Persidangan Agung Umno 2016


Minggu depan merupakan minggu terakhir sebelum PAU 2016 bermula pada 29 Nov.

Kebelakangan ini Mahathir banyak kali secara sinis dan jelas menghina ahli UMNO dan IMNO kononnya hilang arah perjuangan kerana mempertahankan DS Najib Razak.

Beliau cuba menyampaikan keperluan ahli UMNO menjatuhkan DS Najib Razak.

Kemuliaan UMNO bukan kerana nama UMNO, kemuliaan UMNO bukan kerana ia sebuah parti yang memerdekakan Malaysia.

Kemuliaan UMNO terletak pada DS Najib. Kemuliaan UMNO bukannya terletak pada jasad DS Najib Razak.

Akan tetapi kemuliaan UMNO terletak pada jawatan yang disandang oleh DS Najib Razak.

Selagi mana jawatan tersebut disandang oleh ahli UMNO dan sekarang ini disandang oleh DS Najib Razak, selagi itu Tuhan memuliakan UMNO dari makna “Jamaah” bersumberkan beberapa hadis.

Mengikut hadis berkenaan “Jamaah”, sesuatu kumpulan diiktiraf sebagai “Jamaah” apabila ia mewakili kumpulan terbesar dan seorang pemimpin dilantik dari kumpulan tersebut.

Dan kerana itu, ahli “Jamaah” atau parti wajib taat dan mempertahankan pemimpin selagi mana arahan pemimpin tidak menyimpang dari ASWJ.

Malah perbuatan mempertahan pemimpin serta taat padanya (dalam konteks Malaysia dan UMNO ialah DS Najib Razak) diberi banyak kelebihan dan imbuhan tertinggi ialah syurga dan perbuatan menentang pemimpin termasuk dalam dosa besar. Ini semua ada dalil hadis yang sahih.

Maka apa sahaja hinaan Mahathir, takkan sesekali dapat merubah janji Allah. Dan apa sahaja kata katanya, adalah amat berlawanan dengan apa yang ada dalam agama.

Maka dalam masa seminggu sebelum PAU bermula. Isu ini menjadi keutamaan saya dalam menyedarkan ahli UMNO supaya apabila mereka dihina dengan kata kata yang bersumberkan kenyataan Mahathir. Mereka mampu menjawab dengan penuh bangga dan sekaligus menempelak manusia yang bernama Mahathir. Manusia mengajak orang Islam kearah kebinasaan dan kehinaan kerana mengikuti BERSIH. Manusia yang hendak menjadikan umat Islam termasuk dalam kategori “Killabunnar: anjing anjing neraka”. Manusia yang cuba mengajak umat islam menderhaka pada Tuhan dengan cara menderhaka kepada pemimpin.

Semua ini ada dalil quran dan hadis yang sahih.

Dan satu cabaran bagaimana masa yang ada, maklumat ini sampai ke setiap hati dan jiwa ahli UMNO. Supaya akhirnya mereka mampu berkata: Presiden parti kami dan PM kami, dengan lafaz bismillah dan sumpah atas kitabullah. Kami akan mempertahan serta mentaati DS Najib seperti diperintahkan Tuhan kami. Kami akan sentiasa mempertahan serta mentaati kamu (DS Najib Razak), selagi mana kamu tidak menyuruh kami melakukan maksiat dan perkara yang membatalkan syahadah kami, maka pimpin lah kami selagi mana Tuhan mengizinkan kamu menjadi pemimpin kami”

Dan biarlah baiah ini tidak sekadar bergema dalam PWTC. Akan tetapi mampu menggegarkan hati manusia yang hilang pedoman untuk melihat kekuatan kami ahli UMNO bersatu dan setia dibawah seorang pemimpin.

Biar manusia bernama Mahathir tahu taat kami ahli UMNO kepada DS Najib kerana ia satu fardhu kepada setiap umat Uslam dalam Malaysia. Dan kami ahli UMNO berbangga DS Najib sebagai pempin kami berbanding kamu (mahathir) yang hidup dalam kepompong penderhakaan kepada Tuhan.

Satu minggu yang tidak patut dilepaskan begitu sahaja

SELAMAT BERSIDANG

TAN SRI ANNUAR MUSA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: