MEMAHAMI DAN MENGINSAFI MAKNA ZALIM DAN PEMIMPIN


Ramai yang menggunakan pelbagai hadis dan ayat Quran berkaitan dengan pemimpin dan kepemimpinan untuk menguatkan hujah mereka bagi menafikan ketaatan kepada pemerintah dan kerajaan.

2. Sebagai seorang awam, saya cuba meneroka realiti bagi menyesuaikan kefahaman yang terhadap nas dan dalil yang digunakan.
3. Setiap dari kita adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan atas kepemimpinan kita. Maka, nas dan dalil yang biasa anda gunakan untuk membina persepsi negatif terhadap pemerintah perlu diperbetulkan.
4. Dalam kita berbeza pandangan dan meraikan perbezaan pendapat dan buah fikiran, ramai di kalangan kita secara tidak sedar telah melakukan pelbagai perkara yang berunsur fitnah, ghibah dan kemungkaran lain yang tidak disedari. Ini juga merupakan suatu kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin. (diri sendiri)
5. Apabila kita berbeza pandangan terutamanya dalam hal yang berkaitan dengan politik kepartian, adalah mustahak untuk kita memahami bahawa kepentingan Agama, Bangsa dan Negara perlu mengatasi kepentingan individu dan parti. Mengenepikan kepentingan Agama, Bangsa dan Negara dalam setiap tindakan juga suatu bentuk kezaliman yang jarang disedari ramai.
6. Tanpa kita sedar, ramai di kalangan kita cenderung untuk mempertahankan kebatilan individu dan pemimpin tertentu akibat sikap fanatik atau taksub. Ini juga merupakan suatu kezaliman terhadap diri sendiri, pemimpin dan rakyat.
7. Bersekutu dengan mana-mana anasir luar untuk merosakkan kedaulatan dan keselamatan Negara seumpama menjadi pengkhianat terhadap Negara sendiri. Apakah ia bukannya suatu kemunkaran? (kezaliman)
Artikel ini sekadar ingin membuka ruang bicara kepada rakyat Malaysia (amnya) dan pengunjung laman ini agar sama-sama kita beroleh manfaat demi kemajuan Negara.
Salam hormat dari saya,

Zamzuri Mohamed Tahir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: