​Parti Bunga Positif Ke Arah Sokong RUU355


Parti dalam pakatan pembangkang nampaknya akan berdepan konflik lagi apabila Presiden Parti Bunga, Muhyiddin Yassin dikatakan mahu menyokong pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) pindaan ke atas Akta 355 melibatkan Mahkamah Syariah yang akan diusulkan PAS di Dewan Rakyat.
Sokongan Muhyiddin itu dinyatakan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Muhyiddin dalam satu mesyuarat bersama PAS menyatakan beliau akan memberikan komitmen sepenuhnya dalam isu yang berbangkit di Dewan Rakyat termasuk RUU355.
“Sebenarnya perkara kita bincang dan dia (Muhyiddin) secara prinsipnya bersetuju dengan RUU 355, tidak ada apa-apa masalah. Dalam perbincangan mesyuarat kami, kita sudah ada dan bicarakan isu ini.
“Apa-apa isu yang berbangkit di Dewan Rakyat, dia tidak ada masalah untuk sokong,” katanya kepada pemberita pada majlis makan malam dan dialog politik di Dewan Seri Iskandar, Setiawangsa malam tadi.
Kenyataan Tuan Ibrahim ini sudah dicurigai oleh DAP yang mendakwa ia hanya direka-reka oleh beliau dan Muhyiddin sebenarnya tidak menyokong RUU355 kerana bekerjasama dalam Pakatan Harapan bersama DAP, PKR dan PAN.
Muhyiddin pun masih diam. Tidak berani cakap apa apa lagi mengenai RUU355. Agaknya Muhyiddin takut benar dengan DAP hingga takut untuk melukakan hati kawannya itu (DAP).
Apa pendirian DAP sekarang berkaitan usul RUU355 ?  Lim Kit Siang diminta menyatakan apa pandangan DAP bila parti bunga yang dipimpin oleh sekutu baiknya sekarang iaitu Mahathir mahu sokong RUU355? 
Ketika PPBM dan DAP dilihat sepakat menentang Barisan Nasional (BN) dalam isu isu lain, rupanya rupanya dalam isu RUU355, parti bunga bersama dengan PAS.
Tidak bermesyuarat pun dengan DAP terlebih dahulu sebelum buat keputusan. Inilah pakatan kartun. Mereka buat keputusan yang bukan berpakat pun.
Mahathir mahu tikam belakang DAP apabila berbeza pendirian menyokong pindaan ini?
Mahathir pernah mempersoalkan niat PAS buat himpunan RUU355 di Padang Merbok. Mahathir kata himpunan itu tidak ikhlas. Yang ikhlas pada Mahathir hanya himpunan BERSIH sahaja.
Kini Muhyiddin mahu sokong RUU355, ianya jelas sekali bertentangan dengan pendirian Mahathir mengenai RUU355. “Boboi” pula tidak berani kata apa apa mengenai RUU355.
Kit Siang dan DAP nampaknya akan “all out” tentang dan lawan RUU355. Tetapi parti bunga pula tidak mahu bersama DAP lawan RUU355.
Inilah konflik yang bakal membelenggu Pakatan Harapan, DAP boleh gaduh dengan PAS mengenai RUU355. Tidak mustahil DAP juga akan gaduh dengan parti bunga mengenai RUU355.
Difahamkan Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Abdul Rahman juga menyokong RUU 355.
DAP sekarang ini masih menuntut Muhyiddin sendiri memberikan penjelasan berkaitan kenyataan Tuan Ibrahim itu adakah itu pendirian beliau atau pendirian PPBM sendiri menyokong pindaan berkenaan.
Inilah sebabnya ahli ahli DAP sudah jadi tidak percaya pada DAP. Mereka keluar parti bila terlalu muak dan benci melihat wayang wayang opera Kit Siang ini.
Di depan bukan main nampak baik dengan Mahathir, tetapi di belakang agenda mereka berlainan. Isu RUU355 ini sudah cukup memperlihatkan bagaimana Mahathir dan Kit Siang bermain opera di depan rakyat.

Advertisements

Author: bintangku

blogger sopo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s