1MDB Sudah Bayar Semua Hutang 2015/16 – MOF


1. 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak mempunyai sebarang hutang bank atau hutang jangka masa pendek pada masa ini.

2. Kementerian Kewangan (MOF) dalam jawapan bertulis kepada Er Teck Hwa (DAP – Bakri) menjelaskan 1MDB telah membayar balik sepenuhnya semua hutang pada 2015 dan 2016.

3. Teck Hwa di dalam soalannya meminta Menteri Kewangan menyatakan jumlah pekerja, wang tunai, hutang dan aset yang diperoleh 1MDB di dalam dan luar negara pada 2015 dan 2016.

4. Menurut MOF lagi, tiada sebarang aset baharu di dalam negara atau di luar negara diperoleh 1MDB pada 2015 dan 2016 memandangkan 1MDB sedang melaksanakan pelan rasionalisasi.

5. Katanya, selaras dengan pelaksanaan pelan rasionalisasi itu, 1MDB mempunyai 35 orang pekerja pada 31 Disember 2015 dan 17 orang pekerja pada 31 Disember 2016.

6. Manakala, 1MDB telah memperoleh tunai sebanyak RM10.97 bilion pada 2015 dan 2016 melalui penjualan aset syarikat Edra Global Energy Bhd, penjualan sebahagian ekuiti syarikat Bandar Malaysia Sdn Bhd dan penjualan plot tanah di projek Tun Razak Exchange.

http://klxpress.com.my/parlimen/23199-parlimen-1mdb-sudah-bayar-semua-hutang-2015-16-mof.html

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s