RUU355: AHLI PARLIMEN ISLAM KERAJAAN VS AHLI PARLIMEN ISLAM PEMBANGKANG


Allah SWT memerintahkan kita untuk saling “berta’awun”, (bekerja sama) didalam kebajikan dan ketakwaan serta melarang dari saling “berta’awun” di dalam perbuatan dosa dan permusuhan

Allah SWT berfirman:

“Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksaannya”
(Al-Maidah, Ayat 2)

1. Pemerkasaan Rang Undang Undang 355 yang dibawa oleh ahli parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan dicadang oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Sri Azalina Othman Said serta disokong oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Rashid telah berjaya dilakukan pada sidang Parlimen terakhir tahun 2016.

2. Ketika ini RUU355 sedang menghadapi cabaran persepsi jahat apabila ada dikalangan ahli parlimen Islam pembangkang terutama dari parti yang baru ditubuhkan menjadi tunggangan kepada sebuah parti yang meneruskan ideologi Komunis (Bintang Tiga) dalam alaf moden telah bertindak memberi gambaran yang salah berkenaan RUU355.

3. Provokasi yang telah dilakukan oleh ahli parlimen Islam dari pihak pembangkang telah berjaya mengelirukan umat Islam dan menyebabkan mereka memandang hina usaha memperkasakan RUU355.

4. Sebagai orang Islam, kita semua bertanggungjawab tanpa mengira ideologi politik kepartian, seharusnya kita sama-sama berusaha memberi penerangan dan didikan serta penjelasan kepada rakyat, terutama yang beragama Islam dan tidak terkecuali yang bukan beragama Islam berkenaan RUU355, agar kekeliruan dan kesangsian rakyat terhadap RUU355 akibat provokasi dari ahli parlimen pembangkang terutamanya yang beragama Islam dapat diselesaikan.

5. RUU355 ini merupakan salah satu dari ciri Maqasid Shariah dan perlaksanaan syariat Islam tidak terhad kepada undang-undang yang dinaskan dalam al-Quran sahaja , bahkan Islam mensyariatkan hukuman ta’azir yang memberikan bidang kuasa kepada para hakim untuk menjatuhkan hukuman kepada pesalah berdasar elemen keadilan, dan ini yang terkandung dalam RUU355.

Dato’ Hj Zein Isma Hj Ismail
Pengerusi Sekretariat Dakwah Parlimen Subang

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: