Bersih 5.0-Satu Pandangan Aktivis Demonstrasi 


Sejak tahun 1998, saya sudah banyak menyertai perhimpunan awam termasuklah Reformasi 98′, Gerakan Mansuh ISA, Gerakan Mansuh PPSMI, BERSIH 1, 2, 3, dan sebagainya.
.

Saya dibesarkan dalam keluarga yang memang menyokong tegar parti PAS dan Pakatan Rakyat. Jadi, saya memang sudah masak benar dengan aksi-aksi di jalanan ini.

.

Namun, setelah banyak gerakan yang saya sertai, daripada Pakatan yang langsung tidak memegang kerusi sehinggalah menang besar di beberapa negeri termasuk Selangor, Penang dan Kelantan, kita boleh lihat satu persatu belang dan tanduk sebenar ahli politik Pakatan yang tidak jauh bezanya dengan apa yang UMNO-BN sendiri lakukan.

.

Ketika dahulu kita dimomokkan dengan isu penyelewengan duit oleh menteri-menteri UMNO, isu penipuan rakyat, isu kenaikan harga barang, dan pelbagai lagi isu. Namun kini, apa yang dulu dimomokkan kepada kita satu persatu terlihat pada pemimpin parti-parti Pakatan.

.

Kita boleh lihat skandal balak di Kelantan oleh ulamak Kelantan sendiri yang lebih teruk daripada skandal Bauksit di Pahang. Kita boleh lihat sendiri kini bekalan air paip di Kelantan, Selangor pun jauh lebih teruk dari negeri seperti N9 dan Pahang. 

Kita sendiri boleh lihat bagaimana Lim Guan Eng, Azmin Ali, Zuraidah, Adam Rosly (ini yang didedahkan) mereka semua mengumpul harta tak tumpah seperti apa yang Khir Toyo lakukan di Selangor dahulu.

.

Apa bezanya sebuah Disneyland di Ampang dengan Mahligai di pinggir Kuala Selangor?

.

Itu belum kita kira lagi permainan politik orang-orang China yang sangat mengimpikan kejatuhan pimpinan UMNO-BN dalam Malaysia. 

Dari satu sudut yang lain, kita akan lihat watak Dato Sri Najib Razak tetap dengan pendiriannya walaupun dikutuk, dihina dan dicerca dia tetap menjalankan kerjanya untuk memastikan negara Malaysia tetap kekal kukuh berdiri mandiri.

.
Satu masa dahulu kita nampak bahawa DAP ingin menguasai politik di negara Malaysia. Kita dapat lihat tindakan-tindakan drastik pemimpin mereka antara lain menghina laungan azan, menceroboh rumah ibadah orang Islam dalam pakaian tidak menutup aurat dan sebagainya lagi. 

Mereka turut berkempen secara halus bagi melemahkan institusi Islam di negara kita dengan menimbulkan isu seperti LGBT, penghinaan kepada JAKIM dalam isu Hot Dog, memperjuangkan perkahwinan bebas, memperjuangkan kebebasan beragama dan sebagainya. 

Kesemua ini bukan sekadar untuk melemahkan kepimpinan kerajaan UMNO-BN,  namun misi utama mereka adalah ingin merampas Malaysia dengan cara melemahkan institusi agama Islam bagi menyerang secara halus sistem Raja berperlembagaan dan institusi Kesultanan dinegara kita.
.

Kerana itulah kita dapat melihat sejak beberapa bulan yang lalu, DS Najib Razak telah dengan terbukanya membuka ikatan baru dengan negara China dan mengambil jalan lebih drastik dengan meletakkan Jack Ma sebagai penasihat ekonomi digital Malaysia bagi tahun 2017 akan datang. 

Ini bagi menafikan terus kuasa ekonomi oleh orang Cina tempatan yang dilihat lebih kiasu dan tertutup dalam sektor ekonomi. 

Kita tahu dan faham akan keinginan Jack Ma dalam menguasai sektor ekonomi dunia, kerana itulah DS Najib pada awalnya telah menanda tangan Free Trade Agreement dengan negara bersekutu dalam rangka ekonomi baharu, TPPA. Jadi apa yang dilakukan antara DS Najib dan China dalam ikatan bisnes tadi adalah bagi meneutralkan pegangan ekonomi orang Cina tempatan dan juga TPPA.

.

Untuk menambahkan lagi kestabilan pegangan ekonomi di negara Malaysia, maka wujudlah cukai GST yang tidak lain akan sedikit sebanyak melemahkan pegangan ekonomi orang Cina dan meningkatkan kadar potensi boleh niaga peniaga Melayu. 

Kalau dahulu  peniaga Cina boleh lari dari cukai, maka dengan GST tiada ruang untuk mereka lari lagi. 

Sektor import dan eksport juga semakin bebas dengan kemasukan investor luar secara terbuka melalui FTA tadi. Oleh itu, bagi menyeimbangi semula ekonomi yang dikuasai orang Cina tempatan, maka jalannya dengan membawa masuk gergasi besar dari Tanah Besar China, lalu ditandatanganilah satu perjanjian pembinaan lingkaran kereta api laju menghubungkan Kelantan dan Kedah. 

Maka, secara tidak langsung, ia akan berjaya mendedahkan kerja-kerja kotor pembalak haram di Kelantan dan juga menyaingi pegangan ekonomi Cina tempatan serta meningkatkan kebolehmampuan ekonomi setempat.

Di satu sudut kita akan terlihat watak jahat dan sisi jahat DS Najib Razak. Namun, jika diamati, kita akan dapat melihat satu persatu hikmah daripada apa yang terjadi di negara kita.

.

Besar kefahaman saya mengatakan bahawa apa yang terjadi di negara kita tidak tumpah seperti apa yang terjadi di Syria. 

Ketika mana tahun 2008 – 2010 dahulu, mereka tidak kurang menyerang kepimpinan mereka sendiri iaitu Bashar Al-Assad dengan pelbagai tohmahan dan kejian antara lain mengatakan mereka dipaksa menyembah Bashar dan akan dibunuh jika tidak menyembahnya.

.

Namun, setelah masuknya campur tangan orang luar yang terdiri dari pelbagai pejuang yang berpaksikan ajaran Salafi Wahabi Jihadi, maka negara Syria telah bertambah kucar-kacir dan keamanan yang ada telahpun tergugat. 

Hidup rakyat Syria dibelenggu ketakutan perang antara kerajaan dan orang luar yang masuk menyerang. 

Maka ketika ini tiada lain orang-orang Syria sendiri terpanggil untuk kembali menyokong kepimpinan Bashar Al-Assad yang satu masa dahulu telah mereka kutuk, keji dan cerca kerana tiada lain apa yang dijalankan oleh Bashar itu jauh lebih baik daripada belenggu ketakutan yang mereka sendiri undang.

.

Apakah Kalian Tidak Berfikir, Wahai Rakyat Malaysia?

Lihatlah satu persatu paksi negara bersekutu cuba meninggalkan Amerika. Presiden Deurterte dari Filipina sebagai contoh telah berpusing 360 darjah daripada pro-Amerika menjadi pro-Russia dan China. 

Kita juga di Malaysia, secara perlahan-lahan sebenarnya telah melemahkan penguasan Amerika di rantau Asia Tenggara dengan mengikat jalinan ikatan perniagaan bebas dengan Iran, China, Filipina dan juga Russia.

.

Anda boleh lihat sendiri, semua ini berlaku setelah adanya *Free Trade Agreement* antara Malaysia dan US yang ditandatangani satu masa dahulu oleh DS Najib dan Presiden Obama sendiri. 

Maka, kita faham dan tahu bahawa ia boleh dikatakan sebagai senjata makan tuan bilamana Malaysia yang cuba dijadikan senjata oleh US di Asia Tenggara, telah dengan sendirinya mematuhi FTA tadi dengan menandatangani ikatan perniagaan dengan Iran, China, Filipina dan Russia. 

Maka terlaksanalah apa yang telah dikatakan sebagai *”FREE TRADE”* itu tadi. Maka bebaslah Malaysia berkerjasama dengan negara-negara yang terkena *’sanction’* oleh Amerika tadi.

Kerana itulah, kita dapat melihat dengan tidak semena-mena, isu BERSIH ditimbulkan kembali pada tahun ini setelah Amerika melihat kegagalan mereka menguasai ekonomi dan politik dalam negara Malaysia. 

Maka bidak-bidak baru harus dinaikkan dan orang-orang lama mereka harus berkerja lebih keras bagi menggerakkan satu perhimpunan yang mereka kira boleh melemahkan kepimpinan DS Najib Razak. 

Ini semua digerakkan bagi memastikan kepimpinan yang naik di negara ini akan tetap tunduk kepada Amerika dan patuh kepada terma-terma New World Order. 

Maka, impian utama mereka bukan sahaja mahu menjatuhkan DS Najib Razak, namun dalam masa yang sama mahu menghapuskan kuasa Raja-raja Melayu dan juga institusi Kesultanan.
Kebetulan pula, ada antara Raja dan Sultan dalam negara kita yang sememangnya terpalit dengan isu dan skandal tertentu, maka ia dijadikan bahan untuk menghasut rakyat membenci institusi Raja dan sekaligus, membenci kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh DS Najib Razak sendiri.

.

Tun Dr Mahatir pula, dari seorang yang sangat menentang perhimpunan di jalanan, dari tahun 98 sehingga 2013, beliaulah yang amat lantang menentang, melawan dan membenci perhimpunan jalanan atau lebih dikenali sebagai demonstrasi jalanan. 

Namun, hari ini kita dapat lihat beliau dengan tidak malu dan tidak segan, menyarungkan jersi BERSIH 5 dan kemungkinan besar akan turun bersama-sama para pemprotes pada esok hari (19 November 16). 

Inilah yang dapat kita katakan sebagai *_”Menjilat Ludah Sendiri”_*. 

Apa yang pernah di doakan oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor akan menjadi realiti tidak lama lagi apabila Tun M turun ke jalanan pada esok hari. 

Maka telah termakbul doa seorang pemimpin yang memperoleh Izzah daripada ALLAH SWT Tuhan Yang Maha Esa.

.

Wawasan 2020 hanya tinggal bayangan. Kapsul masa yang ditanam Tun M tidak berjaya direalisasikan. 

BERSIH 5 telah dicabar keras oleh Gerakan Merah. Pertembungan tiga hala antara mereka – BERSIH – MERAH – PDRM, tidak lain akan mencerminkan perpecahan undi orang Melayu. 

Watak utaka yang ingin dikedepankan adalah watak orang Melayu. Kerana orang Melayu lah tuan di negara ini. 

BERSIH 5 juga kali ini dilihat lebih mengkehadapankan orang-orang Melayu berbeza dengan BERSIH 4 dahulu yang lebih dominan dengan peserta Cina.

.

Maka tidak lain BERSIH 5 telah menjadi pentas bagi individu-individu di dalamnya meraih impian mereka masing-masing. 


Sebahagian daripada mereka mahu menjatuhkan DS Najib Razak kerana marahkan hal-hal ekonomi, sebahagian daripada mereka mahu mengekalkan kuasa, sebahagian daripada mereka mahu menjalankan agenda sulit yang diarahkan oleh orang luar, sebahagian lagi hanya ikut serta dalam BESIH 5 bagi menjatuhkan DS Najib Razak kerana dilihat gagal melaksanakan wawasan 2020. Tiada lain apa yang terjadi ketika ini adalah *_’Matlamat Menghalalkan Cara’_*

.

Pada saat dan ketika ini, sukar bagi kita untuk melihat apa sebenarnya perancangan musuh-musuh negara dan musuh agama Islam, namun akhir nanti maka besarlah kiranya agenda sebenar musuh dapat kita lihat setelah jatuhnya sebuah kepimpinan yang banyak diserang.

.

Besarlah kita mengambil pelajaran daripada apa yang pernah disabdakan oleh *Sayyidina Ali KarramALLAHu Wajhahu sebagai berikut…*

.

*”Lihatlah ke mana arah jatuhnya anak panah musuh-musuh Allah, di sana kau akan menemukan yang haq…”*

[ *Sayyidina Ali RA* ]

.

Maka fikir-fikirkanlah….

.

Sekian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: