Tempoh Tunggu Giliran Tunai Haji Dipendekkan 13 Tahun


1. Tempoh menunggu giliran menunaikan ibadah haji dipendekkan daripada 102 tahun kepada 89 tahun berikutan penambahan kuota haji rakyat negara ini daripada 30,200 berbanding 27,900 orang.

2. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, pengurangan tempoh menunggu sehingga 13 tahun itu menggembirakan 2.5 juta pendeposit Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) yang mendaftar untuk menunaikan haji.

3. Lawatan Raja Salman Abdulaziz Al Saud ke Malaysia baru-baru ini membawa berita gembira kepada jemaah haji yang terpaksa menunggu lama untuk menunaikan ibadat haji. Dengan penambahan kuota haji, tempoh menunggu dikurangkan 13 tahun dan kita bersyukur dengan perkembangan ini.

4. Terdahulu menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md Ramli, Jamil Khir menyifatkan kadar hibah Tabung Haji bagi tahun kewangan 2016 yang diumumkan bulan lalu sebanyak 4.25 peratus kepada 9.1 juta pendepositnya adalah kompetitif berbanding simpanan di institusi perbankan Islam lain.

#NEGARAKU #BarisanProRakyat

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s