TINDAK TANDUK MEMANG RASIS(BAHAGIAN I)


TINDAKAN Lim Kit Siang tiba-tiba mencabar UMNO supaya membuktikan beliau rasis dilihat kerana Penasihat DAP itu bimbang sokongan orang Melayu merosot selepas Pas ditendang keluar daripada pakatan pembangkang.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), DATUK DR. MOHD PUAD ZARKASHI, supremo DAP itu juga bimbang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mampu membawa sokongan orang Melayu kepada pembangkang seperti yang diberikan oleh Pas sebelum ini.

Tambah beliau, meskipun Kit Siang dan DAP menafikan parti itu adalah rasis, anti-Islam dan anti-Melayu, perlembagaan parti itu tidak menyatakan akan mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

1. Baru-baru ini, Kit Siang mencabar UMNO dan ejen-ejen parti itu membuktikan daripada ucapan dan kenyataannya selama 51 tahun dalam politik yang menunjukkan beliau seorang rasis, anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Raja Melayu. Tuduhan itu bukan baharu tetapi kenapa sekarang rasa semacam tidak selesa?

Bila Kit Siang mencabar untuk buktikan (perkara tersebut), tetapi dia lupa bahawa kita tidak menilai buku berdasarkan kulitnya, iaitu bukan dari segi ucapan dan kenyataannya tetapi dari segi perbuatan, tindak-tanduk dan sikapnya, yang jelas menunjukkan dia memang rasis dan anti-Islam.

Yang kedua mengapa tiba-tiba dia hendak mencabar orang untuk membuktikan dia seorang rasis? Sebenarnya Kit Siang bimbang setelah DAP menendang Pas daripada Pakatan Rakyat dan digantikan dengan Pakatan Harapan, dia bimbang sokongan orang Melayu terhadap pembangkang merosot juga bimbang Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan mampu membawa balik sokongan orang Melayu sama seperti diberikan Pas kepada pembangkang.

Ini terbukti apabila Dr. Mahathir gagal menyeru orang Melayu menyertai Perhimpunan Bersih 4.0 dan Bersih 5 walaupun dia sendiri turun tetapi kehadiran orang Melayu begitu mendukacitakan. Justeru Kit Siang bimbang bahawa imej DAP kembali seperti asal iaitu sebagai sebuah parti yang anti-Melayu dan anti-Islam.

Tindakan DAP menendang keluar Pas sebenarnya adalah manifesti DAP anti-Islam. Sebab itu DAP dengan Pas ialah soal agama, undang-undang syariah dan sebagainya. Sebab itu, DAP akan melakukan sesuatu untuk memulihkan imej ini setelah melihat walaupun Dr. Mahathir datang ke persidangan kebangsaan parti itu dan diberikan keistimewaan duduk di atas pentas dan berucap, tapi itu masih tidak mampu untuk meyakinkan orang Melayu tentang imej DAP yang tidak begitu senang terhadap hak istimewa orang Melayu dan kedudukan Islam di negara ini.

Oleh sebab itu, dia membuat kenyataan itu semata-mata untuk menarik anak muda melayu dan golongan agamawan untuk menyertai DAP dan mungkin mereka ini akan diletakkan sebagai calon dalam pilihan raya akan datang sebab DAP sudah tersepit untuk membaiki imejnya setelah Pas ditendang keluar daripada Pakatan Rakyat dan digantikan dengan Pakatan Harapan.

Perlembagaan DAP itu sendiri membuktikan bahawa parti itu sebenarnya tidak menyokong Islam sebagai agama Persekutuan. Sebab tidak ada dalam perlembagaan parti itu yang menyatakan DAP menerima Islam sebagai agama Persekutuan.

Dalam perlembagaan DAP tidak disebut parti itu mendokong Islam agama Persekutuan, institusi raja, apatah lagi hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan partinya.

DAP masih mempertahankan konsep Malaysian Malaysia ataupun sekarang diubah nama kepada Middle Malaysia. DAP tetap mempertahankan pembentukan sebuah negara republik kecuali kalau parti itu berani membuat kenyataan secara terbuka bahawa ia menolak dasar Malaysian Malaysia dan negara republik. Saya cabar DAP kalau berani buat kenyataan menolak dasar yang selalu ia sebut sebelum ini iaitu Malaysian Malaysia, sebuah negara republik dan dasar sama rata, maksudnya parti itu menolak Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: