Bagaimana Kit Siang ‘bunuh’ Tan Seng Giaw


Tan Seng Giaw, ahli parlimen DAP yang cukup popular dalam kalangan akar umbi dan diramal bakal mengambil alih kepemimpinan tertinggi DAP.

Kit Siang mahu memastikan tiada pemimpin DAP lain lebih popular daripada dirinya dan anaknya Guan Eng sekaligus memastikan  Dinasti Lim terus menguasai DAP.

Siasatan kumpulan khas yang dibentuk Kit Siang diketuai Anthony Loke pada Oktober 2012 menemukan keputusan membimbangkan Kit Siang dan Guan Eng.

Seng Giaw diramal memperoleh undi tertinggi, Kit Siang pula tidak berada dalam senarai 20 teratas manakala Guan Eng hanya mampu di tangga 18 atau 19.

Maklumat sulit Anthony Loke juga mendapati ahli DAP berketurunan India tidak akan mengundi Guan Eng kerana Ketua Menteri Pulau Pinang itu dilihat mengamalkan perkauman.

Maklumat mengejutkan itu membuatkan Kit Siang mengarah Anthony Loke mengatur strategi untuk memastikan beliau menang tempat teratas dan Guan Eng tangga kedua pada pemilihan Disember 2012.

Selain Seng Giaw, lima lain yang perlu disingkitkan ialah Teng Chang Khim, Nga Kor Ming, Ngeh Koo Ham, Chow Kon Yeow dan Boo Cheng Hau.

Stretagi yang pertama ialah mereka lewat menghantar notis untuk mesyuarat tersebut; hanya lima hari dan bukannya yang diperlukan 14 hari. Seterusnya mereka menghantar notis kepada hanya separuh perwakilan dan menangguhkan notis kepada kira-kira 1,300 perwakilan, kebanyakannya ahli-ahli berbangsa India.
Kemudian mereka membenarkan 547 perwakilan haram mengundi, terutamanya ahli-ahli berbangsa Cina. 547 ini diminta untuk mengundi hanya enam orang manakala Anthony Loke dan Vincent Wu ‘memangkah’ baki 14 nama.
Hasilnya adalah Kit Siang mendapat tempat teratas, kedua Guan Eng  dan Seng Giaw telah ‘dibunuh’.

Ini bukan kali pertama Kit Siang menipu dalam pemilihan parti untuk menghilangkan ancaman terhadap kepimpinannya. Ramai yang masih ingat ‘pembunuhan’ yang paling terkenal sekali, Lee Lam Thye pada akhir 1980-an  yang sepatutnya akan menjadi pemimpin DAP dan bukannya Kit Siang.

Dengan mengawal 20 ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC), Kit Siang memutuskan siapa yang menjadi pengerusi parti, setiausaha agung parti dan Ketua Pembangkang di Parlimen.

Kit Siang juga memutuskan siapa yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Dengan kata lain, Kit Siang mengawal DAP dan membuat keputusan dalam Pakatan Harapan termasuk menyingkirkan PAS.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: