​*ISU SAMAN: UBAH PERLEMBAGAAN DAP*


*Mohd Puad Zarkashi*

(Ahli MT UMNO)
*(1)* Tulisan Dr Kamarul Zaman Yusoff dari UUM di Berita Harian hari ini wajar dibaca;
*(2)* Ia mengenai kenyataan Lim Kit Siang pada 8 Januari lalu untuk saman Datuk Abdul Hadi Awang kerana menuduh DAP anti Islam. Sudah banyak kali ugutan saman dibuat oleh Lim Kit Siang dan DAP. 13 April 2013 dia pernah mengugut untuk saman Tun M atas isu yang sama. Tetapi ugutuan hanya tinggal ugutan;
*(3)* Seperti yang dihujahkan oleh Dr Kamarul, semuanya merujuk kepada Perlembagaan DAP itu sendiri. Matlamat DAP ialah untuk *”mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekukar yang asal”*. Lebih jelas lagi Perlembagaan DAP langsung tidak mengandungi sebarang pengiktirafan ke atas peruntukan *Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan* yang menyebut bahawa *”Islam adalah agama Persekutuan”*. Perlembagaan DAP hanya mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi;
*(4)* Sikap Lim Kit Siang dan DAP ini terserlah dalam banyak contoh seperti isu *azan*, *isu khutbah jumaat* termasuk kenyataan *Tony Pua* pada 15 Febuari 2014 yang *mempersoalkan larangan ke atas umat Islam menyambut hari Valentine*. Lebih melampau ialah kenyataan *Ngeh Koo Ham* di Dewan Rakyat pada 11 Jun 2014, supaya *orang Islam diberikan kebebasan untuk murtad*;
*(5)* Mungkin ROS wajar menghantar surat *”tunjuk sebab”* kepada DAP kerana matlamat dan aktiviti DAP tidak selaras dengan *Perlembagaan Persekutuan* terutamanya *Perkara 3(1)*;
*(6)* Justeru jika Lim Kit Siang kekal mahu menjadi Timbalan Perdana Menteri, dia mestilah berani mengubah Perlembagaan DAP yang dianggap sebagai *”anti Islam”* itu. DAP membawa slogan “ubah” dalam PRU ke 13. Maka DAP wajar dicabar oleh Tun M, TS Muhyiddin Yassin, Mad Sabu dan Anwar Ibrahim untuk “mengubah” Perlembagaan DAP itu; *dan*

 

*(7)* Jika mereka bacul, benarlah Lim Kit Siang memang *”Ketua De Facto Pakatan Rakyat”*.

Advertisements

 RUU355 SEDANG DIHALUSI


Oleh Amin Adnan dan Liza Amy (Mediacomm, Pen Hq)

PRESIDEN UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak, berkata pihak parti dan kerajaan
ada membincangkan mengenai RUU355 dan sedang menghalusiya dpd segala aspek.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato’ Onn, PWTC, KL, petang tadi.

“Saya akan membuat penjelasan RUU355 itu nanti.

“Bagilah saya tempoh sedikit,” tegasnya.

DS Najib juga memberitahu pihaknya tengah meneliti pelbagai sudut sebelum sebarang keputusan dibuat, dan setakat ini ia hanya spekulasi Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) yg berlegar.

“Belum ada lagi sama ada awal atau tidak, dan kedudukannya masih spekulasi,” ujarnya.

Mengenai isu Rohingya, DS Najib berkata: “Dalam soal ini, atas isu
kepentingan ummah seperti isu Rohingya, kita dapat berada di atas pentas yang sama, dan saya diberitahu pelancaran pelayaran kapal Food Flootilla For Myanmar pada 3 Februari ini, in sya Allah, dan pihak parti Pas juga akan turut hadir.”

Dalam perkembangan lain, Presiden UMNO itu memberitahu MT mengambil maklum dialog Tranformasi Nasional (TN50) secara ‘town hall’ di Universiti Malaya baru-baru ini yg mendapat reaksi amat positif.

Dialog berkaitan itu, katanya, mendapat reaksi positif dan ia akan diteruskan dgn pelbagai kumpulan, dan akan ditentukan pembabitan menteri2, termasuk MB2, di peringkat negeri.

DS Najib turut memberitahu beberapa perkara lagi iaitu:

* MT buat keputusan persidangan UMNO Cawangan bermula 17 Mac – 30 April 2017.

* Mesyuarat Bahagian bermula 7 Julai -26 Ogos 2O17

* Hari Ulang Tahun UMNO ke -71 pd 11 Mei 2017 tahun ini akan disambut besar-besaran dgn pelbagai program diadakan sempena ulang tahun itu di Bahagian dan Cawangan seperti larian bendera, karnival sukan, pidato, townhall dan kemuncaknya 11 Mei nanti.

​Kerajaan Patut Tubuhkan Pasukan Khas Siasat Skandal Forex BNM


Dalam sebulan dua ini, pentas politik negara disajikan dengan “political maneuvers” Mahathir yang pelbagai.
Serang BR1M sebagai rasuah, tuduh Haji 1MDB tidak mabrur, buat U TURN halalkan BR1M, ceraikan PAS talak tiga dan tersasul burukkan Anwar Ibrahim dalam Buletin Utama TV3.
Dari kedudukan offensif , kini Mahathir dan pembangkang terduduk dalam keadaan  defensif. Isu BMF dan “Forex Scandal” datang balik untuk hantui Mahathir.
Tiba tiba muncul isu skandal BMF. Satu waktu dahulu di zaman tiada media sosial pernah dikecohkan hanya di kedai kopi dan ceramah pembangkang sahaja.
Tular dan bisingnya isu itu tidak masuk terus ke setiap telefon bimbit rakyat. Kali ini, BMF itu menjadi tular sekali. Menariknya, rakyat sendiri “investigate” maklumat itu dengan teknologi yang ada sekarang.
Siapa sangka pihak Central Intelligence Agency of America (CIA) akan mendedahkan semua hasil risikan dan dapatan mereka selama 25 tahun untuk tatapan umum.
Dalam pendedahan itu ada pula sebut kisah skandal BMF. Ramai dari rakyat Malaysia yang masih bawah umur pada tahun 1983, tidak tahu langsung apa itu BMF.
Maka riuhlah seluruh negara sekarang membicarakannya. Yang tidak bermaklumat menjadi terkejut, tambah lagi jika mereka adalah golongan pentaksub Mahathir.
Terkini, Tun Mahathir sudah pun menjawab isu itu dari sudut dan versinya sendiri. Seperti biasa jawapan Tun Mahathir tidak disahkan oleh mana mana pihak dan boleh dianggap sebagai jawapan membela diri sahaja semata mata.
Yang pasti ia jawapan dari orang yang sedang tersepit.
Apa yang menarik adalah, skandal berskala mega yang terjadi di zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri, didapati tiada satu pun siasatan dijalankan oleh pihak ketiga selain dari pihak yang berkepentingan seperti Mahathir sendiri.
Maka apa yang terhasil dari siasatan itu, terhad. Suspek sahaja, tiada siasatan mendalam dan tiada kredibiliti malah boleh dianggap sebagai “ochestrated”.
Mereka mereka yang didakwa dan dikenakan hukuman boleh juga mendakwa mereka sebagai “kambing hitam” yang diugut , takut dan mungkin terpaksa.
Yang disabit kesalahan itu tiada laluan untuk mengadu kepada rakyat bahawa mereka dipaksa dan diarah. Tiada Facebook dan Whatsapp pada zaman itu untuk mengadu. Maka hukuman terhadap mereka boleh dikatakan tidak 100% adil.
Kini sebelum kering lagi disidai isu skandal BMF , muncul pula skandal kerugian dagangan Bank Negara Malaysia di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir.
Jika ikut “standard” yang Tun Mahathir sendiri cipta , iaitu apa apa terjadi di bawah kerajaan Dato Seri Najib adalah tanggungjawab Najib. 
Maka bolehlah didakwa perkara yang sama juga kepada Tun Mahathir atas kerugian dagangan BNM.
Pernah juga diadakan seminar dan forum berkenaan isu ini.  Di mana pembangkang menyatakan wang rakyat dijadikan umpama berjudi di kasino iaitu “Bank Negara Forex Scandal–When Government Becomes Speculator” pada 2 Jun 2012. 
Forum itu dihadiri oleh Guan Eng, anak kawan baik Mahathir kini yang mahu dilantiknya sebagai calon TPM.
24 Februari 2013, Roketkini, Lim Kit Siang (kawan baik Mahathir sekarang) pernah menggesa agar satu Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan untuk siasat kerugian RM30 billion di Bank Negara dan kehilangan hampir RM100 billion ketika zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Sama seperti isu BMF, dulu Kit Siang gesa badan siasatan yang sama diwujudkan. Kini Kit Siang sudah “kawtim” dengan Mahathir sebab mahu kuasa dan jawatan TPM. Membisu dan tidak pertikaikan lagi isu BMF dan “Forex Scandal” Bank Negara.
Dalam sebuah tajuk di akhbar, seseorang yang masih hidup dan melalui isu ini di Bank Negara iaitu Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Murad Khalid mendedahkan Bank pusat itu kerugian sejumlah RM10 billion (nilai hari ini 3 kali ganda) .
Jumlah kerugian wang rakyat  yang diperjudikan itu lebih besar dari RM2.6 billion yang dijaja ke hulu dan ke hilir oleh Tun Mahathir. 
RM2.6 billion itu bukan kerugian. Ianya hanya wang derma yang dipolitikkan oleh Mahathir. RM2.6 billion dengan 1MDB adalah cerita yang berlainan. RM2.6 billion bukan duit 1MDB, itu duit derma dari Arab Saudi.
Apa yang pelik, dalam isu “Forex Scandal” Bank Negara itu tiada langsung minat untuk mencari pesalah dan menghukumnya dibuat pada zaman Mahathir.
Jawapan yang diberi oleh bekas Gabenor iaitu Allahyarham Jaafar Hussein adalah “Saya Silap”. Itu sahaja dan jumlah yang dikaitkan pula berbeza iaitu RM5.7 billion.
Bermakna isu ini belum betul betul disiasat sehingga hari ini. Mengapa jumlah berbeza datang dari individu yang berbeza – beza? Mana satu yang betul?
Maka jika Tun Mahathir sangat lantang berkenaan isu 1MDB dan RM2.6 billion yang dipilih olehnya untuk menyerang Dato Seri Najib dan kerajaan , maka isu pada zamannya juga perlu disiasat. 
Kerugian wang rakyat dalam Forex Scandal perlu dibuka untuk siasatan. Satu badan khas siasatan perlu ditubuh. Saksi  dan keterangan yang bercanggah ini perlu diforensik semula.
Seperti kata Datuk Murad Khalid, mungkin fail dan dokumennya sudah berkulat dan dimakan anai anai, namun keperluan untuk mengetahui apa sebenar terjadi dan ke mana wang itu pergi harus diadakan siasatan.
Selain itu ada juga pihak yang mendakwa , skandal Forex ini sengaja dikatakan sebagai kerugian tetapi sebenarnya wang itu sudah dialihkan ke tempat yang lain.
Maka, ini menjadikan sebab untuk diadakan siasatan bertambah kukuh. Siapa yang arah? Siapa yang ambil? Di mana wang itu disimpan?
Kerajaan tidak boleh berlengah lagi kerana orang seperti Datuk Murad dan Tun Mahathir masih hidup untuk memberi kenyataan dan menjawab soalan – soalan jika diwujudkan badan siasatan berkecuali.
Selama ini kenyataan dari Tun Mahathir lebih kepada “self defence” dan “denial” sahaja. Kini waktu terbaik untuk “establish” apa sebenarnya yang terjadi. 
Tukarkan isu “Scandal Forex” ini dari dianggap sebagai kesilapan keputusan pelaburan BNM kepada kes jenayah. Sama  seperti mana Tun Mahathir menjadikan isu perniagaan 1MDB kepada isu jenayah.
Malah , isu isu lain juga seperti Perwaja, MAS, Maminco dan lain lain perlu dibuka semula untuk siasatan kerana banyak keraguan terdapat padanya.
Rakyat hendak tahu yang sebenarnya, siapa yang “curi” duit sampai RM27 billion dari Bank Negara. Badan penyiasat perlu ditubuh segera.

KIT SIANG YANG DESPERADO


Oleh Amin Adnan (Mediacomm, Pen Hq)

SIKAP Penasihat DAP, Lim Kit Siang, semakin hari makin terserlah dgn angan-angan setinggi langit utk kepingin menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia yg dicanangkan oleh Pengerusi ‘U-TURN’ Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad, jika memenangi Pilihan Raya Umum ke -14 akan datang.

Walaupun Kit Siang, 76, menjelaskan partinya mempunyai pendirian berbeza dgn PPBM, tapi pada masa sama beliau bersedia bekerjasama dgn Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, utk menjayakan agenda politiknya dan DAP bagi menghadapi PRU ke-14 .

Sebelum itu DAP tidak menyetujui PAS terhadap RUU355, malahan Kit Siang begitu angkuh terhadap usul yg dibentangkan itu di Parlimen.

PAS pula sama sekali tidak mahu terjerat dan dikhianati lagi oleh Penasihat DAP itu.

Kit Siang semacam sanggup menjilat ludah mengenai yg dibentangkan itu selama ini.

Kenakalan Kit Siang itu membuatkannya tergila-gila utk berbaik dgn PAS, kerana semata-mata mahukan kuasa.

Sepanjang penglibatannya dalam bidang politik sehingga kini, Kit Siang seolah-olah selalu hendak menyekat perlembagaan negara serta perundangan Islam dan mahu parti politik berasaskan Melayu atau Islam dibubarkan.

Kit Siang boleh berubah-ubah watak macam “sesumpah” dgn boleh menjadi Melayu, India, dan boleh memberi umpan berupa kewangan jika ia memberi kelebihan mengundi DAP.

Inilah cermin DAP sebenarnya, dan masyarakat harus menolak sepak terajang Kit Siang sekeras-kerasnya.

Kesombongan Kit Siang itu terserlah apabila beliau mahu bertanding di tempat lain kerana di kawasan Parlimen Gelang Patah yg dipegangnya skrg, ramai yg tidak menyukainya disebabkan tidak menjaga kebajikan penduduk di parlimen tersebut.

Pengundi di kawasan itu sedar sikap belang Kit Siang dan pembangkang yg hanya inginkan kerusi dalam parlimen.

Sikap desperado yg memual inilah yg membongkar agenda dan matlamat sebenar Kit Siang yg berhajat memastikan DAP mengetuai Pakatan Harapan bagi mengambil alih kuasa politik Melayu di Putrajaya.

Lim Kit Siang harus menjelaskan mengenai cita-citanya untuk menjadi TPM


Kenyataan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri

25 Jan 2017

1. Ia adalah penting dan tepat pada masanya untuk Lim Kit Siang menjelaskan kepada rakyat Malaysia keengganan beliau mengakui bahawa beliau akan menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan jika Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum akan datang.

2. Memandangkan hakikat jelas bahawa DAP adalah pemimpin Pakatan, rakyat Malaysia perlu tahu sama ada Lim Kit Siang akan menduduki jawatan tersebut jika pembangkang pimpinan DAP menang pilihan raya umum akan datang. Kita tidak boleh mengabaikan hakikat bahawa DAP adalah parti dengan kerusi terbesar di Parlimen dalam Pakatan dan oleh itu, pada hakikatnya mempunyai kedudukan kepimpinan yang dominan dikalangan komponen Pakatan.

3. Lim Kit Siang perlu mengesahkan tentang hal ini, kerana ia adalah hak rakyat Malaysia untuk tahu siapa yang akan memerintah mereka jika mereka mengundi Pakatan. Dia mesti memberitahu rakyat sama ada ia adalah cita-cita politiknya untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri, seperti yang diakui oleh Tun Mahathir pada 19 Januari 2017.

4. Adalah adil untuk rakyat tahu jika ia adalah benar bahawa Lim Kit Siang mendekati PAS baru-baru ini adalah kerana dia memerlukan PAS untuk menyokong cita-citanya untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.

5. Jika ia adalah sebaliknya, maka Lim Kit Siang perlu membuat Akuan Berkanun, seperti yang dicadang Tunku Aziz, menyatakan bahawa dia akan menolak untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan jika Pakatan pimpinan DAP memenangi pilihan raya umum akan datang. Ia adalah hak rakyat untuk mengetahui kebenaran cita-cita politik tanpa had beliau supaya mereka boleh membuat pilihan sebelum mengundi.

DATUK SERI TENGKU SARIFFUDDIN,
AKHBAR SETIAUSAHA KEPADA PERDANA MENTERI

​Mahathir Percaya DAP Lebih Memahami Jiwa Melayu Berbanding PAS


.
Tindakan yang sama setiap masa akan menghasilkan keputusan yang sama. Begitulah agaknya pandangan Mahathir, maka atas sebab mahu hasil yang berbeza pula , maka Mahathir perlu membuat tindakan berbeza.

Itulah yang boleh di lihat pada hari ini.

Setelah berpuluh tahun menghasut orang Melayu membenci DAP, maka apabila keadaan terdesak dan Mahathir perlukan DAP untuk menyambung nyawa politik anaknya, maka kerja mensucikan DAP terpaksa dilakukan dengan keadaan drastik.
Mahathir membuat kenyataan semalam menolak terus kerjasama dengan PAS dan memilih DAP untuk bersama dalam pakatan pembangkang.
Apabila Mahathir sudah berubah pendirian, ada pula kalangan ahli Parti Bunga nya dan segelintir golongan rakyat yang menyokong Mahathir mengatakan mereka yang tidak sokong Mahathir adalah salah dan tidak betul. 
Sedangkan yang berubah adalah Mahathir. Yang suka U TURN juga adalah Mahathir. Keputusan U TURN itu dibuat oleh Mahathir sendiri.
Maka atas sebab DAP sudah dikenal pasti oleh Mahathir untuk dijadikan alatnya, lalu kerja mensucikan DAP perlu dilakukan, maka segala benda berkenaan DAP mesti harus dinampakkan kesucian dan kebaikan sahaja. 
Sebaliknya , segala benda berkenaan “Najib” mesti dijijik kan dan diburukkan.

Maka , atas sebab jenama DAP telah diburukkan oleh Mahathir sendiri sekian lama, hampir dua dekad. Maka Tuhan telah membuat Mahathir sendiri sebagai pencuci najis najis DAP sekarang ini.
Hari ini DAP tidak perlu berpeluh dan bersusah payah untuk mempertahankan diri jika ada orang Melayu terutamanya pemimpin UMNO mencaci dan mengkritik DAP, kerana Tun Mahathir akan melakukan kerja membela DAP.
“Its a dirty job but Mahathir has to do it” . Bukan kerana Mahathir sayang DAP tetapi kerana Mahathir amat sayang cita cita peribadinya , dan semestinya lah dia membela “alat” barunya setelah “alat” lamanya UMNO enggan menjadi baruanya.
Dalam satu ucapan ketika kempen mahu menjatuh kan Abdullah Badawi , Mahathir ada berkata kepada ahli UMNO , supaya mereka tidak harus sokong tubuh badan Presiden UMNO (Pak Lah) dan sepatutnya mengikut dasar, lalu apabila Abdullah Badawi sudah tidak berada di landasan yang betul (ikut penilaian Mahathir sendiri ) maka sepatutnya ahli UMNO menolak Pak Lah.
Tetapi seperti biasa , apabila Mahathir sendiri sudah keluar landasan Melayu,  bangsa dan agama dengan menyokong DAP, sepatutnya penyokong dan pentaksub Mahathir tidak lagi sokong Mahathir dan tubuh badannya. 
Kerana Mahathir sudah keluar landasan dan berada di jalan yang tidak betul, namun sebaliknya pula terjadi. Mereka terus menyokong tubuh badan Mahathir.
Yang tidak menyokong di gelar pemakan dedak pula.

Kini nyata sekali , Mahathir sudah kotor, jijik dan bertaraf “pariah politik” tetapi kenapa masih ramai terpedaya dengannya?.
Jangan hairan atau terkejut jika esok lusa Mahathir akan berkata DAP juga adalah pejuang Islam dengan menyokong PAN dan Mat Sabu.
Mahathir sedang laksanakan tugas yang pernah dipikul oleh Presiden Melayu pertama Singapura, dia dilayan sebegitu kerana menjual umat Melayu. 
Tetapi hadiah untuk jawatan Presiden bukan diberi PAP kepada bangsa Melayu, tetapi kepada dia seorang sahaja.
Apabila dia sudah mati, Melayu tidak pernah lagi menjadi Presiden di Singapura selama lamanya walau pun menjadi bangsa kedua teramai di Singapura.
Maka itulah DAP akan lakukan, mereka hanya melayan Mahathir kerana kerja memecah belahkan Melayu dan orang Islam sedang di “execute” oleh Mahathir.
Dalam cengkaman DAP adalah orang Islam PAN dan kini orang Islam Pribumi juga akan akur kepada DAP kerana Mahathir berharap sangat DAP akan memberi laluan kepada anaknya menjadi Perdana Menteri.
Hanya anak Mahathir sahaja akan laksanakan “tugas khas” yang dua Perdana Menteri UMNO enggan bekerjasama.
Itulah Mahathir dia sanggup melakukan apa sahaja sebelum pejam mata kerana rencananya “perjuangan belum selesai” hanya akan selesai jika Mukhriz naik menjadi Perdana Menteri.
Kepada yang lupa dan terpedaya dengan membenci dua Presiden UMNO ingatlah bahawa slogan “perjuangan belum selesai” di sebut Mahathir lama sebelum dia bersara lagi.
Bermakna dia sudah lama simpan rencana menjatuhkan pengganti , tidak kira siapa pun asalkan tidak melebihi sepenggal demi menyelesaikan perjuangannya.
Maka di kala ini, DAP dilihat sebagai “alat” terbaik untuk menaikkan anaknya. Maka DAP dianggap oleh Mahathir sebagai amat memahami jiwa melayu. PAS pada Mahathir tidak memahami jiwa Melayu.
Ia sama seperti Presiden Pertama Melayu Singapura menganggap PAP sebagai memahami jiwa melayu lalu mempercayai PAP , tetapi setelah dia pejam mata , melayu tidak pernah lagi dilantik menjadi Presiden Singapura dan berkemungkinan tidak dilantik lagi sehingga hari kiamat demi menjayakan agenda Singapura Raya yang pro Israel.

Guan Eng bakal disoal oleh Bukit Aman 


Bukit Aman akan menyoal Ketua Menteri P. Pinang berhubung tulisan bertajuk “MCA, MIC, Gerakan And SUPP Should Withdraw From BN Following BN’s Endorsement Of Hudud-Like Laws” di dalam blog beliau di limguaneng.com.

Kenyataan Lim Guan Eng ini adalah bersifat menghasut kerana:

(1) Ia merupakan kecenderungan “bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan” seperti yang termaktub di bawah Perkara 3 (1) (a) Akta Hasutan 1948.

(2) Ia merupakan kecenderungan “bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia” seperti yang termaktub di bawah Perkara 3 (1) (c) Akta Hasutan 1948.

(3) Ia merupakan kecenderungan “bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia” seperti yang termaktub di bawah Perkara 3 (1) (d) Akta Hasutan 1948.

Kenyataan Lim Guan Eng ini juga adalah satu penentangan terbuka kepada Yang di-Pertuan Agong yang telah bertitah ketika menyampaikan ucapan pembukaan Parlimen ke-13 pada 7 Mac 2016 bahawa “Beta harap usaha akan dilaksanakan untuk mengukuhkan institusi agama dan untuk menambahbaik pentadbiran undang-undang Islam dengan memperkasa mahkamah syariah”.

Perbuatan menghasut merupakan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Perkara 4 (1) Akta Hasutan 1948.

http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/01/12/bukit-aman-expected-to-question-guan-eng-on-friday/

Tindakan yang rasis 


(Bahagian II)

2. Apabila dilabel sebagai rasis, anti-Melayu dan anti-Islam, DAP sering memberikan alasan mereka memperjuangkan hak asasi manusia. Pandangan Datuk?

Bagi DAP itu mungkin hak asasi manusia, tetapi soalnya perkara-perkara ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan diterima sebagai kontrak sosial sejak dahulu lagi. Ini adalah kontrak sosial yang DAP kena terima. Sebab itu, UMNO mempertahankan kontrak sosial ini sejak dahulu lagi.

Contohnya kita mempertahankan SJKC dan SJKT sebab kita pertahankan kontrak sosial. Kita tidak akan menutupnya kecuali orang Cina sendiri yang mahu. Jadi, tidak timbul untuk kita menutup sekolah ini walaupun muridnya tinggal seorang. Macam baru-baru ini, mereka merungut kerana kemasukan murid ke SJKC merosot dan ada sekolah hanya seorang murid sahaja yang mendaftar.

Sebab itu, DAP kena hormati kontrak sosial yang sudah ada dalam Perlembagaan. Apabila DAP kata memperjuangkan kesamarataan, mereka sebenarnya tidak menghormati Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Sebab itu, kita jelas apa yang kita perjuangkan adalah kesaksamaan dan bukannya kesamarataan. Maksudnya ekuiti dan bukannya ekualiti.

3. Selepas DAP muncul sebagai parti dominan orang Cina sejak Pilihanraya Umum 2008, orang bukan Melayu semakin berani mempersoalkan perkara-perkara menyentuh sensitiviti agama dan kaum secara terbuka. Apakah DAP boleh mengatakan itu tidak ada kaitan dengan mereka?

DAP menang 38 kerusi Parlimen dalam PRU-13 pada 2013, dan semua kerusi itu adalah kerusi kawasan bandar yang majoritinya pengundi Cina yang tinggi. Sebab itu kita kata DAP tidak boleh tutup imejnya sebagai parti yang sangat bergantung sokongan orang Cina.

Sebab itu, dalam ucapan Dr. Mahathir selepas PRU-13 ketika mengulas kemenangan Kit Siang di Gelang Patah, beliau mengatakan Kit Siang adalah rasis, pelampau perkauman dan mengajak orang Cina membenci orang Melayu dan undi dia. Sebab itu Kit Siang menang besar di Gelang Patah. Kalau Kit Siang tidak percaya, saya sendiri boleh kongsikan video ucapan Dr. Mahathir itu kepada beliau yang mengatakan Kit Siang rasis dan pelampau perkauman.

Apabila Kit Siang kata empat Perdana Menteri sebelum ini tidak pernah menuduh beliau sebagai rasis, itu sebenarnya tidak betul. Kalau dia hendak saman, dia patut saman Dr. Mahathir terlebih dahulu yang mengatakan kemenangannya itu kerana sokongan orang Cina.

4. Baru-baru ini, sekali lagi cerita tentang Kit Siang sebagai dalang pencetus tragedi 13 Mei 1969 kembali tersebar. Beliau menafikan tuduhan itu. Kenapa tuduhan itu masih terus wujud?

Semua ahli sejarah membuat kesimpulan bahawa satu daripada punca tragedi 13 Mei adalah akibat daripada perarakan kemenangan DAP dalam Pilihan Raya Umum 1969. Perarakan itu dianggap sebagai provokasi yang mencetus rasa marah orang Melayu. Ini semua ditulis di mana-mana termasuk dalam buku Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Walaupun Kit Siang kata dia tidak ada dalam perarakan tersebut tetapi yang terlibat adalah DAP. Kecuali kalau dia berani menukar fakta sejarah yang mengatakan bahawa antara punca peristiwa 13 Mei adalah provokasi perarakan kemenangan Pilihan Raya.

5. Kenapa masih ada segelintir orang Melayu bersama dengan DAP dan mempersoalkan perkara-perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan?

Kita tidak nafikan ada orang Melayu yang buta kepada tindak tanduk DAP. Pada saya mereka menyokong semata-mata kerana politik, ingin kedudukan sebagai wakil rakyat dan sokongan orang Cina. Sebab itu mereka sokong DAP. Mereka tidak peduli kesan jangka panjang terhadap kedudukan orang Melayu. Sebab itu saya ingat lagi dalam ucapan di Perhimpunan Agung UMNO oleh Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa sekarang ini apa yang berlaku ialah perlawanan antara Barisan Nasional (BN) dipimpin UMNO dan Pakatan Harapan yang dipimpin DAP.

Perdana Menteri kata apa yang akan terjadi kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) sekiranya negara ini dipimpin oleh pembangkang yang sebenarnya dipimpin oleh DAP. Pada saya, cukup jelas ucapan tersebut dan saya tengok DAP pun tidak berani berbuat demikian. Sebab itu ucapan dasar Presiden UMNO yang dibuat secara terbuka dan didengar oleh media. Maksudnya ini adalah satu kenyataan yang berani untuk mengingatkan orang Melayu jangan terlalu liberal dan terpengaruh dengan dakyah DAP kerana mereka ada agenda lain.

TINDAK TANDUK MEMANG RASIS(BAHAGIAN I)


TINDAKAN Lim Kit Siang tiba-tiba mencabar UMNO supaya membuktikan beliau rasis dilihat kerana Penasihat DAP itu bimbang sokongan orang Melayu merosot selepas Pas ditendang keluar daripada pakatan pembangkang.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), DATUK DR. MOHD PUAD ZARKASHI, supremo DAP itu juga bimbang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mampu membawa sokongan orang Melayu kepada pembangkang seperti yang diberikan oleh Pas sebelum ini.

Tambah beliau, meskipun Kit Siang dan DAP menafikan parti itu adalah rasis, anti-Islam dan anti-Melayu, perlembagaan parti itu tidak menyatakan akan mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

1. Baru-baru ini, Kit Siang mencabar UMNO dan ejen-ejen parti itu membuktikan daripada ucapan dan kenyataannya selama 51 tahun dalam politik yang menunjukkan beliau seorang rasis, anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Raja Melayu. Tuduhan itu bukan baharu tetapi kenapa sekarang rasa semacam tidak selesa?

Bila Kit Siang mencabar untuk buktikan (perkara tersebut), tetapi dia lupa bahawa kita tidak menilai buku berdasarkan kulitnya, iaitu bukan dari segi ucapan dan kenyataannya tetapi dari segi perbuatan, tindak-tanduk dan sikapnya, yang jelas menunjukkan dia memang rasis dan anti-Islam.

Yang kedua mengapa tiba-tiba dia hendak mencabar orang untuk membuktikan dia seorang rasis? Sebenarnya Kit Siang bimbang setelah DAP menendang Pas daripada Pakatan Rakyat dan digantikan dengan Pakatan Harapan, dia bimbang sokongan orang Melayu terhadap pembangkang merosot juga bimbang Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan mampu membawa balik sokongan orang Melayu sama seperti diberikan Pas kepada pembangkang.

Ini terbukti apabila Dr. Mahathir gagal menyeru orang Melayu menyertai Perhimpunan Bersih 4.0 dan Bersih 5 walaupun dia sendiri turun tetapi kehadiran orang Melayu begitu mendukacitakan. Justeru Kit Siang bimbang bahawa imej DAP kembali seperti asal iaitu sebagai sebuah parti yang anti-Melayu dan anti-Islam.

Tindakan DAP menendang keluar Pas sebenarnya adalah manifesti DAP anti-Islam. Sebab itu DAP dengan Pas ialah soal agama, undang-undang syariah dan sebagainya. Sebab itu, DAP akan melakukan sesuatu untuk memulihkan imej ini setelah melihat walaupun Dr. Mahathir datang ke persidangan kebangsaan parti itu dan diberikan keistimewaan duduk di atas pentas dan berucap, tapi itu masih tidak mampu untuk meyakinkan orang Melayu tentang imej DAP yang tidak begitu senang terhadap hak istimewa orang Melayu dan kedudukan Islam di negara ini.

Oleh sebab itu, dia membuat kenyataan itu semata-mata untuk menarik anak muda melayu dan golongan agamawan untuk menyertai DAP dan mungkin mereka ini akan diletakkan sebagai calon dalam pilihan raya akan datang sebab DAP sudah tersepit untuk membaiki imejnya setelah Pas ditendang keluar daripada Pakatan Rakyat dan digantikan dengan Pakatan Harapan.

Perlembagaan DAP itu sendiri membuktikan bahawa parti itu sebenarnya tidak menyokong Islam sebagai agama Persekutuan. Sebab tidak ada dalam perlembagaan parti itu yang menyatakan DAP menerima Islam sebagai agama Persekutuan.

Dalam perlembagaan DAP tidak disebut parti itu mendokong Islam agama Persekutuan, institusi raja, apatah lagi hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan partinya.

DAP masih mempertahankan konsep Malaysian Malaysia ataupun sekarang diubah nama kepada Middle Malaysia. DAP tetap mempertahankan pembentukan sebuah negara republik kecuali kalau parti itu berani membuat kenyataan secara terbuka bahawa ia menolak dasar Malaysian Malaysia dan negara republik. Saya cabar DAP kalau berani buat kenyataan menolak dasar yang selalu ia sebut sebelum ini iaitu Malaysian Malaysia, sebuah negara republik dan dasar sama rata, maksudnya parti itu menolak Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Malaysia Tersenarai Antara 4 Negara Yang Mempunyai Perubatan Terbaik Dan Termurah


1. Salah satu aspek yang perlu ditimbal balik oleh seseorang yang mahu menjalani kehidupan selepas bersara di luar negara adalah perubatan berkualiti.

2. Jadi persoalannya, adakah negara lain mempunyai rawatan kesihatan yang bertaraf tinggi seperti yang terdapat di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada? Jawapannya, ya!

3. Tambahan lagi, harga dan perkhidmatan yang ditawarkan adakalanya lebih baik daripada apa yang terdapat di kedua-dua negara rantau Amerika Utara tersebut.

4. Menurut Indeks Persaraan Global International Living 2017, Malaysia tersenarai antara empat negara dengan pelan kesihatan terbaik yang merangkumi hospital, doktor berkepakaran tinggi dan kos perubatan berpatutan.

5. Dengan mata wang dolar AS yang semakin kukuh, tiket penerbangan lebih murah, kos perubatan di Barat yang meningkat dan senarai menunggu yang panjang telah menyumbang kepada kepesatan industri pelancongan perubatan di Malaysia pada dekad terakhir ini.

6. Membuatkan bilangan pelancong perubatan di negara ini telah meningkat kepada 100% dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini. George Town dan Kuala Lumpur merupakan dua pusat perubatan di Malaysia dan kedua-dua tempat ini menyediakan banyak perkhidmatan penerbangan antarabangsa.

7. Sementara itu, Malaysia juga mempunyai ramai doktor pakar terbaik di Asia dan majoriti daripada mereka telah terlatih di AS, Australia atau di UK, di samping berkebolehan untuk bertutur dengan baik dalam bahasa Inggeris.

8. Tiga buah negara lain yang tersenarai adalah Costa Rica, Columbia dan Mexico.

DAKWAAN MALAYSIA GUGUR TUNTUTAN KEATAS LUCONIA SHOALS SATU FITNAH


(Berikut Disiar Ulang Kenyataan Wisma Putra)

Wisma Putra mengambil maklum laporan media mengenai seorang warganegara Australia yang dipercayai telah memacak bendera Malaysia di Beting Patinggi Ali tetapi kemudiannya telah dicabut.

Saya ingin menegaskan pendirian kerajaan Malaysia bahawa kawasan Beting Patinggi Ali bukan kawasan yang dipertikaikan atau wujud sebarang ‘tuntutan bertindih’ di antara Malaysia dengan mana-mana negara.

Terpacak bendera Malaysia atau tidak, Gugusan Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals) adalah milik mutlak Malaysia.

Gugusan Beting Patinggi Ali yang terletak kira-kira 80 batu nautika dari Tanjung Baram, Sarawak, jelas berada dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Malaysia berdasarkan peruntukan Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS 1982).

Di bawah peruntukan UNCLOS 1982, sesebuah negara berpantai seperti Malaysia berhak menuntut kawasan EEZ dan pelantar benua sehingga 200 batu nautika.

Nelayan tempatan bebas menjalankan aktiviti di kawasan EEZ.

Pihak berkuasa Malaysia seperti TLDM dan APMM sentiasa membuat rondaan dan pengawasan serta aktiviti-aktiviti penguatkuasaan bagi memastikan kepentingan negara di Laut China Selatan sentiasa terpelihara.

Pendirian Malaysia berhubung tuntutan bertindih di Laut China Selatan adalah jelas dan konsisten.

Semua tuntutan dan penyelesaiannya hendaklah berdasarkan undang-undang antarabangsa termasuklah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut 1982 atau UNCLOS 1982.

Malaysia, serta negara ASEAN yang lain, tidak mengiktiraf tuntutan China berdasarkan ‘Nine-Dash Line’ kerana ia tidak selaras dengan undang-undang antarabangsa termasuklah UNCLOS 1982.

Di mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN dengan China di Laos pada Julai baru-baru ini, ASEAN dan China telah bersetuju untuk menggiatkan rundingan untuk mencapai sepakat berhubung Kod Tatalaku (COC) Di Laut China Selatan dalam usaha membina dan meningkatkan kesalingpercayaan (mutual trust) serta menangani sebarang perbezaan secara aman.

Kerajaan Malaysia akan memastikan kedaulatan negara di kawasan tersebut terpelihara.

FAKTA SEBENAR PERBANDINGAN MALAYSIA-THAILAND


1. Posting berbentuk provokasi oleh segelintir petaksub politik di Facebook sedang hangat disebarkan berkenaan perbandingan antara Malaysia dan Thailand yang kononnya pentadbiran di negara jiran lebih baik dan nasib rakyat lebih terbela.

2. Posting ini mendapat respon negatif daripada pemilik akaun blog, Karlisa Latisya, seorang warganegara Malaysia yang sedang menjalankan perniagaan di Satun, Thailand.

3. Penulis mendakwa top up sim card di negara jiran tiada tarikh luput. Dalam laman blog tersebut, beliau berkata penggunaan telefon bimbit di tiga wilayah bergolak adalah sangat ketat, bahkan salinan kad pengenalan juga diambil bagi pendaftaran sebarang jenis talian prabayar. Namun tarikh luput tetap sama iaitu dalam tempoh antara 3 hingga 12 bulan bergantung kepada tawaran dan promosi.

4. Dakwaan berkenaan lesen kenderaan hanya perlu dibayar sekali seumur hidup juga adalah tidak benar. Setiap tahun rakyat Thailand juga harus memperbaharui lesen kecuali bagi mereka yang membuat lesen kenderaan pada 30 hingga 40 tahun dahulu sahaja. Penguatkuasaan di Thailand juga sama seperti di Malaysia dengan pembayaran cukai jalan dan insurans setiap tahun.

5. Seterusnya dakwaan berkenaan warga emas, OKU dan ibu tunggal yang dapat THB100 sebulan. THB100 bersamaan RM10 sebulan atau RM120 setahun. Dengan THB100 sangat tidak mencukupi bagi menampung kos sara hidup dalam tempoh sebulan. Hanya warga emas terpilih sahaja yang dapat insentif antara THB500-THB700 sebulan. Jika dibandingkan dengan bantuan BR1M dari kerajaan Malaysia, masih jauh perbezaannya. Nasib bagi golongan ibu tunggal dan OKU di negara jiran masih tidak terbanding dengan nasib mereka di Malaysia.

6. Penulis juga mengatakan bahawa murid-murid diberikan makanan percuma di negara jiran. Perkara ini benar, tetapi khusus buat murid yang belajar untuk jadi Sami Buddha. Namun, mereka perlu berjalan dan meminta sumbangan makanan daripada mereka yang sudi memberi makan.

7. Selain itu, penulis juga berkata pengguna hanya perlu membayar RM400 sekali seumur hidup untuk mendapatkan siaran parabola. Di Thailand, tiada siaran seperti Astro, jika ada pun perlu bayar THB1000-THB1500 sebulan. Jadi pilihan rakyat semestinya parabola untuk mendapatkan siaran-siaran televisyen.

8. Dakwaan berkenaan harga kereta lebih murah di Thailand berbanding Malaysia juga disangkal. Kereta import memang murah. Harga Toyota Vios hanya THB600,000 sebuah. Ini kerana Thailand sudah lama menggunakan sistem GST. Jadi, duti kereta dikurangkan. Kebanyakan kilang pemasangan kereta dan motor Thailand antara yang terbesar di dunia. Seperti juga Malaysia RON95 hanya RM2.30 per liter dan di Thailand RON95 berharga RM4.50 per liter. Guna kereta setahun dan isi minyak nilainya sama seperti beli kereta di Malaysia dan guna di Malaysia.

9. Begitu juga dakwaan berkenaan tambang keretapi kelas ketiga yang dikatakan percuma. Benar tambang kelas ketiga adalah percuma, namun tertakluk pada tempoh promosi. Seperti promosi penerbangan AirAsia juga dengan harga RM1 sahaja sudah boleh terbang ke mana-mana destinasi.

10. Rakyat Malaysia seharusnya bersyukur tinggal di negara ini, walaupun fitnah dibuat dan disebarkan namun masih mampu hidup aman damai. Bagaimana nasib mereka yang suka menabur fitnah ini jika perkara yang sama mereka lakukan di negara jiran?

Why the Opposition is Against the Public Transport Transformation


1. The attacks against the Public Transport services by PKR MP Rafizi Ramli is nothing more than to undermine the Public’s confidence towards these successful initiatives.

2. It is no secret that Klang Valley needed to transform and upgrade its Public Transport services in order to become a first world city. So when the government decided in 2010 to initiate on improving Public Transport the Opposition, whom are deemed to dominate urban voters, got scared and planned to run it down at all costs.

3. The Opposition began their Anti-Public Transport initiative in 2010 itself, leading many Resident Associations (RA) to protest any Public Transport development in their neighbourhood. Now however many appreciate the convenience and capital appreciation of their properties.

4. The facts are MRT Corp has been transparent about the contracts awarded to various companies and this resulted in a saving of RM2 billion from the initial estimated costs of RM23 billion. Local companies that participated in the construction benefited from ‘Technological Technical Transfer’ from foreign expert partner companies which would allow for these local companies to complete the remaining lines and bid for other international rail related projects.

5. This is the true success of the Transformation in Public Transport Services. Not only would it improve mobility of people but it managed to build up a many local construction and engineering firms to new heights. Furthermore 130 000 jobs opportunities are created.

6. Such allegations that Prasarana would see major losses if they took over more assets are completely misleading to the public. The Opposition fails to understand the ‘economic and social value’ that companies like Prasarana operate by, which is primarily to provide services to the rakyat. Even services like the London Tube run by TFL still needs subsidies (£3 Billion annual) as the main objective is people mobility and economic multiplier effect for city of London.

7. Any good Public Transport service has to be planned for the long term, which means services currently provided would outweigh current demand. Therefore issue such as initial operational losses are taken into account. Hence the addition of the MRT, Prasarana can expect Public Transport usage to increase and help their cash-flow in the long run.

8. What the Opposition fails to understand is that rail or bus services must continue to function from the very first customer in the morning, to peak rush hour, till the last customer at night, it must fully operate. It cannot choose to only operate at a particular time.

9. The bigger question is what alternative solution has the Opposition brought to solve public transport. Did they promise to provide more buses or rail for the public in the last elections or were they too busy fighting for cheaper cars and making roads toll free.

10. However one thing is clear, attacks from PKR MP Rafizi Ramli is actually an acknowledgement that the Opposition is feeling the heat from the benefits that the rakyat is currently experiencing from the Transformation in Public Transport.

11. Truth is, the more they attack the more the government knows they are on the right track.

​Kem Mahathir vs Kem Muhyiddin, Siapa Lebih Dominan?



Parti Pribumi masuk ke kancah politik negara dengan langkah kiri.
Parti yang diwujudkan secara tidak sengaja dan tidak ada di dalam perancangan Tun Mahathir dan TS Muhyiddin itu, nampaknya bergolak dan berantakan sama sendiri sebelum pun merempuh musuh sebenar.
Apabila ada pihak menyatakan nasib Parti Pribumi akan sembah ke bumi seperti parti parti berasaskan individu ramai juga yang marah.
Mereka mengambil kira parti Semangat 46 yang berasaskan Tengku Razaleigh Hamzah yang sudah menyembam ke bumi dan kini parti PKR pun akan ikut sama atas bantuan Tun Mahathir melalui Azmin Ali.
Mereka yang berpusu masuk ke dalam Parti Pribumi umpama rakyat Brittain memilih BREXIT, di mana selepas memilih baru mereka sedar kesilapan mereka.
Di Brittain carian google berkenaan BREXIT mencecah puluhan juta beberapa hari selepas undian, bermakna pilih dulu baru kaji.
Namun mereka menyalahkan pihak pendebat Pro Brexit yang meyakinkan mereka kerana kepetahan berdebat dan bukan kerana fakta.
Parti Pribumi pula baru berdaftar sudah berkecamuk.
“Washing dirty linen to the public”, umpama mendedahkan kebusukan dalaman kepada dunia.
Masing masing mahu claim territory. Parti baru yang semua mahu ambil kesempatan.
Dalam parti kecil ini terbagi pula dua kem.
Yang hanya tahu menyembah Tun Mahathir dan yang mahu meneruskan hayat politik bersama Muhyiddin.
Maka bertembunglah kedua pihak.
Di pihak Muhyiddin terdapat mereka yang penuh dengan skandal seks dan nafsu termasuk Muhyiddin sendiri, di satu pihak seperti Khairuddin , hanya ada Tun Mahathir sahaja dalam dunia , orang lain semua boleh pergi jahanam.
Ada pihak meramalkan parti Pribumi tidak akan tahan lama, malah sebelum PRU mereka akan bergaduh berebut kerusi peningalan PAS dan pemberian PKR.
Begitulah nasib parti melukut di tepi gantang, masuk tidak menambah , perginya tidak mengurang.
Masing masing dua pihak mahu berebut kawasan macam gangster merebut kawasan oeprasi.
Masalah dibebankan lagi dengan penaung yang amat kedekut seperti Tun Mahathir , Muhyiddin dan Mukhriz.
Walaupun Tun Mahathir memiliki berbillion dana yang ada pada kroninya namum dipercayai dia tidak akan menggunakannya untuk parti Pribumi, sama dengan Muhyiddin yang lebih sanggup bayar Nika Gee dari biyai parti sendiri.
Maka itulah yang terjadi di kala ini, masing masing carilah wang sendiri di negeri mahu pun peringkat bahagian.
Bagi Tun Mahathir dia tidak kisah pun kerana yang dirisaukan hanya mahu menyelamatkan Mukhriz di peringkat Parlimen.
Apabila rundingan sulit Tun dan Kit Siang didedahkan Mukhriz pula yang melenting apabila Tunku Aziz menyatakan rundingan hanya mahu jadikan Mukhriz calon tunggal menjadi Perdana Menteri.
Andaian itu lebih buruk apabila dikatakan akan menggunakan DAP dan bukan Pribumi.
Maka itulah nasib lebai malang yang menjadi ahli Pribumi.
Parti berantakan , yang di atas hanya mahu melepaskan tengkok sendiri sahaja.
Ahli dibawah berpecah dua antara yang menyembah Tun dan sokong Mukhriz dan mereka yang sangka Pribumi parti opsyen kepada UMNO.
Sudahnya sini terlepas sana terlepas, sambil itu kita tunggu dan lihat antara dua pihak yang mana satu dominan, pihak Sokong Mahathir atau yang sokong Muhyiddin.
Parti bunga ini sudah layu sebelum kembang. 
Tulisan : 

Beruang Biru

BB218, Jumaat

6 Januari 2017

​Pengkalan TUDM Berpindah Kerana Sudah Tak Strategik


JIKA pada tahun 1950an dahulu, tak dapat dinafikan Pengkalan Tentera Udara Sungai Besi, Kuala Lumpur adalah yang paling strategik beroperasi. Namun selepas 50 ke 60 tahun selepas itu, hasil daripada perkembangan pesat Kuala Lumpur, maka tapak pengkalan udara berkenaan tidak lagi mampu menampung kewajarannya beroperasi disitu.
Mana tidaknya, jika kita lihat di kawasan berhampiran, sudah muncul bangunan mencakar langit bagai ‘cendawan selepas hujan’. Bukan kata tak strategik, malah agak bodoh sekiranya pihak berkuasa menjalankan operasi ketenteraan di sebuah kem yang berada di ‘bawah’ bangunan tinggi, khususnya premis pejabat dan perumahan.
Tidakkah kita terfikir, jika ada sebarang misi pengintipan terhadap sistem keselamatan dan pertahanan negara kita, maka cukup mudah untuk para pengintip melihat setiap aktiviti dan rahsia dalaman kem tentera kita hanya melalui jendela bangunan-bangunan tinggi di tepian kem berkenaan.
Apatah lagi kem berkenaan terlalu hampir dengan lebuh raya dan ibu negara kita yang menjadi tumpuan bukan sahaja dalam kalangan rakyat sendiri, malah para pelabur asing. Tidak terfikirkah kita betapa mudahnya kem tersebut untuk disabotaj pihak tidak bertanggungjawab? Bagi mereka yang amat suka mempolitikkan semua perkara, mungkin soal ini sukar untuk mereka perasan.
Oleh sebab itu kem tentera udara berkenaan telah dipindak ke tempat yang lebih selamat, malah jauh lebih selesa berbanding yang ada sekarang ini. Ia bukan semata-mata untuk pembangunan The Greater Kuala Lumpur sahaja, sebaliknya faktor keselamatan negara, kawalan infrastruktur pertahanan negara dan keselesaan kem serta berimpak tinggi terhadap operasi ketenteraan negara turut diambil kira dalam soal ini.
Cuma, apa yang dikesalkan adalah serangan dari DAP yang cuba mempertikai tindakan Kerajaan memindahkan kem tersebut ke sebuah lokasi yang lebih strategik dan selesa. Tuduh DAP, proses penjualan tapak lokasi itu kepada pemaju swasta untuk pembangunan komersil Bandar Malaysia adalah pada nilai bawah pasaran.
Kerajaan tampil menafikan bahawa penjualan itu sebagai program pertukaran tanah dengan kerajaan (Kementerian Pertahanan) dan pemaju swasta memperoleh keuntungan bersama sedangkan sebarang kerugian ditanggung rakyat selaku pembayar cukai. Mana mungkin sebuah projek atau perkara yang masih belum terjadi dituduh seakan telah berlaku?
Ikut logik pembangkang, jika kita membangunkan sebidang hartanah untuk manfaat masa depan, ia boleh mengundang kepada  kerugian. Walhal, persepsi ini hanyalah propaganda DAP yang mahu melibatkan rakyat bersama sama menentang pembelian tanah oleh 1MDB demi kepentingan pemilikan hartanah Melayu.
Dalam penjualan kem tentera udara itu kepada 1MDB, ia dilakukan pada harga RM1.6 bilion atau RM74.20 kaki persegi sedangkan nilai tanah di sekitar bandar raya ini, mencecah antara RM500 hingga RM1,000 kaki persegi. Jadi, adakah Kerajaan sedang berusaha ‘melenyapkan’ kem tentera udara berkenaan seperti didakwa pembangkang? Selain daripada mahu menjadikan kawasan itu sebagai bandaraya moden dunia, kem tentera udara tersebut terpaksa ‘diubah’ demi untuk memastikan ia lebih strategik.
Tulisan :

Beruang Biru

BB217, Jumaat

6 Januari 2017

PENGKALAN TUDM SUNGAI BESI PINDAH KE NEGERI SEMBILAN


Perpindahan pengkalan Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) Sungai Besi ke lokasi yang hampir menjadi kenyataan sebagai pengkalan tentera udara yang baru iaitu di Labu, Negeri Sembilan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat pengumuman pengkalan ini selepas pilihanraya Sarawak berakhir, pengumuman ini juga ada kaitan dengan naik taraf Seremban sebagai sebuah bandar berstatus “Bandaraya”.
Kawasan Labu yang mempunyai banyak estet dan perkampungan Melayu. Nampaknya orang kampung akan mendapat tempias pembangunan pengkalan baru ini. Kalau tidak Labu hanya akan tinggal sebagai kampung Melayu sahaja. Baguslah dapat juga orang kampung merasa.
Dahulu orang riuh apabila kononnya lapangan terbang terminal murah hendak dibina di Labu tetapi projek itu dibatalkan, penyerahan Labu sebagai pengkalan udara TUDM yang baru merupakan jalan terbaik kerana kos pembinaannya lebih murah disebabkan hanya tanah milik kerajaan sahaja yang akan dipakai.
Pemilihan kawasan Labu adalah di antara kawasan strategik yang sedang ditinjau oleh TUDM dan kawasan lain yang turut di dalam pertimbangan sebelum ini ialah di Sungai Buloh serta Dengkil.
Labu mempunyai kelebihan tersendiri kerana kawasan yang menjadi pesaingnya sedang dihimpit oleh pembangunan.
SERBA SEDIKIT TENTANG PENGKALAN TUDM SUNGAI BESI
Ia merupakan sebuah pengkalan tentera udara yang agak strategik kerana terletak hampir dengan Kuala Lumpur. Selain Sungai Besi, ibunegara juga dihimpit dengan lapangan terbang tentera di kawasan Kampung Melayu, Subang.
Salah satu dari landasan udara ini mesti dikekalkan kerana dalam peperangan atau bencana, ia akan menjadi “life line” kepada penduduk warga ibukota sebagaimana sejarah pernah mencatatkan kepungan Berlin oleh Soviet di mana tentera bersekutu seperti Amerika Syarikat dan Britain terpaksa menghantar bekalan keperluan harian kepada penduduk Berlin melalui udara (anda boleh semak mengenai operasi ini di internet, Berlin Blockade).
Walaupun ia strategik pada satu ketika dahulu tetapi kedudukannya yang terletak bersebelahan dengan lebuh raya dan ibunegara bakal membenarkan macam-macam perkara untuk berlaku seperti sabotaj dan hal-hal kecemasan lain yang mungkin membahayakan kedudukan penempatan disekitarnya.
Sejarah sendiri sudah membuktikan bahawa lapangan tersebut pernah disabotaj tetapi ceritanya saya tidak ingat bagaimana (rasa-rasa ada kaitan dengan komunis).
Kedudukan lapangan terbang yang terbuka, hampir dengan masyarakat am serta laluan utama negara membolehkan sebarang aktiviti pemantauan terhadap lapangan terbang tersebut dibuat dengan mudah.
Dipercayai terdapat bunker atau terowong bawah tanah yang menghubungkan Istana Negara dengan pengkalan udara tersebut.
KEPENTINGAN LABU
Pada masa sekarang pengkalan TUDM di Sungai Besi hanya tinggal sebagai tempat operasi helikopter dan pengkalan itu berkongsi landasan dengan Unit Udara Polis DiRaja Malaysia serta beberapa kelab penerbangan persendirian.
Apa rahsia yang boleh disimpan di pengkalan TUDM Sungai Besi kerana umum boleh melihat dengan jelas aktiviti di pengkalan udara tersebut.
Sebuah pengkalan tentera udara merupakan satu kawasan yang sulit dan penuh rahsia, jadi tidak wajar Sungai Besi dikekalkan.
Ini boleh dilihat melalui pengkalan TUDM Subang, di mana aktiviti penerbangan sukar dilihat oleh masyarakat luar walaupun pengkalan itu berkongsi landasan dengan pihak awam.
Jadi bagaimana ada sesetengan pihak yang mengatakan lapangan terbang TUDM Sungai Besi masih relevan pada hari ini? Jika ratusan atau ribuan mata boleh melihat segala pergerakan pesawat dan aktiviti tentera di dalam apron pengkalan, bayangkan dalam masa peperangan nanti??? Macam mana nak sorok rahsia pergerakkan tentera dan pesawat.
PERANCANGAN DI LABU
Saya tidak tahu apa yang akan dirancang jika TUDM mempunyai pengkalan tentera udaranya yang baru, mungkin kita akan menyaksikan lebih banyak tempat penyimpanan pesawat yang lebih baik dan kalis letupan seperti yang ada di Gong Kedak.
Mungkin di Labu, fasiliti pengkalan TUDM yang baru ini akan mampu menampung pendaratan yang lebih selamat oleh pesawat yang besar seperti A400M, Hercules C130 atau pun jet pejuang Sukhoi.
TUDM memerlukan pengkalan baru dan kemudahan ini mesti disesuaikan dengan kemasukkan pesawat-pesawat bersifat strategik yang bakal memasuki inventori TUDM iaitu Airbus A400M.
Malaysia merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang bakal mempunyai pesawat pengangkut bersifat strategik.
Kebanyakkan negara di rantau ini masih lagi menggunakan pesawat Hercules C130 yang berada di bawah kategori pesawat pengangkut taktikal.
Besarlah harapan rakyat Negeri Sembilan untuk melihat sebuah pengkalan TUDM didirikan di Labu, lagi pun negeri ini menampung sebilangan penempatan ketenteraan yang strategik untuk pertahanan negara seperti Kem Syed Sirajuddin di Gemas dan juga Port Dickson.
Jika pengkalan TUDM Labu membolehkan A400M berfungsi, mudahlah Angkatan Tentera Malaysia mengerakkan aset-aset beratnya dengan menggunakan pengkalan udara tersebut kerana A400M berkemampuan membawa beban yang lebih banyak dari yang mampu dibawa oleh Hercules tanpa dilihat dengan jelas oleh pihak luar.
KEHILANGAN KEM DALAM BANDAR
Apalah yang ramai orang dok merapu…yang hilang adalah pengkalan TUDM Sungai Besi tetapi ada cadangan untuk mengekalkan landasan pendaratan untuk kemudahan helikopter dan juga pesawat kecil.
Kem Sungai Besi yang menempatkan pasukan tentera masih lagi dikekalkan, apa mereka ini tidak tahukah bahawa pengkalan TUDM Sungai Besi dan Kem Sungai Besi adalah dua entiti yang berbeza, jadi tidak perlulah “SPIN” atau politikkan cerita-cerita sebegini.
Malaysia terutama sebuah bandaraya metropolitan masih lagi tidak mempunyai “mini airport” untuk helikopter dan bangunan Empire Tower di Jalan Ampang dahulu pernah menjadi “mini airport” untuk warga korporat bandaraya menaiki helikopter.

PEMBERIAN BR1M MEMANFAATKAN RAKYATBERPENDAPATAN RENDAH



Kini banyak diperkatakan tentang pemberian BR1M kepada rakyat yang memerlukannya iaitu mereka dalam kategori B40. Ada kalangan pemimpin terkenal yang mendakwa pemberian BR1M adalah rasuah. Suka dinyatakan dengan jelas disini BR1M BUKAN RASUAH. Ia adalah pemberian ikhlas Kerajaan untuk menolong rakyat yang berpendapatan rendah dan golongan yang memerlukan bantuan kerajaan untuk meringan beban kehidupan harian mereka. Ia bukan bertujuan menjadikan penerimanya bergantung kepada Kerajaan tetapi lebih kepada membantu mereka dalam sekurang-kurang memenuhi keperluan asas, agar usaha yang lebih bersungguh-sungguh ditumpukan kearah memajukan diri mereka. Ternyata, pemberian BRIM dapat mengurangkan beban mereka dalam menampung keperluan harian.

Pada tahun 2012, Kerajaan membelanjakan hampir RM25 billion dalam menyediakan subsidi berkaitan petroleum iaitu rekod tertinggi yang dibelanjakan bagi tujuan tersebut ketika purata harga minyak Brent mencecah USD112 setong. Subsidi ini sebenarnya lebih menguntungkan golongan kaya yang mempunyai banyak kereta dan berkuasa tinggi. Golongan berpendapatan rendah tidak pun memiliki kereta jadi subsidi ini tidak membantu mereka. Kajian IMF dan Bank Dunia jelas membuktikan rasionalisasi subsidi pukal harus dibuat supaya subsidi diberi kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Di sini golongan professional termasuk agensi Kerajaan seperti Kementerian Kewangan, Unit Perancang Ekonomi dan Bank Negara Malaysia berpendapat satu mekanisma baru perlu dilaksanakan untuk meringankan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah. Sebagai langkah pertama Kerajaan melaksanakan BR1M pada tahun 2012 dan mendapat sambutan daripada golongan berpendapatan rendah. Institusi antarabangsa seperti IMF dan World Bank memuji langkah negara melaksanakan BR1M.

Malah banyak negara di dunia ini yang melaksanakan pemberian bantuan wang tunai ataupun dalam bentuk food stamp kepada rakyat mereka. Amerika Syarikat telah berpuluh-puluh tahun melaksanakan pemberian food stamp kepada rakyat mereka. Ia diperkenalkan secara rasmi pada tahun 1964 melalui Food Stamp Act dan mulai tahun 2008, program ini dikenali sebagai Supplemental Nutrition Assistance Program (SNAP). Program pemberian bantuan berbentuk wang tunai diberi juga di negara seperti Australia, Brazil, Bulgaria, Hungary, Indonesia dan banyak lagi di bawah pelbagai nama. Adakah semua negara-negara ini boleh dikatakan memberi rasuah kepada rakyat mereka?

Sebagai salah satu inisiatif Bajet 2017, Kerajaan sedang melaksanakan usaha untuk membolehkan penerima BR1M yang tidak memiliki kenderaan menggunakan bantuan BR1M tersebut sebagai bayaran pendahuluan untuk membeli kereta Proton Iriz dan seterusnya mereka boleh menjadi pemandu ride-sharing seperti pemandu UBER bagi menjana pendapatan tambahan. Pemandu UBER misalnya, yang buat secara sambilan boleh dapat pendapatan lebih RM4,000 hingga RM7,000 bergantung kepada jumlah jam mereka memandu. Dengan ini, Kerajaan menggalakkan rakyat miskin keluar daripada kategori B40 atau ‘upward mobility’ rakyat miskin. Di samping itu, Kerajaan masih mengkaji kaedah pemberian BR1M kepada rakyat secara lebih efektif dan efisien.

Anehnya zaman mereka memerintah juga bantuan diberi kepada rakyat. Di negeri Selangor dan Pulau Pinang pelbagai bantuan disediakan kepada rakyat negeri-negeri tersebut antaranya Program Bantuan Food Stamp, Skim Mesra Usia Emas, Air Percuma, Program Bantuan Ibu Emas, Skim Bantuan Tadika Selangor, Program Skim Pelajar Emas, Program Penghargaan Warga Emas dan Program Anak Emas . Adakah semua bantuan diberi oleh negeri-negeri tersebut boleh dikategorikan rasuah. Tentunya tidak.

Rakyat tidak harus terpedaya dengan pemikiran yang mengelirukan oleh sesetengah pihak yang mempunyai motif mereka tersendiri. Kajian terbaru oleh Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati 83.4% daripada orang awam sangat bersetuju supaya program BR1M dikekalkan.

TAN SRI DR. MOHD. IRWAN SERIGAR ABDULLAH
Ketua Setiausaha Perbendaharaan

Bahri Mohd Zain Berniat Jahat 


Bekas Pegawai SPRM Datuk Bahri Mohamad Zain dilaporkan mengkritik Peguam Negara kerana kononnya tidak mahu mendakwa Perdana Menteri dalam kes SRC.

Pada pandangan Dato Bahri, kes tersebut mempunyai bukti kukuh dan beliau kesal kerana pendakwaan tidak dibuat oleh pihak Peguam Negara.

Sepertimana yang kita tahu, Peguam Negara telah menyatakan bahawa setelah diteliti dengan mendalam pendakwaan tidak akan dibuat dalam kes ini.

Saya cuma mahu sentuh tiga perkara dalam kenyataan Datuk Bahri yang pada pandangan saya tidak sepatutnya dibuat oleh beliau.

Pertamanya, ada sebab kenapa fungsi menyiasat, mendakwa dan menghukum diasingkan dalam sistem perundangan kita. Tujuannya ialah untuk mengelakkan mana-mana pihak daripada menyalahgunakan kuasa mereka. Ini boleh berlaku jika pihak yang menyiasat juga diberikan kuasa untuk mendakwa. Apatah lagi kalau kuasa untuk mengadili juga diberikan kepada pihak yang sama.

Sistem perundangan kita sekarang memisahkannya kepada tiga pihak. Kuasa menyiasat diberikan kepada pihak penyiasat seperti Polis dan SPRM. Kuasa mendakwa diberikan kepada Peguam Negara dan kuasa menghukum diberikan kepada hakim atau mahkamah. Ini dibuat supaya ada elemen “Check and balance” atau “semak dan imbang” dalam sistem perundangan bagi mengelak mana-mana pihak dari menyalahguna kuasa mereka untuk menganiaya.

Maknanya kalau pihak penyiasat mempunyai niat untuk menganiaya orang yang disiasat, maka pihak yang mendakwa boleh menghalang niat tidak baik itu. Kalau pihak penyiasat dan pendakwa pula bersengkokol untuk menganiaya orang yang disiasat dengan mendakwa orang yang disiasat itu, maka pihak mahkamah (hakim) boleh menjadi penghalang kepada niat buruk mereka itu. Itulah tujuan kenapa kuasa menyiasat, kuasa mendakwa dan kuasa menghukum itu diasingkan oleh sistem perundangan kita.

Kalau kuasa-kuasa ini tidak diasingkan, amat senang untuk menganiaya seseorang yang tidak berdosa.

Keduanya saya ingin sentuh mengenai anggapan Dato Bahri bahawa pandangan beliau dalam kes SRC semestinya benar dan pandangan Peguam Negara itu salah. Hanya kerana Peguam Negara tidak bersetuju dengan rumusan beliau, tidak bermakna Peguam Negara telah melakukan kesalahan dan tidak mempunyai integriti. Saya bagi satu contoh dalam konteks kes yang dihadapkan ke mahkamah rayuan atau mahkamah persekutuan.

Jika seorang yang dituduh dibebaskan oleh mana-mana mahkamah dan pihak pendakwa tidak berpuas hati dan membawa kes itu ke mahkamah rayuan atau mahkamah persekutuan, kes itu selalunya diadili oleh tiga atau lima orang hakim secara serentak.

Hakim-hakim yang bijaksana ini kadang-kadang mempunyai pandangan berbeza terhadap fakta-fakta kes yang sama yang dihujah oleh pihak pendakwa dan pihak pembela dalam mahkamah rayuan atau mahkamah persekutuan. Ada masanya keputusan mahkamah rayuan atau mahkamah persekutuan ialah dua satu (2-1) atau tiga dua (3-2).

Kenapa mereka mempunyai pandangan yang berbeza dalam menghakimi kes yang sama? Patutkah kita melemparkan tuduhan bahawa hakim yang tidak bersetuju itu adalah seorang hakim yang telah dibeli atau hakim yang tidak ada integriti? Sudah tentu tidak. Kita terima dan redho dengan keputusan mahkamah seadanya.

Jadi kalau begitu, kenapa Dato Bahri merasakan pandangan beliau terhadap kes SRC itu yang betul dan pandangan Peguam Negara terhadap fakta kes yang sama adalah salah? Kalau hakim-hakim mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan, yang kita anggap bijaksana dan terhormat, boleh mempunyai pandangan berbeza keatas kes yang sama, kenapa pula kita mahu mempertikaikan pandangan berbeza dari Peguam Negara terhadap kes yang sama?

Ketiganya, saya pernah dimaklumkan semasa saya menjadi ahli Jawatankuasa SPRM Mengenai Rasuah dahulu bahawa banyak juga kes-kes yang disiasat oleh SPRM tidak dituduh di mahkamah oleh Peguam Negara atas berbagai sebab. Antaranya ialah kerana tidak cukup bukti, penyiasatan yang gopoh dan ketiadaan merit untuk pendakwaan.

Kenapa dalam kes-kes tersebut, Dato Bahri tidak bangkitkan ketidakpuasan hati beliau secara terbuka? Kenapa hanya dalam kes yang membabitkan Perdana Menteri yang diungkit?

Hakikatnya kes SRC bukanlah satu-satunya yang tidak didakwa oleh Peguam Negara. Puluhan, malahan ratusan kes yang telah disiasat oleh SPRM dan BPR (Biro Pencengahan Rasuah iaitu agensi anti rasuah sebelum SPRM ditubuhkan) tidak didakwa oleh Peguam Negara atas sebab-sebab tertentu walaupun SPRM merasakan boleh sabit kesalahan. Kita tidak dengar pun Dato Bahri memberikan kenyataan “menghina dan memperlekeh” Peguam Negara!

Akhir sekali, saya berpandangan walaupun SPRM adalah satu agensi kerajaan yang penting dan perlu didokong, saya juga berpandangan bahawa SPRM tidak boleh beroperasi tanpa elemen “semak dan imbang”.

Inilah penyakit yang telan menimpa BPR dahulu. Oleh kerana persepsi rakyat pada waktu itu bahawa BPR adalah agensi yang korup, boleh diperkudakan untuk kepentingan politik oleh sesetengah pihak dan boleh menyalahgunakan kuasa mereka, maka gandingan kepimpinan Pak Lah/ Najib telah menubuhkan agensi baru iaitu SPRM dengan sistem “semak dan imbang” yang lebih berkesan dalam bentuk beberapa jawatankuasa yang diperuntukan dalam Akta SPRM. Jawatankuasa-jawatankuasa ini dibentuk untuk mengelak SPRM dari persepsi negatif yang telah melanda BPR sebelum ini.

Kita tidak mahu mana-mana agensi penyiasat boleh beroperasi tanpa ada sistem “check and balance” dari pihak lain, kerana dikhuatiri akan ada pegawai penyiasat yang tergamak menyalahgunakan kuasa mereka untuk kepentingan sendiri.

Jadinya, isu yang lebih besar yang perlu kita fikirkan ialah kalau bukan Peguam Negara, siapa lagi yang boleh kita pertanggunjawabkan untuk “semak dan imbang” kuasa pihak penyiasat supaya tidak ada orang yang teraniaya?

Saya pernah bekerjasama rapat dengan SPRM sebelum ini. Saya mengenali ramai pegawai atasan SPRM. Saya boleh nyatakan majoriti pegawai SPRM amat berintegriti dan bertugas siang dan malam tanpa ada kepentingan persendirian. Mereka juga maklum dan memahami betapa penting konsep “semak dan imbang” ini. Ianya mungkin tidak seratus peratus sempurna namun inilah sistem yang terbaik bagi mengelak SPRM dari nasib yang menimpa BPR sebelum ini.

Datuk Abdul Rahman Dahlan
Pengarah Komunikasi Strategik
Barisan Nasional

​CARI MAHATHIR JIKA KITA MAHU TAHU HAJI KITA MABRUR ATAU TIDAK



Semakin terdesak kedudukan Tun Mahathir , maka semakin terdesaklah bunyi kenyataan yang dibuatnya. Semakin hari semakin kalut.
Ada pihak tertentu berkata bahawa Mahathir menjadi begitu kerana khuathir hasil menabung sekian lama yang diletak di tempat tertentu belum dapat dibawa pulang dan juga rencana sambung kuasa melalui zuriatnya masih belum terhasil.
Ada pihak lain pula berkata Mahathir tidak ada sahabat dan kawan yang berstatus agamawan untuk menasihatinya.
Ada juga yang berkata bukan tiada yang mahu menasihatinya, tetapi lebih kepada dia tidak akan dengar nasihat sesiapa pun selain dirinya sendiri.
Dari dulu lagi Mahathir akan buat kenyataan ikut sedap hati, dan apabila dia membuat kenyataan yang sangat “damaging” maka berpusu pusu dan kalam kabutlah kita ahli UMNO terpaksa menjawap kepada musuh dan rakyat.
Namun, kini keadaan agak lega dan sedikit aman untuk ahli UMNO, biarlah kenyataan melalut Tun Mahathir menjadi beban kepada ahli parti Pribumi dan pembangkang untuk menjawabnya.
Biar mereka pula kelihatan bodoh dan kalut untuk membela kenyataan Imam Besar mereka.
Dalam isu terbaru berkenaan Haji oleh jemaah tajaan 1MDB , Mahathir kelihatan keliru dan celaru.
1MDB menggunakan duitnya sendiri, di mana pula salah dan dosanya?
Setahu kita Mahathir sering tuduh Najib curi wang 1MDB, maka jika wang curi tentunya tidak mabrur bahkan tidak boleh diguna untuk mengerjakan haji, tetapi jemaah haji tajaan 1MDB ini menggunakan wang 1MDB, di mana pula salahnya.
1MDB telah menghantar jemaah melalui kerja CSR semenjak 2011 lagi, Mahathir hanya buat fatwa pada tahun lalu. Maka jemaah semua tahun kah yang tidak mabrur? Atau tahun selepas Sheikh Mahathir Al Kroni bergaduh dengan Najib sahaja yang tidak mabrur?
Inilah dia nilai nilai sebenar yang ada pada diri Mahathir , geram dan dendamnya “knows no boundaries”.
Mahathir mahu hantar kekeliruan kepada jemaah kerana mahu mereka tidak menyukai DS Najib.
Jika Mahathir tidak buat tindakan sebegitu, pasti Najib akan menjadi popular dan makin sukar untuk di tumbang kan.
Mahathir lah yang mengakibatkan ramai orang UMNO solatnya tidak khusyuk kerana selama dia menjadi Presiden , UMNO sering mendapat dana dari tokey judi dan arak.
Mahathir sering memberi mereka projek dan kerja lalu  mereka memulangkan sedikit wang sebagai dana kepada UMNO,
Tradisi UMNO telan wang hasil haram dari kroni Mahathir dipecahkan oleh DS Najib.
Ketika DS Najib mendapat sumber dana dari orang Islam yang halal, ramai juga orang Melayu Islam yang bebal otaknya turut ikut rentak Tun Mahathir dengan memperlekahkan dan memperli akan sumber itu.
Sedangkan ia bukan lagi dari sumber tradisi zaman Mahathir iaitu dari ihsan tokey judi kroninya.
Mahathir marah Najib tidak datang merangkak meminta dana pilihanraya darinya.
Ini kerana Najib tahu, selain wang itu sumber tokey judi , kerajaan juga kena balas budi dengan memberi projek dan kerja sebagai ganti balas.
Institusi Presiden UMNO tidak lagi menjadi hamba kepada Tun Mahathir dan kroninya. Syabas DS Najib.
Maka kehidupan harus diteruskan.
Jangan peduli sangat  dengan ahli politik zaman dinosor yang masih ada benda tersekat sana sini yang akibatkan dia tidak boleh henti berpolitik walau pun usia di hujung senja.
Fatwanya berkenaan BRIM itu rasuah dan haji 1MDB tidak mabrur usah dilayan, dia sendiri berkedudukan dalam bala dan mala petaka, sudah lanjut umur tapi masih tidak tenteram , kerana bala dari Allah.
Di usia begitu orang sibuk ke masjid dan surau serta khuathir amalan sendiri cukup atau tidak cukup, dia masih sibuk menafsir amalan orang lain, yakni mahu ambil tugas Tuhan.
Pada yang ragu amalan haji 1mdb mereka mabrur atau tidak bolehlah cari Mahathir Al Kroni.
Dia sahaja agaknya yang telah dibuka kashaf oleh Allah untuk dapat melihat haji siapa mabrur atau tidak, sama juga dengan tafsiran dia sendiri sama ada kerajaan harus luluskan lesen judi kepada kroninya atau pun tidak.
Tulisan : 

Beruang Biru

BB211, Selasa

3 Januari 2017

JAWAPAN KEPADA YANG MEMPERTIKAI PM CUTI HUJUNG TAHUN


AKTA 237, AKTA AHLI PARLIMEN (SARAAN) 1980 menyebut mengenai hak-hak dan keistimewaan anggota pentadbiran kerajaan ( kabinet) dan ahli parlimen. Didalamnya termaktub jelas mengenai gaji, elaun keraian, kenderaan rasmi, pinjaman perumahan/ kenderaan, pelantikan pegawai, pengawai keselamatan, bayaran bil rumah dan pejabat parlimen, bercuti dalam & luar negara, tuntutan perjalanan harian dan macam-macam lagi.

Bagi anggota kabinet dari PM hingga Timbalan Menteri kemudahan cuti luar negara mereka layak setahun sekali menggunakan kemudahan itu. Tiket dan beberapa org anak ditanggung, penginapan, bil tertentu ditanggung kerajaan. Menteri pergi cuti atau tak pergi mereka boleh tuntut kembali kos cuti luar negara sebagai ganti ( Kos paling jauh London- pernah satu ketika pekeliling kerajaan hanya negara Asean paling jauh Laos).

Apatah lagi kalau melibatkan PM dan TPM mereka ada kelayakan tertentu termasuk menaiki pesawat kerajaan. Ia termasuk melindungi keselamatan PM dan keluarganya semasa bercuti. PM cuti ke tak cuti ke dia tetap seorang PM.