DAKWAAN MALAYSIA GUGUR TUNTUTAN KEATAS LUCONIA SHOALS SATU FITNAH


(Berikut Disiar Ulang Kenyataan Wisma Putra)

Wisma Putra mengambil maklum laporan media mengenai seorang warganegara Australia yang dipercayai telah memacak bendera Malaysia di Beting Patinggi Ali tetapi kemudiannya telah dicabut.

Saya ingin menegaskan pendirian kerajaan Malaysia bahawa kawasan Beting Patinggi Ali bukan kawasan yang dipertikaikan atau wujud sebarang ‘tuntutan bertindih’ di antara Malaysia dengan mana-mana negara.

Terpacak bendera Malaysia atau tidak, Gugusan Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals) adalah milik mutlak Malaysia.

Gugusan Beting Patinggi Ali yang terletak kira-kira 80 batu nautika dari Tanjung Baram, Sarawak, jelas berada dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Malaysia berdasarkan peruntukan Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS 1982).

Di bawah peruntukan UNCLOS 1982, sesebuah negara berpantai seperti Malaysia berhak menuntut kawasan EEZ dan pelantar benua sehingga 200 batu nautika.

Nelayan tempatan bebas menjalankan aktiviti di kawasan EEZ.

Pihak berkuasa Malaysia seperti TLDM dan APMM sentiasa membuat rondaan dan pengawasan serta aktiviti-aktiviti penguatkuasaan bagi memastikan kepentingan negara di Laut China Selatan sentiasa terpelihara.

Pendirian Malaysia berhubung tuntutan bertindih di Laut China Selatan adalah jelas dan konsisten.

Semua tuntutan dan penyelesaiannya hendaklah berdasarkan undang-undang antarabangsa termasuklah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut 1982 atau UNCLOS 1982.

Malaysia, serta negara ASEAN yang lain, tidak mengiktiraf tuntutan China berdasarkan ‘Nine-Dash Line’ kerana ia tidak selaras dengan undang-undang antarabangsa termasuklah UNCLOS 1982.

Di mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN dengan China di Laos pada Julai baru-baru ini, ASEAN dan China telah bersetuju untuk menggiatkan rundingan untuk mencapai sepakat berhubung Kod Tatalaku (COC) Di Laut China Selatan dalam usaha membina dan meningkatkan kesalingpercayaan (mutual trust) serta menangani sebarang perbezaan secara aman.

Kerajaan Malaysia akan memastikan kedaulatan negara di kawasan tersebut terpelihara.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: