Dagangan Februari 2017 tertinggi dalam 7 tahun


Jumlah dagangan Malaysia pada Februari 2017 meningkat sebanyak 27.1 % mencecah RM134.83 billion, iaitu yang tertinggi dalam tempoh 7 tahun.

Eksport Malaysia pada Februari 2017 turut meningkat 26.5 % kepada RM71.77 bilion. 

Ini adalah bulan keempat berturut-turut eksport melebihi RM70 bilion sejak November 2016. Kali terakhir eksport negara mencatat kadar pertumbuhan tahunan melebihi 20 peratus tahun atas tahun ialah pada 2010.

Selain itu, lebihan dagangan bernilai RM8.71 bilion menjadikan ia lebihan dagangan yang ke-232 bulan berturut-turut dicatatkan sejak November 1997.

#BarisanProRakyat

http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/dagangan-februari-tertinggi-dalam-7-tahun-1.466117

Kebebasan . Persamaan . Keadilan


Hakikatnya tujuan kenegaraan dalam Islam bukanlah untuk hudud. Tujuan kenegaraan lebih luas dari itu. Pemerintah menegak SOCIAL JUSTICE ataupun *keadilan masyarakat dalam segala aspek*.

Hudud hanyalah MEKANISMA dalam mengatasi jenayah tertentu.
Bahkan perkataan ‘hudud Allah’ dalam al-Quran tidaklah merujuk kepada undang-undang jenayah sebaliknya:-

dalam Surah al-Baqarah ayat 187 merujuk kepada hukum-hakam puasa,
Surah al-Baqarah ayat 229-230 merujuk kepada hukum-hakam talak,
Surah an-Nisa ayat 13 tentang harta pusaka,
Surah al-Mujadilah ayat 4 tentang hukum zihar,
Surah at-Talaq ayat 1 tentang edah talak.

Ertinya perkataan *hudud dalam al-Quran secara peraturan Allah bukan hanya tertumpu kepada hukum jenayah sahaja*.

Menjadikan politik tertumpu kepada hudud bukan satu kebijaksanaan. Tidak dari segi MAQASID agama, tidak juga dari segi kepentingan politik. Tujuan politik jauh lebih luas dari hanya membincang cara memotong tangan pencuri.

Sebelum pencuri dipotong tangan, politik sepatut membincang bagaimana memasti tiada alasan untuk sesiapa pun mencuri disebabkan keadilan dan kebajikan negara.

Hendak dipastikan semua warga sama di hadapan undang-undang. Tidak boleh ada pihak yang boleh bermaharajalela yang jika mereka didakwa, yang membawa kes pula akan dikenakan di bawah akta hasutan. Jangan sampai rakyat yang mencuri di pasaraya dipotong tangan, tapi pembesar yang mencuri hutan balak negara dibiarkan.

Akhirnya, iapa yang al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H) sebut tentang politik dan keadilan dalam al-Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siyasah al-Shar’iyyah:

“Berkata al-Shafi’i:
*”Tiada siyasah (politik) melainkan apa yang menepati syarak”.*
Kata Ibn ‘Aqil:

“Siyasah itu yang merupakan tindakan yang mana dengannya manusia lebih dekat kepada kebaikan dan jauh dari kerosakan, sekalipun ia tidak ditetapkan oleh Rasul dan diturunkan wahyu mengenainya.

Jika engkau maksudkan dengan perkataanmu “Tiada siyasah melainkan apa yang menepati syarak” iaitu tidak menyanggahi apa yang syarak sebut, maka itu betul.

Jika engkau maksudkan tiada siyasah melainkan apa yang syarak sebut maka itu salah. Itu juga menyalahkan para sahabah.. apabila *zahirnya tanda-tanda KEADILAN dan wajahnya memancar sinar dalam apa jalan sekalipun maka di situlah syariat Allah dan agamaNYA.*

Allah S.W.T lebih mengetahui, lebih bijaksana dan lebih adil untuk hanya membataskan jalan-jalan keadilan dan tanda-tanda serta alamat-alamatnya dengan sesuatu kemudian menafikan apa yang lebih jelas daripada itu, lebih kuat dalilnya, lebih nyata tandanya, lalu dia tidak menerima dan menilai kewujudannya dan menegakkan tuntutannya.

*Bahkan Allah S.W.T telah menjelaskan bahawa apa yang Dia syariatkan mengenai jalan-jalan (hukum agama) tujuannya untuk menegakkan KEADILAN dalam kalangan hamba-hambaNYA dan membolehkan manusia menegakkan keadilan.*

*Apa-apa saja jalan yang dapat menghasilkan keadilan dan kesaksamaan maka itu dari agama ini, dan ia tidak menyanggahinya*. *Tidak mungkin untuk dikatakan bahawa siyasah yang adil itu menyanggahi apa yang ungkapkan oleh syarak, sebaliknya ia menepatinya.*

Bahkan siyasah yang adil itu satu juzuk dari syarak.

*Kita menamakannya siyasah mengikut istilah mereka padahal sebenarnya ia adalah keadilan Allah dan rasulNYA yang zahir menerusi tanda-tanda dan bukti-bukti tersebut..*

Diterbitkan oleh SM.Networks (SuaraMerdeka)