TUDUHAN JAHAT RAFIZI (SIRI 2):TH terlebih bayar 30% beli kepentingan Putrajaya Perdana Berhad


Jawapan: TH  membeli 30% daripada Putrajaya Perdana yang Rafizi dakwa sepatutnya berjumlah RM193.5 juta. Ini tidak logik kerana ini bermakna harga untuk membeli Putrajaya Perdana lebih murah daripada nilai Putrajaya Perdana sewaktu dibeli oleh syarikat UBG pada tahun 2008 .

Perlu diingat, Putrajaya Perdana sudah stabil sebelum dibeli TH. Pada 2013, pendapatannya RM705 juta, aset semasa RM445 juta, keuntungan sebelum cukai RM62 juta dan keuntungan selepas cukai RM45 juta.

Selepas TH  membeli kepentingan itu, Putrajaya Perdana mencatat keuntungan lebih tinggi. Pada 2015, hasil Putrajaya Perdana menjadi hampir dua kali ganda kepada RM1.2 bilion, jumlah aset telah hampir dua kali ganda kepada RM709 juta, keuntungan sebelum cukai RM80 juta dan keuntungan selepas cukai telah meningkat kepada RM57 juta.

TH membuat keuntungan yang baik hasil pelaburan ini. Tetapi kita semua tahu seperti disebut oleh Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa di Parlimen baru-baru ini, segala yang baik untuk negara, sudah tentu ia tidak baik untuk #PakatanProDAP 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s