Tindakan yang rasis 


(Bahagian II)

2. Apabila dilabel sebagai rasis, anti-Melayu dan anti-Islam, DAP sering memberikan alasan mereka memperjuangkan hak asasi manusia. Pandangan Datuk?

Bagi DAP itu mungkin hak asasi manusia, tetapi soalnya perkara-perkara ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan diterima sebagai kontrak sosial sejak dahulu lagi. Ini adalah kontrak sosial yang DAP kena terima. Sebab itu, UMNO mempertahankan kontrak sosial ini sejak dahulu lagi.

Contohnya kita mempertahankan SJKC dan SJKT sebab kita pertahankan kontrak sosial. Kita tidak akan menutupnya kecuali orang Cina sendiri yang mahu. Jadi, tidak timbul untuk kita menutup sekolah ini walaupun muridnya tinggal seorang. Macam baru-baru ini, mereka merungut kerana kemasukan murid ke SJKC merosot dan ada sekolah hanya seorang murid sahaja yang mendaftar.

Sebab itu, DAP kena hormati kontrak sosial yang sudah ada dalam Perlembagaan. Apabila DAP kata memperjuangkan kesamarataan, mereka sebenarnya tidak menghormati Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Sebab itu, kita jelas apa yang kita perjuangkan adalah kesaksamaan dan bukannya kesamarataan. Maksudnya ekuiti dan bukannya ekualiti.

3. Selepas DAP muncul sebagai parti dominan orang Cina sejak Pilihanraya Umum 2008, orang bukan Melayu semakin berani mempersoalkan perkara-perkara menyentuh sensitiviti agama dan kaum secara terbuka. Apakah DAP boleh mengatakan itu tidak ada kaitan dengan mereka?

DAP menang 38 kerusi Parlimen dalam PRU-13 pada 2013, dan semua kerusi itu adalah kerusi kawasan bandar yang majoritinya pengundi Cina yang tinggi. Sebab itu kita kata DAP tidak boleh tutup imejnya sebagai parti yang sangat bergantung sokongan orang Cina.

Sebab itu, dalam ucapan Dr. Mahathir selepas PRU-13 ketika mengulas kemenangan Kit Siang di Gelang Patah, beliau mengatakan Kit Siang adalah rasis, pelampau perkauman dan mengajak orang Cina membenci orang Melayu dan undi dia. Sebab itu Kit Siang menang besar di Gelang Patah. Kalau Kit Siang tidak percaya, saya sendiri boleh kongsikan video ucapan Dr. Mahathir itu kepada beliau yang mengatakan Kit Siang rasis dan pelampau perkauman.

Apabila Kit Siang kata empat Perdana Menteri sebelum ini tidak pernah menuduh beliau sebagai rasis, itu sebenarnya tidak betul. Kalau dia hendak saman, dia patut saman Dr. Mahathir terlebih dahulu yang mengatakan kemenangannya itu kerana sokongan orang Cina.

4. Baru-baru ini, sekali lagi cerita tentang Kit Siang sebagai dalang pencetus tragedi 13 Mei 1969 kembali tersebar. Beliau menafikan tuduhan itu. Kenapa tuduhan itu masih terus wujud?

Semua ahli sejarah membuat kesimpulan bahawa satu daripada punca tragedi 13 Mei adalah akibat daripada perarakan kemenangan DAP dalam Pilihan Raya Umum 1969. Perarakan itu dianggap sebagai provokasi yang mencetus rasa marah orang Melayu. Ini semua ditulis di mana-mana termasuk dalam buku Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Walaupun Kit Siang kata dia tidak ada dalam perarakan tersebut tetapi yang terlibat adalah DAP. Kecuali kalau dia berani menukar fakta sejarah yang mengatakan bahawa antara punca peristiwa 13 Mei adalah provokasi perarakan kemenangan Pilihan Raya.

5. Kenapa masih ada segelintir orang Melayu bersama dengan DAP dan mempersoalkan perkara-perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan?

Kita tidak nafikan ada orang Melayu yang buta kepada tindak tanduk DAP. Pada saya mereka menyokong semata-mata kerana politik, ingin kedudukan sebagai wakil rakyat dan sokongan orang Cina. Sebab itu mereka sokong DAP. Mereka tidak peduli kesan jangka panjang terhadap kedudukan orang Melayu. Sebab itu saya ingat lagi dalam ucapan di Perhimpunan Agung UMNO oleh Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa sekarang ini apa yang berlaku ialah perlawanan antara Barisan Nasional (BN) dipimpin UMNO dan Pakatan Harapan yang dipimpin DAP.

Perdana Menteri kata apa yang akan terjadi kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) sekiranya negara ini dipimpin oleh pembangkang yang sebenarnya dipimpin oleh DAP. Pada saya, cukup jelas ucapan tersebut dan saya tengok DAP pun tidak berani berbuat demikian. Sebab itu ucapan dasar Presiden UMNO yang dibuat secara terbuka dan didengar oleh media. Maksudnya ini adalah satu kenyataan yang berani untuk mengingatkan orang Melayu jangan terlalu liberal dan terpengaruh dengan dakyah DAP kerana mereka ada agenda lain.

Advertisements

Author: bintangku

blogger sopo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s