Terbongkar hubungan mesra John Soh dengan Pondan Rafizi Ramli 



Apa hubungan Rafizi-John Soh?

Benarkah Rafizi Ramli pernah menerima  sebahagian sumbangan dana RM20 juta seperti didakwa penulis blog, Raja Petra Raja Kamaruddin?

Walaupun tiada bukti kukuh untuk membenarkan dakwaan itu, namun berdasarkan pengakuan bekas ahli PKR, Chegubard, jelas menunjukkan individu yang dikaitkan dengan sumbangan itu, John Soh, pernah mempunyai hubungan rapat dengan PKR.

Jadi, tidak hairanlah jika Rafizi juga pernah mendapat manfaat daripada ahli perniagaan itu.

Rafizi tidak pernah menjawab tuduhan itu sebaliknya menyalahkan Raja Petra. Jika Rafizi menafikan  mengenali John Soh, ia  merupakan pembohongan besar pakar fitnah PKR itu.

Rafizi perlu bertaubat kerana sering memfitnah seperti disarankan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

John Soh kini meringkuk dalam penjara di Singapura kerana kesalahan jenayah kolar putih.

#PakatanProDAP

http://malaysiagazette.com/v2/blog/2017/04/11/chegubard-sanggah-rafizi-akui-pkr-terima-dana-jutawan-john-soh/

Infrastruktur: Malaysia setaraf negara maju


Malaysia berada di landasan tepat mntuk mencapai taraf negara maju dan berpendapatan tinggi.

Pengiktirafan demi pengiktirafan diterima di peringkat antarabangsa yang membuktikan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak terus kukuh dan mendapat sokongan padu rakyat.

Terbaharu, Malaysia menduduki tangga ke-lima dari segi pelaburan kerajaan untuk infrastruktur, mengatasi beberapa negara maju termasuk Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Ranking yang dikeluarkan Indeks Pelaburan Instrastruktur Global 2016 itu meletakkan Malaysia di belakang Singapura, Qatar, Emiriah Arab Bersatu dan Kanada.

Sebelum ini, Malaysia dipilih negara ke-11 terbaik daripada 138 negara dari segi kemudahan pengangkutan awam manakala kos menggunakan pengangkutan awam di negara ini paling rendah berbanding Thailand, Filipina dan Indonesia.

#Negaraku
#Barisanprorakyat

ECER rekod pelaburan RM101.4 bilion


Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) merupakan usaha kerajaan menstranformasikan dan membangunkan kawasan luar bandar supaya hasilnya dinikmati penduduk Pantai Timur.

Sejak dilancarkan 2007, ECER berjaya mencatatkan pelaburan RM101.4 bilion atau 92 % daripada RM110 billion yang disasarkan pada 2020.

Pelaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan peluasan Pelabuhan Kuantan juga dijangka dapat merancakkan lagi kegiatan ekonomi di ECER seterusnya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan serta meningkatkan lagi tarikan pelaburan.

Adanya ECER, pembangunan pesat di Lembah Klang ‘dipindahkan’ ke negeri-negeri di pantai timur supaya pembangunan lebih seimbang dan tiada rakyat ketinggalan daripada arus pembangunan.

#Negaraku
#Barisanprorakyat

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pelaburan-ecer-rm101-4b-1.468381

​DAP Buat Pekak & Bisu Bila Pihak Lain Menuduh Mereka



Agaknya betul juga kata Sun Tzu iaitu “attack is the best form of defence”. 

Dengan menyerang bertubi tubi , pihak yang diserang akan tertumpu untuk mempertahankan diri dan tiada masa untuk menyerang.

Dalam 36 Strategem karangan Sun Tzu, ada juga strategi bila hendak kalah atau berada dalam keadaan “desperate”. Ianya terkandung dalam bab 6 yang dipanggil “Desperate Strategem”. 

 

DAP selalu gunakan “desperate strategem” ini sebagai “exit strategy” bila kena tuduh dan diserang.

DAP tahu kalau dijawab pun tetap akan kalah, maka dalam strategi “zou wei shang ce” ini, DAP pilih untuk “escape” daripada sebarang jawapan.

Bila buat pekak dan bisu atau “escape”, maka DAP merasakan peluang masih ada biarpun mereka dalam keadaan kalah dan “desperate”. 

Inilah cara mereka kendalikan isu CEC dan skandal banglo Guan Eng.

Selain daripada itu, DAP juga mempergunakan serangan Mahathir bertubi tubi terhadap BN dan Najib supaya isu sebenar DAP dapat dialihkan dan dilupai.

 

Akibatnya, seluruh negara tertumpu kepada isu 1MDB yang meleret leret dari tuduhan asal beralih kepada isu tiada kaitan 1MDB. Maka cerita CEC dan skandal banglo Guan Eng dapat dilupakan.

Inilah cara yang dibuat Tony Pua, strategi ke 24 dalam 36 Strategem iaitu “fu di chou xin”, melarikan topik asal dan  membuat topik baru.

Cara Tony Pua adalah dengan menuduh Perdana Menteri membenarkan bil persendirian RUU355 dibentang. Sedangkan dalam sejarah sudah membuktikan Kit Siang juga pernah bentang usul persendirian di parlimen.

Mahu lari topik asal RUU355 dengan membuat tuduhan baru yang sebenarnya fitnah dan bohong semata mata.

Semalam Hadi Awang gunakan teknik nombor 24, dalam 36 strategem ini juga untuk kenakan balik DAP. Keras ayat Hadi Awang kali ini. Sebelum ini, pernah digelar barua, anjing, biawak tetapi kali ini terus digelar kepala taik.

Hadi Awang juga dedah DAP berpakat dengan negara asing untuk campur tangan dalam politik negara ini. Isu ini DAP hanya buat pekak dan bisu sahaja.

 

30 Disember 2015, Dr Zuhdi, Pengarah Penyelidikan PAS juga mendedahkan DAP mendapat dana dari Israel. Jumlahnya dikatakan RM1.2 billion.

Mulanya Kit Siang mahu saman, tetapi akhirnya Kit Siang biarkan sahaja isu ini. Buat pekak dan bisu sahaja. Dah dekat dua tahun, langsung DAP diam.

DAP hanya membuat ugutan untuk saman sahaja.  Ia hanyalah wayang opera sahaja untuk menunjukkan DAP tidak salah dan mereka difitnah. DAP tahu perangai rakyat Malaysia yang cepat lupa.

Boleh dikatakan serangan terhadap 1MDB dan derma Arab yang dibuat berlebihan juga adalah untuk menutup isu DAP sendiri.

DAP gagal menyaman mereka yang dikatanya memfitnah tetapi tidak melakukan apa apa selepas ugutan saman sehinggalah hari ini.

Boleh juga diandaikan Rafizi Ramli juga ada saham dalam kerja mengalihkan perhatian rakyat dari kesilapan DAP. Ini kerana Rafizi menumpang undi ahli dan penyokong DAP di kawasan yang dia menangi iaitu parlimen Pandan.

Umum boleh lihat sebaik sahaja isu 1MDB reda barulah segala taik dan sampah DAP dan PKR mulai timbul.

Isu terowong, isu tanah Taman Manggis, YAWAS, DEIG , rasuah banglo dan banyak lagi, semuanya mula muncul ketika isu 1MDB sudah dipenghujungnya. Bila 1MDB selesaikan semua hutangnya. 

Secara tidak langsung , Mahathir juga adalah penyebab banyak penyelewengan pembangkang tersorok , begitu juga dengan penyelewengan Mahathir sendiri.

Terkadang rakyat Malaysia amat perasan dengan kata kata “rakyat tidak mudah di tipu” dan “rakyat sudah pandai”.

 Namun hakikatnya merekalah golongan yang  berjaya diperdaya oleh DAP dan puak puak pembangkang.

Pembangkang dengan mudah membuat himpunan “blackout” tanpa wujud pun peristiwa “blackout”. Tuduh “bangla” mengundi, padahal tiada seorang pun “bangla” yang mengundi. 

Pada ribuan orang yang datang ke stadium ketika acara himpunan “blackout” seorang pun tidak dapat menjawab di mana , pukul berapa , tarikh bila kejadian “blackout” berlaku. Namun mereka percaya ia terjadi. Ini samalah juga dengan cerita “bangla” yang dimainkan oleh pembangkang.

Selain itu , jutaan rakyat juga berjaya diperdayakan oleh Rafizi dan pembangkang dengan isu “Lynas” dan “Cincin Rosmah”.
Hanya kerana ego sahaja mereka enggan mengaku diri sudah tertipu dan sudah dipermainkan.

Itu agaknya definisi “rakyat tidak boleh dibodohkan” dan “rakyat sudah bijak”.

DAP tidak pernah menjawab pun semua dakwaan terhadapnya. DAP akan terus menjadi begitu selagi pasaran kebodohan masih laku.

Jika rakyat mengaku tidak suka kepada penyelewengan dan pembohongan sudah tentu  mereka mahu DAP menjawab kepada dakwaan menerima dana Israel dan bukan memainkan isu lain untuk kerja “diversion”.

Benar agaknya, semakin DAP tersepit , maka semakin kuatlah serangan DAP dan Rafizi kepada isu isu lain. 

Dengan tamatnya isu 1MDB di mana telah dibentangkan penyelesaian isu dan hutang 1MDB di parlimen, maka Rafizi muncul pula dengan isu PAS menerima wang 1MDB pula.
Apa apa isu yang dicipta, pembangkang mesti kaitkan ayat “1MDB” pada dakwaannya sebagai penyedap rasa sahaja. 

 

Peliknya kenapa tidak terus campak bukti dan tuduhan serentak? Kenapa mesti ugut akan dedah dan mahu dedah?

Dedah terus sahajalah kerana Mahathir sudah tidak sabar hendak jadikan Mukhriz sebagai PM , tunggu apa lagi?

Apa pun itulah cara DAP, survivalnya bukan berkenaan jasa kepada rakyat , tetapi berkenaan kisah buruk dan fitnah yang berjaya dicampakkan ke dalam minda rakyat.
DAP pada hakikatnya tidak pernah menjawab lagi isu menerima wang dari Israel.

DAP tidak pernah menjawab dengan fakta pun, apa apa isu berkenaan mereka. DAP hanya buat pekak dan bisu sahaja. Mereka ingat pengundi mudah lupa. Mereka ingat pengundi bodoh. Hanya yang bodoh sahaja akan terus terusan ditipu DAP.

​Peneroka FELDA memperoleh ganjaran daripada penyenaraian itu, bukan kerugian.


Terdapat dakwaan kononnya peneroka Felda sudah kehilangan wang berikutan penyenaraian FGV dan harga saham menurun.

Saham FGV disenaraikan pada harga RM4.55 dan sebaik sahaja selepas penyenaraian, ia melonjak sehingga RM5.46. Ia kekal melepasi harga IPO untuk 9 bulan sebelum menyusut berikutan harga minyak sawit dunia menurun dan pengeluaran yang berkurangan akibat dari El Nino yang menyebabkan kemarau dan cuaca panas yang luar biasa.

Hari ini harga saham FGV adalah RM2.05.
Sebaik penyenaraian, Felda meraih kira-kira RM5.5 bilion. Satu pertiga darinya atau RM1.7 bilion terus disalurkan kepada peneroka melalui bonus ‘durian runtuh’ sebanyak RM15,000 bagi setiap keluarga.

Setiap keluarga juga diberikan pinjaman tanpa faedah di mana mereka hanya membayar RM50 sebulan untuk tempoh 72 bulan bagi melanggan 800 saham FGV, atau kos sebanyak RM3,640 bagi setiap keluarga.

Sejak disenaraikan, FGV telah membayar 8 dividen berjumlah 44 sen setiap saham, pulangan sebanyak RM352 bagi 800 saham terbabit.

Selain itu, ketika penyenaraian FGV, Felda dan anak syarikatnya memegang hampir 730 juta saham dalam FGV. Daripada dividen 44 sen sahaja, ia menerima RM320 juta. Jumlah ini turut diagihkan kepada peneroka sehingga RM2,200 setiap keluarga.

Koperasi Permodalan Felda turut diberikan sejumlah wang dan 200 juta saham semasa penyenaraian FGV. KPF juga menerima sekurang-kurangnya RM90 juta dalam bentuk dividen. Selain itu, KPF juga menerima wang RM2.2 bilion dari FGV selepas penjualan 51% saham Felda Holdings kepada FGV. 

Maka, dari penyenaraian FGV itu, peneroka menerima manfaat berikut:
1. RM15,000 dalam bentuk bonus

2. RM2,000 (daripada 800 saham biarpun harga menurun dari RM4.55 kepada RM2.05)

3. RM352 dividen diterima

4. RM2,200 bayaran dari Felda sebagai dividen FGV

5. Jumlah yang diagihkan oleh KPF dengan keluarga peneroka

Maka, sehingga kini, peneroka telah menerima perolehan sekurang-kurangnya RM15,552 setiap keluarga, dan bukannya rugi. Ini tidak termasuk berapa yang diagihkan oleh KPF dengan peneroka.
Wang ini tidak mungkin diperolehi tanpa penyenaraian FGV.

Ini adalah tambahan kepada bonus insentif tetap yang diberikan bagi produktiviti dan Hari Raya yang dibayar terus oleh Felda, dengan kali terakhir adalah antara RM300 hingga RM800 bagi setiap keluarga pada Januari 2017 dan bonus RM500 bagi bonus Hari Raya pada Jun 2016.

Disebalik hasutan berterusan pembangkang kononnya peneroka Felda mengalami kerugian, ia sebenarnya adalah fitnah untuk mengapikan kemarahaan orangramai untuk kepentingan politik mereka kerana kononnya peneroka kehilangan wang akibat dari penyenaraian FGV dan penyusutan harga saham. 
Peneroka sebaliknya memperoleh ganjaran daripada penyenaraian itu, bukan kerugian.
Pembangkang tidak pernah henti untuk menghasut rakyat tiap-tiap hari dengan pelbagai fitnah dan penipuan.
LSS.

Kerajaan wajar siasat semula salah guna kuasa zaman dulu 


Ini adalah satu pendedahan yang dibuat pada tahun 1985 oleh bekas BPR(sekarang SPRM) tentang isu RASUAH melibatkan Azmin Ali yang akhirnya ditutup oleh bekas TPM pada masa itu adalah ANWAR IBRAHIM.
Jom kita baca sama-sama apa yang dia tuliskan ini. (MAAF NAMANYA TIDAK DISERTAKAN SEKALI).
THE ORIGINAL STATEMENT BY THE MACC OFFICER (IN BAHASA MALAYSIA)
Saya adalah seorang bekas pegawai kanan BPR yang terlibat di dalam penyiasatan kes terhadap Azmin Ali dan isterinya Shamsidar pada tahun 1995. Saya rasa terpanggil untuk mendedahkan bagaimana ‘corrupt’ seorang bernama Anwar Ibrahim dan Azmin Ali di mana kedua-duanya kaya raya dan malah cerita Shamsidar merupakan gundik Anwar pada saya bukanlah suatu yang mengejutkan kerana telah lama perkara ini berlaku. Hanya orang yang pekak, buta dan tuli sahaja yang sengaja mengatakan segala cerita ‘corrupt’ dan juga skandal sex mereka sebagai suatu cerita rekaan atau konspirasi.
Disini saya hendak menunjukkan contoh bagaimana seorang Ketua Pengarah BPR ketika itu, iaitu Datuk Shafee Yahaya kononnya seorang yang baik, berintegriti, pernah mendedahkan kononnya Dr Mahatir menengkingnya dalam kes Hassan Abul (Pesgawai BNM) dan kemudian buat buku pula yan menunjukkan bagaimana baiknya dia. Tapi dalam diam dan ramai orang BPR tahu dia telah menghentikan siasatan kes Azmin Ali setelah mendapat arahan Anwar. Kalau Datuk Shafee betul-betul bersih saya tabiklah. Tapi nak saya bongkarkan ke kisah Datuk sebelum Datuk jadi KP BPR? Maka Datuk Shafee tolonglah jangan nak komen apa-apa selepas pendedahan ini.
Kronologi Kes
Siasatan kes ini bermula daripada satu maklumat (yang di tandakan sebagai Lampiran A). Pemberi maklumat menyatakan dengan jelas pemilikan harta Azmin Ali yang ketika itu 1995 hanyalah Setiausaha Sulit (SUS) Anwar yang bergaji lebih kurang RM2400/=. Kalau sekarang beliau hanyalah gred 41 sahaja di dalam Perkhidmatan Awam. Ekoran daripada itu, satu repot polis telah dibuat bagi membolehkan BPR menjalankan siasatan (lihat Salinan Repot yang ditandakan sebagai Lampiran B). Repot yang dibuat adalah bertarikh 24.5.1995.
Ekoran itu, satu minit ringkas dikemukakan oleh Allahyarham Basri bin Idris sepertimana Lapiran C berkembar. Ia menunjukkan pemilikan harta Azmin sejak 1991 – 1995, antara lain memiliki sebuah BMW 325i, Proton Wira 1.6 Xli, Proton Satria 1.6 Xli. Proton Perdana 2.0 SE, 1000 saha,m Hicom, sebuah rumah No. 23, Jalan 1/4D Bukit Mas, Taman Melawati seluas 8500 sqft. Hebatkan? BPR siasat ke?
Atas arahan Datuk Shafee (lihat minit no. 2), pegawai penyiasat diarahkan supaya tidak memohon Notis Pengisytiharan Harta yang sepatutnya di keluarkan di bawah seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 1961 kepada Azmin Ali. Tuan-tuan semua tahu, kalau dalam keadaan biasa, bukan setakat Notis, tetapi Azmin sudah tentu akan ditahan untuk siasatan BPR. Knowing how BPR’s style of work. Besar atau tidak pangkatnya Azmin yang hanya gred biasa dalam perkhidmatan awam ketika itu, Pengarah Siasatan diarah oleh Datuk Shafee supaya berjumpa sendiri Azmin di pejabat TPM (siapa lagi kalu bukan Anwar Ibrahim) dan meminta Azmin mengemukakan pengisytiharan secara sukarela.
Now, what is the legal implication when Azmin voluntarily declare his asset? Meaning to say he is not bound for any criminal prosecution under Prevention Corruption Act and Penal Code if the Public Prosecutor satisfy as to how Azmin having an unexplain excessive property.
Diketika itu, kami yang terlibat di dalam penyiasatan merasakan amat pelik dan juga frustrated dengan arahan yang dikeluarkan oleh Datuk Shafee.
Namun saya amat merasakan bagaimana Arwah Basri Idris meneruskan usahanya bagi memperoleh Notis Pengisytiharan Harta itu (limat minit No. 2 bertarikh 20/6/1995) bagi membolehkan siasatan diteruskan untuk memeriksa pengaliran wang dalam akaun-akaun Azmin Ali (quoted as YDS at para 6 of the minutes).
Usaha mendapatkan Notis Berjaya dan lihat Minit-Minit bil 4 – 9 dan Kertas Siasatan dirujuk kepada Datuk Shafee pada 8 Mei 1996.
Rujuk m init 10, lihat bagaimana Datuk Shafee mahu kes ini dirujuk kepada TPM dengan minitnya bertarikh 9/5/1995. Apakah integrity BPR ketika itu di bawah pimpinan beliau yang mana Datuk Shafee sering menekankan integrity di kalangan kami. Akhirnya lihatlah minit bil 15, Kertas Siasatan dikemukakan kepada Datuk Shafee bertarikh 12/9/1996 oleh Dato’ Mohd Zawawi Nordin, Timbalan Ketua Pengarah BPR ketika itu. Beliau secara jelas memberitahu harta Azmin adalah diluar kemampuannya.
Dramatiknya selepas itu, Kertas Siasatan ini terpendam atau dipendam macam jeruk oleh Datuk Shafee atas arahan Anwar Ibrahim. Sehinggalah pada 23/9/1997 (setahun lebih), tiba-tiba Datuk Shafee has violated a law when personally instructed this investigation to be closed. Minit beliau berbunyi (rujuk minit 16) “Telah maklumkan kepada YAB TP” dan beliau menulis “KUS”. Perkataan KUS bermakna Kemas Untuk Simpan. Ia adalah  terminology yang digunakan oleh BPR dan Polis apabila suatu siasatan itu telah siap dan tiada tindakan lanjut.
Perbuatan Datuk Shafee ini melanggar undang-undang jenayah di bawah Kanun Tatacara Jenayah dan juga Perlembagaan Persekutuan kerana beliau tiada hak untuk mengarah suatu siasatan dihentikan melainkan arahan Pendakwaraya. Namun oleh kerana terlalu taksub kepada Anwar Ibrahin he has betray his own agency dan terutamanya Rakyat Malaysia.
Di bawah ini tuan-tuan bolehlah tatapiu pengisytihatan harta secara sukarela Azmin Ali dan di dalam fail siasatan BPR bernombor 15/5/1995 Datuk Shafee telah hilangkan Notis Pengisytiharan Harta dan juga pengisytiharan harta Azmin Ali.
Pengisytiharan harta secara secara sukarela Azmin Ali dapat tuan-tuan baca daripada Fakta kes pegawai Penyiasat yang saya tandakan Lampiran D. Jangan tuan-tuan buta, cek-cek yang masuk dalam akaun Shamsidar sahaja ketika itu sudah melampaui RM7 juta lebih. Seorang sururumah tangga amat kaya dan dikayakan oleh Anwar.
Sebab itu apabila Anuar Shaari memberi dokumen-dokumen pemilikan saham Shamsidar dan Azmin untuk siasatan lanjut, apakah ,masyarkat buta? Saya dapat download dokumen-dokumen itu melalui website dan silalah baca sendiri.
Orang seperti Datuk Shafee telah merendahkan martabat BPR dan lihat peyamun yang diselamatkannya ketika itu menjadi penderhaka kepada Negara. Banyak kerosakan telah dilakukannya. I need not to explain more about this. Hanya orang yang buta, pekak dan tuli akan jadi bahalol dunia seperti Datuk Shafee.
Kes ini melibatkan satu siasatan oleh BPR ke atas Azmin Ali Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar dan isteri Azmin, Shamsida (hanyalah seorang surirumah) pada tahun1995. Siasatan dibuat ke atas Azmin kerana dikatakan mempunyai harta peribadi yang banyak hasil daripada perlakuan rasuah yang dilakukan semasa memegang jawatan Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar pada waktu tersebut. Ketika Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Malaysia.
Berdasarkan maklumat dan repot polis yang diterima, satu Kertas Siasatan telah dibuka bernombor BPR/KS: Semasa siasatan dibuat mendapati gaji Azmin hanya RM2,442.00 sebulan tetapi mampu untuk membeli 2 buah rumah iaitu rumah pertama:double storey banglow di Setapak  harga RM284,118 dengan deposit sebanyak RM14,181 dan bayaran bulanan sebanyak RM3,376.75. Manakala rumah kedua:rumah berkembar di Taman Melawati harga RM210,000 dengan deposit sebanyak RM60,000 dan bayaran bulanan sebanyak RM1,110.35. Jika dicampurkan kedua bayaran bulanan ialah sebanyak lebih kurang RM4,500.00. Ini sahaja dan menunjukkan hutang Azmin melebihi sekali ganda gaji bulanan beliau. Di mana Azmin mendapat wang tambahan untuk menampung bayaran hutang ini?? Bukan itu saja, tak mungkin semua gaji Azmin di gunakan untuk membayar hutang rumah?? Bukankah ini sahaja dah mencukupi menunjukkan Azmin mempunyai pendapatan yang lain. Itu tidak diambil kira lagi dimana Azmin mendapat wang untuk membayar wang deposit rumah-rumah tersebut.
Siasatan yang dijalankan oleh BPR juga membuktikan Azmin memiliki 2 buah kenderaan iaitu BMW no plat BBN 3 berharga RM160,529.85.81 dimana bayaran deposit sebanyak RM120,529 dan bayaran bulanan pula sebanyak RM875 sebulan. Kereta kedua pula Proton Perdana no plat WDU 64 berharga RM80,767.81 dengan ansuran bulanan sebanyak RM700. Jika kita lihat komitmen bulanan bagi kedua kereta ini ialah lebih kurang RM1,700. RM1,700 pada ketika itu nilai yang besar. Mana tak nya klu dilihat gaji setiausaha sulit TPM pun pada masa tu baru RM2 ribu lebih.
Saham yang dimilik oleh Azmin dan isterinya juga umpama seorang bisness man. Cuba kita lihat bagaimana isteri seorang penjawat awam mempunyai saham di dalam pasaran saham dengan nilai keseluruhan melebihi setengah juta. Itu tak termasuk baki-baki didalam akaun bank yang pernah satu ketika mencecah RM300 ribu lebih. Cuba lihat keadaan yang saya nyatakan di atas. Adakah kita mempercayai penjawat awam boleh hidup dengan sedemikian??
Tetapi perkara yang paling membingungkan saya apabila BPR menutup kes ini? Sedangkan memang jelas Azmin dan isterinya mempunyai harta yangberlebihan yang tidak setimpal dengan pendapatannya. MENGAPA SIASATAN BPR DIHENTIKAN? SIAPA YANG MEMPUNYAI KUASA UNTUK MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI?? ADAKAH ORANG YANG MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI BERSENGKOKOL DENGAN AZMIN ATAUPUN TAKUT KEPADA PEMIMPIN PADA MASA TERSEBUT 
Untuk makluman, pada waktu itu Ketu Pengarah BPR adalah Dato Shafee Yahya. Dengan nyata skali KP BPR telah membuat satu keputusan yang tak relevan bilamana menghentikan siasatan ini. Apa sebenarnya yang berlaku? Jika kita tunjukkan perkara ini kepada budak sekolah pun mereka dapat menilai bahawa tak mungkin dengan gaji RM 2 ribu legih sebulan mampu mempunyai gaya hidup mewah seperti Azmin. TETAPI kenapa Dato Shafee menghentikan siasatan ini? ADAKAH kerana bersengkongkol? Favouritism? Mengikut telunjuk pemimpin seperti Kerbau dicucuk hidung? Ataupun sama dah NYANYUK????????
Kite cube renung-renungkan kembali berkaitan dengan perkara ini dan lihatlah lampiran-lampiran yang diupload besama. Ingatlah hidup ini hanya perjalanan yang sementara sahaja. Jangan ingat kita terlepas untuk selama-lamanya.
 Jadi disini saya ada satu persoalan mengenai isu ini? 
MANA PERGI SUARA TUN MAHATHIR TENTANG ISU INI? BUKANKAH TUN PADA ZAMAN INI SUDAH MENJADI PERANA MENTERI?
Dan seperti biasa aku sertakan sekali beberapa bukti mengenai kes ini. Bukan macam geng pembangkang yang berani menuduh Najib sebagai PENCURI ATAU PENYAMUN tetapi tidak disertakan bukti bersama dalam post mereka mahupun ada ditunjukkan oleh pemimpin HAPRAK dalam ceramah mereka.
Ini kerana mereka yang menyokong GILA BABI aka TAKSUB MELAMPAU kepada pemimpin mereka tidak ada sebarang bukti pun akan isu salahguna kuasa Najib lakukan pun. Ialah dah nama pun MACAI. Depa dok sodap mengata kepada penyokong kerajaan sebagai DEDAK tanpa disedari merekalah sebenarnya yang jadi PEMAKAN DEDAK.
What can I say now about THEM?
JUDGE IT FOR YOURSELF.