Ada tidak kena projek terowong dasar laut DAP


Ada sesuatu tidak kena dengan projek terowong dasar laut atau jambatan ketiga Pulau Pinang.

Sehingga kini, kerajaan Pakatan Pulau Pinang masih gagal mengemukakan laporan terperinci termasuk reka bentuk walaupun sudah lima kali diminta oleh Kementerian Kerja Raya.

Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM305 juta untuk kajian itu.

RM135 juta telahpun dibelanjakan tetapi masih gagal memberi laporan kepada kementerian.

Ogos tahun lalu, kerajaan Pulau Pinang mengaku kajian itu belum siap dan berjanji menghantarnya awal 2017.

Namun, setakat Mac 2017, kerajaan Pulau Pinang juga gagal menghantar laporan kajian.

Kos keseluruhan kajian RM305 juga dipersoalkan kerana terlalu mahal.

Projek terowong dasar laut ini menimbulkan banyak kontroversi antaranya ia menggenakan tol selama 30 tahun berbeza dengan janji pakatan untuk menghapuskan tol.
#PakatanProDAP

Rakyat patut kenang ‘jasa’ Dr Mahathir


Inilah ‘jasa-jasa’ Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang wajib diketahui seluruh rakyat Malaysia.

Keperitan hidup rakyat pada hari ini  disebabkan pelbagai caj yang dikenakan adalah hasil cetusan idea tokoh negarawan itu.

Daripada tol, harga minyak mahal, mengkayakan kronik, bailout syarikat kronik menggunakan wang rakyat, pemberian AP kepada ahli keluarga- semuanya bermula di zaman Dr Mahathir.

Sedikit masa dahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang malah Rafizi Ramli menggunakan ‘jasa-jasa’ ini untuk menyerang Dr Mahathir.

Namun, segala-galanya sudah berubah. Pakatan sudah boleh ‘tidur sebantal’ dengan Dr Mahathir seolah-olah melupakan dosa-dosa yang telah dilakukanya.

Mudah betul mereka lupa kezaliman Dr Mahathir tetapi rakyat tidak mudah lupa…

HUTANG LUAR TINGGI TIDAK BERMAKNA SESEBUAH NEGARA ITU BANKRAP ATAU MUFLIS


1. Menurut statistik rasmi Kerajaan Singapura, hutang luar negeri Singapura pada akhir Februari 2017 adalah SGD1.744 trilion – iaitu kira-kira RM5.5 trilion – atau RM5,500 bilion.

2. Baru-baru ini, pihak pembangkang menyebarkan kebimbangan TIDAK BERASAS kononnya Hutang Luar Negeri Malaysia (menggunakan definisi antarabangsa yang sama seperti Singapura) telah meningkat berkali ganda ke RM908.7 bilion. Malah yang lebih lucu, ada pula yang mendakwa jumlah itu adalah hutang Kerajaan Persekutuan!

3. Hutang Luar Negeri yang lebih tinggi tidak bermakna bahawa negara kita berada dalam kesusahan. Malah, seperti dalam kes Singapura dan Malaysia, ia merupakan perkara yang baik kerana isyarat untuk pelaburan dan deposit yang lebih tinggi ke dalam Malaysia dan pasaran kewangan yang semakin meningkat.

4. Definisi Hutang Luar Negeri adalah sangat luas dan merangkumi kedua-dua sektor awam dan swasta, bon korporat yang dikeluarkan oleh syarikat asing dan dilanggani oleh syarikat-syarikat asing, warga asing deposit ke dalam akaun bank Malaysia dan lain-lain.

Untuk rekod, Malaysia tidak berhutang apa-apa wang kepada IMF atau Bank Dunia.

Baca artikel ini untuk memahami maksud sebenar Hutang Luar Negeri.

https://www.theonlinecitizen.com/2016/09/15/why-does-singapore-have-such-a-high-external-debt-of-us1-75-trillion/

PRIME MINISTER NAJIB RAZAK ANNOUNCES SAFE RETURN OF MALAYSIANS HELD IN NORTH KOREA


30th March 2017

1. I am pleased to announce that the nine Malaysians who had been barred from leaving North Korea have now been allowed to return to Malaysia. Alhamdulillah, they took off from Pyongyang today at 7.45pm Malaysian time, and will land in Kuala Lumpur tomorrow around 5am.

2. I would like to thank those in the Malaysian government involved in the negotiations, led by our Ministry of Foreign Affairs.‎ I had a deep personal concern about this matter, and we worked intensively behind the scenes to achieve this successful outcome. Many challenges were overcome to ensure the return of our fellow Malaysians. The safety and security of our citizens will always be my first priority.

3. We will now allow North Koreans to leave Malaysia. In addition, following the completion of the autopsy on the deceased and receipt of a letter from his family requesting the remains be returned to North Korea, the coroner has approved the release of the body.

4. The government believes strongly in the principles of justice and sovereignty. Our police investigation into this serious crime on Malaysian soil will continue. I have instructed for all possible measures to be taken to bring those responsible for this murder to justice.

5. As Prime Minister, I am grateful that all Malaysians united to overcome this crisis in the spirit of Negaraku. It shows what can be achieved for the nation if we work together as one.

DATO’ SRI NAJIB TUN RAZAK
PRIME MINISTER OF MALAYSIA
#NEGARAKU #BarisanProRakyat

KL Bandar Raya Paling Murah, Singapura Paling Mahal



1. Kuala Lumpur disenaraikan sebagai bandar raya paling murah di dunia dari segi kos sara hidup, manakala Singapura kekal sebagai negara paling mahal.
2. Dalam kaji selidik Kos Sara Hidup Di Seluruh Dunia 2017 oleh _Economist Intelligence Unit_, Kuala Lumpur berada di kedudukan ke-96 bandar paling mahal di dunia, bersama Bogota.
3. Singapura berada di kedudukan pertama, 20% lebih mahal dari New York yang berada di tangga ke-9 dan 5% lebih mahal dari Hong Kong yang menduduki tempat ke-2.
4. Kaji selidik itu membandingkan harga 160 barangan dan perkhidmatan di 133 bandaraya di seluruh dunia dan digunakan oleh pengurus sumber manusia untuk mengira pakej pampasan untuk mereka yang bertugas di luar negara.
5. Lima dari enam bandaraya paling mahal di dunia datangnya dari Asia. Selepas Singapura dan Hong Kong, Tokyo disenaraikan di kedudukan ke-4, diikuti Osaka (5) dan Seoul (6).
6. Zurich menjadi satu-satunya bandar Eropah yang menduduki senarai 6 teratas bandar paling mahal di dunia.

1MDB Sudah Bayar Semua Hutang 2015/16 – MOF


1. 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak mempunyai sebarang hutang bank atau hutang jangka masa pendek pada masa ini.

2. Kementerian Kewangan (MOF) dalam jawapan bertulis kepada Er Teck Hwa (DAP – Bakri) menjelaskan 1MDB telah membayar balik sepenuhnya semua hutang pada 2015 dan 2016.

3. Teck Hwa di dalam soalannya meminta Menteri Kewangan menyatakan jumlah pekerja, wang tunai, hutang dan aset yang diperoleh 1MDB di dalam dan luar negara pada 2015 dan 2016.

4. Menurut MOF lagi, tiada sebarang aset baharu di dalam negara atau di luar negara diperoleh 1MDB pada 2015 dan 2016 memandangkan 1MDB sedang melaksanakan pelan rasionalisasi.

5. Katanya, selaras dengan pelaksanaan pelan rasionalisasi itu, 1MDB mempunyai 35 orang pekerja pada 31 Disember 2015 dan 17 orang pekerja pada 31 Disember 2016.

6. Manakala, 1MDB telah memperoleh tunai sebanyak RM10.97 bilion pada 2015 dan 2016 melalui penjualan aset syarikat Edra Global Energy Bhd, penjualan sebahagian ekuiti syarikat Bandar Malaysia Sdn Bhd dan penjualan plot tanah di projek Tun Razak Exchange.

http://klxpress.com.my/parlimen/23199-parlimen-1mdb-sudah-bayar-semua-hutang-2015-16-mof.html

​Wan Azizah Mahu Jadi Presiden Bukan Sekadar Penasihat


Baru-baru ini, mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan telah memutuskan untuk melantik Mahathir  dan  Wan Azizah sebagai penasihat kepada Pakatan Harapan. 
Penasihat sahajalah, Mat Sabu dan DAP yang lebih berkuasa menentukan logo dan satu nama bagi PH.
Perlantikan ini telah meletakkan Pengerusi PPBM dan Presiden PKR ini sebagai dua badut sarkas sahaja buat Pakatan Harapan. 
Wan Azizah sendiri seperti enggan menerima perlantikan ini. Ini kerana, Wan Azizah sendiri enggan menghadiri mesyuarat berkenaan dan memberikan alasan masalah kesihatan mengganggu kehadirannya.
Belum pernah Wan Azizah tidak menghadiri sebarang mesyuarat Majlis Kepimpinan Pakatan Harapan sejak ianya ditubuhkan pada 16 September 2015. 
Wan Azizah pasti mengetahui, ianya adalah salah satu usaha tersembunyi DAP dan Azmin untuk melemahkan kuasa yang ada pada dirinya.
Bukan satu rahsia bahawa Wan Azizah sebenarnya mahu menjadi Presiden kepada apa jua pakatan pembangkang yang dibentuk. Menjadi Presiden untuk suaminya, Anwar.
Lihat sahaja kepercayaan yang diberikan oleh Anwar  terhadap dirinya. Tiada orang lain yang lebih dipercayai Anwar selain daripada Wan Azizah.
Mudah untuk kita lihat, berapa lama Wan Azizah menjadi Presiden PKR, baik sebelum mahupun selepas Anwar dibebaskan dari penjara. Nama Wan Azizah terus kekal menjadi Presiden PKR.
Umum sedia maklum bahawa nama Anwar cukup dominan dalam Pakatan Harapan. Justeru, sebagai orang yang diberikan kepercayaan penuh oleh Anwar, bukan satu perkara yang menghairankan apabila Wan Azizah turut mahu namanya diletakkan sebagai Presiden Pakatan Rakyat. Bukan hanya sekadar penasihat yang disifatkan yang hanya layak untuk ahli politik pencen sahaja.
Wan Azizah pasti sedar, dia harus memainkan peranan yang lebih besar bagi memastikan laluan Anwar untuk menjadi calon Perdana Menteri buat PH tidak berkubur begitu sahaja. 
Laluan ini akan sentiasa terbuka sekiranya Wan Azizah sendiri mengetuai Pakatan Harapan dan bukannya hanya sekadar menjadi penasihat. Beliau sudah menjadi Presiden PKR sejak sekian lama malah dalam perjalanan politiknya, Anwar juga turut menyediakan laluan untuknya menjadi Menteri Besar Selangor menerusi Langkah Kajang.

Lihat sahaja apa yang berlaku di Permatang Pauh. Setiap kali Anwar hilang kelayakan sebagai calon, nama Wan Azizah lah yang akan dipertaruhkan untuk menggantikan suaminya.
Bukankah itu bukti jelas bahawa Wan Azizah lebih mahukan kuasa yang dominan dari sekadar menjadi penasihat? Sebab itulah Wan Azizah masuk hospital, merajuk sebab diletak sebagai penasihat sahaja.

ULANG TAYANG 


82% projek BN siap, Bukti Janji Ditepati


82 peratus projek Aku Janji Kerajaan Persekutuan (AKP) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) siap sepenuhnya setakat 15 Mac lalu.

Jumlah itu melibatkan peruntukan bernilai RM 72.26 billion. Ini sekaligus membuktikan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak menepati janji yang dibuat pada PRU-13.

Antaranya projek-projek yang telah dilaksanakan pembinaan MRT antara Sungai Buloh-Semantan sepanjang 23 km, 234,832 unit rumah mampu milik yang siap sepenuhnya dan penyambungan laluan LRT Sri Petaling dan Kelana Jaya ke Putra Height sepanjang 35.1 km.

Jawatankuasa Kebangsaan AKP akan terus memantau bagi memastikan janji-janji PRU13 dilaksanakan.

Tahun ini, kerajaan memberi tumpuan meningkatkan jumlah BRiM dengan kos RM6.8 billion dan pembinaan projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL).

#BarisanProRakyat

APA MAKSUD LIMA EKOR BABI?


*BONGKAR DAP Siri 3 – *

Pada awalnya ramai yang menyangka apabila DAP sering memanggang lima ekor babi dalam majlis-majlis keramaian mereka ia bermaksud lima negeri yang telah berjaya ditawan pasca PRU-12 (Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan).

Secara simbolik, mungkin benar tanggapan tersebut.

Walau bagaimanapun, lima ekor babi ini sebenarnya mempunyai maksud yang lebih besar dan jelas. Hanya pemimpin dan ahli DAP yang sejati sahaja akan faham erti tersirat pada angka lima yang sering digunakan (babi itu hanyalah sandaran sahaja) ini yang sebenarnya adalah simbolik bintang lima bucu komunis.

Setiap bucu bintang ini menegaskan prinsip-prinsip perjuangan komunis yang berbeza iaitu ketenteraan, intelegensia, petani, buruh dan generasi muda. Prinsip-prinsip ini hari ini telah dijadikan asas pembentukan hala tuju dan sikap DAP yang diolah berdasarkan nilai-nilai semasa masyarakat di Malaysia.

Misalnya, prinsip ketenteraan telah diolah kepada prinsip yang lebih lembut yang bermaksud kekuatan sokongan dan strategi gempur yang ampuh dan konsisten serta bermotifkan pemecahbelahan struktur dan dominasi politik orang Melayu manakala intelegensia atau perisikan pula diaplikasikan sebagai teknik untuk melemahkan apa-apa sahaja institusi yang selama ini menampan kekuatan orang Melayu terutamanya kerajaan pusat pimpinan UMNO.

DAP juga bijak memanipulasi golongan bawahan (bucu petani dan buruh) melalui serangan bersifat persepsi negatif terhadap kerajaan, sama seperti kaedah perang propaganda yang pernah digunakan oleh Parti Komunis Malaya pimpinan Chin Peng ketika era komunis dahulu. Generasi muda pula dijadikan sasaran utama atas kepercayaan bahawa golongan ini terpelajar, berpemikiran terbuka atau liberal dan senang diracuni dengan agenda kebebasan.

Justeru tidak hairanlah jika DAP hari ini dilihat sebagai parti pembangkang paling berkuasa dan dominan berbanding parti-parti lain. Ia bukan sahaja tua dari segi usia dan mempunyai sejarah panjang dalam arena politik negara tetapi turut dibina dengan teliti dan cermat, penuh strategi serta dibarisi para pemimpin yang konsisten dalam memperjuangkan agenda TAWAN MALAYSIA.   

*Berita lanjut di page Darul Ehsan Leaks*

https://www.facebook.com/darulehsanleaks/

Ikuti info-info negeri Selangor di page *Darul Ehsan Leaks.*

Dan *KENA SAVE* nombor ini (0145154521) bagi memudahkan broadcast msg atas nama *D.E.LEAKS* dan whatsapp *”Saya Mahu Info D.E.Leaks” serta nyatakan nama anda untuk kami salurkan info ke nombor anda.

Sebarkan pada group dan sahabat-sahabat anda.

#deleaks
#infoselangor

​Anwar Tak Restu Penggunaan Logo Dan Satu Nama?


Baru-baru ini, Mahathir memaklumkan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah menyertai Pakatan Harapan. Mahathir turut memberitahu PPBM mahu nama dan logo pakatan ditukar.
Sementara presiden PPBM, Muhyiddin Yassin pula mencadangkan supaya nama Pakatan Harapan ditukar kepada Barisan Rakyat.
Namun hasrat berkenaan tidak kesampaian apabila mesyuarat presiden Pakatan Harapan yang diadakan beberapa hari lepas telah menolak cadangan pertukaran nama berkenaan.
Susulan itu timbul cakap-cakap politik bahawa Anwar Ibrahim tidak merestui penggunaan satu logo dan satu nama, seperti yang dicadangkan itu dan sebarang pertukaran logo atau nama baru bagi gabungan terbabit dikatakan perlu mendapat restu daripada Anwar sendiri. 
Walaupun ia hanya sembang-sembang politik tetapi perkara itu mula diperkatakan oleh banyak pihak. Apatah lagi ketika ini Mahathir dikatakan meneutralkan pengaruh Anwar dalam Pakatan Harapan.
Mahathir juga cuba membentuk acuannya sendiri dalam pakatan, sama seperti yang cuba dilakukan dalam UMNO dan ke atas pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, namun beliau tidak berjaya.
Bukan itu sahaja, terdapat bayangan PPBM mahu mengetuai Pakatan Harapan, susulan kenyataan Muhyiddin baru-baru ini bahawa adalah penting bagi memastikan pakatan itu dipelopori oleh parti yang berteraskan Melayu bagi mewujudkan keyakinan rakyat.
Mungkin disebabkan itu juga, Anwar telah menggunakan kesempatan yang ada untuk membincangkan mengenai perkara berkenaan dengan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah ketika beliau melawat presiden PKR itu di hospital.
Anwar menghabiskan masa selama 45 minit untuk bertemu Wan Azizah. Punca Wan Azizah masuk hospital bagaimanapun tidak diketahui.
Sakit politik rupanya. 45 minit berbincang mengenai strategi politik bila PPBM masuk PH. Anwar masih memberi arahan kerana tidak mahu impiannya menjadi PM terpadam. Logo dan nama baru untiuk Pakatan, tidak dipersetujui Anwar.

Bagaimana Kit Siang ‘bunuh’ Tan Seng Giaw


Tan Seng Giaw, ahli parlimen DAP yang cukup popular dalam kalangan akar umbi dan diramal bakal mengambil alih kepemimpinan tertinggi DAP.

Kit Siang mahu memastikan tiada pemimpin DAP lain lebih popular daripada dirinya dan anaknya Guan Eng sekaligus memastikan  Dinasti Lim terus menguasai DAP.

Siasatan kumpulan khas yang dibentuk Kit Siang diketuai Anthony Loke pada Oktober 2012 menemukan keputusan membimbangkan Kit Siang dan Guan Eng.

Seng Giaw diramal memperoleh undi tertinggi, Kit Siang pula tidak berada dalam senarai 20 teratas manakala Guan Eng hanya mampu di tangga 18 atau 19.

Maklumat sulit Anthony Loke juga mendapati ahli DAP berketurunan India tidak akan mengundi Guan Eng kerana Ketua Menteri Pulau Pinang itu dilihat mengamalkan perkauman.

Maklumat mengejutkan itu membuatkan Kit Siang mengarah Anthony Loke mengatur strategi untuk memastikan beliau menang tempat teratas dan Guan Eng tangga kedua pada pemilihan Disember 2012.

Selain Seng Giaw, lima lain yang perlu disingkitkan ialah Teng Chang Khim, Nga Kor Ming, Ngeh Koo Ham, Chow Kon Yeow dan Boo Cheng Hau.

Stretagi yang pertama ialah mereka lewat menghantar notis untuk mesyuarat tersebut; hanya lima hari dan bukannya yang diperlukan 14 hari. Seterusnya mereka menghantar notis kepada hanya separuh perwakilan dan menangguhkan notis kepada kira-kira 1,300 perwakilan, kebanyakannya ahli-ahli berbangsa India.
Kemudian mereka membenarkan 547 perwakilan haram mengundi, terutamanya ahli-ahli berbangsa Cina. 547 ini diminta untuk mengundi hanya enam orang manakala Anthony Loke dan Vincent Wu ‘memangkah’ baki 14 nama.
Hasilnya adalah Kit Siang mendapat tempat teratas, kedua Guan Eng  dan Seng Giaw telah ‘dibunuh’.

Ini bukan kali pertama Kit Siang menipu dalam pemilihan parti untuk menghilangkan ancaman terhadap kepimpinannya. Ramai yang masih ingat ‘pembunuhan’ yang paling terkenal sekali, Lee Lam Thye pada akhir 1980-an  yang sepatutnya akan menjadi pemimpin DAP dan bukannya Kit Siang.

Dengan mengawal 20 ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC), Kit Siang memutuskan siapa yang menjadi pengerusi parti, setiausaha agung parti dan Ketua Pembangkang di Parlimen.

Kit Siang juga memutuskan siapa yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Dengan kata lain, Kit Siang mengawal DAP dan membuat keputusan dalam Pakatan Harapan termasuk menyingkirkan PAS.

Tempoh Tunggu Giliran Tunai Haji Dipendekkan 13 Tahun


1. Tempoh menunggu giliran menunaikan ibadah haji dipendekkan daripada 102 tahun kepada 89 tahun berikutan penambahan kuota haji rakyat negara ini daripada 30,200 berbanding 27,900 orang.

2. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, pengurangan tempoh menunggu sehingga 13 tahun itu menggembirakan 2.5 juta pendeposit Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) yang mendaftar untuk menunaikan haji.

3. Lawatan Raja Salman Abdulaziz Al Saud ke Malaysia baru-baru ini membawa berita gembira kepada jemaah haji yang terpaksa menunggu lama untuk menunaikan ibadat haji. Dengan penambahan kuota haji, tempoh menunggu dikurangkan 13 tahun dan kita bersyukur dengan perkembangan ini.

4. Terdahulu menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md Ramli, Jamil Khir menyifatkan kadar hibah Tabung Haji bagi tahun kewangan 2016 yang diumumkan bulan lalu sebanyak 4.25 peratus kepada 9.1 juta pendepositnya adalah kompetitif berbanding simpanan di institusi perbankan Islam lain.

#NEGARAKU #BarisanProRakyat

BONGKAR DAP Siri 1 – KOMUNISME YANG TIDAK PERNAH MATI


Generasi muda hari ini kenal DAP sebagai sebuah parti pembangkang yang hanya bercita-cita menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.

Ironinya, tak ramai yang benar-benar tahu sejarah parti ini. Siapa yang menubuhkannya dan bagaimana ia tertubuh? Adakah DAP benar-benar demokratik seperti yang dilaung-laungkan? Adakah DAP benar-benar memperjuangkan kesaksamaan dan kesamarataan?

DAP, walau apa pun rupa parasnya hari ini, juga lahir dengan cita-cita yang besar yang tidak pernah pudar iaitu MENGUASAI MALAYSIA SEPENUHNYA.

Parti ini bercambah dari benih-benih komunisme yang disemai oleh kepala pengganas komunis di Tanah Melayu suatu ketika dahulu iaitu Chin Peng melalui partinya, Parti Komunis Malaya (PKM).

Meskipun Chin Peng sudah mati dan PKM sudah luput, tetapi rantaian ideologi dan aspirasi perjuangan beliau kekal subur dan diteruskan oleh DAP melalui Lim Kit Siang yang juga sepupu kandungnya sendiri dan suku-sakatnya, tanpa pernah terputus.

Anda fikir mereka main-main? Fikir semula. Komunisme DAP hari ini tidak perlu bergantung kepada senjata api tetapi cukup sahaja dengan melaga-lagakan orang Melayu, menyerang institusi Islam dan mengamalkan rasisme atau perkauman seperti slogan “Hanya DAP Yang Kuat Boleh Melakukannya”.

Nantikan pembongkaran lebih lanjut selepas ini. Ayuh sharekan.

*Berita lanjut di page Darul Ehsan Leaks*

https://www.facebook.com/darulehsanleaks/

Ikuti info-info negeri Selangor di page *Darul Ehsan Leaks.*

Dan *KENA SAVE* nombor ini (0145154521) bagi memudahkan broadcast msg atas nama *D.E.LEAKS* dan whatsapp *”Saya Mahu Info D.E.Leaks” serta nyatakan nama anda untuk kami salurkan info ke nombor anda.

Sebarkan pada group dan sahabat-sahabat anda.

#deleaks
#infoselangor
#DAP
#Pembongkaran
#SelamatkanMalaysia

​Virus Mudah Lupa Sudah Berjangkit Pada Guan Eng


Sikap melulu dan putar belit Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng makin ketara apabila pendedahan demi pendedahan berkenaan salahlaku keluarga Lim dalam memastikan mereka kekal berkuasa lebih dari 51 tahun dalam parti DAP  mula tersebar di media sosial.
Guan Eng dilihat cuba mengalihkan isu dengan mengambil kesempatan debat diantara Mahathir dan Nazri yang dijadualkan semula pada 7 April di Shah Alam, Selangor. Debat tersebut mendapat perhatian ramai pihak.
Guan Eng mendakwa tidak seperti Nazri, Abdul Rahman merupakan seorang pengecut kerana enggan berdebat dengannya sedangkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Pengarah SPRM telah menasihatkan agar debat itu dibatalkan memandangkan ia mungkin mengganggu siasatan pihak berkuasa.
Dalam usaha meraih populariti, Guan Eng memuji Nazri Aziz kerana ingin meneruskan debatnya dengan Mahathir selepas acara debat yang dijadual di Kuala Kangsar dibatalkan kerana tidak mendapat kebenaran polis.
Guan Eng telah didakwa atas pertuduhan rasuah berhubung penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan membeli banglo di bawah nilai pasaran.
Bagi pertuduhan pertama, Guan Eng didakwa sebagai penjawat awam iaitu menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya dan isterinya Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan permohonan perlingkungan semula daripada zon pertanian kepada zon perumahan awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada syarikat Magnificient Emblem Sdn Bhd.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, tingkat 28, bangunan Komtar di George Town pada 18 Julai, 2014.
Guan Eng didakwa mengikut seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, Guan Eng didakwa sebagai penjawat awam mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 25, Jalan Pinhorn, George Town daripada Phang dengan harga RM2.8 juta.
Dalam usaha untuk menyelamatkan diri, Guan Eng telah menangguhkan perbicaraannya dengan membangkitkan isu-isu perlembagaan walaupun sebelum ini menyatakan beliau tidak sabar membuktikan dirinya tidak bersalah pada perbicaraan itu.
Dengan itu, Lim Guan Eng terbukti merupakan seorang pengecut dan mudah lupa apabila kepentingan diri beliau menjadi taruhan.
Guan Eng cuba memperbodohkan rakyat dengan isu remeh temeh bagi mengalihkan perhatian rakyat. Virus mudah lupa Mahathir dah berjangkit pada Guan Eng. 

Watch “SHAFIE APDAL PEMIMPIN GAGAL!!!” on YouTube


PELABURAN SAUDI ARAMCO DAN PETRONAS


1. Pagi ini, di Dewan Rakyat ketika menjawab persoalan daripada Ahli Parlimen DAP YB Kampar, saya telah disoal mengenai pelaburan Saudi ARAMCO di Pengerang.

2. Saya tidak marah kepada YB Kampar, tetapi kesabaran saya tercabar kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab termasuklah warga asing, yang acap kali berusaha memburuk dan merosakkan persepsi pelabur yang ingin melabur dalam ekonomi negara.

Negara nyaris kehilangan pelaburan yang bernilai USD7 bilion kerana tindakan yang tidak patriotik sesetengah pihak.

Hari ini, soalan Ahli Parlimen DAP dari Kampar sekali lagi menunjukkan ada unsur-unsur ingin memberi gambaran buruk tentang ekonomi negara dengan mengutip fakta dari tepi jalan dan diangkat ke Dewan Rakyat yang mulia.

3. Soalan yang ditanya oleh Ahli Parlimen DAP dari Kampar sarat dengan insinuasi yang nakal dan tidak bertanggungjawab. Tujuannya untuk mengelirukan rakyat supaya marah dengan kerajaaan. YB Kampar mengatakan kononnya Saudi Aramco hanya perlu membayar 35% (RM31 billion) daripada kos keseluruhan projek RAPID sebanyak RM89 billion tetapi mendapat 50 peratus ekuiti di dalam projek tersebut. Soalan YB Kampar ini bermaksud Kerajaan dan juga PETRONAS memberi faedah terlalu banyak kepada Saudi Aramco dan telah membelakangkan kepentingan rakyat.

4. YB Kampar sepatutnya membaca atau membuat kajian sebelum mengutarakan soalan yang tidak berkualiti dan hanya bertujuan menghasut rakyat. Semua maklumat berada dalam ruang lingkup pengetahuan umum. Izinkan saya menjelaskan di sini, Kompleks Bersepadu Pengerang (Pengerang Integrated Complex – PIC) merangkumi:

(a) Kompleks Refinery and Petrochemical Integrated Development (RAPID); dan

(b) Fasiliti berkaitan seperti Loji Kogen Pengerang (Pengerang Cogeneration Plant), Terminal Regasifikasi 2 (Regasification Terminal 2), Unit Pemisah Udara (Air Separation Unit), Projek Bekalan Air Mentah (Raw Water Supply Project) , Terminal Pukal Cecair (Liquid Bulk Terminal) dan juga Fasiliti Utiliti Berpusat (Centralised and Shared Utilities and Facilities)

5. Kos keseluruhan pembangunan PIC berjumlah RM89 billion atau USD27 billion berdasarkan kadar tukaran ringgit pada waktu tersebut (~2014). Pecahan kos ini pula adalah seperti berikut:

i. Komponen (a) – USD16 billion; dan

ii. Komponen (b) – USD11 billion.

6. Kos keseluruhan sebanyak USD27 billion ini tidak pernah berubah untuk setakat ini.

7. Pada 28 Februari 2017, Aramco dan PETRONAS telah menandatangani perjanjian jual beli saham untuk pegangan sebanyak 50 peratus di dalam sebahagian dari fasiliti di dalam komponen (a) merangkumi loji penapisan, loji perekah dan juga sesetengah kompleks petrokimia. Dianggarkan nilai pelaburan untuk kepentingan sebanyak 50 peratus di dalam fasiliti tersebut bernilai sebanyak USD7 billion (USD14 billion @ 100%). Di mana baki RM2 billion adalah untuk pembangunan fasiliti petrokimia yang lain. Maknanya, Saudi Aramco hanya melabur dalam sebahagian daripada keseluruhan Kompleks PIC.

8. Memandangkan pelaburan oleh Aramco tidak melibatkan kepentingan sebanyak 50 peratus bagi keseluruhan Kompleks PIC, isu membelakangkan kepentingan rakyat Malaysia dan tuduhan memberi faedah terlampau banyak kepada Aramco oleh Kerajaan ataupun PETRONAS adalah tidak wujud sama sekali kerana pelaburan hanya melibatkan fasiliti terpilih.

Saya berharap Ahli-Ahli Parlimen DAP lebih bertanggungjawab dan membaca semua maklumat umum mengenai PIC sebelum membuat tuduhan yang tidak berasas.

Abdul Rahman Dahlan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

KL Bandar Raya Paling Murah, Singapura Paling Mahal


1. Kuala Lumpur disenaraikan sebagai bandar raya paling murah di dunia dari segi kos sara hidup, manakala Singapura kekal sebagai negara paling mahal.
2. Dalam kaji selidik Kos Sara Hidup Di Seluruh Dunia 2017 oleh _Economist Intelligence Unit_, Kuala Lumpur berada di kedudukan ke-96 bandar paling mahal di dunia, bersama Bogota.
3. Singapura berada di kedudukan pertama, 20% lebih mahal dari New York yang berada di tangga ke-9 dan 5% lebih mahal dari Hong Kong yang menduduki tempat ke-2.
4. Kaji selidik itu membandingkan harga 160 barangan dan perkhidmatan di 133 bandaraya di seluruh dunia dan digunakan oleh pengurus sumber manusia untuk mengira pakej pampasan untuk mereka yang bertugas di luar negara.
5. Lima dari enam bandaraya paling mahal di dunia datangnya dari Asia. Selepas Singapura dan Hong Kong, Tokyo disenaraikan di kedudukan ke-4, diikuti Osaka (5) dan Seoul (6).
6. Zurich menjadi satu-satunya bandar Eropah yang menduduki senarai 6 teratas bandar paling mahal di dunia.

Ekonomi Malaysia kukuh


Ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang malah lebih baik berbanding tahun lalu biarpun pembangkang terus mensabotaj ekonomi negara termasuk menyebarkan dakyah Malaysia sebuah negara yang gagal.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka berkembang antara 4.3 dan 4.8 peratus pada 2016, meningkat berbanding 4.2 peratus pada 2016.

Gabenor Bank Negara, Datuk Seri Muhammad Ibrahim berkata pertumbuhan ini didorong permintaan domestik daripada sektor swasta dan disokong sektor luaran serta jangkaan pemulihan harga komoditi.

Katanya, BNM komited melaksanakan langkah-langkah berkesan bagi mengurangkan hutang isi rumah dari semasa ke semasa.

“Sejumlah besar hutang isi rumah (62.6 peratus) adalah dalam bentuk pinjaman termasuk pembelian rumah untuk didiami,” katanya.

BNM juga akan terus melaksanakan langkah-langkah khas untuk menstabilkan nilai ringgit yang mula menunjukkan lonjakan.

#NEGARAKU #BNProRakyat

MP PKR serlahkan sikap kurang cerdik” on YouTube


Previous Older Entries