Kit Siang juga ‘bunuh’ Dr Boo Cheng Hau


Selain Tan Seng Giaw, seorang lagi pemimpin DAP yang berjaya ‘dibunuh’ oleh diktator Lim Kit Siang ialah Dr. Boo Cheng Hau.

Dr Boo, ADUN Skudai merupakan Ketua Pembangkang di Johor selama 9 tahun menjadi sasaran Kit Siang selepas beliau menentang pemimpin dari luar Johor bertanding di negeri itu pada PRU13.

Sama seperti Seng Giaw, Dr Boo juga ‘dibunuh’ secara terancang menerusi pemilihan parti peringkat negeri pada Oktober 2015.

Beliau hanya menduduki tempat ke-16 daripada 31 pemimpin DAP yang bertanding. Dr Boo hanya memperoleh 164 undi sekaligus gagal menduduki senarai 15 Ahli Jawatankuasa Kerja negeri.

Dengan kekalahan itu, Dr Boo meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang Johor yang dipegangnya sejak 2008 serta menolak tawaran untuk dilantik semula ke dalam Jawatankuasa Kerja kerana kecewa dengan permainan jahat Kit Siang.

Dr Boo mendedahkan wujud pakatan daripada pucuk pimpinan parti untuk menjatuhkannya kerana membuat kritikan terbuka. Malah beliau melabelkan pakatan jahat itu yang diketuai Kit Siang  sebagai ‘Soviet madhouse’.

Dengan ketiadaan Dr Boo, kesemua orang kanan Kit Siang mendominasi kepemimpinan DAP Johor yang diketuai anak didiknya, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

Kit Siang terpaksa ‘membunuh’ karier politik Dr Boo kerana dianggap ancaman besar ekoran populariti Dr Boo yang boleh mengugat rancangan Dinasti Lim untuk menguasai parti itu, sama seperti nasib malang yang dialami Tan Seng Giaw.

Pembangkang bertelagah lagiĀ 


Inilah yang dikatakan pakatan haprak meminjam kata Tun Mahathir yang pernah memerintah secara keras selama 22 tahun. 
Hari setelah menjadi pencetus kepada penubuhan parti botox cap munger, Tun sanggup mengkhianati 3 juta ahli UMNO yang pernah dipimpinnya dengan menentang kembali parti keramat tersebut.
Kini Tun cuba menguasai pula pakatan pembangkang yang di dominan oleh Pkr, Dap dan Pan (serpihan Pas). 
DAP sudah tentulah akan menjadi tuan dan menguasai kerusi Perdana Menteri. Cuma tak cakap saja sebelum pakatan menang. Lihat apa yang terjadi di Perak.  Setelah menang PRU tahun 2008 dengan bongkak nya Dap mahu menjadi Menteri Besar Perak. Oleh kerana tiada seorang pun calon Dap daripada kaum Melayu maka hasrat Dap terkubur, kerana hukum tubuh kerajaan negeri tidak mengizinkan bukan Melayu menjawat jawatan tersebut. 
Kita yakin hasrat Dap menamatkan Wan Azizah sebagai Perdana Menteri hanya untuk mengabui mata orang Melayu sebelum menang sahaja.  
Tolak tepi hasrat Tun Mahathir yang hanya mahu kaum kerabat nya menjadi Perdana Menteri.  Muhyiddin hanya stool pigeon sahaja sebelum anak nya mengambil alih jawatan nombor 1 negara.
PAN, PPBM  dan PKR sebenarnya tidak lah berpengaruh dalam politik negara,  Pan ternyata gagal menandingi Pas di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.  PPBM pun sama parti orang kecewa. Sama seperti PKR.  
Yang mendominasi kelompok ini adalah DAP.