Jika Pembangkang Mahu Kritik ECRL Biarlah Matang Bukan Bandingkan Epal Dengan Durian


KUALA LUMPUR, 22 Nov – Pemuda UMNO Terengganu membidas pihak pembangkang yang dilihat seolah-olah tidak senang duduk dengan pengumuman projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang mampu merancakkan ekonomi dan pembangunan negeri terbabit.

Lebih malang menurut Ketuanya Johari Abu Bakar pelbagai tohmahan ditimbulkan tidak bersandarkan kepada angka dan fakta yang tepat apatah lagi dengan membandingkan kos pembinaan ECRL dengan pembinaan landasan lain yang sudah pasti mempunyai perbezaan yang nyata baik dari segi muka bumi, jajaran laluan dan lain-lain lagi.

Jelasnya lagi seperti yang sudah dimaklumkan kerajaan ECRL ialah projek kereta api baharu yang akan menembusi Banjaran Titiwangsa yang mencabar dan memerlukan sekurang-kurangnya pelbagai jambatan sepanjang 110 km, pelbagai terowong sepanjang 50 km, stesen-stesen baharu, depot, sistem-sistem isyarat dan infrastruktur sokongan.

“Malah ECRL turut mempunyai laluan baharu sepanjang 88 km yang akan menghubungkan kawasan Gombak yang berkepadatan penduduk dengan Pelabuhan Klang melibatkan penambahan kos yang tinggi.

“Kita amat kesal dalam soal ini kerana baru sahaja diumumkan bertubi-tubi pelbagai tohmahan dilontarkan sedangkan ECRL mampu melonjakkan ekonomi negeri ini dan saya percaya bukan sahaja Terengganu malah negeri jiran seperti Pahang dan Kelantan juga akan menerima tempiasnya.

“Jadi cukup-cukuplah berpolitik yang tidak mengenal masa. Kalau mereka (pembangkang) mahu mengkritik biarlah berasas bukan seperti orang kurang matang yang cuba membanding antara epal dengan durian,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Semasa pembentangan Bajet 2017, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaksanaan ECRL secara berfasa, melibatkan laluan dari Pelabuhan Klang, ITT Gombak, Bentong, Mentakab, Kuantan, Kemaman, Kerteh, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan berakhir di Tumpat.

Pembinaan ECRL dijangka bermula pada tahun depan dan siap pada 2022 dengan anggaran kasar kos RM55 bilion.

Johari yang juga Ketua Pemuda Hulu Terengganu seterusnya menaruh keyakinan bahawa projek berkenaan akan dinikmati limpahan ekonominya kepada penduduk setempat dan bukannya projek yang sekadar dilihat oleh anak-anak tempatan.

Mungkin juga kata beliau lagi setelah siap projek berkenaan peluang ekonomi yang ada hari ini dapat ditingkatkan dengan pelbagai bidang lapangan akan terbuka luas untuk diceburi oleh rakyat negeri ini.

“Dan mungkin juga sewaktu pembinaan lagi sedikit sebanyak akan terbuka ruang perniagaan…dan inilah yang sebenarnya ditunggu-tunggu oleh rakyat Terengganu untuk sama-sama menikmati arus pembangunan yang sewajarnya.

“Dan inilah juga peluang untuk direbut…saya kira kerajaan juga akan mengambil pandangan pelbagai sudut

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: