Rafizi Ramli buat perangai macam haram 


Di Parlimen semalam, Rafizi Ramli menggelar Perdana Menteri Datuk Seri Najib sebagai ‘juara kepada juara’ apabila bercakap mengenai membelanjakan pendapatan dari hasil petroleum.

Rafizi yang sudah berkali kali masuk mahkamah kerana memfitnah, mendakwa Najib membelanjakan RM376 bilion hasil pendapatan petroleum negara antara 2009 hingga 2016, atau secara purata RM54 bilion setahun.

Tun Abdullah Ahmad Badawi pula didakwa membelanjakan RM204 bilion dari pendapatan petroleum atau RM41 bilion setahun dari 2003 hingga 2009. (walaupun Pak Lah hanya mengambil alih kerajaan pada 2004).

Rafizi kemudian mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun hanya membelanjakan RM163 bilion, atau RM8 bilion setahun.

Ok. Rafizi turut mengakui ia bagaimanapun tidak mengambil kira inflasi dan perubahan nilai matawang, yang secara mudah jika dihitung, perbelanjaan ketika era pentadbiran Dr Mahathir adalah berganda. Hanya mengambil kira perbezaan nilai matawang sudah cukup untuk menjadikan perbelanjaan ketika zaman pentadbiran Dr Mahathir menjadi sekali ganda.

Kedua, Rafizi tidak mengambil kira kos pengeluaran, di mana ia turut meningkat memandangkan minyak yang dikeluarkan di pesisir pantai atau carigali di kawasan pendalaman tidak lagi wujud dan kita perlu meneroka ke luar pantai dan carigali laut dalam.

Ketiga, Rafizi tidak pula menggelar Najib sebagai ‘juara kepada juara, apabila kita bercakap mengenai pemberian subsidi sebagaimana kita lihat di carta di bawah berdasarkan kepada angka dikeluarkan Perbendaharaan, di mana perbelanjaan adalah 10 kali ganda daripada zaman Dr Mahathir berikutan kenaikan kos pengeluaran minyak, kesan matawang dan pertambahan jumlah penduduk.

Najib membelanjakan bahagian yang besar daripada pendapatan minyak ini kepada rakyat berikutan kadar subsidi yang lebih tinggi.

Keempat, Rafizi juga tidak menyebut Dr Mahathir telah mengenakan cukai ke atas petrol selama 22 tahun pada kadar 58.62 sen bagi setiap liter ketika harga minyak rendah pada ketika itu. Ini sahaja melibatkan berpuluh bilion Ringgit bagi pendapatan Dr Mahathir untuk beliau membina menara berkembar dan projek mega lain.

Maka sekali lagi, Rafizi mahu mengelirukan rakyat dengan tidak memberikan maklumat penuh dan hanya menceritakan hanya suku temberangnya untuk mencetuskan kebencian terhadap kerajaan.

Rafizi kemudian menggesa kerajaan untuk memulakan subsidi petrol biarpun seluruh dunia kini bergerak untuk tidak lagi memberikan subsidi menyeluruh seumpama itu malah pengeluar serta pengeksport minyak terbesar di dunia turut menarik balik subsidi, dan beralih kepada penyaluran subsidi lebih kepada sasaran sebagaimana dilakukan Malaysia.

Akhir sekali, Rafizi masih lagi tidak menjawab soalan berikut:

Malaysia adalah negara ke-16 termurah bagi harga petrol,

Negara yang lebih murah dari kita kebanyakannya pengeluar minyak terbesar di dunia.

Venezuela, Saudi Arabia, Turkmenistan, Egypt*, Algeria, Kuwait*, Iran, Ecuador, Bahrain, Kazakhstan, Nigeria, Qatar, Sierra Leone, Oman, and Bolivia.

Negara yang mana Rafizi mahu harga kita lebih murah lagi? Mungkin Rafizi masih mahu Malaysia mengikut seperti Venezuela seperti yang diseru oleh beliau di tahun-tahun yang lepas?

Advertisements

Author: bintangku

blogger sopo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s