AZMIN ALI: APAKAH PEMBERIAN AIR PERCUMA DI SELANGOR JUGA RASUAH?


1. Azmin bersetuju dengan dakwaan Tun M bahawa BRIM adalah rasuah. Ia berbeza dengan pandangan Wan Azizah yang menolak pandangan Tun M itu.

2. Persoalannya, apakah *pemberian air percuma* sebanyak 20 cubic meter di Selangor yang melibatkan perbelanjaan sebanyak *RM1.1 Bilion* sejak 2009 itu bukan rasuah?

3. Kata Azmin pemberian BRIM melibatkan wang tunai berbanding pemberian air percuma. Di mana Azmin belajar bahawa pemberian rasuah hanya melibatkan wang tunai? Menyogok dengan menggunakan barangan seperti pemberian rumah, kereta, jam tangan dan lain lain juga rasuah jika ia berniat songsang.

4. Ini termasuk penyediaan perkhidmatan seperti pelacur dan habuan seks. BRIM diberikan kepada mereka yang layak sahaja tanpa mengira sokongan politik mengikut jumlah pendapatan. Ia juga usaha membaiki sistem pemberian subsidi secara pukal yang dinikmati oleh orang kaya dan warga asing.

5. Jika Azmin mengatakan BRIM adalah rasuah, Azmin perlu menghentikan dulu pemberian air percuma malah mengapa tidak keluarkan kenyataan terbuka supaya penyokong pembangkang berhenti mengambil BRIM kerana ia adalah rasuah. Beranikah Azmin? Jika rakyat bersetuju dengan dakwaan Azmin dan Tun M bahawa BRIM adalah rasuah sudah tentu ramai yang berpusu pusu datang ke pejabat LHDN meminta supaya nama mereka dikeluarkan daripada senarai penerima BRIM.

6. Apa yang lebih menghairankan ialah ramai ahli Parlimen pembangkang tanpa segan silu membuka kaunter pendaftaran BRIM di kawasan mereka. Beranikah juga Tun M dan Azmin mengarahkan mereka berhenti melakukannya? Dan menuduh mereka ini juga sebagai pemakan rasuah?

Ucapan Krismas Guan Eng Berbaur Hasutan.


KENYATAAN MEDIA
Huan Cheng Guan
Naib Presiden Parti Cinta Malaysia

1. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak pernah benar-benar jujur dalam menyampaikan ucapan bersempena dengan apa-apa sambutan di Malaysia ini.

2. Ini kerana, sekali lagi ucapan Guan Eng bersempena dengan sambutan Hari Natal telah dicemari dengan unsur manipulasi fakta, hasutan dan tuduhan jahat yang bermatlamatkan politik sahaja.

3. Sekali lagi, Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia merupakan Negara yang gagal berdasarkan prinsip ‘Empat Kebebasan” yang dirujuk daripada Presiden AS ke-32, Franklin Roosevelt dan ditafsirkan mengikut pandangannya sendiri.

4. Guan Eng mendakwa bahawa Malaysia telah menggunakan ketakutan untuk mendiamkan mereka yang mengkritik Negara, namun yang sebaliknya yang berlaku.

5. Sekiranya Kerajaan Persekutuan mengamalkan prinsip yang sedemikian, sudah tentu Guan Eng dan rakan-rakannya dari Pakatan Harapan tidak akan dapat bersuara dari hari ke hari.

6. Kerajaan Negeri Pulau Pinang pula yang sebaliknya menggunakan faktor ketakutan dengan mengambil tindakan ala-gangster untuk mengganggu premis-premis yang mana pemiliknya telah mengkritik Kerajaan Negeri Pulau Pinang di surat khabar Cina.

7. Begitu juga dengan niat untuk menyaman NST yang akhirnya ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan juga niat untuk mengarahkan Sin Chiew supaya menulis ikut arahannya.

8. Maka, kerajaan manakah yang menggunakan ketakutan untuk menutup mulut pengkritiknya sekarang?

9. Di dalam ucapannya lagi ada menebut tentang ketakutan mereka yang bukan beragama Islam tentang hak dan kedudukan Perlembagaan Persekutuan yang kononnya bakal mengadaptasi undang-undang Islam yang akan selari dengan undang-undang ala-hudud.

10. Guan Eng sengaja mahu menimbulkan sesuatu perkara yang sebenarnya tidak patut menjadi satu isu pun di kalangan mereka yang bukan beragama Islam.

11. Fakta pindaan RUU355 bukanlah undang-undang hudud dan tidak melibatkan mereka yang bukan beragama Islam adalah satu fakta yang sengaja disembunyikan oleh DAP semata-mata untuk meracuni fikiran dan menimbulkan ketakutan terhadap mereka yang bukan beragama Islam.

12. Dalam teks uacapan sepanjang 547 patah perkataan, Lim Guan Eng hanya mengucapkan Selamat Menyambut Krismas pada ayat yang pertama sahaja dan perkataan krismas pula digunakan sekali sahaja.

13. Lim Guan Eng langsung tidak mengambil perasaan dan suasana perayaan ini untuk mengucapkan perkara yang baik-baik malah telah meggelarkan Malaysia sebuah Negara yang gagal di saat rakyat Malaysia yang beragama Kristian yang mahu menyambut Krismas dengan perasaan yang gembira dan hati yang riang, bukannya diberitahu bahawa mereka tinggal dalam sebuah Negara yang gagal.

14. Perlu diingatkan, sekiranya Lim Guan Eng mengambil rujukan Empat Kebebasan daripada Presiden AS yang ke-32 dengan mengikut tafsirannya sendiri, maka negeri Pulau Pinang juga sebuah negeri yang gagal kerana tidak berjaya menegakkan kebebasan bersuara, baik sebagai seorang rakyat Pulau Pinang mahupun sebagai ahli parti DAP itu sendiri!

​SOAL JAWAB PEMBELIAN EAGLE HIGH PLANTATION OLEH ANAK SYARIKAT FELDA


1. Adakah urusniaga ini akan menjejaskan kesejahteraan peneroka?
– Pelaburan tidak menggunakan sumber kewangan FELDA dan tidak akan mempengaruhi komitmen sedia ada serta tidak menjejaskan program FELDA dalam meningkatkan kesejahteraan peneroka.
2. Adakah FELDA membayar premium terlalu tinggi ke atas harga pasaran saham EHP sedangkan sesetengah pihak mendakwa ia adalah setinggi 173%?
– Harga saham bukanlah kaedah penilaian yang diterima apabila melibatkan

syarikat perladangan. Harga saham mungkin tidak menggambarkan nilai sebenar EHP.

Penilaian yang diterima merupakan nilai perusahaan (Enterprise Value – EV) sehektar iaitu USD16, 000 ev/ha dan nilai inilah yang anak syarikat FELDA bayar untuk kepentingan 37 peratus. Ianya 26% lebih murah dari harga asal yang ditawarlan kepada FELDA.
Nilai ini adalah lebih baik dibandingkan dengan urus niaga lain baru-baru ini yang melibatkan Syarikat minyak sawit Indonesia.
3. Apakah urusniaga perbandingan yang terkini melibatkan Syarikat-syarikat perladangan Indonesia?
–  Sebagai perbandingan, baru-baru ini tawaran akhir KLK iaitu USD15, 500
ev/ha, telah ditolak oleh Lembaga MP Evans.

Penilaian bebas MP Evans meletakkan nilai mereka pada USD17, 300 ev/ha. Lembaga MP Evans telah meminta untuk penilaian pada USD24,000 ev/ha bagi Syarikat tersebut.

Pada nilai USD505.4 juta FELDA membeli kepentingan dalam EHP dengan nilai USD16,000 ev/ha.
–  Kawasan perladangan MP Evans yang telah ditanam ialah 31,400 ha. Manakala kawasan EHP yang telah ditanam ialah 125,000 ha. Oleh itu, FELDA mempunyai akses kepada tanah yang empat kali lebih luas daripada keluasan tanah ladang MP Evans pada kadar ev/ha yang lebih rendah.
– Selain itu, pembelian New Britain Palm Oil Ltd oleh Sime Darby adalah pada USD27, 000 ev/ha.
Adakah sebab-sebab lain mengapa harga saham bukanlah suatu penilaian yang tepat?

– Harga saham juga tidak menggambarkan nilai sebenar kerana saham EHP
dikawal 70% oleh Kumpulan Rajawali. Tambahan lagi, ia disenaraikan dalam Bursa Saham Jakarta di mana ianya tidak secair di BSKL atau SGX.
Apakah perkara-perkara lain yang diambilkira dalam harga belian?
–  Harga belian mengambil kira nilai kekurangan (scarcity value) EHP.
–  Tiada ladang bersaiz sebesar ini untuk dijual terutama pada penilaian ini – Inilah peluang terakhir untuk FELDA/Malaysia atau mana-mana pihak luar yang lain untuk memperolehi sebuah syarikat Indonesia dengan pemilikan tanah yang sangat luas.
–  Kerajaan Indonesia bersetuju untuk memberi pengecualian sekali ini sahaja dengan Perjanjian ini.
Bagaimana perjanjian ini dapat memberi manfaat kepada FELDA?
Perjanjian ini akan meningkatkan profil tanaman FELDA kerana Purata umur pokok-pokok di EHP adalah 7 tahun berbanding dengan pokok di FELDA / FGV’ yang berumur 15 tahun. Lebih banyak peluang kolaborasi dan urusniaga jualbeli antara FELDA/FGV dan EHP.
Potensi perniagaan baru dan sinergi untuk Kumpulan FELDA di bidang semaian, baja, urusniaga MSM, hiliran/oleo-kimia; dan potensi memasuki pasaran Indonesia yang luas dengan rakyat 260 juta orang bagi produk pengguna keluaran Kumpulan FELDA.
Bagaimana perjanjian ini boleh memberi manfaat kepada negara
Pelaburan dalam sebuah syarikat yang merupakan pemain utama dalam industri minyak sawit di Indonesia adalah sejajar dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk memastikan negara terus menjadi pemain utama dalam industri minyak sawit global.
Ia akan bertindak sebagai pencetus untuk bergerak ke hadapan dalam agenda CPOPC yang baru ditubuhkan, iaitu untuk menstabilkan harga minyak sawit global.
Kenyataan Penafian
Maklumat ini adalah maklumat asas berkaitan urusniaga pembelian saham EHP oleh FELDA. Maklumat terperinci akan diumumkan lagi selepas kelulusan dari pihak berkuasa telah diperolehi.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah sebuah Kerajaan ala-‘Gangster’


Kenyataan Media
Huan Cheng Guan
Naib Presiden Parti Cinta Malaysia

1. Kerajaan Pakatan Harapan kini dilihat menjalankan pentadbiran negeri ala-‘Gangster’ iaitu mengambil tindakan penguatkuasaan secara ‘terpilih’ terhadap rakyat negerinya yang mengkritik secara terbukan pentadbiran kerajaan negeri tersebut.

2. Ini jelas dapat dirujuk kepada tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang merobohkan tandas sebuah kafe sehari selepas pemiliknya mengeluarkan kenyataan mengkritik pentadbiran kerajaan negeri tersebut di surat khabar Cina.

3. Tindakan ala-‘gangster’ kerajaan negeri tidak terhenti setakat itu sahaja, malahan terdapat dua lagi premis miliknya turut digempur dan salah satu daripadanya telah diperiksa dengan ‘sangat’ teliti dari siang sehingga larut malam semata-mata untuk mencari apa kesalahan yang boleh dikenakan tindakan.

4. Sekiranya kerajaan negeri ini benar-benar mahu menegakkan undang-undang dan keadilan mengapa tidak dilakukan pemeriksaan terhadap banyak lagi premis lain yang melakukan kesalahan secara terang-terangan?

5. Mengapa mahu menjalankan penguatkuasaan undang-undang secara terpilih dan pilihan tersebut terhadap mereka yang mengkritik pentadbiran kerajaan negeri sahaja?

6. Ini adalah pentadbiran ala-‘Gangster’ yang dilakukan oleh Kerajaan negeri Pulau Pinang terhadap sesiapa sahaja yang berani mengkritik dan satu amaran kepada rakyat negeri Pulau Pinang yang lain supaya jangan mengkritik pentadbiran negeri, jangan mengkritik Ketua Menteri dan jangan mengkritik parti yang mentadbir negeri.

7. Jika Kerajaan Negeri tidak mahu berhenti daripada pentadbiran ala-‘Gangster’ ini, maka saya sarankan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng boleh gunakan motto perkhidmatan berikut bagi menggantikan motto sedia ada:

“Jangan kritik kami sekiranya anda tidak mahu hidup anda disusahkan oleh kami”

Resolusi Menentang Penempatan Haram Israel


YAB PM NAJIB RAZAK:-

Hari ini, resolusi menentang penempatan haram Israel di bumi Palestin telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Alhamdulillah, berkat kekuasaan dan rahmat Allah SWT jua, meskipun pada mulanya berdepan cabaran apabila Mesir menarik balik cadangan draf resolusi mereka, nasib rakyat Palestin tetap akan terbela.

Malaysia, bersama tiga lagi negara yakni New Zealand, Senegal dan Venezuela setuju campur tangan dan membentangkan draf resolusi sama menuntut Israel menghentikan penempatan haram mereka.

Walaupun begitu, kita perlu melihat keputusan ini bukan sahaja dari sudut agama, sebaliknya ia juga menandakan sokongan padu komuniti antarabangsa menentang pelanggaran undang-undang antarabangsa yang dilakukan rejim Zionis melalui penempatan haram mereka.

Ini adalah satu tamparan hebat buat Israel dan kemenangan buat rakyat Palestin yang sekian lama ditindas. Insya-Allah, ini juga akan menjadi batu loncatan dalam usaha kita melihat bumi Palestin yang aman dan merdeka. Allahuakbar!

MRT PROJECT CONSTRUCTION COST CLARIFIED


Kuala Lumpur, 23 December 2016: Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) notes with disappointment recent attempts to politicize the Klang Valley MRT Project which has involved the spread of false information and figures.

In the one week since the First Phase of service for MRT Sungai Buloh – Kajang (SBK) Line commenced operations, approximately 210,000 passengers used the service, which shows the enthusiasm and excitement with which it has been greeted by members of the public.

Despite the facts on the ground making clear the benefits of the project, YB Rafizi Ramli has described KVMRT as a ‘bad’ project. However, he has not provided any explanation as to why an improved public transport system is bad for the people.

One of the assertions made with respect to KVMRT recently has been around a figure of RM40 billion which has been described as the “original budget” of the project. We wish to make clear that this figure was derived from a conceptualised proposal back in 2010 and is therefore no longer relevant to be used for comparison with the current Project that has materialised.

The RM40 billion figure was originally submitted in a private sector proposal for a three-line KVMRT Project (to be built concurrently) to the Government back in 2010 and it was based on prices in 2009. The amount did not include electric trains and related systems as well as land acquisition.

However, after it was submitted to the Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), the Government reviewed and carried out a study on the proposal. The conclusion of the study in 2010 resulted in the model for the KVMRT Project being changed significantly.

Furthermore, contrary to YB Rafizi’s comments, the KVMRT Project today is not a privatised project. It is wholly owned and funded by the government through MRT Corp.

At the end of 2010, the Government approved the construction of the MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) Line, the first of the KVMRT Project. The SBK Line could be carried out first as the alignment had undergone many studies carried out by other parties prior to the submission of the consortium’s proposal.

Upon the finalization of the SBK alignment and the procurement process, MRT Corp was able to announce in December 2012 that the budget for the construction cost of the SBK Line would be RM23 billion.

Similarly, MRT Corp arrived at the estimated construction cost for the MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line at RM32 billion on the basis of the tenders it had awarded for the construction of the line. All tenders for both SBK and SSP Lines were awarded through open tender system.

For the proposed MRT Line 3, also known as the Circle Line, MRT Corp has always stated that the feasibility study for the line was currently being carried out. The results are expected to be known in the first quarter of 2017.

In view of this, it would not have been possible for MRT Corp to give a cost estimate for the MRT Line 3. Any figure which had been reported as the cost of the MRT Line 3 would be purely speculative and had come from other sources, and not MRT Corp. As such, any assertion that MRT Corp had announced a figure for the cost of MRT Line 3 is absolutely erroneous.

We are disappointed that YB Rafizi is attempting to politicize a project that is clearly benefitting members of the public. However, MRT Corp will
remain focused on ensuring that the SBK Line operates smoothly and the Second Phase of the project is completed on time.

MRT Corp will also focus its energies on ensuring that the construction of the SSP Line is delivered on time and within the budgeted cost.

-end/-

Kenapa Yeo Dihukum, Bukan Arul Atau Najib?


1. Ramai yang bertanya kenapa bekas pegawai BSI Bank Singapura, Yeo Jiawei dihukum 30 tahun oleh mahkamah Singapura baru-baru ini.

2. Jawapannya – Yeo dihukum di atas kesalahannya CUBA MEMPENGARUHI SAKSI-SAKSI UTAMA yang disiasat oleh Jabatan Hal Ehwal Komersil (CAD) Singapura dalam siasatan kes penggubahan wang haram.

3. Terdapat sekurang-kurang 4 kesalahan undang-undang yang dilakukan oleh Yeo. Bagi setiap kesalahan, Yeo boleh dihukum penjara selama 3 setengah tahun dan didenda. Yeo menghadapi 7 lagi pertuduhan atas kesalahan penipuan, pemalsuan maklumat dan penggubahan wang yang akan dibicarakan pada bulan April 2017.

4. Yeo pertama kali disoal siasat oleh CAD dalam bulan Oktober 2015 dan ditahan pada 17 Mac 2016. Selepas dibebaskan atas ikat jamin, Yeo telah menghubungi saksi-saksi utama kes ini dan meminta mereka menyembunyikan bukti-bukti kesalahan jenayah yang dilakukannya.

5. Antara kesalahan-kesalahan yang dilakukan Yeo adalah seperti berikut:-

i. Dalam bulan Mac 2016, Yeo telah bertemu rakan firma Samuel Goh Sze-Wei dan Penyelia BSI meminta mereka berbohong kepada pihak polis bahawa dana yang dipindahkan oleh Goh ke dalam akaun syarikat Bridgerock Investment dan GTB Investment Ltd adalah merupakan pelaburannya.

ii. Meminta kedua mereka menyembunyikan cerita sebenar terlebih dulu sehingga pihak penyiasat menunjukkan bukti-bukti yang ada

iii. Meminta Pengurus Perhubungan Amicorp Group, Jose Renato Carvalho Pinto dari datang ke Singapura bagi mengelakkan dari di soal siasat oleh CAD. Dia juga meminta Pinto melupuskan komputer bimbit yang mengandungi bukti urus niaga haramnya dengan syarikat tersebut.

iv. Meminta Pinto mengarahkan Aloysius Mun, seorang pekerja Amicorp Group, untuk mengaku tidak mengetahui mengenai urus niaga Yeo dengan syarikat tersebut jika ditanya oleh CAD

6. Kenapa bukan Arul Kanda atau Najib Razak yang dihukum? Jelas fakta kes membuktikan kesalahan-kesalahan ini dilakukan oleh Yeo dan tiada kena mengena dengan Arul dan Najib.

7. Adakah yang disiasat dan dibicarakan ini dana 1MDB? Berdasarkan fakta kes setakat ini, siasatan dan perbicaraan ini bukan ke atas dana 1MDB tetapi lebih merupakan siasatan ke atas BSI Bank Singapura dan dana yang berada di bawah kawalan BSI Bank.

