Pembohongan Rafizi tentang Kadar Inflasi Tahunan, Inflasi Semasa Kegawatan Ekonomi dan Gaji Pekerja Malaysia


1. Rafizi Ramli dikesan menipu lagi di laman Facebook miliknya dalam posting ‘KENYATAAN MENTERI MENGENAI INFLASI MEMANDANG RENDAH MASALAH HARGA BARANG NAIK’.

Pembohongan 1: Menggambarkan Kadar Inflasi Februari 2017 4.5% Sebagai Inflasi Tahunan

2. Rafizi berbohong apabila menggambarkan kadar inflasi Februari 2017 pada *4.5% adalah kadar inflasi tahun 2017* apabila membandingkannya dengan kadar inflasi tahunan semasa Malaysia dilanda krisis ekonomi pada tahun 1998. Hakikatnya, kadar inflasi 4.5% yang diumumkan adalah kadar inflasi bulanan pada bulan Februari 2017 dan bukan kadar inflasi tahun 2017.

Pembohongan 2: Kadar Inflasi meningkat ketika Ekonomi Luar Kegawatan

3. Pengetahuan Rafizi mengenai ekonomi amat cetek kerana kadar inflasi boleh melonjak tidak kira semasa kegawatan ekonomi ataupun ketika ekonomi berkembang.

4. Misalnya, semasa ekonomi gawat pada 1985 (0.3%) dan 1986 (0.7%), kadar inflasi menurun kesan daripada penggunaan swasta yang menurun. Tetapi, semasa krisis ekonomi negara pada tahun 1998, kadar inflasi meningkat kerana penyusutan Ringgit yang ketara mengakibatkan harga makanan import meningkat terlalu tinggi.

5. Rafizi berbohong apabila mengatakan ekonomi Malaysia gawat pada tahun 2008. Hakikatnya pada tahun 2008 ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 4.8%. Bagaimanapun kadar inflasi meningkat pada tahun 2008 kerana harga minyak mentah dunia meningkat mendadak sehingga USD140 setong. Kerajaan terpaksa menaikkan harga petrol daripada RM1.92 kepada RM2.70 dan harga diesel daripada RM1.58 kepada RM2.58.

6. Keadaaan berbeza pada tahun 2009, ketika ekonomi Malaysia mengalami kegawatan dan kadar pertumbuhan menguncup sebanyak 1.5%. Bagaimanapun kadar inflasi pada tahun 2009 menurun dan pada kadar 0.6%.

Pembohongan 3: Gaji Pekerja di Malaysia Tidak Meningkat

7. Dakwaan ini adalah auta Rafizi yang paling nyata. Rafizi tertangkap menipu kerana purata gaji pekerja di Malaysia meningkat setiap tahun seperti dilaporkan Laporan Penyiasatan Gaji dan Upah oleh Jabatan Perangkaan Negara.

8. Indeks purata gaji pekerja di Malaysia dikira 2010 sebagai tahun asas (2010 = RM1,772). Pada tahun 2015, gaji pekerja adalah RM2,312 dengan indeks pada 130.7, bermakna purata gaji pekerja meningkat 30%.

9. Ini bermakna purata GAJI PEKERJA di Malaysia MENINGKAT 30%, iaitu LEBIH TINGGI daripada KADAR INFLASI yang meningkat pada kadar 20%.

10. Kenapa Rafizi menyembunyikan FAKTA angka purata gaji dan upah yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan, iaitu pihak yang sama yang mengeluarkan laporan Indeks Harga Pengguna? Adakah beliau hanya akan percaya laporan “negatif” tetapi tidak mahu mempercayai laporan “positif” daripada jabatan yang sama?

Pembohongan 4: Dakwaan Najib Anti-Subsidi dan Pro-Perniagaan

11. Sebenarnya Rafizi yang TERLALU pro-perniagaan sehingga mahu menggunakan wang subsidi untuk menguntungkan peniaga, sedangkan wang subsidi ini sepatutnya diberikan kepada rakyat. Pendekatan Rafizi ini adalah kuno dan mengakibatkan golongan peniaga menerima manfaat subsidi yang paling besar berbanding rakyat.

12. Realitinya, sejak dulu sehingga sekarang, walaupun Kerajaan memberikan subsidi, harga barang tetap meningkat dan peniaga amat sukar mengurangkan harga barang selepas menaikkannya.

13. Najib bukan anti-subsidi. Sebaliknya pendekatan kerajaan hari ini adalah untuk memberikan SUBSIDI BERSASAR kepada golongan yang paling wajar menerima subsidi, iaitu rakyat berpendapatan rendah, bukannya golongan PENIAGA. Manakala, SUBSIDI PUKAL yang lebih menguntungkan peniaga dihapuskan secara berperingkat.
Lebih baik Rafizi luangkan masa untuk belajar mengenai inflasi, gaji dan ekonomi terlebih dulu sebelum menuduh orang lain tidak faham ekonomi. Sebelum sekolahkan menteri, elok Rafizi sekolahkan diri sendiri dahulu.

#PakatanProDAP

RUU 355-MOHONLAH PERKENAN MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU


Mesyuarat Majlis Tertinggi BN membuat keputusan supaya usul RUU-355 dikekalkan sebagai usul persendirian YB Marang DS Haji Hadi Awang.
Keputusan ini tidak bermakna UMNO menolak RUU-355; malahan Presiden UMNO dan kepimpinan tertinggi UMNO telah memberi komitmen akan menyokong usul tersebut bila dibentangkan di Dewan Rakyat nanti.
Ini berbeza dengan sikap pembangkang serta komponen MCA, MIC, PGRM yang awal2 telah memberi kata-dua akan menentang usul RUU-355 ini bila dibentangkan nanti.
Memandangkan usul RUU-355 kekal menjadi usul persendirian YB Marang, maka terpulanglah kpd TS Speaker Dewan Rakyat utk meletakkan usul ini dalam senarai untuk dibentangkan didalam Dewan dan dibahaskan dengan mengambil kira urusan kerajaan mesti diberi keutamaan.
Kebiasaannya dalam amalan Dewan Rakyat jarang benar usul persendirian akan dapat dibentang dan dibahas oleh kerana urusan RUU Kerajaan sendiri pun berlambak.
Teman sendiri pernah kemukakan usul persendirian yg sama untuk memperkasa dan menambah bidangkuasa Mahkamah Syariah semasa menjadi Ahli Parlimen; rasanya tiap kali sidang teman akan kemukakan usul tsb ttp tidak pernah berjaya dibentang atau dibahaskan.
Teman ingin buat cadangan kepada UMNO dan PAS supaya menimbang merujuk usul RUU-355 ini kepada sidang Majlis Raja-Raja Melayu untuk mendapatkan nasihat dan perkenan Kebawah Duli Tuanku Raja-Raja Melayu sebelum dibawa ke Dewan Rakyat.
Kita perlu faham Akta 355 (termasuk RUU-355 ini) hanyalah satu ‘enabling provision’, iaitu suatu akta untuk memperbolehkan kuasa diberi kepada DUN untuk menggubal undang2 berkaitan bidangkuasa Mahkamah Syariah dinegeri masing-masing.
Akta 355 (dan termasuk RUU-355) bukanlah suatu akta yang mengujudkan undang2 penal berkaitan kesalahan syarie di Mahkamah Syariah.
Hal menggubal undang2 kesalahan penal syarie adalah hak DUN tiap negeri berdasarkan Fasal 74 Perlembagaan Persekutuan berpandukan kepada peruntukkan Akta 355.
Dan kita sedia maklum menurut Perlembagaan Persekutuan kuasa dan bidangkuasa berkaitan hal ehwal Islam termasuk Mahkamah Syariah adalah dibawah Tuanku Sultan atau Raja negeri masing2 sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri2 berkaitan.
Oleh itu adalah lebih bijak, baik dan afdhal untuk RUU-355 ini dibentangkan dan diperhalusi dahulu oleh sidang Majlis Raja-Raja untuk mendapat nasihat dan perkenan Kebawah Duli Tuanku Raja-Raja.
Sekiranya mendapat perkenan Kebawah Duli Tuanku Raja-Raja, barulah wajar RUU-355 tersebut dibawa sendiri oleh Kerajaan ke Dewan Rakyat untuk dibentangkan dan dibahaskan.
Saya yakin sekiranya pembentangan RUU-355 ini diberi perkenan oleh Kebawah Duli Majlis Raja-Raja Melayu sudah pasti YB Ahli-Ahli Parlimen akan menghormati dan menerimanya.
Kalau ada yang masih membantah bermakna mereka tidak menghormati titah Tuanku Raja-Raja Melayu; malah boleh dikatakan menderhaka!
Dengan cara ini, kemelut dan polemik RUU-355 yang sengaja dipolitikkan oleh golongan cauvinis dan extremis dapat diatasi dengan baik dan berhikmah!
Mohon mencadangkan!
Zulkifli Bin Noordin

02 Rejab 1438

30 Mac 2017