PKR tetap pilih Anwar jadi PM,



Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang sebelum ini dikatakan telah membahagikan jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri walaupun hakikatnya mereka belum menakluk Putrajaya.
Tanpa disedari sesiapapun, perjanjian sulit yang dibuat oleh dua ‘dinasour’ politik itu telah didedahkan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dengan dakwaan Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan dinaikkan sebagai Perdana Menteri.
Pendedahan itu menyaksikan seolah-olah Kit Siang `terpukau’ dengan aura Mahathir sehingga sanggup mengenepikan sekutu lamanya iaitu PKR untuk dibawa berbincang mengenai siapa yang paling layak bergelar Perdana Menteri dan timbalan jika mereka berkuasa di Malaysia.
Apabila perjanjian sulit ini mula bocor, maka ‘kelam kabut’ mereka berdua menepis dan menafikannya.
Namun hakikatnya, bagi PKR, tiada individu yang sesuai menjadi Perdana Menteri kecuali Anwar Ibrahim meskipun beliau kini berada di penjara atas tuduhan meliwat.
Ia ditegaskan oleh bendahari PKR, Dr. Tan Yee Kew yang mengingatkan sekutunya termasuk  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bahawa tiada siapa yang layak kecuali Anwar.
“Siapa yang akan mengetuai PRU14? Memang terdapat perbezaan pandangan dalam pakatan pembangkang mengenai siapa yang akan mengetuai pada PRU14 dan calon Perdana Menteri.
“Namun parti komponen Pakatan Harapan telah sebulat suara membuat keputusan memberi sokongan kuat kepada Anwar sebagai calon Perdana Menteri pada Konvensyen Pakatan Harapan 2016,” dakwanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini. 
Nah, sekarang mana satu calon yang dipilih secara ‘rasmi’ bagi mewakili pembangkang? Sudah pasti suara Dr Tan itu mewakili suara Dr Wan Azizah Wan Ismail dan sekali gus Anwar secara rasmi adalah pilihan PKR.
Jadi di manakah kedudukan Dr. Mahathir sebenarnya? Beliau sebaliknya hanya sekadar ‘melukut di tepi gantang’ sahaja.
Dalam situasi ini, pembangkang harus sedar bahawa Dr. Mahathir sedikit demi sedikit telah mula ‘hijack’ hingga ke tahap beliau mahu menentukan siapa bakal Perdana Menteri. Mungkin tidak lama lagi Dr. Mahathir pula akan diangkat sebagai ketua pembangkang.

Laporan media Australia sahkan PM berhak ke atas wang tunai pemberian Arab Saudi 



1. Pelbagai sumber berita Australia telah mengesahkan bahawa Perdana Menteri berada di pihak yang benar, berhubung pemindahan dana asing berbentuk wang tunai yang dihadiahkan oleh keluarga diraja Arab Saudi.

2. Laporan The Four Corners mengesahkan bahawa apa yang dipertahankan Perdana Menteri berkenaan isu pemindahan dana wang tunai asing ke dalam akaun peribadinya pada 2013, dan apa sahaja hasil siasatan lengkap telah mengesahkan: dana adalah sumbangan dari keluarga diraja Arab Saudi.

3. Program penyiasatan Australian Broadcasting Corporation (ABC) yang disiarkan baru-baru ini turut mendedahkan hasil pemeriksaan forensik ke atas setiap pemindahan, ditambah lagi dengan lawatan pihak berkuasa Malaysia ke Arab Saudi bagi tujuan pengesahan dokumen serta temubual bersama ahli keluarga diraja Arab yang terlibat dengan urusan tersebut.

4. Sumbangan tersebut merupakan hadiah kepada Perdana Menteri kerana mempromosikan Islam moderat, dan kepimpinan beliaudalam memerangi keganasan serta ekstremisme.

5. Isi kandungan surat dari Arab Saudi yang dibocorkan juga menyebut dengan jelas bahawa pemberian itu adalah untuk digunakan kepada perkara yang dirasakan wajar oleh Perdana Menteri; boleh dipindahkan secara terus atau melalui syarikat penderma; dan tanpa sebarang manfaat atau keuntungan yang perlu diberikan sebagai balasan.

Pembangkang Sabotaj Ekonomi


HULU SELANGOR: Tindakan pembangkang memanipulasikan isu tertentu dilihat sebagai langkah yang berbahaya kerana ia boleh mensabotaj ekonomi negara sedangkan isu berkenaan dimainkan hanya untuk memenuhi hasrat memenangi pilihan raya umum.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, usaha memburuk-burukkan syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Lembaga Tabung Haji serta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memberi isyarat kepada pelabur bahawa negara kini berada dalam keadaan yang tidak stabil.

PENDIRIAN TUN DR MAHATHIR TERHADAP PAS TIDAK PERNAH BERUBAH (MAHATHIR ANGGAP PAS LEBIH BERBAHAYA DARIPADA KOMUNIS SEJAK DARI TAHUN 1978 LAGI)


Saya tidak pelik dengan pelbagai kenyataan negatif yang dihamburkan oleh Penasihat PPBM, Tun Dr Mahathir, terhadap PAS dan dasar perjuangan PAS, walaupun pada masa yang sama Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin, dan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz, masih cuba mendekati PAS.

Ini kerana sejak beliau belum menjadi Perdana Menteri lagi pun Tun Dr Mahathir telah menunjukkan sikap permusuhan yang luar biasa terhadap PAS dan dasar perjuangan PAS. Contoh ketara adalah tuduhan terbuka yang beliau buat pada tahun 1978 bahawa “PAS lebih berbahaya daripada komunis”.

Ekoran tuduhan ini, Dewan Ulama’ PAS Pusat pun membuat keputusan mendesak Tun Dr Mahathir menariknya balik. Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir, di dalam surat balas beliau kepada surat Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, Datuk Nik Abdul Aziz, bertegas mempertahankan tuduhan beliau ini.

Sejak 1978 hingga sekarang, sudah tidak terkira banyaknya selaran, kritikan dan kutukan yang Tun Dr Mahathir hamburkan terhadap PAS dan dasar perjuangan PAS. Belum pernah sekalipun beliau meminta maaf di atas perlakuan beliau ini tidak sebagaimana yang beliau lalukan ke atas DAP.

Kesimpulannya ialah: Jika masih ada di kalangan pimpinan PAS yang mahu bekerjasama dengan PPBM, khususnya mereka yang hanya mula berjinak-jinak dengan PAS pada era 1990-an, ketahuilah bahawa pendirian Tun Dr Mahathir terhadap PAS dan dasar perjuangan PAS tidak pernah berubah.

Jika Tun Dr Mahathir mahu bekerjasama dengan PAS, beliau perlulah terlebih dahulu didesak untuk menarik balik segala selaran, kritikan dan kutukan yang beliau hamburkan terhadap PAS dan dasar perjuangan PAS serta memohon maaf di atas segala kezaliman yang beliau lakukan terhadap PAS.

– Dr. Kamarul Zaman Yusoff
(Felo Utama Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) dan Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM)

Mahathir Dihina, Mukhriz Entah Kemana


1. Pengerusi PPBM, Dr. Mahathir Mohamad semalam tanpa dijemput hadir secara mengejut di program yang dianjurkan oleh aktivis Reformasi pasca era 1998 yang diadakan di IDDC, Shah Alam. 

2. Apabila Dr. Mahathir mula memasuki dewan, para hadirin telah mencemuh dan mengkeji beliau dengan pelbagai tohmahan seperti #Firaun, #Zalim, serta melaungkan slogan lain seperti #Reformasi dan #BebasAnwar. 

3. Malangnya,apabila diberi peluang berucap, Dr. Mahathir hanya menyeru para hadirin untuk bersama-sama beliau menjatuhkan kerajaan yang ditadbir oleh Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak tanpa memberi respon terhadap segala tohmahan dan hinaan yang dilemparkan oleh aktivis reformasi.

4. Kesian, seorang yang dahulunya sangat berkuasa kini terpaksa merayu sokongan dari mereka-mereka yang menghina beliau. Anak pula hilang entah kemana tidak ada untuk menjaga ayah yang sudah hampir 92 tahun.

Video Mahathir dihina :  https://youtu.be/jIem-jFgtVo

Facebook Kabir Akram : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155031206558879&id=741883878

Lawatan Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud ke Malaysia 



Malaysia adalah negara pertama yang dikunjungi Raja Salman dalam rangka lawatan baginda ke Asia Tenggara sejak menaiki takhta.

Semoga kunjungan Raja Salman memberi banyak manfaat kepada Arab Saudi, Malaysia dan juga umat Islam seluruh dunia. InsyaAllah.

Rafizi dan fitnah berpisah tiada 


Rafizi sekali lagi cuba buat hobi fitnah dan menipu sekali lagi. Kali ini pasal pengangguran dari pelajar-pelajar lepasan universiti.

Rakyat boleh menilai sendiri siapa yang cakap kosong dan siapa yang buat kerja. Perdana Menteri telah menekankan SL1M yang mampu manghasilkan peluang pekerjaan yang sebenar. Rafizi pula hanya mampu tawar peluang pekerjaan tanpa gaji di badan invoke nya.

Dan memang ramai sudah tahu tahap pengangguran di Malaysia adalah di tahap yang stabil iaitu 3.4%. Antara terendah berbanding negara lain.

Sekali lagi Rafizi mengkantoikan dirinya.

Antara initiatif PM dan kerajaan Barisan Nasional supaya rakyat Malaysia memiliki rumah yang selesa 



Antara initiatif PM dan kerajaan Barisan Nasional supaya rakyat Malaysia memiliki rumah yang selesa sambil membantu mengurangkan kos hidup kepada mereka yang memerlukan bantuan!

Perangi Penyebaran Maklumat Palsu Jatuhkan Kerajaan BN – PM Najib


PEKAN, 25 Feb (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penyebaran maklumat palsu menerusi media sosial dan pemimpin terdahulu bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipilih secara demokrasi perlu diperangi habis-habisan.

Beliau berkata ancaman baharu secara serangan minda dan hati menerusi penyebaran berita palsu serta fitnah adalah amat bahaya kerana ia dilakukan pihak tertentu yang mempunyai agenda politik tersendiri.

Sehubungan itu, katanya, rakyat perlu bersama-sama kerajaan untuk bangkit mempertahankan negara daripada serangan anasir berkenaan yang boleh menggugat keamanan dan kemakmuran yang dikecapi ketika ini.

“Mempertahankan negara kita bukan hanya bererti negara diserang dari luar dengan kehadiran bala tentera, tetapi serangan yang lebih berbahaya lagi ialah serangan kepada minda kita dan hati kita.

“Apabila minda kita dan hati kita diserang dengan berita, dakyah dan maklumat palsu serta fitnah atau ‘fake news’ (berita palsu) yang keluar melalui media sosial atau pemimpin tertentu dengan tujuan jatuhkan sebuah kerajaan, maka inilah ancaman paling bahaya. Maka, kita akan perang habis-habisan,” tegas beliau.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan program Negaraku: Komuniti 1Malaysia di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di sini, Sabtu.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Karuak dan Timbalannya Datuk Jailani Johari serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Shahaniza Shamsuddin dan Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abd Wahab.

Perdana menteri berkata berikutan penyebaran dakyah palsu, banyak langkah dan tindakan kerajaan untuk kebaikan rakyat telah disalahertikan sehingga menimbulkan pelbagai kontroversi.

“Sebagai sebuah kerajaan, kita dah buat macam-macam…tetapi apabila ada berita palsu yang cuba selewengkan sesuatu perkara, benda baik pun jadi tidak baik dan kontroversi, umpamanya pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),” katanya.

Beliau berkata ketika kerajaan mencari rakan strategik untuk Proton Holdings Berhad, tindakan itu turut disalahertikan sebagai menjual syarikat berkenaan kepada China sedangkan ia sebenarnya bertujuan mengukuhkan lagi kedudukan syarikat bagi menyelamatkan ‘periuk nasi’ para pekerjanya.

Sementara itu, Najib berkata rakyat Malaysia tanpa mengira pangkat, kaum atau agama wajib mempertahankan kedaulatan dan keamanan yang dikecapi negara.

“Asas kita adalah sama iaitu Malaysia adalah negara sama untuk rakyat biasa, pemimpin tertinggi atau raja… cuba bayangkan kalau kita tidak ada negara seperti etnik Rohingya yang tinggal di Myanmar tanpa kerakyatan.

“Lihat sahaja di televisyen, saban malam, saban hari bagaimana hidup mereka…bagaikan nyawa di hujung tanduk apabila tidak mempunyai kerakyatan, mereka terpaksa terima apa jua tindakan zalim, dirogol dan dibakar hidup-hidup.

“Jadi, apabila kita diberikan kerakyatan maka itulah nilai yang paling berharga. Sebagai rakyat, kita wajib mempertahankannya sebab inilah negara kita, inilah tempat lahir, tumpah darah dan akan disemadikan suatu hari nanti,” katanya.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang Anugerah Komuniti 1Malaysia Peringkat Kebangsaan 2016 dengan johan disandang oleh Komuniti 1Malaysia Mukim Ayer Hitam, Johor.

Tempat kedua dimenangi Komuniti 1Malaysia Felda Keratong 3, Pahang manakala Komuniti 1Malaysia Projek Perumahan Awam Seri Perlis 2, Kuala Lumpur.

Setiap pemenang menerima geran bernilai di antara RM4,000 hingga RM10,000. — BERNAMA

Three Opposition leaders’ ridiculous claims over EPF are appalling and malicious


1. I am appalled by the joint statement from PAN’s Dr. Dzulkefly Ahmad, PKR YB Wong Chen and DAP’s YB YB Teresa Kok two days ago.

2. They had maliciously claimed that the Employees Provident Fund (EPF) is facing financial difficulties thus declaring a lower dividend rate of 5.7% for 2016 compared to 6.4% the previous year. The three senior politicians also claimed that this was caused by EPF’s investment in 1MDB, which they wrongly claim is worth RM1.72 billion.

3. EPF is not in any financial difficulty. If it was in financial difficulties or made a loss, EPF would not be paying a dividend at all – more so a healthy 5.7% dividend for 2016.

4. As was answered in parliament in May 2015, EPF’s exposure to 1MDB is RM200 million – not RM1.72 billion. This investment is in the 30 years Sukuk issued in the year 2009 and is fully guaranteed by the government.

5. To clarify further, EPF also has exposure of RM1.5 billion in bonds for two Independent Power Producer (IPP) plants – Panglima Power Sdn Bhd (PPSB) and Jimah Energy Ventures Sdn Bhd (JEV). These bonds were subscribed by EPF in the year 2003 and 2005 respectively before 1MDB was founded and are backed by healthy cash-flow.

6. As is widely known, these two IPPs were previously acquired by 1MDB but have since been sold in a deal completed in March 2016, which was part of 1MDB’s rationalization exercise. Hence, these two bonds are no longer associated with 1MDB.

7. All three bonds are fixed income bonds that pays fixed coupons and have never been in default. EPF has not lost a single sen in them.

Additionally, EPF’s remaining RM200 million exposure to 1MDB’s government guaranteed Sukuk is just 0.027% of EPF’s total assets of RM731 billion.

8. Therefore, for the three opposition leaders to claim that EPF is in financial difficulties or that 1MDB had caused losses to EPF is wrong and malicious.

9. As current or former Members of Parliament, the three opposition leaders have failed their sworn duties to be honest to the people when they made such ridiculous claims in their joint statement. They must not repeat this in future.

10. Given historical dividends since the year 2000, the current global and regional economic situation and the performance of other provident funds and mutual funds in the region, EPF’s 5.7% dividend for 2016 is commendable.

11. For the nine years from 2000 to 2008, EPF had recorded an average annual dividend rate of 4.99% whereas from 2009 to 2016, this average had increased to 6.1%.

12. I am confident that with the accelerating GDP growth in the previous two quarters and the recent sharp increases in the Bursa Malaysia index, God-willing, EPF will perform even better for the year 2017.

Abdul Rahman Dahlan
Director of Barisan Nasional Strategic Communications
24 February 2017

​DAP Marah Najib Punyai Hubungan Baik Dengan China, Kini Mereka Sendiri Berbaik Dengan China


Seperti pepatah Melayu yang berbunyi ‘sudah arang-arang, hendak minyak pula’, yang bermaksud sudah dicemarkan nama seseorang, kini hendak bermanis-manis pula kepada orang itu, begitulah yang boleh digambarkan sikap pemimpin DAP.

Dulu ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengetuai delegasi Malaysia untuk meneruskan kesinambungan hubungan diplomatik dengan China, pemimpin DAP dengan lantang menuduh Najib kononnya mahu menjual negara.
Hakikatnya, lawatan rasmi Najib ke China, yang merupakan gergasi ekonomi, telah membuka laluan kepada termeterainya 14 memorandum persefahaman (MoU) dan perjanjian antara perniagaan dengan perniagaan bernilai RM143.64 bilion, di samping 16 MoU dan perjanjian antara kerajaan dengan kerajaan.
Inilah agaknya yang membuatkan mereka tertekan kerana Najib berjaya menandatangani pelaburan yang terbesar itu serta mendapat kepercayaan daripada China. Bukan mudah untuk mendapat kepercayaan tersebut. 
Kini, tidak sampai lima bulan selepas mengecam dan menuduh Najib mahu jual negara, tular pula sekeping gambar yang menunjukkan beberapa pemimpin  utama DAP yang diketuai Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng bertemu dengan Duta Besar China ke Malaysia Dr. Huang Huikang.
Pertemuan itu dipercayai diadakan di kedutaan.
Gambar itu sekali gus membuktikan bahawa pembangkang bukan sahaja mencemburui Najib yang berjaya menjalinkan kerjasama dengan China, malah ia juga menunjukkan pembangkang juga mengakui akan pentingnya kerjasama dengan negara China, yang merupakan kuasa ekonomi kedua terbesar dunia, selepas Amerika Syarikat.
Itulah sebabnya kenapa DAP mengadakan pertemuan dengan Duta China ke Malaysia kerana mereka tahu bahawa China amat berharga terutama dalam usaha menarik pelaburan asing ke negara ini.
Disebabkan faktor berkenaan, maka Guan Eng dan sekutunya yang sebelum ini beria-ia mengecam Najib tiada pilihan selain terpaksa juga mengakui hakikat kepentingan China.
Jika sebelum ini Najib dituduh cuba menjual negara kepada China kerana berbaik-baik dengan republik itu, begitu juga Guan Eng. Kita juga boleh menuduhnya cuba untuk menjual DAP kepada China.

KENYATAAN TUN M MEMBIMBANGKAN DARI SEGI AQIDAH


1. Tun M menyifatkan perhimpunan RUU355 yang dijalankan di Padang Merbok tempoh hari adalah tidak ikhlas dan untuk meraih undi semata-mata.

2. Menurut Datuk Dr Fathul Bari, niat adalah perkara subjektif dan tidak harus sewenang-wenangnya dipertikaikan kerana ini merupakan isu bersama dan bukan untuk kepentingan mana-mana pihak.

3. Tambah beliau, sekiranya niat itu yang dipertikaikan Tun M tanpa memikirkan impak terhadap pelaksanaannya, wajarlah kita meletakkan bahawa jelajah Tun M dengan PPBM berniat politik, lagi satu bukannya mereka ingin bercakap berkaitan korupsi.

4. Tun M membuat tuduhan seolah-olah sokongan terhadap Akta RUU355 seperti menyokong penyembelihan manusia, dan Fathul menyifatkan kenyataan itu membimbangkan dari sudut kefahaman agama dan juga aqidah.

http://klxpress.com.my/bahasa-melayu/21-politik/22226-mahathir-jangan-pertikai-niat-penganjur-ruu355-fathul-bari.html

PEMBONGKARAN TAKTIK LICIK KERAJAAN DAP PULAU PINANG MENIPU RAKYAT


Taktik licik pemimpin kerajaan DAP Pulau Pinang berjaya memperdaya rakyat negeri itu. Antara tipu helah licik mainan kerajaan negeri tersebut adalah:

1) Menyerap GST Cukai Pintu

i) Pada tahun 2014, cukai pintu dikenakan sebanyak RM583.80, dinaikkan menjadi RM667.20 pada tahun 2015 (3 bulan sebelum perlaksanaan GST). Selepas perlaksanaan GST, kerajaan negeri umumkan ‘penyerapan’ 6% dari cukai pintu menjadikannya sebanyak RM627.60, 7.5% lebih tinggi dari caj asal tahun 2014. Kerajaan negeri masih untung sebanyak 1.5% daripada ‘penyerapan’ GST tersebut.

2) Pembekalan Pukat Tidak Berkualiti

i) Nelayan Kuala Sungai Burung mendapat pukat benang yang tidak berkualiti daripada syarikat pembekal pukat swasta lantikan kerajaan negeri. Pukat benang hanya boleh diguna sekali kerana tidak tahan lasak, berbanding pukat tangsi yang dibekalkan LKIM Pulau Pinang Selatan. Apakah telah berlaku penyalahgunaan peruntukan dana kerajaan negeri?

3) Kemusnahan Hutan Paya Bakau

i) Persatuan Pengguna Pulau Pinang mendedahkan beratus hektar kawasan hutan paya bakau dimusnahkan untuk projek pembangunaan dan akuakultur walaupun dibantah nelayan.

ii) Di Bagan Jermal, seluas 9.38 hektar kawasan hutan paya bakau dimusnahkan untuk projek penambakan laut. Begitu juga di Bayan Baru, penduduk Pangsapuri Baystar tidak berpuas hati dengan kerja penambakan laut yang dijalankan di bahagian belakang kediaman mereka. Projek itu tidak mendapat persetujuan penduduk sejak tahun lalu. Apa respon pemimpin DAP dan kerajaan negeri yang memperjuangkan ‘a cleaner dand greener Penang’?

4) Peruntukan Hal Ehwal Islam Menurun

i) Peratusan peruntukan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang jatuh mendadak. Pada tahun 2008, peratusannya adalah 9.03%, menurun kepada 6.55% pada tahun 2015.

ii) Dalam Bajet Pulau Pinang 2017, peratusan peruntukan diturunkan kepada 3.66% daripada keseluruhan peruntukan. 60% kadar penurunan peruntukan sejak 2008 hingga 2017.

Salahuddin Ayub tukang ramal 


Menarik pendedahan berupa spekulasi oleh Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub (foto) yang meramalkan parti agama (Pas) akan berpecah sekali lagi dalam masa terdekat.

Salahuddin tidak memberi dalil-dalil nyata mengenai kenyataan itu, tetapi sebagai orang pernah bergelumang dalam Pas, kenyataan beliau itu tidak boleh dipandang ringan.
Menurut Salahuddin yang pernah berada dalam Pas lebih 40 tahun beliau yakin perpecahan itu akan dapat disaksikan dalam tempoh sebulan dua lagi.
Bekas Naib Presiden Pas yang pernah menang dengan undi tertinggi, hanya memberi alasan perpecahan itu berlaku apabila Pas kini dilihat mesra dan baik dengan Umno. 

Hubungan itu beliau menterjemahkan akan menimbulkan kemarahan ahli yang sama sekali tidak dapat menerima Umno yang selama ini bertindak menjadi seperti Israel terhadap Palestin terhadap Pas.
Mungkin apa menjadi ukuran beliau dilihat juga kepada sejarah sebelum ini yang pernah berlaku dalam Pas. Tahun 1974 dan sekali lagi pada tahun 1978. 

Hubungan politik yang dijalinkan Allahyarham Mohd Asri dan Mohamad Nasir berakhir dengan perpecahan dalam Pas. 

Asri menjalani hubungan dengan Tun Razak sementara Mohamad Nasir dengan Hussein Onn dan Hussein Ahmad. 
Alasan Asri menerima Razak (Umno) demi perpaduan Melayu ekoran peristiwa 13 Mei, manakala Mohamad Nasir kononnya untuk selamatkan Kelantan dari “keporakan” kerajaan Kelantan pimpinan Pas. 

Walhasil gara-gara hubungan itu Pas berpecah sampai hilang sebuah kerajaan. Mungkin dalam makrifat politik Salahuddin perkara sama akan berulang di mana kerajaan Kelantan hampir 28 tahun pula akan tumbang.
Ahli Pas yang tidak dapat menerima falsafah politik Asri bertindak keluar parti menubuhkan kumpulan Bebas Bersatu kemudian melawan Pas yang menyertai BN tahun 1972. 

Begitu juga ahli Pas yang tidak senang dengan pendekatan politik Mohamad Nasir yang baik dengan Umno akhirnya membawa perpecahan kepada parti agama itu dengan wujudnya Berjasa.
Mungkin menggunakan “teori” itulah menyakinkan Salahuddin yang Pas akan berpecah sekali lagi dalam masa terdekat.
Bagaimana pun ada sangkalan pantas oleh pemimpin kanannya terhadap ramalan Salahuddin itu dengan memberi kenyataan balas sekiranya (benar) Pas berpecah dua tentulah ahli Amanah mencapai 500,000.
Hujah balas pemimpin itu jelas menampakkan kurang matangnya dalam ilmu politik. Beliau seakan tidak faham dalam menganalisa kenyataan Salahuddin itu sekali gus menggambarkan pemimpin Pas itu bukan seorang ahli politik yang mendalami dan masak dengan kerenah politik. Dunia politik tidak boleh diukur dengan teknikal. Mungkin kerana terikut-ikut berfikir secara teknikal pemimpin itu nampak kekok untuk membuat keputusan apabila partinya dalam kekusutan kini. 
Salahuddin dalam kenayataan itu tidak pun mengakui ekoran perpecahan Pas itu partinya, Amanah memperolehi untung sehingga menerima separuh daripada keahlian Pas yang didakwa hampir satu juta.
Apa dijadikan asas oleh Salahuddin Pas akan mengalami perpecahan kedua apabila parti itu dilihat rapat dengan Umno yang mana hubungan itu ditentang ahli bawahan kerana perbezaan dasar dan matlamat. 

Pandangan Salahuddin itu benar kerana kalau Pas tidak bimbang dengan penghijrahan ahli sudah pasti Pas akan mengumumkan kerjasama dengan Umno secara terbuka bukan berjalan secara senyap dan berselindung di sebalik aktiviti sosial. Namun hingga ke hari ini Pas masih berani membuka mulut. 
Hakikat hari ini Pas terus bermain di balik tabir dengan Umno dan menggunakan program tertentu bagi menjalin dan merapatkan kerjasama. Cara dan tektik Pas dan Umno itu sudah difahami orang ramai. 

Terbaharu ialah Himpunan 355 di Padang Merok beberapa hari lalu. Bagaimana pun bagi ahli bawahan masih tetap menganggap ia bukan suatu yang salah kerana masih percaya kepada pengakuan (khilas) pemimpin mereka yang kononnya Pas tidak akan bersama Umno. Sikap ini tidak pelik kerana mereka diindoktrinasikan kesekian lama dipaksakan mengatakan kambing walaupun haiwan itu (burung) berkaki dua dan boleh terbang. 
Dalam perkembangan sama bagi menguatkan ramalan Salaluddin itu, beberapa jam lalu telah diviralkan pertemuan Presiden Pas Abdul Hadi Awang dengan seorang korporat yang dikenali sebagai “muncikari” politik di luar negara.
Dipercayai pertemuan itu ada kaitan dengan perkembangan dan suasana politik dalam Pas. Sekiranya pertemuan itu bagi membincangkan soal, ayam itik, atau kambing lembu, tidak perlu ia diheret ke luar negara. Dipercayai selain daripada korporat muncikari itu hadir bersama seorang bloger yang dikenali sebagai tukang pusing isu (Mr Spin) nombor satu.
Khabarnya korporat berkenaan tidak mahu Abdul Hadi rapat dengan Najib dan mahukan kerjasama Pas – Umno diputuskan. Apabila dianalisa tugasan korporat berkenaan ia menunjukkan hubungan Pas dengan Umno sudah terlanjur jauh.
Apakah Pas kini sudah menghamilkan anak luar nikah dengan Umno? Walahu’alam.
Berbalik kepada ramalan Salahuddin tadi mungkin ia bertolak dari pekembangan dan maklumat yang ada dalam pengetahuannya. Tunggu perkembangan lanjut saya mahu jumpa dengan Salahuddin dan membuat sedikit research tentang pertemuan di luar negara itu. [wm.kl.4:38 am 22/02/17

