PROSPEK PELABURAN MALAYSIA CERAH PADA 2017


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed menyatakan bahawa prospek pelaburan Malaysia bagi tahun 2017 agak cerah dan telah pun mempunyai rekod cemerlang dalam melindungi pelabur minoriti. 
Mustapa menyatakan bahawa Malaysia berjaya mengharungi tempoh pergolakan ekonomi dunia yang tidak menentu pada 2016 dan pertumbuhan ekonomi negara berkembang 4.2 peratus. 
Berucap melancarkan Laporan Tahunan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) 2016 di Kuala Lumpur, Mustapa juga menyatakan bahawa kerajaan akan sentiasa menyokong syarikat-syarikat tempatan di mana 97 peratus darinya merupakan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). 

Antara lain mekanisme sokongan kerajaan terhadap syarikat-syarikat tersebut adalah dengan menyediakan platform menggalakkan kerjasama dengan syarikat-syarikat asing dan multinasional yang beroperasi di Malaysia.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: