FOREX, mana pergi maruah dan prinsip Lim Kit Siang?


*Kenyataan Media*

*Datuk Huan Cheng Guan*

*Naib Presiden*

*Parti Cinta Malaysia*

1. Pada 27 April 2017, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan media beliau telah mengejutkan negara dengan mengesahkan bahawa kerajaan Malaysia telah kehilangan wang sebanyak RM 10 – RM 30 billion akibat kegiatan perdagangan mata wang ketika pentadbiran Dr. Mahathir Mohamad.

 
2. Isu pemerdangan mata wang ini pertama kali telah dibangkitkan pada Tahun 1993 didalam Parlimen dimana Lim Kit Siang telah meminta supaya kerajaan ketika itu yang diketuai oleh Anwar Ibrahim (Menteri Kewangan) serta Dr. Mahathir Mohamad (Perdana Menteri) untuk mendedahkan berapa jumlah kerugian pemerdangan mata wang ini terhadap negara. Ketika itu Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan telah kehilangan RM 15 billion wang rakyat.

 
3. Namun rupanya kerugian sebanyak RM 15 billion yang dinyatakan oleh Anwar Ibrahim itu adalah tidak benar. Ini berikutan pendedahan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid baru-baru ini bahawa Laporan Tahunan Bank Negara 1994 yang mencatatkan kerugian skandal ini adalah tidak tepat kerana angka sebenar jauh lebih besar iaitu hampir USD 10 billion (RM 40 Billion).

 
4. Sambungan dari skandal perdagangan mata wang ini, Lim Kit Siang, pada 4 Jun 2012 telah mengumumkan bahawa:
_Sekiranya pakatan (pembangkang) mengambil alih sebagai kerajaan persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang, satu Suruhanjaya siasatan diraja mestilah ditubuhkan untuk menyiasat kerugian skandal forex Bank Negara bernilai RM30 bilion dalam 1992.
“Saya telah membuat anggaran dalam sidang Parlimen dua dekad yang lalu bahawa BNM mengalami kerugian besar RM30 bilion. Tetapi BNM mendakwa kerugian berjumlah RM10.1 bilion dalam 1992 dan RM5.7 bilion pada 1993.”

 
5. Menyedari bahawa skandal urus niaga mata wang asing ini merupakan skandal terbesar dalam sejarah negara ketika zaman pemerintahan Dr. Mahathir Mohamad, pentadbiran kerajaan pada masa kini telah mengambil langkah proaktif dan bertanggungjawab apabila pada 14 March 2017 yang lalu satu “Task Force” telah ditubuhkan untuk menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian urus niaga mata wang asing (forex) oleh Bank Negara Malaysia pada sekitar tahun 1990-an.

 
6. Penubuhan Task Force ini juga adalah sejajar dengan desakan pemimpin pembangkang terutamanya dari DAP seperti Lim Kit Siang yang sejak dari Tahun 1993 mahu satu siasatan dijalankan untuk menyiasat kerugian ini. Malah pada tahun 2012 Lim Kit Siang juga berjanji kepada penyokong pembangkang yang jika mereka berjaya menjadi kerajaan, mereka akan menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kes FOREX ini.

 
7. Namun ironinya, akibat kegilaan serta rakus mahu mendapat kuasa politik, Lim Kit Siang sanggup menggadaikan maruah serta prinsip beliau untuk bekerjasama dengan Dr. Mahathir Mohamad yang selama ini beliau tuduh sebagai punca kerajaan kerugian hampir USD 10 Billion wang rakyat akibat urus niaga forex. Setelah bekerjasama dengan Dr. Mahathir, tidak kedengaran lagi desakan Lim Kit Siang supaya kes forex ini diselesaikan dan beliau kini diam seperti seekor tikus yang ketakutan.

 
8. Persoalanya sekarang, adakah Lim Kit Siang akan memberikan keterangan yang telus dan jujur apabila beliau dipanggil oleh task force yang menyiasat skandal forex ini ataupun beliau akan berbohong atau mungkin menggunakan alasan “sudah lupa” untuk menyelamatkan Dr. Mahathir Mohamad? Walau apa pun yang dilakukan oleh Lim Kit Siang imej serta integriti beliau sudah tercemar apabila beliau mula bekerjasama dengan Dr. Mahathir Mohamad. Pada saya , Lim kit Siang ada bapa kepada segala hipokrit.

 
*Terima Kasih*

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s