​Siasatan JAIJ Skandal Muhyiddin Akan Panaskan Mahathir Dan PPBM


Skandal yang mengaitkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa mempunyai hubungan dengan seorang wanita, Nika Gee Siew Yee akan memanaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) apabila dokumen penting mengenainya telah dikemukakan kepada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ).

Dokumen yang diserahkan oleh Presiden Jaringan Melayu Malaysia, Datuk Azwanddin Hamzah kepada JAIJ itu adalah bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap Muhyiddin yang kini merupakan presiden PPBM.
Bahan bukti itu merangkumi satu Akuan Bersumpah (SD) bekas Timbalan Pendakwa Raya, Stanley Clement Agustion, yang merupakan bekas suami kepada Nika, yang mendakwa Muhyiddin mempunyai hubungan dengan Nika.
Pada 27 Disember lalu, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dikatakan berjanji akan meneliti dokumen berkaitan dakwaan skandal seks itu.
Jika pihak berkuasa itu menjalankan siasatan, maka sudah pasti ia akan memanaskan PPBM yang selama ini dikaitkan dengan kontroversi. 
Sebelum ini PPBM telah dibayangi dengan dakwaan skandal seks melibatkan bekas ketua srikandinya, Anina Saadudin manakala ketua armada parti itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula telah mengejutkan ramai dengan gambar-gambarnya ketika `clubbing’ di kelab malam.
Sudah pasti, siasatan JAIJ juga akan memeningkan Mahathir yang sedang mengatur strategi untuk memastikan partinya mendapat tempat pada pilihan raya umum (pru) ke-14 nanti. Sudah pasti beliau mahu PPBM dilihat bersih daripada sebarang kontroversi demi menambat hari pengundi.
Tetapi apabila siasatan JAIJ itu dilakukan, ia pasti akan mendedahkan semuanya. Imej PPBM juga sudah pasti akan terjejas teruk apatah lagi Muhyiddin sehingga kini masih berdiam diri mengenai isu skandal tersebut walaupun orang kuat Mahathir, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan telah mendesak Muhyiddin membersihkan namanya daripada skandal terbabit.
Bagi Mahathir pula, siasatan JAIJ bakal menjadi satu tamparan hebat kepadanya tatkala Agensi Perisikan Pusat (CIA) iaitu salah satu agensi keselamatan bagi negara Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini mendedahkan dokumen mengaitkan beliau dengan skandal kewangan Bumiputra Malaysia Finance Ltd. (BMF) yang pernah menggegarkan negara sekitar 1980-an.
Ternyata kontroversi demi kontroversi yang melanda PPBM telah menyedarkan rakyat, bagaimana parti tersebut yang beberapa bulan ditubuhkan sebenarnya mempunyai banyak masalah. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: