Sikap ‘pelik’ Rafizi dalam isu SPLASH Pelik bin ajaib!


Pakar ekonomi PKR yang kononnya serba tahu, Rafizi Ramli memberi alasan dia tidak tahu nilai sebenar syarikat pemegang konsesi air, SPLASH, apabila ditanya tentang tawaran RM2.8 billion kerajaan Selangor untuk ambil alih syarikat itu.

Jawapan Ahli Parlimen Pandan itu ‘sangat luar biasa’ kerana selama ini dia mendakwa  serba tahu rahsia kerajaan Pusat termasuk hutang-hutang, pembaziran dan pelaburan GLC seperti KWSP dan Lembaga Tabung Haji.

Namun, bila melibatkan skandal PKR, Rafizi seperti merendahkan tahap ‘geniusnya’ apabila memberi jawapan yang dikategorikan jawapan ‘bodoh’.

Masakan pakar ekonomi yang sering memfitnah kerajaan BN tidak tahu nilai syarikat SPLASH sedangkan dia pernah terbabit dalam rundingan pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi air di bawah pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim.

Walaupun dia mendakwa tidak lagi terbabit dalam rundingan di bawah Datuk Seri Azmin Alin, mustahil dia tidak tahu harga sebenar SPLASH.

Sikap ‘pelik’ Rafizi menguatkan lagi dakwaan PKR mendapat keuntungan besar daripada penjualan SPLASH kepada Selangor.

#PakatanProDAP

Advertisements

Muhyiddin sokong DAP jadi PM


Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin  sekali lagi membuat U-turn apabila berkata Pakatan Harapan tiada masalah untuk melantik Cina dari DAP sebagai Perdana Menteri jika menang PRU14.

Sebelum ini, bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas Timbalan Presiden UMNO yang berpaling tadah itu dengan lantang mahu Pakatan Harapan diketuai pemimpin Melayu kerana negara ini majoritinya orang Melayu.

Ia secara tidak langsung cuba mengingatkan pemimpin parti pakatan lain bahawa Perdana Menteri mesti dari kalangan orang Melayu khususnya dari parti PPBM.

Namun, dalam ceramah di Melaka pada 1 April lalu, Muhyiddin berkata sebaliknya dan cuba menyakinkan orang Melayu bahawa pakatan boleh menerima Perdana Menteri Cina.

Mengapa Muhyiddin membuat U-turn? Adakah Muhyiddin telah dimarahi diktator Lim Kit Siang atau anaknya Lim Guan Eng?

Tidak perlu dinafikan lagi pakatan dikuasai DAP khususnya Kit Siang dan Guan Eng, manakala pemimpin PKR dan PAN hanyalah pemakan dedak yang menuruti setiap arahan parti cauvinis itu.

#PakatanProDAP

http://www.pru14.tv/2017/04/03/muhyiddin-u-turn-sokong-pm-bukan-melayu-kerana-takut-dap/

Kanun Tanah Negara lindungi  Forrest City


Projek Forrest City di Johor antara isu yang dimanupulasi pembangkang untuk kepentingan politik  menerusi fitnah dan tohmahan jahat.

Antaranya isu pegangan bebas tanah bagi projek Forrest City yang didakwa sebagai usaha kerajaan untuk mengadaikan tanah kepada China.

Sebenarnya, Kanun Tanah Negara menetapkan peraturan bahawa kerajaan berhak mengambil tanah tersebut bila-bila masa  atas apa saja sebab, sama ada pegangan bebas atau pajak.

Projek pegangan bebas bukan sesuatu yang baharu di negara ini, malah di Pulau Pinang, projek tambakan tanahnya berstatus pegangan bebas.

Status pegangan bebas bertujuan menarik lebih ramai pelabur terutama pelaburan langsung asing (FDI) kerana kos keseluruhan projek ini sangat tinggi mencecah RM440 billion.

Tuduhan kerajaan akan memberikan kewarganegaraan kepada rakyat asing yang membeli hartanah dan tinggal lebih 12 tahun di Forrest City juga tidak benar

Kewarganegaraan kepada rakyat asing diberi berdasarkan ‘berhak’ dan ‘layak’ dan kedua-duanya sangat berbeza selain kelayakan-kelayakan lain.

Projek Forrest City diilhamkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mengambil masa 20 tahun untuk dibangunkan yang bakal menjadikan Johor sebagai ‘Dubai Asean’.

https://www.bharian.com.my/node/267395

#Negaraku #ForrestCity  #fitnahpembangkang

Isu SPLASH skandal terbesar PKR


Isu pengambilalihan syarikat konsesi air, SPLASH, bagi menyelesaikan penstrukturan semula industri air oleh kerajaan Selangor menjadi skandal terbesar pakatan pembangkang khususnya PKR.

Ini kerana kerajaan pimpinan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali telah menaikkan tawaran pengambilalihan SPLASH mencecah RM3 billion.

Jumlah ini jauh lebih tinggi berbanding RM250 juta yang ditawarkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada SPLASH pada 2014.

Tawaran lebih 10 kali ganda itu dikaitkan dengan hubungan rapat seorang ahli perniagaan yang ada kepentingan dalam SPLASH dengan kepemimpinan PKR.

Individu itu juga dikatakan membiayai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikendalikan PKR dan dinaungi Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam tempoh tiga tahun penangguhan penyelesaian itu, SPLASH dilapor mengutip keuntungan besar mencecah RM1.2 billion. 

Persoalannya adakah penangguhan ini disengajakan untuk memberi keuntungan kepada pihak berkepentingan?

Azmin enggan menggunakan rezab negeri sebaliknya mahu meminjam wang daripada kerajaan Pusat untuk membiayai sepenuhnya pengambilalihan berjumlah RM2.8 billion.

Kesannya kepada rakyat apabila pakar ekonomi menjangkakan ia akan menyebabkan kerajaan negeri terpaksa menaikkan caj air di Lembah Klang.