PENDEKATAN NAJIB SEMAKIN BERHASIL DAN NEGARA SEDANG BERGERAK KE ARAH YANG LEBIH GEMILANG DI BAWAH PIMPINANNYA


Sabar,focus serta pengurusan hal ehwal negara secara berhemah dan bijaksana oleh YAB DATUK SERI NAJIB(DSN)kini membuahkan hasil yang membawa faedah yang besar kepada rakyat dan negara
Percubaan memfitnah secara berterusan, kempen membenci serta usaha menakut nakutkan rakyat dgn pelbagai cerita rekaan yg di tular meluas kini bukan saja tidak menjadi TETAPI semakin di tolak rakyat.
Keadaan ekonomi negara semakin mantap.Pelan Transformasi Ekonomi bukan saja “menjadi”tetapi kini membuah hasil lumayan.Metawang negara muncul mengukuh melebihi 3% menjadikannya THE BEST PERFORMING ASIAN CURRENCY”sejak awal tahun ini dan di jangka terus mengukuh.

Harga minyak dunia yg semakin meningkat melepasi paras kritikal dan kini melebihi unjuran belanjawan negara MEMBUAHKAN HASIL PENDAPATAN NEGARA YG SEMAKIN LUMAYAN

Istiqamah pelaksanaan GST dlm usaha mentransformasi sistem percukaian negara serta memperluaskan asas pendapatan negara bukan saja MELETAKKAN NEGARA PADA KATEGORI DAN RATING/PENARAFAN yg sangat baik tapi juga mengekalkan negara sebagai PUSAT DAGANG DAN PELABURAN yg menarik dlm perdagangan antara bangsa.Ia juga menjadikan ekonomi negara lebih “resilient”…berdaya tahan dan berdaya saing

Malah isu 1MDB yg disebut oleh PAC sebagai satu “Business model”yg salah telah mula di perbaiki secara penuh bertanggungjawab melalui pelan rasionalisasi yg cermat dan berjaya.Terbaru penyelesaian pertikaian IPIC-IMDB misalnya berjaya di sepakati secara “business deal”tanpa melibatkan dana kerajaan.Kejayaan demi kejayaan memulihkan 1MDB adalah igauan buruk bagi penentang kerajaan Yg berhasrat menjadikan 1MDB satu “Polong Politik”bagi menakutkan rakyat.Sebaliknya 1MDB bakal muncul sebagai satu entititi pelaburan strategik yg berjaya.

Dalam bidang diplomasi DSN meletakkan negara pada kedudukan terbaik dlm sejarah.Hunbungan dgn US,China,India,EEU,Saudi dll terus kukuh di bawah “NAJIBLOMATIC” yang cukup di hormati

Malah dalam konteks politik dalam negara DSN secara focus menjadikan UMNO paling stabil,padu dan terpenting kini melalui satu proses PENGUKUHAN ORGANISASI SERTA GERAK KERJA YG PALING TERSUSUN pernah kita lihat dlm sejarah UMNO

SITUASI Ini membolehkan usaha pemantapan solidarity BN yg semakin ketara.SIKAP DAN CARA WASATIYYAH DSN kini mula membentuk satu corak ORDER BARU politik negara yg BUKAN SAJA DAPAT MENYAINGI DAN MELEMAHKAN “Pakatan Harapan”yg di catur DAP,tetapi juga menjadikan PERPADUAN UMMAH yg semakin padu

Ringkasnya PIMPINAN DSN YG ISTIQAMAH,BERWASATIYYAH,serta keupayaannya mengerahkan segala pengalaman yg begitu lama di timba dibawah pimpinan terdahulu kini umpama SEGELAS PENAWAR DAN SEBIJI GELIGA bagi pelbagai masaalah negara

Berkat doa rakyat yg jujur lagi ikhlas serta kegigihan TEAM PRO RAKYAT pimpinan DSN,kita berharap situasi ini akan terus bertambah baik dan menuju kearah negara gemilang.RAKYAT BERHAK UTK MENDAPAT YG TERBAIK KERANA IA ADALAH DARI RAKYAT,OLEH RAKYAT,UNTUK RAKYAT dan kerana ALLAH SWT JUA…

WAMAKARU WAMAKARALLAH…WALLAHUKHAIRUL MAAKIRIIIN(Kita merancang dan ALLAH juga merancang..Dan perancangan ALLAHLAH yang terbaik sekali)

Ketua Penerangan
UMNO MALAYSIA
27/4/17

MIB bukti BN tidak pinggir kaum India


BN akan terus menjaga kepentingan semua kaum dan membantu mereka yang memerlukan.

Ini termasuk membantu kaum India melalui Pelan Pembangunan India Malaysia (MIB).

Sebagai contoh, kerajaan BN membantu menempatkan 300 penduduk setinggan India membeli rumah di Projek Residensi Pandanmas di Kampung Pandan.

Selain itu, pelan 10 tahun MIB juga menyediakan saham RM500 juta menerusi PNB dan dana RM500 juta untuk perniagaan. 

MIB bertujuan meningkatkan taraf hidup masyarakat India terutama golongan B40 – berpendapatan kurang RM3,855 sebulan.

#Negaraku #Barisanprorakyat

Selagi ada makhluk bernama Rafizi dan Tony Phua selagi itulah isu 1mdb dipermainkan 



Apabila ini semua telah selesai, persoalan-persoalan akan timbul. Mana wang yang hilang? Apa yang Pakatan Pro-DAP merepek dan kata tentang YAB PM curi 2.6B? Mana wang yang Riza Aziz & Jho Low ambil untuk beli kondo mewah dan sebagainya? Semuanya ada dan tiada yang hilang.

Rafizi Pondan Pandan patut sarankan LGE letak jawatan


Rafizi Ramli menyarankan pemimpin PKR dan PH menjauhkan diri daripada Adam Ramly.

Sebaliknya, Naib Presiden PKR itu tidak pernah sesekali menyarankan supaya pemimpin pakatan menjauhkan diri daripada Lim Guan Eng.

Malah, jauh sekali menyarankan supaya Lim Guan Eng meletak jawatan atau bercuti sementara sebagai Ketua Menteri P. Pinang kerana dakwaan rasuah.

Apatah lagi untuk menyarankan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya meletak jawatan sebagai Ketua Umum PKR selepas didapati bersalah dan dihukum penjara.

Rakyat tidak perlu percaya kepada pemimpin pakatan yang tidak konsisten dan ‘pilih bulu’ dalam membuat keputusan.

#PakatanProDAP

Benarkah Dakwaan Pembangkang Selama ini?


Pertikaian antara 1MDB- IPIC melibatkan sejumlah USD3.5 bilion deposit tunai yang dibayar 1MDB kepada Aabar BVI tetapi dinafikan IPIC. 

Bayaran itu adalah sebahagian daripada Perjanjian Pertukaran Aset USD6 billion pada Jun 2015. Akhirnya, IPIC mengakui pembayaran USD3.5 billion telah dibuat.

1MDB akan membayar USD2.5 bilion melalui perolehan jualan daripada unit Brazen Sky Ltd dan 1MDB Global Investment Ltd.

1MDB memiliki unit dalam Brazen Sky Ltd bernilai USD940 juta. Ia adalah lebihan dari keuntungan USD2.38 bilion dan modal USD1.8 bilion dalam PetroSaudi di mana USD1.44 bilion sudah ditebus dan digunakan.

Pemindahan awal dari 1MDB kepada PetroSaudi adalah sumber kepada semua dakwaan kononnya Riza Aziz dan Jho Low telah menerima kesemua wang itu. 

Sekarang, bukan sahaja 1MDB memperolehi semula wang itu, malah akan turut membuat keuntungan sebanyak USD500 juta bagi pelaburan dalam PetroSaudi, dan ia juga bermakna tiada dana dicuri dan kesemua pelaburan yang dibuat PetroSaudi adalah sah.

Ia juga membawa maksud tiada jenayah dilakukan seperti didakwa Pakatan Pro-DAP

Isu 1mdb, masih ada suara sumbang pihak pembangkang 


Pembangkang TIDAK MAHU menerima hakikat bahawa IPIC dan 1MDB sudah menemui jalan penyelesaian bagi pertikaian berkaitan dana berkaitan 1MDB kerana ia meruntuhkan TEORI dan DAKWAAN mereka selama ini mengenai beberapa perkara, iaitu :-

I. Wang 1MDB dicuri dan ia dicuri oleh Datuk Seri Najib

II. 1MDB akan gagal membayar hutang dan ia akan mengalami kerugian
III. Unit Dana 1MDB hanya satu penipuan dan tidak mempunyai nilai
IV. 1MDB telah menyelewengkan sebahagian besar dana untuk diberikan kepada individu tertentu
V. Penyiasatan oleh pihak berkuasa AS, Switzerland, Singapura dan negara-negara lain akan mendapati Datuk Seri Najib bersalah dan beliau akan dihukum oleh negara-negara ini

USD 3.5 B,1MDB kena bayar 2 kali? Guna Duit Rakyat?


Wang yang akan dibayar oleh 1 MDB kepada IPIC adalah wang yang dibayar kepada Aabar BVI iaitu ,

USD2.5B + USD3.5B = USD6B

Sumber wang yang akan dibayar kepada IPIC adalah daripada aset Al Husainy dan Qadeem yang telah dibekukan oleh kerajaan Abu Dhabi kerana laporan IPIC kepada kerajaan Abu Dhabi bahawa mereka berdua telah mencuri wang Aabar Abu Dhabi milik IPIC kpd Aabar BVI milik mereka berdua.

Jelas IPIC menyalahkan mereka berdua dan bukan 1MDB.

ASET AL HUSAINY DAN QADEEM YANG DIBEKUKAN OLEH KERAJAAN ABU DHABI HANYA BOLEH DIKEMBALIKAN KEPADA 1 MDB DAN BUKAN NYA KEPADA AL HUSAINY DAN QADEEM. 

Dan seterusnya wang inilah yang 1MDB akan bayar kepada IPIC. WANG YANG SAMA DAN TIADA WANG TAMBAHAN.

Konflik 1MDB dan IPIC selesai. Mengapa?


Dua individu yang didakwa terlibat dalam pertikaian 1MDB dan IPIC ialah Pengarah Urusan IPIC /Pengerusi Aabar Investments, Khadem Al Qubaishi dan CEO Aabar, Mohamed Badaway Al Husseiny.
Dana dari 1MDB telah dimasukkan ke akaun mereka sendiri, tandatangan mereka terdapat di merata perjanjian antara 1MDB dan Aabar.  Mereka juga adalah pemilik dan pengarah kepada ‘Aabar’ palsu di British Virgin Islands.
Jika mereka didakwa atas jenayah terbabit, ia satu pengakuan kepada perbuatan pegawai tertinggi IPIC menipu 1MDB dengan syarikat palsu dan resit penerimaan wang tanpa kebenaran, sekaligus bermakna 1MDB akan mudah memenangi arbitrasi terhadap IPIC.

Sekarang, IPIC telah mengakui pembayaran ini telah dibuat dan mereka kini akan bekerjasama dengan 1MDB bagi menyelesaikan pertikaian.

Pakatan mahu kekal GST


Semakin dekat dengan pilihanraya, semakin bercelaru Pakatan Pro-DAP ini dalam usaha meraih undi.
Setelah sekian lama menyatakan mereka akan menghapuskan GST jika menang, kini mereka sekali lagi membuat pusingan U.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sekarang berkata, mereka akan mengekalkan GST. Ini bukti bahawa langkah kerajaan BN dalam hal GST adalah betul.
http://www.nst.com.my/news/nation/2017/04/233342/pakatan-now-says-it-wont-abolish-gst-if-it-wins-ge14

GOVERNMENT STATEMENT ON SETTLEMENT OF IPIC-1MDB ARBITRATION & MONETISATION OF 1MDB INVESTMENT FUND UNITS


24 April 2017
‎‎
“The government is pleased that IPIC and 1MDB have resolved their differences in an amicable manner.
“We also note the monetisation of all 1MDB-owned investment fund units.
“These significant events represent the continued positive progress made by 1MDB, which is nearing the completion of its rationalization programme.”
 ‎


‎‎DATUK SERI TENGKU SARIFFUDDIN,
PRESS SECRETARY TO THE PRIME MINISTER

Inflasi Naik?Apa Maknanya?


Kadar inflasi dipengaruhi harga barangan keperluan dan tenaga termasuk minyak.
Kadar inflasi Mac 2017 naik 5.1% kerana harga minyak naik sebanyak 23%. Misalnya Mac 2016, kadar inflasi -8.2% peratus kerana kejatuhan merudum harga minyak.
Kadar inflasi naik tidak semestinya berlaku ketika kegawatan ekonomi. Kita pernah catat kadar inflasi tinggi pada 1980,1981, 1982 dan 1992 tetapi KDNK berkembang. Pada 1985 dan 1986, ekonomi Malaysia negatif tetapi kadar inflasi di bawah 0.3% dan 0.7%. 
BNM yakin kadar inflasi akan kembali stabil pada 2.5%.
Kadar inflasi yang turun naik tidak mempengaruhi keyakinan pelabur asing terhadap ekonomi negara. Kita mencatat RM59 bilion pelaburan langsung asing pada 2016 berbanding RM36 bilion pada 2015. 
Lim Guan Eng dan pemimpin pakatan perlu belajar makroekonomi asas sebelum cuba menipu rakyat.

#pakatanproDAP #BarisanProRakyat

KAEDAH TERBARU PERADUAN CABUTAN BERTUAH UMNO 71 TAHUN


Sekarang kaedah penyertaan baru secara sistematik telah dibuka untuk para pengguna ANDROID.

Jika Anda belum menyertai, sila kemaskinikan versi terkini aplikasi Malaysia4All didalam Playstore. Dan Klik butang UMNO 71 Tahun untuk penyertaan. Boleh rujuk kepada gambar yang dilampirkan untuk langkah-langkah terbaru penyertaan.
Untuk para pengguna IPhone, kaedah penyertaan baru akan diumumkan tidak lama lagi.

TUDUHAN JAHAT RAFIZI (SIRI 2):TH terlebih bayar 30% beli kepentingan Putrajaya Perdana Berhad


Jawapan: TH  membeli 30% daripada Putrajaya Perdana yang Rafizi dakwa sepatutnya berjumlah RM193.5 juta. Ini tidak logik kerana ini bermakna harga untuk membeli Putrajaya Perdana lebih murah daripada nilai Putrajaya Perdana sewaktu dibeli oleh syarikat UBG pada tahun 2008 .

Perlu diingat, Putrajaya Perdana sudah stabil sebelum dibeli TH. Pada 2013, pendapatannya RM705 juta, aset semasa RM445 juta, keuntungan sebelum cukai RM62 juta dan keuntungan selepas cukai RM45 juta.

Selepas TH  membeli kepentingan itu, Putrajaya Perdana mencatat keuntungan lebih tinggi. Pada 2015, hasil Putrajaya Perdana menjadi hampir dua kali ganda kepada RM1.2 bilion, jumlah aset telah hampir dua kali ganda kepada RM709 juta, keuntungan sebelum cukai RM80 juta dan keuntungan selepas cukai telah meningkat kepada RM57 juta.

TH membuat keuntungan yang baik hasil pelaburan ini. Tetapi kita semua tahu seperti disebut oleh Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa di Parlimen baru-baru ini, segala yang baik untuk negara, sudah tentu ia tidak baik untuk #PakatanProDAP 

Lim Kit Siang Pejuang Negara? 


Adam Rosly didakwa 6 tuduhan


Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah didakwa  enam tuduhan memberi keterangan dan dokumen palsu bagi memperdayakan pegawai SPRM.

Adam Rosly menghadapi dua tuduhan memberi pernyataan palsu dan didakwa mengikut Seksyen 32 (8)(c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Dia turut dituduh mengemukakan empat dokumen palsu dan didakwa mengikut Seksyen 89 akta sama, yang kedua-dua memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

#PakatanproDAP

Najib kecam penyebaran berita palsu


PERDANA MENTERI NAJIB RAZAK MENGECAM BERITA PALSU, MENGGESA MEDIA UNTUK MELAPORKAN FAKTA YANG BENAR MENGENAI TRANSFORMASI NASIONAL MALAYSIA

Malam ini, Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak menggesa media nasional dan antarabangsa untuk menjaga kepercayaan pembaca dengan mengetuai perjuangan menentang arus berita palsu dan tidak benar. Bercakap di Asian Media Awards yang dianjurkan oleh World Association of Newspapers and News Publishers di Kuala Lumpur, Perdana Menteri berkata: 

“Arus berita palsu dan tidak benar mengancam untuk menjadikan kebenaran sesuatu perkara yang subjektif semata-mata, dengan hanya kaitan yang sedikit kepada fakta-fakta yang sebenar. Kita tidak kebal kepada masalah ini di Malaysia. Kita mempunyai bekas pemimpin yang bercakap mengenai Malaysia akan muflis.

“Kita mempunyai orang yang bercakap tentang Malaysia yang sedang dalam bahaya menjadi negara yang gagal. Dan malangnya, apabila lawan kerajaan menyebarkan berita palsu, sesetengah orang mempercayai mereka, kerana mereka percaya – secara salah – bahawa mereka tidak akan berbohong.”

Malah, kata Perdana Menteri, jumlah besar pelaburan langsung asing yang telah Kerajaan telah peroleh menunjukkan bahawa “seluruh dunia percaya bahawa Malaysia adalah tempat yang baik untuk menjalankan perniagaan, untuk mewujudkan perniagaan baru, dan untuk berkembang”. Beliau berkata:

“Mereka tidak salah. Malah, BAV Consulting dan Wharton School di University of Pennsylvania baru-baru ini menerbitkan satu laporan di mana mereka menamakan Malaysia sebagai negara terbaik untuk melabur. Mereka berkata bahawa kita adalah peneraju yang jelas. Adakah itu kedengaran seperti sebuah negara yang gagal kepada anda?”

Tetapi trend berita palsu dan laporan palsu, kata Perdana Menteri, tidak terhad kepada media sosial Malaysia sahaja. Beliau berkata:

“Sebuah akhbar asing yang terkenal telah bertindak mencetak pembohongan semata-mata mengenai Kerajaan. Mereka berbuat demikian, misalnya, mengenai pelantikan Gabenor baru untuk Bank Negara tahun lepas.”

“Mereka tanpa hormat malah mengaitkan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga. Semuanya tanpa sebarang bukti dan hanya berdasarkan sumber tanpa nama yang mungkin langsung tidak wujud. Dan pelbagai sumber, termasuk pihak berkuasa bebas, yang tidak sesuai dengan sebahagian daripada naratif mereka, mereka mengabaikannya begitu sahaja.

“Mereka membenarkan diri mereka untuk digunakan sebagai proksi media kepada mereka yang mahu campur tangan dalam sebuah negara yang berdaulat dan menukar kerajaan yang dipilih secara demokrasi pada pertengahan kitaran. ‘Etika kewartawanan’ mereka telah tersejat dalam usaha mereka yang mementingkan diri untuk mengecapi kemasyhuran peribadi.”

Fakta-fakta yang tidak boleh dipertikaikan tentang Malaysia, kata Perdana Menteri, adalah ini:

“Kita mempunyai pertumbuhan yang sihat selama bertahun-tahun, dan walaupun dalam masa yang sukar untuk ekonomi global, kita telah mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.2 peratus pada tahun 2016. Kita menjangkakan angka yang lebih tinggi sedikit untuk tahun ini, dan angka itu akan meningkat pada tahun 2018. Angka ini menunjukkan Malaysia sedang berkembang pada lebih daripada dua kali ganda kadar yang IMF ramalkan untuk negara maju dalam tempoh masa yang sama.

“Antara tahun 2010 dan 2016, kita telah mewujudkan 1.8 juta peluang pekerjaan, di mana lebih daripada satu juta adalah pekerjaan berpendapatan tinggi. Pendapatan Negara Kasar meningkat hampir 50 peratus. Kita hampir membasmi kemiskinan, mengurangkannya kepada hanya 0.6 peratus.

“Kita berjaya mengekalkan inflasi dan pengangguran pada kadar yang rendah, dan telah diiktiraf oleh institusi global seperti Bank Dunia dan IMF untuk pembaharuan yang telah kita laksanakan.”

Dalam satu lagi contoh berita palsu, Perdana Menteri merujuk kepada ahli akademik asing yang sering menulis mengenai Malaysia, yang telah menulis pada Disember lalu bahawa Malaysia telah mengalami penguncupan ekonomi. Perdana Menteri berkata:

“Mari kita jelaskan tentang perkara ini. Ahli ekonomi Harvard Kenneth Rogoff mentakrifkan penguncupan sebagai, dan saya petik: “versi kemelesetan yang lebih teruk” yang “disertai dengan kejatuhan kewangan”. 

“Ini, kononnya, adalah apa yang dialami Malaysia pada akhir tahun lepas. Itu sudah tentulah tidak masuk akal, tetapi adakah mana-mana kawan rapat ahli akademik ini dalam pembangkang Malaysia bergegas untuk membetulkannya? 
Ternyata tidak. Malah, mereka mula mengulangi kenyataan palsu beliau, walaupun mengetahui bahawa itu sememangnya adalah palsu.

“Sememangnya, kepalsuan ini masih dalam artikel beliau dalam pelbagai laman web – kerana ia sesuai dengan tujuan politik berat sebelah dan mementingkan diri mereka untuk menyebabkan orang ramai percaya yang paling teruk tentang negara ini.”

Kebebasan bersuara sedang “berkembang maju” di Malaysia, kata Perdana Menteri, merujuk kepada kritikan yang kerap ke atas Kerajaan, menteri-menteri dan pegawai-pegawai dalam media Malaysia. Tetapi dengan kebebasan, beliau berkata, adanya tanggungjawab.

“Kita di sini hari ini, di dalam bilik ini, boleh dan mungkin tidak bersetuju tentang banyak perkara. Itu termasuklah prestasi Kerajaan dan keadaan Malaysia amnya.

“Tetapi saya akan menggesa anda untuk mengingati kata-kata seorang wartawan yang masih disanjung hari ini, editor lama Manchester Guardian, CP Scott. Beliau mengisytiharkan, dan saya petik, bahawa “komen adalah bebas, tetapi fakta adalah suci.”

“Kerajaan Malaysia akan berada di samping anda. Apa yang kami minta sebagai balasan hanyalah peluang untuk mengingatkan anda untuk bergantung kepada laporan dan sumber anda, dari negara mana pun, bukannya pada khabar angin, bukannya pada kenyataan daripada sumber tanpa nama, dan bukannya pada propaganda yang dibuat, tidak kira betapa meyakinkannya kenyataan itu – tetapi pada fakta yang disahkan.

“Kami tidak takut fakta: kerana fakta tidak boleh dipertikaikan. Untuk masa depan akhbar, kedua-dua cetak dan dalam talian, untuk menjadi sumber berita yang sihat seperti yang kita semua mahukan dan perlukan, saya yakin bahawa ia adalah sesuatu yang semua di sini akan bersetuju.”

PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA


Sila lihat teks penuh ucapan Perdana Menteri di sini: https://www.najibrazak.com/en/blog/publish-asia-awards-2017/

Projek rumah hybrid pertama dilancar


Pangsapuri Bandaraya Sungai Udang di Segambut menjadi perintis  perumahan hybrid pertama di Malaysia yang dibina kerajaan Pusat.

Pembeli perlu membayar RM800 sebulan iaitu RM500 sewa manakala RM300 dijadikan simpanan dan dipulangkan selepas tempoh 5 tahun.

Projek ini merangkumi 1,251 unit – 2 blok (32 tingkat), 1 blok  (34 tingkat).

Dilancar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 17 April 2018 dan dijangka siap Disember 2019.

Golongan berpendapatan sederhana diutamakan.

#Barisanprorakyat
#Negaraku

​PROTON PERDANA AWARDED THE ‘MALAYSIA GOOD DESIGN MARK’


 
Shah Alam, 19 April 2017 – PROTON Holdings Bhd (“PROTON” or “the Company”) is pleased to announce that the All New Perdana (“the Perdana”) has been awarded the ‘Malaysia Good Design Mark’ (“MGDM”) accredited by the Malaysia Design Council (“MDC”). The award was accorded to the Perdana under the Public Areas and Transportation Products category. The award was presented by YB Datuk Wira Dr Abu Bakar Mohamad Diah, Deputy Minister of Science, Technology & Innovation to PROTON Deputy Chief Executive Officer, YBhg Dato’ Radzaif Mohamed at the event in the Shah Alam Convention Centre (“SACC”) yesterday.
 
The Perdana, which was officially unveiled on 14 June 2016, received the accreditation in reference to a good design in a well-rounded product which was developed and manufactured locally. PROTON is pleased and humbled to receive the recognition which effectively recognises PROTON’s capability in designing and producing affordable and competitive cars for consumers.
 
“We are encouraged to receive the recognition from the Malaysia Design Council for the Perdana. A great deal of effort has been put into developing the car and I dedicate this recognition to those talented men and women who had invested their “talent” into the Perdana project. PROTON still has a lot of areas that it can improve on and this award will provide further impetus for PROTON to work harder to provide better designed and engineered cars to its customers,” said Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Chief Executive Officer of  PROTON.
 
The MGDM is a design recognition programme by the Malaysian government under the Malaysia Design Council. Its establishment is to give recognition to local industries that excel in providing quality and innovative products which encourage the upgrading of production quality through research and development.
 
The Perdana joined the ranks of the Satria Neo and the previous Persona which was accorded similar award by MDC in 2007 and the Iriz in 2014.
 
In 2016, the Perdana was awarded the ‘Best Local Car Design of the Year 2016’ by Carsifu Editors’ Choice Award, a motoring publication of The Star Media Group.

Keputusan Felda beli Eagle High tepat


Felda membuat keputusan tepat membeli Eagle High Plantation Indonesia pada 2015.

Pada suku keempat 2016, Eagle High untung 429 bilion rupiah atau RM142 juta.

Keuntungan lebih besar dijangka pada 2017 kerana 94 peratus ladang baru menjadi matang.

Saham Eagle High sekarang 370 rupiah seunit berbanding 212 rupiah ketika Felda membelinya.

Justeru, tuduhan pembangkang Felda membazir kerana membeli Eagle High adalah tidak berasas dan tidak melihat jauh ke hadapan.

Peringatan buat kakitangan kerajaan yang menyokong pembangkang 


Previous Older Entries