​”Saya cabar Dato’ Seri Najib untuk saman saya jika benar kos MRT sepanjang 150km itu kurang dari RM100 bilion.”


Rafizi Ramli 
Jawapan : 
Najib Razak tidak boleh saman Rafizi kerana beliau tidak ada lokus standi daripada segi undang-undang untuk buat demikian. 
Untuk failkan saman, Najib harus memegang jawatan di dalam syarikat yang bina atau ada hubung kait dengan PEMBINAAN projek MRT ini. 
Ini kerana kos yang dirujuk Rafizi adalah kos pembinaan dan buka “feasibility study” ataupun kos pembentangan idea!!!
Najib selaku ketua sebuah kerajaan hanya beri kontrak kepada satu syarikat untuk bina syarikat tersebut dan pemberian tersebut dilakukan melalui proses tender. 
Maka, fitnah Rafizi bahawa kos pembinaan bakal melambung hanya menjejaskan maruah dan imej syarikat yang menang tender tersebut. 
Najib tidak bina landasan tersebut wahai sotong bodoh! 
Lagipun, kontrak tersebut diberi melalui proses tender. Bermaksud syarikat dengan bidaan paling rendah diberi projek ini. 
Maka, segala fitnah mengenai kos pembinaan hanya ada kaitan dengan mereka yang failkan tender tersebut dan syarikat yang menang tender SAHAJA. 
Adakah logik untuk Najib failkan saman terhadap Rafizi kalau kos pembinaan melambung walaupun Najib sekadar beri cadangan untuk  bina MRT dan bukan binanya?
Paling kurang pun, Najib hanya boleh saman syarikat menang tender tersebut kalau kos melambung 
(Itu pun Najib tak boleh buat kerana kos sebenar setakat kini adalah kurang 2 billion daripada kos anggaran. Nak saman sebab siapkan projek dengan lebih murah? Minta maaf BN bukan macam Kerajaan Selangor yang belanja jutaan ringgit untuk cat gerbang sahaja!)
Rafizi patut minta nasihat undang-undang daripada saya kalau tak nak kalah dalam kes Mahkamah buat kali ke-6.
U tibai PM. I tibai u. Simple message pun tak faham?
– Yuktes Vijay –

ORANG YANG MENGAKIBATKAN NEGARA RUGI RM30 BILLION HARI INI MAHU BICARA SOAL KRISIS KEYAKINAN : DAIM OH DAIM…


.

Tanya Tun Mahathir: Di Manakah Wang Negara RM30 Billion?.

■ Dalam buku Barry Wain, yang bertajuk “Malaysian Maverick”, dalam empat skandal kewangan dalam tempoh pimpinan Mahathir jumlah kerugian yang dialami oleh Malaysia dianggarkan bernilai RM100bilion.

■ Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir semakin rimas dengan isu skandal kewangan semasa 22 tahun pimpinan beliau akan terbongkar.

■ Dr Rosli Yaakop, bekas Timbalan Gabenor Bank Negara telah tampil memberikan maklumat berkenaan skandal kerugian pertukaran asing Bank Negara yang berjumlah RM30 bilion. Dr Rosli telah memberikan empat nama dalam “forex scandal elite club masters”;
1. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,
2. Mantan Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin,
3. Bekas Gabenor Bank Negara Allahyarham Jaffar Hussein dan
4. Nor Mohamed Yaacob Mantan Menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab untuk Unit Perancang Ekonomi Kerajaan Malaysia.

■ Menurut Dr Rosli, arwah Jaffar dan Nor Yaacob merupakan dalang terbesar dalam skandal ini kerana telah menokok-tambah mengenai spekulasi aktiviti forex yang jelas menentang prinsip2 bank pusat. Kedua2 mereka telah membuat spekulasi tidak bertanggungjawab dan telah mempertaruhkan keselamatan asset2 Bank Negara tanpa menghiraukan risikonya.

■ Nor Yaacob telah mengakibatkan kerugian forex secara langsung kerana dia seorang yang telah diberi tugas untuk membuat spekulasi mempertaruhkan matawang Ringgit Malaysia terhadap matawang asing.

■ Nor Yaacob yang pada masa itu penasihat Bank Negara yang dipertanggungjawabkan dengan bahagian pelaburan, didapati akan menggunakan komputernya dan computer staf2 yang lain untuk membuat spekulasi ini dalam pasaran matawang asing.
Ini telah mengakibatkan peserta forex antarabangsa percaya bahawa Bank Negara mempunyai ramai pedagang pasaran yang agresif.
“Tetapi hakikatnya adalah Nor Yaacob yang telah melakukan kerja ini.”

■ Kata Dr Rosli bank pusat hanya terlibat dalam pasaran spekulatif forex secara besar2an semasa Tun Daim memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan.
“Arahan untuk merebut peluang menggunakan forex sebagai sumber pendapatan diberikan oleh Tun Daim bersama restu Tun Mahathir,”. Arwah Jaffar adalah Gabenor “yes man” mereka pada masa itu.

■ Dalam tahun 1992, Bank Negara telah membuat satu pertaruhan dengan Pound Britain, membeli matawang tersebut manakala George Soros menjual. Apabila nilai matawang Pound menyusut, Bank Negara kerugian USD 5.5 bilion dan George Soros telah memperoleh keuntungan USD 1.7 bilion.

■ Bank Negara kemudiannya menyatakan yang kerugian yang dialami adalah ‘paper loss’ bernilai hanya RM9.3 bilion.

■ Anggaran pakar2 berhubung pendedahan kerugian sebenarnya adalah diantara USD27 sehingga USD33 bilion iaitu 5 kali ganda simpanan rizab asing dan seluruh asset bernilai USD20.7 bilion dalam tahun 1992.

■ Anggaran tersebut telah disebut di dalam sidang Parlimen 2 dekad yang lalu bahawa Bank Negara telah mengalami kerugian besar RM30 bilion. Tetapi Bank Negara telah mendakwa kerugian berjumlah RM10.1 bilion dalam 1992 dan RM5.7 bilion dalam 1993.

■ Tetapi dakwaan kerugian oleh Bank Negara telah “diperkecilkan secara berskema” (schematically understated), melalui penilaian semula pegangan emas (gold holdings) dan penilaian semula pelaburan sebut harga (quoted investment).

■ Cadangan supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat skandal forex Bank Negara tidak diendahkan kerana penyiasatan terbuka seperti ini akan membawa bencana politik kerana perincian skandal tersebut boleh menjejaskan reputasi orang2 berpangkat tinggi yang terbabit yang amat memalukan.

■ Sekiranya Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan, ramai akan dipenjarakan kerana elemen jenayah wujud dalam skandal forex. Elemen2 jenayah ini termasuklah kecuaian, penyalahgunaan kuasa, pemalsuan akaun, “perakaunan kreatif”, memberi maklumat salah, pecah amanah dan rasuah.

Tulisan
Rozmi Mokhtar

​KHAS BUAT MEREKA YANG TIDAK TAHU APA YANG BERLAKU KEPADA MAS



MAS telah diuruskan dengan baik dan sentiasa membuat keuntungan kepada syarikat dan  mempunyai reputasi yang baik.
BNM adalah pemegang saham terbesar dalam MAS dengan 32% yang diperolehi dari MOF pada tahun 1988. 
Selepas BNM kehilangan sehingga RM30 bilion dalam FOREX di awal 1990-an, BNM diminta menjual kepentingan ini kepada Tajuddin Ramli MHS untuk RM8 sesaham (apabila harga pasaran adalah RM3.50) untuk membuat tempahan keuntungan serta-merta pada tahun 1993. (itulah sebabnya Tajuddin terus mengatakan beliau telah diminta untuk melakukan khidmat negara ketika itu). 
Ini dilakukan untuk membantu menutup sebahagian daripada kejatuhan besar rahsia dari perjudian FOREX. 
Selepas MHS mengambil alih, prestasi MAS jatuh dan mengalami kerugian yang besar sehingga syarikat itu perlu diselamatkan berkali-kali oleh kerajaan. 
Pada akhir tempoh perkhidmatan beliau, Madey telah berjaya memusnahkan industri Tin kami (juga disebabkan oleh perjudian), UMNO terdahulu, kebebasan badan kehakiman, Bank Bumiputra (yang terpaksa diambil alih oleh Bank of Commerce) dan telah mengakibatkan kejatuhan MAS dan BNM . 
Beliau juga telah menswastakan 5 projek pengangkutan yang berbeza untuk 5 pihak yang berbeza dengan 5 sistem yang berbeza yang tidak bersepadu – 4 daripadanya dapat diselamatkan oleh Kerajaan manakala sebuah projek lagi secara berterusan diberi subisidi selama 30 tahun oleh Malaysia Airports melalui cukai lapangan terbang sama ada penumpang yang menggunakan ERL atau tidak. 
Beliau juga telah menswastakan Indah Water kepada Vincent Tan dan kemudian terpaksa menggunakan Kerajaan untuk menyelamatkanya. 
Beliau juga mencipta Proton dimana perlu diselamatkan oleh Petronas dan kemudian oleh Kerajaan baru-baru ini secara langsung. 
Rekod yang luar biasa. 
Dia menggunakan wang Petronas membayar Ananda, pekerja dari Argentina, Jepun, Korea dan Indonesia untuk membina KLCC – kebanggaan Malaysia. 
Sekarang, semua orang yang tanggungjawab di atas ada kat pembangkang – Madey, Anwar, Sanusi, Liong Sik, Daim, A Kadir, orang yang tak tahu Inggeris, Mat Tyson. 

Semua dikutip pembangkang. 
Sekarang  Najib perlu memperbetulkan semua ini, yang sering diserang oleh mereka yang sebenarnya bertanggungjawab di atas semua ini. 
Berhadapan dengan saman RM589 juta oleh Danaharta, tokoh korporat berprofil tinggi suatu masa dahulu, Tan Sri Tajudin Ramli pernah menyaman balas dan menuntut sebanyak RM13.46 bilion serta membuat kejutan dalam dokumen mahkamah.
* Beliau telah diarahkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin untuk membeli saham dalam MAS untuk membantu Bank Negara pulih daripada kerugian pertukaran asing pada tahun 1994

STATEMENT BY PANDAN MP ON COST OF MRT SUNGAI BULOH-KAJANG LINE INACCURATE



Kuala Lumpur, 17 December 2016: Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) wishes to correct an inaccurate statement made by Pandan Member of Parliament Encik Rafizi Ramli regarding the cost of the MRT Sungai Buloh-Kajang
(SBK) Line.

In his statement entitled “Rafizi: PM actually confirmed my fears on MRT project costs” which was reported by the online media today, Rafizi had stated that the RM21 billion cost mentioned by Prime Minister Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak was only for Phase One of the SBK Line.

Rafizi’s statement is totally incorrect.

The RM21 billion figure that was mentioned in the speech by the Prime Minister was the cost for the both Phase One and Phase Two of the 51km SBK Line.

Phase One comprises the 21km elevated section of the SBK Line from Sungai Buloh to the Semantan Portal.

Phase Two includes the 9.5km underground section from the Semantan Portal to the Maluri Portal, and the 20.5km southern elevated section from the Maluri Portal to Kajang.

The total cost was arrived at based on the completion of the procurement process and the adoption of a stringent mechanism to control variation orders and claims.

BERKAT DOA, ISTIQAMAH, SABAR SELAMA 8 TAHUN


Berkat doa, istiqamah dan sabar selama 8 tahun, pada hari ini, Mahkamah Persekutuan sekali lagi sebulat suara memutuskan bahawa dakwaan saya selama ini benar.

Saya dan keluarga menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan, hari ini.

Sebagai pengadu, saya berharap dan mendoakan, perjalanan melalui proses mahkamah ini sudah sampai ke penghujungnya.

Walaupun realitinya, saya tahu ia bukanlah titik noktah bagi sesetengah pihak yang sentiasa menjadikan aduan saya sebagai modal politik mereka. Ia jelas di mana sejak akhir-akhir ini, gerakan dan kempen untuk membebaskan Anwar Ibrahim terus giat dijalankan.

Yang menyedihkan saya, ada pihak, serta beberapa tokoh yang selama ini saya sanjung, turut sama-sama berkempen untuk membebaskan beliau.

Mereka ini seakan tidak menghiraukan nasib dan perasaan saya selaku pengadu/mangsa yang menuntut keadilan dalam kes ini.

Ternyata pada mereka ini, kuasa dan survival politik lebih penting daripada keadilan seorang insan kerdil.

Apapun, saya anggap dan menerimanya sebagai ujian dari Allah SWT buat diri saya agar saya terus Istiqamah, Sabar dan Tabah walau apa jua keadaan yang berlaku.

Sebagai hamba Allah SWT yang tidak sempurna ini, saya telah menjalankan tanggungjawab, menegakkan kebenaran agar saya tidak disoal di akhirat nanti.

Yang pasti, apa yang penting kini, saya dan keluarga ke hadapan.. Saya berdoa semoga Allah SWT terus memberi perlindungan, rezeki dan kemudahan dalam segala urusan saya.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama saya secara langsung atau tidak langsung selama ni. Allah sahaja mampu membalasnya.

Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi

SAIFUL BUKHARI AZLAN
14/12/2016

CLARIFICATION ON CCCC’s WORLD BANK STATUS


1. In reference to my parliamentary answer at the Dewan Negara on Thursday, I would like to further clarify the question of CCCC as being black listed by the World Bank.

2. As a background, China Communications Construction Company (CCCC) was formed from a merger between several companies including a company by the name of China Road and Bridge Company (CRBC). The majority owner of CCCC is government of People’s Republic of China.

3. CRBC was unilaterally adjudged by the World Bank to have irregularities in a past road construction project in a neighboring country.

4. As a result, the World Bank had barred CRBC from engaging in any road or bridge projects financed by the World Bank.

5. Due to a year 2011 change in the World Bank sanctions system that required successor organizations – through purchase or reorganization – to be subject to the same sanctions applied to the original firm, the successor company CCCC was also made ineligible to engage in any road and bridge projects financed by the World Bank Group

6. This sanction will end in a month’s time on January 12, 2017.

7. The East Coast Rail Link (ECRL) project is not a road or a bridge project and is not funded by the World Bank. Therefore the World Bank sanction does not apply to CCCC’s participation in the ECRL project.

8. CCCC group companies have successful track projects in Malaysia including the Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Bridge (2nd second Penang Bridge) completed in 2014.

9. Recently, CCCC was also awarded a RM2 billion reclamation project by a joint-venture company of the Penang State Government.

10. I hope this will clarify the issue to prevent any misleading information from certain quarters.

Datuk Abdul Rahman Dahlan
Minister in the Prime Minister’s Department

DAP HAS NOW LOST ALL PRINCIPLES OR HAS MISLED MALAYSIANS FOR 22 YEARS


1. I refer to the DAP Secretary-General’s winding up speech at the DAP national conference on Sunday where Tun Dr Mahathir had attended.

2. I was shocked to read that DAP now says Tun Dr Mahahir had never resorted to “racist dirty tactics” in his 22 years as the Prime Minister and has now praised him as having managed the country and economy well for 22 years.

3. It is as if the numerous “scandals” and mismanagement that DAP had alleged and criticized Mahathir for over 22 years had never happened.

Some of the scandals that DAP had previously continously alleged include BMF, Maminco, IPP “cronies”, Forex RM30 billion losses, Perwaja, PKFZ, Ops Lalang, the removal of Lord President and Supreme judges and the economic meltdown of 1985 and 1998.

More recently, who can forget Tun Mahathir for repeatedly calling Lim Kit Siang as the number one racist or when he attacked Prime Minister Dato’ Sri Najib Razak for being too nice to the Chinese during the 2013 General Elections?

4. Just because Tun Dr Mahathir is now in alliance with them, the DAP assumes that all Malaysians now have collective amnesia for 22 years.

5. If DAP can suddenly change their stand for an entire 22 years period of history just like this, Why should Malaysians trust what DAP says now or in future?

6. Either DAP has no principles and has the spine of a jelly-fish or they had misled Malaysians for 22 years. Either way, the DAP must apologize to all Malaysians.

Liang Teck Meng
Secretary General of PGRM
6th December 2016

https://www.facebook.com/tmliang/posts/10154878653789455

​PEMINTA DERMA WARGA THAILAND DITAHAN UGUT PENJAGA MASJID GUNA PISTOL TIRUAN


Sungai Buloh, 6 Disember 2016 – Sembilan orang pengutip derma warga Thailand termasuk dua wanita ditahan selepas disyaki mengugut penjaga masjid dengan menggunakan senjata dipercayai pistol tiruan tengah malam tadi.
Mereka yang berumur antara 14 sehingga 50 tahun dipercayai berbuat demikian setelah berang kerana tidak dibenarkan tidur di perkarangan Masjid Bandar Baru di sini.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Dr Abdul Aziz Awang Darus berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 12.15 tengah malam daripada orang awam, dan sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh kemudiannya dihantar ke masjid berkenaan.
“Semasa pihak polis tiba, kumpulan berkenaan masih berada di masjid tersebut. Polis yang turut memeriksa mereka kemudiannya menemui dua bilah pisau yang diselit pada pinggang dua daripada lelaki berkenaan.
“Polis turut menemukan empat pistol dipercayai tiruan, 123 biji peluru ‘bullet bearing’ dan dua pisau dalam kereta jenis Toyota Vios dan Mitsubishi Triton yang digunakan kumpulan itu yang mengunakan nombor pendaftaran Thailand,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Abdul Aziz berkata polis turut merampas beberapa tabung derma yang bertulis ‘Tabung Derma Ikhlas Pembinaan Tahfiz/Pelajar Yatim-Miskin’ yang berisi wang tunai sebanyak RM1,200 dipercayai hasil kutipan derma serta beberapa buku resit.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kesemua individu berkenaan sering memasuki negara ini selama tiga bulan sebelum pulang ke Thailand dan kembali semula ke negara ini dengan menggunakan visa pelancong.

Mereka didapati kerap beroperasi di sekitar Sungai Buloh, Bangi dan Ampang.
Abdul Aziz berkata pihaknya sedang menyiasat modus operandi kumpulan berkenaan selain menyiasat kemungkinan wujud sindiket penipuan dengan cara mengutip derma.
Beliau berkata pihaknya juga menyiasat senjata api tiruan dan pisau yang didakwa mereka dibeli daripada sebuah kedai di Bangi.
Semua individu tersebut kini direman selama empat hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
– BERNAMA

​Nak Ketawa Bila Guan Eng Sokong Melayu Jadi PM 


INILAH perangai Lim Guan Eng bila di hadapan orang Cina cakap lain.  Bercakap dengan orang Melayu pula lain nadanya. Dengan rakan-rakan baharunya yang hendak dijadikan sekutu iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak tahulah apa agaknya Guan Eng canang-canangkan semasa di Konvensyen Pakatan Pembangkang di Shah Alam hari ini.
Barangkali ada yang `dibisikkan’ dengan presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga menyebabkan PPBM tarik brek tangan belum memutuskan untuk menjadi ahli keempat pakatan harapan, selepas Parti Amanah (selain PKR dan DAP).
Padahal di konvensyen pakatan itulah platformnya untuk PPBM mengisytiharkan komitmen penuh untuk bersama pakatan harapan diketuai DAP itu dengan  menjadi sekutu baharu. Di situ ada kelibat Tun Dr. Mahathir Mohamad, pengkritik tegar Datuk Seri Najib Tun Razak. Tetapi tidak berlaku pun sebarang perjanjian ditandatangani PPBM masuk pakatan, mengapa
Bagaimanapun, hari ini dalam Persidangan Tahunan DAP 2016 di Shah Alam, Guan Eng secara tidak sedar telah membuka rahsia punca yang dilihat kemungkinan sebab PPBM belum bercadang menyertai pakatan harapan.
Jawatan Perdana Menteri?  Pendirian DAP untuk terus menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri andai pakatan pembangkang berkuasa kelak, mungkin menjadikan Muhyiddin kecil hati.
Tetapi skop lebih besar lagi untuk dilihat dengan `perakuan’ Guan Eng dalam persidangan tahunan DAP itu hari ini untuk katanya `sentiasa   menyokong orang Melayu jadi PM’, agak klise.
Boleh diterima pakaikah kata-kata `si manis mulut’ Guan Eng? Cuba lihat nasib yang diterima orang Melayu di Pulau Pinang?
Apa sudah jadi dengan nasib kira-kira 500 penduduk Kampung Mutiara, Batu Ferringghi yang masih terkontang kanting mungkin kehilangan tempat berteduh selepas kampung mereka yang sudah didiami sejak 50 tahun lalu bakal dirobohkan.
Kebanyakan mereka adalah orang Melayu daripada 64 buah keluarga yang tinggal di 35 buah rumah di kampung berkenaan.
Nasib penduduk Kampung Mutiara itu sebenarnya tidak ada beza dengan nasib penduduk di kira-kira 25 buah kampung Melayu yang lenyap atau bakal lenyap di sejak beberapa tahun lalu.
Semuanya gara-gara terpaksa memberi laluan kepada projek komersial selepas tuan tanah menjual tanah mereka kepada pihak pemaju meskipun menyedari tanah tersebut didiami puluhan keluarga sejak ratusan tahun lamanya.
Kesemua kampung itu berusia ratusan tahun dan masih mengekalkan ciri-ciri warisan tempatan di celah-celah kepesatan serta kepadatan pembanguan komersial di negeri ini sekali gus layak dilindungi sebagai tapak warisan.
Namun kerana desakan pembangunan, kampung itu termasuk penduduknya berterusan diancam sikap rakus pemaju dan sikap lepas tangan kerajaan DAP Pulau Pinang diketuai Guan Eng dalam membela serta mempertahankan nasib mereka.
Dan contoh `paling kelas’ adalah bagaimana DAP membuang Pas, sebuah parti Islam dan Melayu daripada pakatan.
Ibarat `habis manis sepah dibuang’ atau `lembu punya susu, sapi dapat nama’, jasa dan sumbangan Pas memenangkan DAP di Pulau Pinang boleh pula dilupakan begitu sahaja.
Lihatlah bagaimana wakil-wakil Pas dipecat dan dinyah sebegitu sahaja dari pentadbiran negeri Pulau Pinang. Tidak ada langsung simpati atau belas ihsan daripada ketua menterinya si Guan Eng.
Bukan itu sahaja. Sebelum itu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dihina, dicerca dan diletakkan di tapak kaki Guan Eng sahaja, hanya kerana Guan Eng begitu menginginkan undi orang Cina.
Butakah orang Melayu sehinggakan perlu kita mengiakan sokongan Gua Eng kepada orang Melayu untuk menjadi Perdana Menteri?
Mengapa DAP perlukan Anwar pula untuk diangkat sebagai Perdana Menteri? Bukankah dia ada dalam penjara sekarang dan terikat dengan prosedur perundangan?
Mengapa tidak pilih Muhyiddin sahaja?  Sudah-sudahlah Guan Eng tipu orang Melayu.
http://klxpress.com.my/editorial/20568-nak-ketawa-bila-guan-eng-sokong-melayu-jadi-pm.html

​Rohingnya : Adakah Buddha Mengajar Membunuh Golongan Tidak Berdosa


Menurut statistik terkini, sejumlah 20,000 orang hilang tempat tinggal di daerah Maungdaw, Myanmar. 24 buah kampung dibakar di daerah Maungdaw dan Buthidaung. 500 orang terbunuh, 60 orang menjadi mangsa rogol, 1500 orang hilang dan 8 buah masjid terbakar dan musnah.
Ini kekejaman yang sedang berlaku terhadap umat Islam Rohingnya di Myanmar. Ianya satu lagi siri “ethnic cleansing” yang cukup tidak berperikemanusian sama sekali. 
Bertentangan sekali apa yang diajar oleh Dalai Lama, “my religion is very simple, my religion is kindness”. Dalai Lama adalah “spiritual leader” Buddha di Tibet. Sewajarnya sami sami Buddha di Myanmar menolak dan menentang keras kekejaman yang dilakukan oleh junta tentera Myanmar ini. 
Etnik Rohingnya bukanlah kumpulan pengganas di Myanmar, mereka juga adalah warganegara Myanmar. Mengapa perlakukan mereka sampai sebegitu sekali? Apa dosa anak anak kecil yang turut terbunuh? Apa dosa ibu ibu yang sedang menyusukan anak dibunuh tanpa belas kasihan? 
Aung San Suu Kyi pernah merasai bagaimana hidup dalam kegelapan dan tanpa bumbung rumah pada 2 Mei 2008 selepas kejadian Cyclone Nargis. Bertemankan lilin di waktu malam. Disebabkan kegelapan itu akhirnya Suu Kyi dibebaskan pada 13 November 2010 dan akhirnya kini menjadi pemimpin di Myanmar. 
Keperitan dan kesusahan yang dihadapi Suu Kyi sudah cukup untuk membuatkan beliau belajar dan mengerti erti hidup dalam kesempitan. Sebagai seorang pemimpin wanita, Suu Kyi tidak sepatutnya melihat dan menutup mata atas kekejaman yang berlaku terhadap kanak kanak dan ibu ibu umat Islam Rohingnya. 
Ajaran mana mana agama tidak mengajar membuat keganasan terhadap orang lain. Prinsip demokrasi yang dipegang sebegitu lama oleh Suu Kyi ketika berada dalam tahanan rumah pun tidak menghalalkan berlakunya kekejaman tanpa perikemanusiaan pada orang lain. 
Suu Kyi seorang yang berpegang kuat pada ajaran Buddha. Suu Kyi telah menghabiskan masa tahanan rumahnya dengan bermeditasi mengikut ajaran Buddha. Suu Kyi juga banyak menulis tentang keamanan dan kasih sayang menerusi “The Voice of Hope : Conversations with Alan Clements”. 
Jika berpegang kuat pada ajaran Buddha, Suu Kyi tidak sewajarnya membuat keganasan seteruk itu terhadap umat Islam Rohingnya. 22 September 2007, sekumpulan sami Buddha membuat protes hak asasi manusia terhadap kerajaan Myanmar untuk membebaskan Suu Kyi. 
Kini kekejaman yang berlaku terhadap umat Islam Rohingnya juga adalah berkaitan hak asasi manusia. Lebih kejam, lebih tragis daripada hanya seseorang yang hanya dikenakan tahanan rumah. 
Undang undang antarabangsa, tekanan politik luar dan sami sami Buddha dulu digunakan untuk membebaskan Suu Kyi dari tahanan rumah. Kini, jalan yang sama perlu digunakan oleh semua pihak untuk menghentikan pembunuhan kejam terhadap etnik Rohingnya di Myanmar. 
Kasihanilah mereka, apalah dosa anak anak kecil dibunuh, wanita dirogol dan masjid dimusnahkan. Mereka tidak bersenjata dan diperlakukan seolah olah musuh dalam peperangan. 
Hentikan kekejaman ini. Tidak ada pemenang Nobel Prize Award yang membuat kekejaman sebegini bila menjadi pemimpin sesebuah negara. Seluruh masyarakat dunia perlu kecam apa yang sedang berlaku di Myanmar termasuklah Dalai Lama.
Agama Buddha bukan mengajar keganasan, tetapi kebaikan. Amat memalukan jika seseorang yang kuat bermeditasi seperti Suu Kyi melanggar ajaran agamanya sendiri. Agama Buddha tidak mengajar membunuh orang yang tidak berdosa.

6 Disember 2016

PANDANGAN SAYA DULU TENTANG DAP TIDAK BETUL KATA TUN M. LIM KIT SIANG ADALAH DE FACTO OPPOSITION LEADER.


Mohd Puad Zarkashi
MT UMNO

1. Tun M hari ini mengaku bahawa pandangan beliau dahulu tentang DAP adalah tidak benar.
2. Beliau menganggap kehadiran pertamanya di Persidangan Tahunan DAP 2016 kali ini sebagai satu ‘pengalaman baru’. Baginya DAP adalah parti yang mewakili pelbagai kaum, bukan hanya kaum Cina semata-mata.
3. Baru dia tahu DAP bukan parti Cina, tetapi sebuah parti pelbagai kaum. “Pandangan saya mengenai DAP sebelum ini tidak betul,” katanya.
4. Tidak sukar untuk memahami kenapa Tun M berkata sedemikian. Bukan kerana Tun M mudah lupa tetapi Tun M terpaksa buat buat lupa untuk menghalalkan strateginya untuk menjahanamkan UMNO. Tun M sanggup diperkudakan oleh DAP untuk menjawab serangan DS Najib dalam ucapan penggulungannya bahawa UMNO sekarang ini berlawan dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP bukannya Tun M.
5. Kini jelas Lim Kit Siang adalah “Ketua De Facto Pembangkang” bukannya Tun M. Mengheret Tun M ke Persidangan Tahunan DAP dan memintanya berucap membela DAP merupakan kejayaan halus DAP memperkudakan Tun M. Tetapi Tun M tidak peduli semua itu asalkan UMNO musnah dan lebur dalam PRU ke 14. Dendam kesumat Tun M terhadap Najib kerana tidak membantu Mukriz menang Naib Presiden UMNO tidak lagi boleh dibendung selain isu jambatan bengkok dan isu Proton.
6. Ternyata pendedahan Najib sewaktu ucapan penggulungan menjadikan DAP seperti cacing kepanasan dan defensif. Mereka tidak menjangka Najib akan berbuat demikian.
7. Macam macam alasan Tun M untuk memuji DAP seperti pengunaan bahasa kebangsaan dalam lagu DAP termasuk ucapan yang disampaikan dalam bahasa kebangsaan. Ini tak terdapat dalam MCA,” ujarnya.
8. Tetapi lupakah Tun M, DAP hanya meniru strategi PAP Singapura. Lagu Kebangsaan Singapura adalah dalam Bahasa Melayu, tetapi apa terjadi kepada orang Melayu akibat dasar Malaysian Malaysia yang diamalkan di Singapura?
9. Dasar yang sama inilah juga digunakan oleh DAP. Mereka memperjuangkan Malaysian Malaysia atau sekarang dikenali Middle Malaysia. Itu berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan mengenai Hak Keistewaan Orang Melayu dalam Fasal 153.
10. Bahkan dalam Perlembagaan DAP cukup jelas mereka memperjuangkan penubuhan sebuah negara “sekular”. Ini juga bertentangan dengan spirit Perlembagaan Persekutuan iaitu Islam sebagai agama Persekutuan.
11. Sebelum ini timbul kekecohan dalam pertemuan paderi paderi yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Jelutong iaitu Jeff Ooi untuk menjadikan negara ini sebagai negara Kristian. Perkara ini didedahkan oleh Encik Razali bekas ahli strategik DAP.
12. Tindak tanduk DAP tidak menggambarkan bahawa ia adalah parti berbilang kaum. DAP membela kuat SJKC tetapi tidak peduli nasib sekolah kebangsaan khususnya di kawasan pedalaman.
13. Lihatlah nasib orang Melayu di Pulau Pinang sejak pentadbiran DAP. Mereka semakin terpinggir dan dianak tirikan. DAP hanya menjuarai isu isu kaum Cina. UMNO pula adalah parti inklusif yang bukan sahaja untuk 3 juta ahli UMNO tetapi juga pembela rakyat yang sekarang ini berjumlah hampir 31 juta orang.
14. Justeru, Tun M hanyalah kuda tunggangan kepada Lim Kit Siang yang sekarang ini merupakan De Facto Opposition Leader. Bukannya Tun M.

Penghinaan terhadap Islam berlaku di Malaysia 


Sebuah bengkel membuat kain pengesat kaki di sebuah negeri telah di kesan. video di atas di sebarkan melalui media sosial dan di rakam oleh Kosmo Online

PAU 16 LULUS USUL UCAPAN DASAR



PAU 2016 Update:

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2016 sebulat suara meluluskan Usul Ucapan Dasar Presiden UMNO selepas dibahaskan dan disokong oleh Wakil wakil dari WP, Pahang, Melaka, Puteri UMNO, Terengganu, Perlis, Johor, Sabah, Pemuda UMNO, Negeri Sembilan, Perak, Kelantan, Selangor, Pulau Pinang, Kelab UMNO Luar Negara & Mahasiswa Nasional. Usul itu dicadang oleh Kedah & disokong oleh Wanita UMNO.

Previous Older Entries