​BESORNYA CITA-CITA TERBARU PAS!!



Dulu Pas hanya mahu bertanding 70 kerusi Parlimen sahaja dan menyasarkan menang sekurang-kurangnya 40 daripadanya. Mereka berkeras jumlah 70 kerusi itu tidak boleh dikacau oleh sesiapa.

Dengan kemampuan menang 40 kerusi, matlamat Pas sekadar memadai mahu jadi “king maker”  atau kuasa penentu di antara BN dan Pakatan Harapan.

Itu cita-cita dulu. Sekarang cita-cita Pas jauh lebih besar lagi daripafa sekadar menjadi kuasa penentu.

Menurut Naib Presiden Pas, Mohd Amar Nik Abdullah, berdasarkan kajian, Pas kini bukan saja cerah untuk mengekalkan pemerintahan di Kelantan, bahkan tidak mustahil mampu menawan Putrajaya.

Bagi tujuan itu, Pas katanya, akan bertanding di semua kawasan Parlimen dalam PRU 14 akan datang, selain sedia bergerak sendirian serta menghadapi pertandingan lebih daripada dua penjuru.

Melalui kajian dibuat, peluang PAS cerah untuk menang bukan hanya di Kelantan, malah tidak mustahil kita akan rampas Malaysia, tambah Timbalan Menteri Besar Kelantan itu lagi.

Daripada “king maker”, Pas kini ada cita-cita baru iaitu bertanding sendirian untuk menawan Putrajaya. 

Makanya, Bersatu yang masih ghairah mahu bekerjasama dengan Pas, baiklah lupakan saja hasrat itu.

Besornya cita-cita dan banyaknya modal kewangan Pas untuk bertanding di semua 222 kawasan Parlimen kali ini.

Tetapi, sebelum itu apa kata kita lihat fakta sejarah mengenai jumlah kemenangan yang mampu diraih Pas sama ada ketika bertanding sendirian atau bergabung dengan lain-lain parti.

– Pilihanraya 1974 (bergabung dengan UMNO) – 14 kerusi.

– Pilihanraya 1978 (bersendirian) – 5 kerusi.

– Pilihanraya 1982 (bersendirian) – 5 kerusi.

– Pilihanraya 1986 (bersendirian) – 1 kerusi.

– Pilihanraya 1990 (bergabung dengan Semangat 46) – 7 kerusi.

– Pilihanraya 1995 (bergabung dengan Semangat 46) – 7 kerusi.

– Pilihanraya 1999 (bergabung dalam Barisan Alternatif iaitu Pas, PKR dan DAP) – 27 kerusi.

– Pilihanraya 2004 (bergabung dalam Barisan Alternatif iaitu Pas dan PKR) – 7 kerusi.

– Pilihanraya 2008 (bergabung dalam Pakatan Rakyat iaitu Pas,PKR, DAP) – 23 kerusi.

– Pilihanraya 2013 (bergabung dalam Pakatan Rakyat  iaitu Pas,PKR, DAP) – 21 kerusi.

Berdasarkan fakta sejarah di atas, adakah Pas kuat dan menang banyak kerusi Parlimen ketika bersendirian atau sewaktu bergabung dengan parti-parti lain?

Keajaiban bagaimana yang Pas harapkan untuknya menang sekurang-kurangnya 112 daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen untuk membolehkan Putrajaya dapat ditawan?

Sudahkah Pas mengukur baju di badannya sendiri? (Shahbudin 01/03/2017).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: