Pakatan semakin tiada modal untuk terus menyerang #1MDB.


#PakatanProDAP

http://www.reuters.com/article/us-ubs-1mdb-idUSKBN176232

Khalid bantah bayar RM2.8 b kepada SPLASH


Bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus mempersoalkan kerajaan Selangor kerana mahu membayar RM2.8 bilion bagi mengambil alih SPLASH.

Khalid, bekas ahli PKR yang dipaksa meletak jawatan  pada 2014 mempersoalkan mengapa Datuk Seri Azmin Ali menaikkan harga RM2.8 bilion, meningkat lebih 10 kali ganda berbanding  tawaran asal RM250 juta.

Beliau mendedahkan Azmin telah membelanjakan jutaan ringgit untuk membayar syarikat perunding bagi menjustifikasikan keputusannya untuk menaikkan harga tawaran itu.

Katanya, selepas gagal mengambil alih SPLASH kerana kekurangan wang sekali gus gagal menyelesaikan penstrukturan semula industri air di Selangor, Azmin menyalahkan pula kerajaan Pusat.

Khalid menasihatkan Azmin mengutamakan kepentingan rakyat bukannya menjaga syarikat SPLASH yang telahpun mengautkan keuntungan RM400 juta setiap tahun hasil penjualan air mentah kepada kerajaan negeri.

Beliau bimbang jika Azmin ‘menyelam sambil minum air’ dengan memperoleh keuntungan hasil pengambilalihan SPLASH itu.

Antara pemegang saham utama SPLASH ialah individu yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan kepimpinan PKR terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin.

E-Merdeka April 2017



E-Merdeka edisi April 2017. Dapatkan and sebarkan ke rakan-rakan seperjuangan yang lain.

http://online.fliphtml5.com/puzf/uymm/#p=2