​Apa Boleh Dibuat Dengan RM44 Billion Yang Hilang Semasa Skandal Forex Zaman Mahathir? 


5 hari lepas, Datuk Abdul Murad Khalid, bekas Timbalan Gabenor Bank Negara mendedahkan bahawa kehilangan sebenar wang semasa Skandal Forex pada 1993 adalah USD$10 billion atau bersamaan dengan nilai RM44 billion pada hari ini. 
Nilai itu besar dan ianya amat memberi kesan kepada ekonomi negara jika wang itu digunakan untuk tujuan pembangunan dan membantu masyarakat. Apa boleh dibuat dengan nilai RM44 billion itu? 
Mahathir sebenarnya cemburu dengan pemberian BR1M yang dilakukan oleh Dato Seri Najib. Pada mulanya Mahathir menyatakan BR1M adalah rasuah, kemudian bila melihat fatwanya itu tidak popular maka Mahathir membuat “U TURN” menghalalkan semula BR1M pada 14 Januari 2017 ketika majlis perasmian parti bunganya. 
Apa kata kalau Mahathir sendiri buat BR1M pada 1993? Apa agaknya akan berlaku? Pada tahun 1993, ada sejumlah 19.6 juta rakyat Malaysia. Jika mengikut takrifan B40 yang dibuat sekarang ini, pada masa itu terdapat sejumlah 20% rakyat miskin di luar bandar dan 7% di kawasan bandar. 
Secara anggaran, sejumlah 5 juta orang rakyat miskin (27%). Pada waktu ini, Dato Seri Najib memberi BR1M sejumlah RM1200 kepada golongan B40 ini. Andaikanlah Mahathir juga melaksanakan BR1M pada tahun 1993 dan memberi RM600 kepada semua 5 juta rakyat yang dikategorikan miskin pada waktu itu menurut statistik Economic Planning Unit, EPU pada masa 1993. 
RM600 kepada 5 juta orang menelan belanja RM3 billion setahun. Jika Mahathir melaksanakan BR1M ini hingga tahun 2000, ianya baru menelan belanja 21 billion selama 7 tahun. 
Bayangkan RM600 ini dibayar pula secara dua peringkat RM300 pada awal Februari seperti sekarang dan baki RM300 pada hujung tahun. Besar nilainya pada rakyat wang sejumlah itu. 
Baru RM21 billion. Ada lagi baki RM23 billion. Kalaulah pada ketika itu Mahathir sudah laksanakan projek Lebuhraya Pan Borneo, sudah tentu nilainya sekitar 5 billion sahaja berbanding kos sekarang iaitu 27 billion. Rakyat Sabah dan Sarawak sudah dapat nikmati jalan yang sempurna dan tanpa tol awal lagi, namun itu tidak menjadi pilihan Mahathir. 
Laksanakan BR1M selama tujuh tahun, 1993-2000 (RM21 billion) dan Lebuhraya Pan Borneo (RM5 billion), ada lagi baki RM18 billion. Dengan baki ini, Mahathir masih lagi boleh buat KLCC yang kosnya RM4 billion, KLIA yang kosnya RM7 billion dan Litar Sepang yang kosnya RM400 juta. 
Masih ada lagi baki, RM6.6 billion. Mahathir sudah lama dah boleh buat landasan berkembar ETS dari KL ke Padang Besar yang kini kosnya RM1 billion. Mungkin waktu itu hanya menelan belanja RM600 juta sahaja termasuk gerabak dan kemudahan stesyen yang baru, tetapi Mahathir memilih untuk tidak membuatnya. 
Ada lagi baki RM6 billion. Apa boleh dibuat? Kos pembinaan Lebuhraya PLUS adalah RM6 billion. Jika pada waktu itu Mahathir mengambil alih Lebuhraya PLUS menjadi milik kerajaan sudah pasti sekarang ini lebuhraya itu akan menjadi percuma dan tanpa tol.
Ini tidak, Mahathir mewariskan kenaikan kutipan tol itu kepada Perdana Menteri selepasnya untuk memikul beban itu. Bukan itu sahaja, anak cucu pengundi Mahathir di Kubang Pasu selama berpuluh puluh tahun juga dibebankan dengan tol hampir RM120 dari Tol Jalan Duta ke Tol Hutan Kampung jika pulang ke kampung. 
Cukuplah RM44 billion. Jika wang ini tidak lesap mungkin banyak faedahnya kepada negara. Hari ini ramai rakyat negara kita membandingkan kenapa Lebuhraya di United Kingdom tiada tol dan mengapa di Malaysia ada tol. 
Itulah sebabnya, sebab pada zaman itu Mahathir memilih untuk laksanakan tol dan bukannya lebuhraya percuma seperti Lebuhraya Pan Borneo yang mahu dibuat pada zaman Dato Seri Najib. 
Banyak nilainya RM44 billion. Bermacam macam perkara boleh dibuat. Kalau dibuat MRSM, hospital, universiti, sekolah dan rumah rakyat sudah tentu lebih banyak lagi jumlahnya. Namun wang itu hilang entah ke mana. Hendak kata apa pada status wang RM44 billion itu? 
Rugi atau dicuri? Sebab itu perlu badan khas menyiasat Skandal Forex ini.

Advertisements

1 Comment (+add yours?)

  1. Columbus
    Feb 23, 2017 @ 06:31:58

    Hello, its pleasant post regarding media print,
    we all be familiar with media is a wonderful source of data.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: