AZMIN ALI: APAKAH PEMBERIAN AIR PERCUMA DI SELANGOR JUGA RASUAH?


1. Azmin bersetuju dengan dakwaan Tun M bahawa BRIM adalah rasuah. Ia berbeza dengan pandangan Wan Azizah yang menolak pandangan Tun M itu.

2. Persoalannya, apakah *pemberian air percuma* sebanyak 20 cubic meter di Selangor yang melibatkan perbelanjaan sebanyak *RM1.1 Bilion* sejak 2009 itu bukan rasuah?

3. Kata Azmin pemberian BRIM melibatkan wang tunai berbanding pemberian air percuma. Di mana Azmin belajar bahawa pemberian rasuah hanya melibatkan wang tunai? Menyogok dengan menggunakan barangan seperti pemberian rumah, kereta, jam tangan dan lain lain juga rasuah jika ia berniat songsang.

4. Ini termasuk penyediaan perkhidmatan seperti pelacur dan habuan seks. BRIM diberikan kepada mereka yang layak sahaja tanpa mengira sokongan politik mengikut jumlah pendapatan. Ia juga usaha membaiki sistem pemberian subsidi secara pukal yang dinikmati oleh orang kaya dan warga asing.

5. Jika Azmin mengatakan BRIM adalah rasuah, Azmin perlu menghentikan dulu pemberian air percuma malah mengapa tidak keluarkan kenyataan terbuka supaya penyokong pembangkang berhenti mengambil BRIM kerana ia adalah rasuah. Beranikah Azmin? Jika rakyat bersetuju dengan dakwaan Azmin dan Tun M bahawa BRIM adalah rasuah sudah tentu ramai yang berpusu pusu datang ke pejabat LHDN meminta supaya nama mereka dikeluarkan daripada senarai penerima BRIM.

6. Apa yang lebih menghairankan ialah ramai ahli Parlimen pembangkang tanpa segan silu membuka kaunter pendaftaran BRIM di kawasan mereka. Beranikah juga Tun M dan Azmin mengarahkan mereka berhenti melakukannya? Dan menuduh mereka ini juga sebagai pemakan rasuah?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: