Lim Kit Siang Pejuang Negara? 


Advertisements

Adam Rosly didakwa 6 tuduhan


Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah didakwa  enam tuduhan memberi keterangan dan dokumen palsu bagi memperdayakan pegawai SPRM.

Adam Rosly menghadapi dua tuduhan memberi pernyataan palsu dan didakwa mengikut Seksyen 32 (8)(c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Dia turut dituduh mengemukakan empat dokumen palsu dan didakwa mengikut Seksyen 89 akta sama, yang kedua-dua memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

#PakatanproDAP