Rafizi lagi yang pakar putar belit 



Rafizi pakar fitnah

Budaya memfitnah ibarat menjadi darah daging bagi pemimpin pakatan.

Salah seorangnya Rafizi Ramli yang terkenal dengan gelaran pakar fitnah PKR.

Macam-macam fitnah yang dilontar Rafizi terhadap kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak termasuk kepada Datin Seri Rosmah Mansor.

Rafizi juga secara terbuka mengakui tugasnya dan pemimpin pakatan lain ialah dengan menghasut rakyat supaya membenci kerajaan BN.

Namun, apabila melibatkan skandal pemimpin pakatan lain, dia diam membisu dan sering memberi jawapan bodoh.

Contohnya, isu pengambilalihan SPLASH dengan harga RM2.8 billion oleh Kerajaan Selangor di mana Rafizi menjawab dia tidak tahu nilai sebenar SPLASH.

Beginikah sikap pemimpin yang menjadi harapan rakyat?

#PakatanProDAP

Advertisements

Blog Che Det tidak lagi digemari seperti dahulu. 



Suatu waktu dahulu ketika Mahathir memulakan serangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, blog “Che Det” menjadi sangat popular.

Apa sahaja Che Det tulis, ramai yang percaya mentah mentah, tanpa menyemak fakta dan menanti respon pihak yang dituduh. Itulah situasi pada waktu itu.

Pada Julai 2015, ketika Mahathir mula “launch attack” terhadap Najib, ranking Che Det berada pada kedudukan 63,802 paling dilawati di dunia dan ke 403 di Malaysia.

Kini, pada April 2017. Kira kira hampir 1 tahun 9 bulan selepas itu, blog Che Det merosot pembacanya. Berada pada kedudukan 263,179 di dunia, turun 200,000 tangga.

Di Malaysia, turun dari kedudukan kedudukan ke 403 turun ke 2,839 pada hari ini, 10 April 2017. Dengan purata masa pembaca hanya 3 minit sahaja di blognya.

3 minit bermakna, pembaca hanya “browsing” sambil lalu sahaja atau hanya baca tajuk tajuk sahaja. Mungkin letih bila membaca plot dan cerita yang sama diulang ulang banyak kali.

Hanya 67% pembaca dari Malaysia, selebihnya dari Arab Saudi, Singapura dan negara lain. Keyword paling popular dicari dalam blog Che Det adalah mahathir, chedet, che det, tun mahathir dan blog che det.

Tiada satu pun keyword berkaitan 1MDB, PPBM, GST atau isu isu lain. Bermakna orang luar yang pergi ke situ hanya mencari cerita cerita lama dalam arkibnya sahaja.

1MDB tidak dicari dalam blog Mahathir. Bermakna pembaca pun sudah percaya Mahathir tiada krebiliti dan bukan sumber yang boleh dipercayai untuk menulis tentang 1MDB.

Seawal tahun 2015 ketika serangan kebenciannya bermula,  blog Che Det begitu dinanti nantikan seperti wayang “blockbuster” dari Hollywood.

Hits kepada blognya tinggi kerana selain dari pengunjung mahu melihat sama ada sudah ada entri baharu , mereka juga menjadikan blognya hits dengan berkongsi “link story” kepada ramai pihak lain.

Namun, masa berlalu , blog Mahathir “Chedet” terpinggir dan tidak lagi dihiraukan. Bolehlah dikatakan blognya dalam keadaan “pathetic”.

Selain dari ranking blognya merosot dengan teruk , ia juga bukan lagi menjadi blog yang diikuti atau dirujuk lagi.

Apakah sebab semuanya ini?

Banyak faktor boleh diberi berkenaan kedudukan yang teruk ini.

Pertama , mungkin perwatakan Mahathir yang sudah tidak dipercayai lagi kerana kerap berbohong dan suka mempermainkan pengikutnya.

Faktor kedua adalah tentang kebenaran. Pembaca yang pada awalnya menyangka ada kebenaran dari apa yang ditulis Che Det akan mencari kebenaran.

Akhirnya bila satu demi satu kebenaran datang, maka pembaca akan mulai tidak mempercayai lagi tulisan Che Det.

Mahathir tahu dirinya sendiri terlalu banyak pincang dan punyai liabiliti yang besar. Jalan terbaik untuk alihkannya mata rakyat adalah dengan cara menyerang Najib.

Sampai hari ini, Mahathir tidak pernah jawab dengan bukti yang kukuh berkaitan BMF, Skandal Forex, isu Perwaja, Maminco dan kekayaan luar biasa anak anaknya.

“Ploy diversion” Mahathir ini hanya laku seketika sahaja. Ini kerana lambat laun rakyat akan menyedari ia cuma mainan minda dan persepsi semata mata.

Terlalu jelas fakta menunjukkan blog Mahathir tidak lagi diendahkan dan rakyat tidak lagi menunggu entri entrinya seghairah bermula serangan Mahathir dulu.

Serangan yang terlalu agresif dan “attacking below the belt” yang dibuat terhadap Najib dan isterinya telah mula mengundang simpati rakyat. Rakyat mula nampak sikap keterlaluan dan dengki Mahathir.

“By turn of event” kini terlihat ramai pula yang menyokong Datuk Seri Najib. Bahkan yang menghentam Perdana Menteri akan diserang dan dibalun oleh banyak pihak. Hingga jadi “trending” di Twitter sebab Rafizi dibalun oleh penyokong kerajaan.

Akibat daripada itu , pihak Mahathir dan pembangkang terpaksa menuduh mereka yang menyokong Perdana Menteri ini dibayar untuk menutup hakikat bahawa Perdana Menteri memiliki penyokong yang sayang kepada UMNO dan Presidennya.

Selain itu jalan pintas untuk pembangkang dan Pro Mahathir untuk menutup rasa kalah adalah dengan menggelar mereka yang menyokong Perdana Menteri sebagai “pemakan dedak”.

Itulah alasan mereka. Bila kerap sangat diulang dan terjadi secara berlebih lebihan. Rakyat mula tahu siapa yang makan dedak sebenarnya. Puak Mahathir yang terlebih makan dedak atau terkurang dedak sebenarnya.

Sudah menjadi tanggungjawab setiap ahli UMNO mempertahankan institusi Presiden. Sama seperti mereka mempertahankan Mahathir ketika menjadi Presiden UMNO.

Apakah kesetiaan kepada Presiden bernama ‘Mahathir” waima kerajaan beliau membunuh mangsa Memali, memberi kekayaan kepada kroni dan anak beranak itu sebagai memakan “dedak” juga?

Mahathir nyata sekali semakin dipinggirkan. Mahathir telah menjual diri dan prinsipnya hanya sebab mengejar cita cita peribadinya.

Hanya yang taksub sahaja yang masih buta kepada segala perkara yang terjadi di hadapan mata mereka. Mereka tidak sedar ini Mahathir lain dan bukan Mahathir yang dulu.

Benar juga ada orang berkata “Tun Mahathir overstay his welcome”. Dari menyanjung kini berubah kepada meluat kerana terlalu lama dalam persada politik.
Perjuangan Mahathir belum selesai selagi “Boboi” tidak berada di puncak kuasa. Selagi itulah Mahathir akan terus kacau dan kacau.

PPBM : TOPENGNYA MUKA MUHYIDDIN WAJAHNYA MAHATHIR 


PARTI Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) atau lebih dikenali sebagai parti Bunga merupakan parti yang dibentuk berdasarkan kepada kehendak dan visi Tun Dr Mahathir Mohamad atas kepentingan dan agenda peribadi beliau. 

Bukannya berpaksi pada agenda rakyat, agenda bangsa dan jauh sekali agenda untuk kepentingan agama. 

Kita amat maklum bahawa walaupun  presiden parti Bunga adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun perjalanan parti tersebut dikawal sepenuhnya oleh Mahathir.

Baru-baru ini, Mahathir dikatakan telah mendakwa yang pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 pindaan 2016 atau Akta 355 yang dikhaskan untuk rakyat Malaysia yang beragama Islam itu hanya akan memecahbelahkan Melayu.

Ini tuduhan Mahathir yang menampakkan siapa dirinya yang sebenar. Mahathir lah sebenarnya yang memecah belah orang Melayu. Menubuh parti serpihan kerana mengejar kuasa dan agenda peribadi.

Bila Mahathir masuk PH, apakah Melayu Melayu dalam DAP dan PKR berubah?. Mereka tidak berubah, yang berubah adalah Mahathir. 

Sapu habis dosa dosa rasis Kit Siang dan DAP pada orang Melayu. Lebih memalukan lagi bila Mahathir cuci balik segala kata nistanya pada Anwar, hanya semata mata kerana kuasa.  

Kini Muhyiddin pula mengeluarkan kenyataan yang jauh berbeza dengan pendirian Mahathir tersebut. Muhyiddin kata akan menyokong RUU 355 apabila ianya dibahas dan diundi dalam sidang Parlimen akan datang. 

Malah Muhyiddin menegaskan RUU 355 itu bukanlah bertujuan melaksanakan undang-undang hudud di Malaysia.

RUU 355 hanyalah pindaan kepada undang-undang sedia ada sepertimana yang pernah dilakukan pada tahun 1984 dan 1989. Bezanya sebelum ini, pindaan dilakukan menerusi RUU kerajaan, bukan RUU persendirian.

Pembentangan RUU tersebut untuk kebaikan umat Islam. Oleh itu, semua pihak tidak boleh melihatnya dari perspektif lain termasuk politik. Perlu ditegaskan sekali lagi bahawa rang undang-undang ini tidak terpakai ke atas orang bukan Islam sebagaimana diulang-ulang di dalam Jadual Kesembilan Perlembagan Persekutuan, juga disebut di dalam Akta dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam, Akta dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan Akta 355 sendiri.

Perlembagaan Persekutuan telah memberi jaminan bahawa undang-undang Islam di Malaysia hanya terpakai ke atas orang-orang Islam sahaja dan prinsip ini tidak berubah dengan pindaan yang dicadangkan.

Adakah Lim Kit Siang sedang dipermainkan oleh Muhyiddin dan Mahathir berkenaan isu RUU 355 ini? Suara parti Bunga merupakan suara Mahathir juga. Ini bermakna dalam masa yang sama Mahathir telah mengeluarkan dua kenyataan yang berbeza.

Satu membantah dan satu lagi menyokong. Muhyiddin sokong, Mahathir bantah. Kit Siang sudah lakukan provokasinya di dewan rakyat.

Inilah wajah sebenar PPBM, parti itu umpama bertopengkan muka Muhyiddin dan berwajahkan muka Mahathir. Kenyataan Muhyiddin itu adalah kenyataan topeng semata mata. Wajah sebenar kenyataan PPBM adalah Mahathir.  

DAP faham dua wajah ini. Sebab itu DAP tidak pernah balun Muhyddin teruk sangat. Hanya menegur sahaja jika “si pemakai topeng” itu tersasul bercakap. 

Itu pun sudah membuatkan si pemakai topeng membuat “u turn” dalam isu siapa layak jadi Perdana Menteri. Terus Muhyddin kata tidak ada salah kalau DAP jadi PM. 
Yang terus diperbodoh adalah orang orang Melayu yang taksub dan totok menyokong apa sahaja yang “Mamak Mahathir” ini cakap.

Lim Kit Siang telah faham permainan opera topeng PPBM ini. Mahathir sekarang seronok skrew orang Melayu yang totok dan taksub ini. Mereka inilah yang DAP mahu untuk dapatkan undi. 

PPBM sedang menipu rakyat Malaysia. Presiden parti hanyalah topeng, wajah sebenar dan tubuh badan PPBM adalah Mahathir. Dalam hati “tubuh badan” sebenar parti itulah ada nama calon PM. 

Ianya tidak pernah disebut dan didedah oleh tuan punya badan. Namun semua orang tahu, apa nama tersebut. Abjabnya ada lima, bermula huruf “B” dan akhirnya huruf “I”. 

Sampai bila PPBM hendak berlakon, drama bersiri di tv pun jika sudah masuk siri ke 30, penonton dah naik muak. Asyik ulang plot dan cerita sama. Inikan pula PPBM, ramai rakyat dah tahu lakonan “topeng dan wajah” PPBM.