​Rakyat Pulau Pinang Dirantai Dengan Pelbagai Cukai Membebankan


Siapa yang duduk di bahagian pulau di Pulau Pinang selalu merungut tentang kos sara hidup. Berbanding mereka yang tinggal di seberang pulau. Mengapa jadi begitu?
Ini kerana, di Pulau Pinang penduduknya diperlukan untuk membayar bermacam-macam jenis cukai yang bagi sesetengah golongan di negeri itu adalah membebankan.
Beberapa bulan sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dulu, Kerajaan Negeri DAP menaikkan cukai pintu sebanyak 14.29 peratus atau RM83.40. Pada 2014, penduduk Pulau Pinang perlu membayar cukai pintu berjumlah RM583.80 dan selepas kenaikan mereka perlu bayar RM667.20 pada 2016.
Kenaikan cukai pintu itu adalah sebanyak RM83.40. Jumlah ini bebankan rakyat. Banyak boleh dibuat dengan nilai RM83.40.
Di Pulau Pinang juga, adanya Cukai Katil yang dikenakan ke atas pelancong yang bermalam di hotel-hotel di negeri itu bermula 1 Jun 2014 lalu.
Pelaksanaan itu membuatkan orang ramai berikutan perlu membayar jumlah tambahan jika ingin menginap di hotel ekoran kewujudan cukai itu.
Di Pulau Pinang, kadar tarif air dinaikkan begitu tinggi dengan alasan mahu rakyat mengurangkan penggunaan air atau berjimat padahal bagi rakyat berpendapatan rendah dan sederhana, ia akan tetap membebankan.
Jika anda seorang peniaga di sana, sewa warung bagi penjaja juga sudah dinaikkan menunjukkan betapa kerajaan DAP begitu terdesak mahu mendapatkan wang membiayai corak hidup dan pengurusan mewah Ketua Menteri Lim Guan Eng dan kerajaannya.
Caj tempoh parkir meletak kereta juga diubah di Pulau Pinang di mana mereka mengenakan caj pada setiap hari sehingga pukul 12 tengah malam yang memang membebankan rakyat Pulau Pinang.
Kalau berbicara soal harga rumah, di Pulau Pinang harga aset seperti itu adalah tinggi dan pelbagai projek baru di sana juga bukan dibina untuk memberi peluang kepada penduduk berpendapatan rendah, sebalinya banyak dibina sesuai dengan pembeli mewah dan dari luar negara.
Kerajaan DAP kononnya mahu berasa hebat mengumumkan menyecap cukai pintu untuk semua pemilik harta dan cukai GST untuk kurangkan beban rakyat padahal ia tidak menjadikan beban rakyat menjadi ringan pun.
Selepas mengumumkan potongan cukai enam peratus baru-baru ini, penduduk Pulau Pinang masih perlu membayar sebanyak RM627.40 lebih tinggi dari cukai tahun 2014.
Itulah nasib yang rakyat Pulau Pinang kena tanggung di bawah kerajaan DAP. Tol Sungai Nyiur yang lima kupang tidak dimansuh, cukai lain yang lagi banyak datang sejak DAP menguasai Penang. 

STATEMENT IN RESPONSE TO THE PRESS RELEASE ISSUED BY H.E. AMBASSADOR OF THE DEMOCRATIC PEOPLE’S NORTH KOREA 


 

1. On 20 February 2017, the Ambassador of the Democratic People’s Republic of Korea to Malaysia issued a Press Release.  The Press Release contains a list of allegations related to the investigation surrounding the death of a DPRK citizen which occurred on 13 February 2017.  

 

2. These allegations, culled from delusions, lies and half-truths, are the basis from which the Ambassador concluded that “there could be someone else’s hand behind the investigation”, and that the “investigation by the Malaysian police is not for the clarification of the cause of the death and search of the suspect, but it is out of the political aim”.

 

3. When the Ambassador was summoned to the Foreign Ministry on 20 February 2017, it was emphasised by the Deputy Secretary General for Bilateral Affairs that the police investigation has been done impartially without fear or favour.  It was also conducted in compliance with Malaysian laws and regulations.

 

4. Any suggestion to the contrary is deeply insulting to Malaysia, as is the suggestion that Malaysia is in collusion with any foreign government.

 

5. This police investigation has been based on, and will also pursue, all leads available, including leads which go beyond, or not related to, the information provided by embassies and other entities.

 

6. In all civilised nations, it is the norm for cases such as these to be comprehensively investigated.  It is the responsibility of the government to do so.  The public also rightly demands it.  It is for this reason that information has been made public as and when needed.

 

7. It is also customary for embassies to cooperate fully with the host government in order to ensure that the investigation is as thorough as possible, and not to impugn the credibility of the investigation.

 

Minister of Foreign Affairs

PUTRAJAYA

20 February 2017

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KENYATAAN MEDIA

Menteri Luar Negeri, Malaysia

 

 

 

 

 

 

 

JAWAPAN DARIPADA YB DATO’ SRI ANIFAH HAJI AMAN, MENTERI LUAR NEGERI KEPADA KENYATAAN AKHBAR OLEH TYT DUTA BESAR REPUBLIK DEMOKRATIK RAKYAT KOREA

KE MALAYSIA

BERKAITAN DENGAN KEMATIAN SEORANG RAKYAT

REPUBLIK DEMOKRATIK RAKYAT KOREA DI MALAYSIA

 

1. Pada 20 Februari 2017, Duta Besar Republik Demokratik Rakyat Korea ke Malaysia telah mengedarkan satu kenyataan akhbar.  Kenyataan akhbar tersebut mengandungi beberapa tuduhan terhadap siasatan kematian seorang warganegara negara tersebut yang berlaku pada 13 Februari 2017.

 

2. Tuduhan-tuduhan tersebut, yang bersandarkan khayalan, pembohongan dan perkara yang hanya separuh benar, telah menjadi asas kepada kesimpulan Duta Besar tersebut bahawa “penyiasatan tersebut didalangi oleh pihak yang berada di sebalik tabir” dan “penyiasatan yang dikendalikan bukan bertujuan untuk mendapat tahu punca kematian dan untuk mencari saspek, tetapi bermotifkan politik”.

 

3. Apabila Duta Besar dipanggil (summoned) oleh Kementerian Luar Negeri, Timbalan Ketua Setiausaha bagi Hal-Ehwal Duahala telah menekankan bahawa penyiasatan tersebut telah dijalankan tanpa memihak kepada sesiapa.  Ia juga telah dijalankan mengikut undang-undang serta peraturan-peraturan Malaysia.

 

4. Apajua tohmahan yang dibuat yang menyangkal hakikat ini, ataupun apajua tohmahan bahawa Malaysia bersekongkol dengan mana-mana negara asing merupakan penghinaan yang amat besar terhadap Malaysia.

 

5. Penyiasatan polis tersebut adalah berdasarkan kesemua petunjuk (leads) yang ada.  Petunjuk-petunjuk ini akan disiasat sepenuhnya.  Petunjuk-petunjuk tersebut mungkin melangkau, dan di dalam sesetengah kes, tidak ada hubungkaitnya dengan maklumat yang diberi pihak kedutaan mahupun entiti-entiti lain.

 

6. Di mana-manapun negara yang bertamadun, adalah menjadi amalan bahawa kes sedemikian rupa akan disiasat secara sekomprehensif mungkin.  Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk berbuat demikian. Pihak awam juga akan menuntut perkara yang sama.  Oleh yang demikian, maklumat kepada umum telah diberi apabila perlu.

 

7. Adalah juga menjadi kelaziman bagi pihak kedutaan untuk bekerjasama sepenuhnya dengan kerajaan negara hos untuk memastikan bahawa penyiasatan yang dijalankan adalah serapi mungkin, dan bukannya untuk menimbulkan syak-wasangka terhadap penyiasatan tersebut.

 

Menteri Luar Negeri

PUTRAJAYA

20 Februari 2017

LIM KIT SIANG’S CONDITIONAL VOLUNTEERISM IS A POLITICAL GIMMICK


KUALA LUMPUR – Lim Kit Siang’s conditional volunteerism is evident in his attempt to push politically motivated terms of reference. Lim Kit Siang should instead, come with clean hands if he wishes to assist task force.
2. The Task Force that the Cabinet had agreed upon is confined to a limited set of terms of reference which are to analyze and scrutinize the forex losses involving Bank Negara in the 1990s, if there is any. The task force will then, propose the appropriate actions to be taken upon completion of the preliminary investigation within the stipulated time.

3. However, Kit Siang’s condition is also baseless and irrelevant as 1MDB had already been investigated by a Special Task Force comprises of, among others, the Auditor-General, Attorney-General and Malaysian Anti-Corruption Commission and also by the Public Accounts Committee (PAC) which also includes lawmakers from the Opposition.

DATO ‘ SRI AZALINA BINTI OTHMAN SAID

Minister in the Prime Minister’s Department
20 February 2017

Lim Kit Siang dan isu FOREX


Kenyataan Media:-

Saya merujuk kenyataan YB LIM KIT SIANG spt yg di siarkan hari ini oleh berita on line MALAYSIAKINI,bahawa beliau menawarkan diri secara sukarela berucap mengenai KERUGIAN FOREX dalam siri Roadshow PENERANGAN UMNO MALAYSIA.Beliau memberi saya tempoh 48jam utk memberi maklumbalas.

Saya ucapkan terima kaseh atas tawarannya itu.Saya juga ucapkan penghargaan atas pengiktirafan YB LIM KIT SIANG akan betapa pentingnya SIRI PENERANGAN UMNO MALAYSIA sehingga beliau sanggup mengubah jadualnya utk menyertai roadshow ini

Walau Bagaimana pun sukacita saya tegaskan bahawa UMNO adalah sebuah parti yg sentiasa menjaga kedaulatan PERLEMBAGAAN NEGARA,mempelopori kesederhanaan,sentiasa menjunjung tinggi prinsip RUKUN NEGARA,mempertahankan muafakat pelbagai kaum dan agama,saling hormat menghormati SERTA SENTIASA MENGUTAMAKAN KEPENTINGAN RAKYAT DAN NEGARA

Oleh kerana mengikut YABhg Tun Dr Mahathir Mohamed,YB LIM KIT SIANG adalah seorang yg RACIST,tidak menghormati SYARIAH DAN AGAMA ISLAM dan beliau juga di ketahui sbg seorang yg kuat mengamalkan dasar SOSIALISMA,KRONISMA DAN NEPOTISMA sehingga menimbulkan keresahan dlm kalangan ahli serta pimpinan DAP sendiri,serta merupakan DE FACTO LEADER dlm DAP dan DAP-LED OPPOSITION,maka platform UMNO ADALAH SANGAT TIDAK SESUAI UTK AHLI POLITIK SEDEMIKIAN.

Kita juga khuatir kiranya beliau akan terus mengambil kesempatan dalam usaha beliau membela anaknya yg kini menghadapi dakwaan di mahkamah..serta terus menerus bertindak licik utk memecah belah perpaduan politik orang Melayu dlm percubaan DAP menguasai politik negara.

JUSTERU PENYERTAAN YB LIM KIT SIANG DLM SIRI ROADSHOW PENERANGAN UMNO ADALAH TIDAK SESUAI DAN TIDAK DI PERLUKAN

Walaubagaimanapun kita bersetuju dengan gesaan YB LIM KIT SIANG sejak dulu agar apa yg beliau istilahkan sebagai SKANDAL FOREX ini disiasat demi kepentingan negara.

Annuar Musa
20/2/17
7.30pm

​Skandal Forex Bank Negara Adalah Jenayah Komersial Bukannya Sivil


Tidak perlulah Mahathir melalak ke hulu ke hilir dengan penuh riak dan takabur bahawa kononnya Dato Seri Najib tidak berani saman dirinya atas tuduhan penyelewengan wang rakyat dalam isu 1MDB.
Mahathir begitu bangga kononnya setiap hari dia berzikir kepelusuk negara menyatakan Najib pencuri dan penyamun. Mahathir kata Najib tidak berani saman.
Maka atas sebab ini rumusan dibuat pada sidang akhbar di Program Bicara Perdana, bahawa jika Najib tidak berani saman, maka Najib bersalah dan takut.
Akibat terlalu tua , otak yang berusia 91 ini lupa bahawa dia juga tidak berani seret Najib ke mahkamah berkenaan dakwaannya.
Najib menunggu sekian lama tetapi Mahathir tidak juga tampil dengan dakwaannya di mahkamah. Apakah Mahathir penakut kena saman kembali ?(counter sue).
Apa pun kerana terlalu banyak bohong ,maka Mahathir pun terlupa bohongnya yang dia pernah mengaku “saya tiada bukti”. Mahathir pun pernah cakap perkara itu dalam satu temubual bersama wartawan.
Jadi dalam ketiadaan bukti pun masih mahu kumpul dosa di hujung usia. Selain itu Mahathir juga berkata dia tidak takut jika ditangkap dalam isu skandal FOREX BNM.
Untuk makluman Tun Mahathir, ini bukanlah soal takut atau berani, tetapi persoalan “apa kah yang terjadi” kepada wang negara. Itulah fokus utama siasatan yang sedang di usaha kan oleh ‘task force” RCI.
Buku kewangan negara tidak dapat ditutup secara rasmi dan betul kerana penjumlahan kerugian begitu samar samar dan pengeluaran wang negara dibuat secara tidak berhemah.
Jika Mahathir bangga berkata Najib takut untuk tangkap dirinya pada skandal ini, harus diingat bahawa siasatan belum bermula pun. Hanya orang seperti Mahathir sahaja akan menangkap orang tanpa pembuktian dan perbicaraan.
Tambah lagi kes ini adalah kes komersial dan bukan kes sivil. Itulah dia Mahathir , asal sahaja dapat pegang mikropon maka saat itulah dia seronok berbohong tambah lagi di hadapan rakyat yang rata rata tidak tahu banyak hal.
Pada isu 1MDB ,  Mahathir telah menipu rakyat yang tidak pernah bekerja di pejabat , apatah lagi di bank bank dengan kisah “Najib curi duit”.
Mahathir bercerita seolah olah amat mudah keluar masuk wang tanpa ada tanda tangan dokumen yang sah oleh “authorise person” dan tarikh keluar masuknya.
Para petani, pesawah, nelayan dan orang ramai ditipu hidup hidup oleh Mahathir bahawa begitu mudah alihkan wang dari satu institusi ke satu institusi lain.
Sedangkan hendak tuntut “petty cash” RM50 pun ada pihak yang perlu tanda tangan beri dan terima. Serta dokumen lampiran yang harus ditunjuk kan.
Begitulah rakyat Malaysia yang suka ditipu.
Pasaran untuk ini memang sedia ada. Rafizi Ramli juga pernah mendapat jutaan like dan sokongan dan rakyat membantunya menyebarkan kisah cincin Rosmah , tetapi berakhir dengan pengakuan “Saya hanya bergurau” sahaja di mahkamah apabila disaman.
Maka , elok sangatlah Mahathir henti berbohong kepada rakyat, usah pergunakan mereka untuk kepentingan peribadi.
Ini bukan zaman pemerintahan di mana orang diugut, ditangkap malam malam dan dikenakan ISA, ini zaman Najib Razak, orang fitnah hari hari macam Mahathir pun boleh bebas.

Lim Kit Siang Punca Perpecahan Dalaman DAP, Bukan BN


1. Saya melihat tuduhan Lim Kit Siang terhadap pemimpin UMNO dan Barisan Nasional, termasuk YAB Perdana Menteri mengadakan operasi ‘black ops’ untuk menumpaskan DAP adalah tidak berasas.

2. Malahan Lim Kit Siang turut membuat tuduhan jahat dengan mengatakan taktik propaganda ketakutan, kebencian dan penipuan digunakan oleh para menteri termasuk YAB Perdana Menteri sendiri.

3. Kesemua tuduhan-tuduhan Lim Kit Siang ini adalah klasik bagi dirinya yang gemar meletakkan kesalahan dan kelemahan beliau sendiri kepada orang lain.

4. Apa yang media laporkan adalah realiti sebenar yang berlaku dan sekiranya terdapat elemen ‘black ops’, saya mensyorkan kepada Lim Kit Siang untuk membuat laporan polis seperti mana yang pernah beliau selalu lakukan sebelum ini.

5. Namun, Lim Kit Siang hanya mampu bercakap di dalam sidang media sahaja kerana sedar apa yang dilaporkan oleh media adalah perkara yang sebenarnya berlaku.

6. Lim Kit Siang sepatutnya sedar bahawa dirinya sendiri merupakan seorang yang hipokrit kerana semasa 22 tahun Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, Lim Kit Siang merupakan penentang utama kepada Tun.

7. Apabila Tun Dr. Mahathir mahu menentang UMNO dan Barisan Nasional, maka Lim Kit Siang terus melupakan apa yang beliau pernah katakan kepada Tun malah menghulurkan tangan untuk menjadi saudara politik.

8. Ramai daripada ahli DAP melihat secara langsung sikap hipokrit keterlaluan Lim Kit Siang dan sebahagian daripada mereka akhirnya sedar bahawa DAP bukan lagi sebuah parti yang telus berjuang demi rakyat tetapi berjuang demi kelangsungan politik Lim Kit Siang dan keluarganya sahaja.

9. Kenyataan YAB Perdana Menteri jelas menunjukkan realiti politik sebenar pembangkang iaitu DAP merupakan pemegang kerusi tertinggi di kalangan pakatan pembangkang dan berkuasa untuk menentukan hala tuju pakatan itu sendiri.

10. Manakala di dalam DAP pula, Setiausaha Agung adalah anaknya sendiri dan ini menjadikan Lim Kit Siang sebagai individu yang paling berpengaruh di dalam parti.

11. Lihat sahaja apabila Lim Kit Siang tidak bersependapat dengan PAS, bukan DAP yang keluar daripada pakatan tetapi PAS yang keluar dan ahli parti pakatan yang lain tetap bersama DAP dan Lim Kit Siang.

12. Hal ini sahaja jelas menunjukkan Lim Kit Siang adalah ‘de facto leader’ bagi pakatan pembangkang.

13. Saranan saya kepada Lim Kit Siang adalah untuk berhenti menyalahkan orang lain tetapi mengakui sahaja kelemahan dan kesilapan beliau sendiri yang mana sejak penubuhan DAP telah beliau telah memanipulasi ahli dan penyokongnya untuk membenci UMNO dan Barisan Nasional tanpa sebarang sebab yang kukuh.

14. Sejak ditubuhkan kira-kira 50 tahun yang lalu sehingga kini, saya percaya bahawa yang kerap melakukan ‘black ops’ untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional dan menjadi punca perpecahan rakyat Malaysia adalah Lim Kit Siang dan DAP itu sendiri.

Ab Aziz Kaprawi
Ahli Majlis Tertinggi UMNO
Ketua UMNO Bahagian Sri Gading

Previous Older Entries