9. Hingga kini, dia masih mempunyai kes-kes mahkamah lain yang belum selesai dalam kes sivil dan jenayah. Rafizi yang ‘meminta’ semua ini berlaku dan kini dia telah mendapat apa yang dia mahu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: